Pada tarikh ini 4 tahun yang lepas 02.04.2008, aku pergi kerja macam biasa... dalam keadaan yang dah mula sarat mengandung masuk 7 bulan.. mood berjalan mula rasa mengahh... dan cepat letih...
Pagi tu ade mesyuarat dekat pejabat... kalau tak silap mesyuarat tahunan ahli kelab sukan.. biaserlah mesyuarat ade makan dan minum free.. tekak ni layankan jer..
Habis mesyuarat masuk pejabat semula sambung kerja.. baru nak bukak komputer.. tibe² ade deringan handphone berbunyi² nombor yang tak dikenali... suara dihujung talian tak berapa kedengaran... langsung kite letak handphone balik kat atas meja... bunyi lagi... tengok nama yang tertera 'ude' ude ialah nama manja kwan saya. kami ade kumpulan kawan² baik masa kat sekolah dulu.. dan dalam kumpulan kawan² kami ade gelaran masing² dari along sampailah ke achik dan adeq...
Panggilan ude ku sambut dengan kegembiraan sebab ude memang jarang nak call, apetah lagi di waktu² kerja kan.. rupenya ude nak bagi tau perkhabaran yang tak baikkk.. ape juga yang dicakapkan kat talian antara dengar dengan tidak pada halua telinga ni.. air mata dah mula berjujuran.... kawan² pejabat mula bertanya ape yang berlaku... aku rasa macam nak pitam jer masa tu.... nasib baiklah ade kawan yang tenangkan terus duduk kat sofa... Terus call abah.. sampaikan perkabaran pada abah dalam keadaan yang cukup terkawal.. supaya abah pun tak terkejut...
Aku terus telefon hubby yang kebetulan ade mesyuarat kat pejabat pendidikkan... hubby suruh pergi hospital terus dia jumpe kat sana... aku yang keliru tak tahu nak buat apa... serius buntu.. rasa macam tak percaya... tapi aku kene percaya jugak... aku kuatkan semangat mohon kebenaran boss untuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah... Boss pun sangatlah memahami dan terus bagi arahan kat pemandu dia suruh bawak aku.. dan 2 orang kawan untuk temankan aku kesana....
Sampai kat unit kecemasan orang ramai sangat.. saudara mara dah mule berkumpul.. aku dah tentu² berjujuran air mata mengalir.. sedu²... aku kehilangan adik yang amat rapat denganku.. adik perempuanku yang ketiga NORAZILAH BT SAYUTI pada usia adik hampir mencecah 21 tahun 15 April.
Doktor sahkan adik mengalami kecederaan dalaman yang teruk akibat kemalangan disondol dari belakang dengan lori kontena di Pelabuhan Klang bersama kawannya, aku redha dan pasrah dengan ketentuannya.... Al- Fatihah buat adikku semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.... Amin...
Dalam keadaan yang sarat tu.. aku, hubby dan abah suruh semua hospital uruskan dan lebih memudahkan.... lagipun kes telah dibuka fail oleh pihak polis. Abah suruh aku balik.. amik adik kat sekolah... dalam kepala ni tengah pikir mak macam manelah pulak kat rumah ni.. mak tak boleh sangat kalau terima kabar² yang mengejut macam ni.. aku dah tawakal jer.. sampai rumah orang kampung pun dah ramai yang berkumpul... saudara mara.. embah pun dah sampai... aku jadi rujukkan semua betanyakan keadaan arwah adik... hanya istiqfar sahaja dan bacaan yasin berulang² kali ku lakukan.. dengan linangan air mata yang tak berhenti²....
Segalanya berjalan lancar dari urusan dihospital sampailah urusan membawa pulang kerumah dan seterusnya ketanah perkuburan.. alhamdulillah semuanya selesai sebelum solat maghrib... kenduri tahlil berlangsung selama 5 hari.. saudara mara banyak membantu.... memang terasa sangat terhutang budi pada semua dan orang kampung yang datang ziarah...
Berhari² berlalu.... minggu silih berganti... berbulan² aku dan keluarga ambil masa untuk pulihkan semangat dan kembali terima dengan redha ape yang berlaku.. dan maklah orang yang paling terasa kehilangannya kerana arwah banyak membantu tak kira dari segi kewangan mahupun kudrat sejak aku pindah kerumah lain bersama hubby... tapi takdir tak boleh di tolak... orang yang baik biasanya lebih disayangi oleh Allah s.w.t dan akan dipanggil bertemunya terlebih dahulu....
Ini antara gambar terakhir bersama arwah adik.. arwah yang paling kanan sekali...
Sungguh pun dia adik yang perempuan yang paling bongsu.. tapi dialah yang paling besar antara kami...
saudara mara selalu ingatkan dia anak sulung (^___^)v
(Gambar kabur sebab saya ambil gambar ni semula guna kamera... tak sempat nak scan malam tadi hubby sibuk guna printer. )
Gambar hari raya bersama² keluarga kali terakhir pun takde... gambar² yang adik ke-2 ambil dari kedai habis semua kene ragutt dengan orang.. memang takde kenangan yang tinggal untuk gambar raya tahun tu... Allah s.w.t lebih mengetahui ape sebenarnya hikmah yang berlaku disebalik semua² ini... Al- Fatihah buat adikku semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.... Amin...
Alhamdulillah kes yang dibuka oleh polis juga telah selesai.. segala tuntutan insuran telah selesai.. kes pun dah ditutup... walaupun jumlah yang diperolehi tak sebanyak mana dan jauh sekali boleh menghidupkan kembali arwah adik.. dengan duit tu abah sedekah pada mereka yang lebih memerlukan kerana itu semua milik arwah...
15 ulasan:
Alfatihah...
Yang hdup pasti akan mati..tiada yg kekal didunia...
Kita jua akan kembali...
Sedih kakak maysa..
Khususan ila ruhi almarhumah Norazilah bt Sayuti Al-Fatihah...
Moga rohnya tenang di sana Masya...
Ya Allah sedihnya baca kisah ni..Moga adik masya tenang di sana..keluarga Masya memang tabah...
Al Fatihah untuk arwah...
Al-fatihah,
moga rohnya aman di sana..
sedihnya.. afne pun teringat kisah arwah adik2 afne. sama2 kita doakan roh mereka yg telah pergi ditempatkan di kalangan org2 yg soleh & beriman.
al-fatihah...
al-fatihah.takziah diucapkan buat masya sekeluarga ye.hmmm..moga rohnya tenang di sana di samping roh para solihin
Al-Fatihah..muga arwah berada di dalam golongan orang yang baik-baik.
terima kasih pada semua yang mendoakan arwah dan sedekahkan al-fatihah.... arwah memang seorg adik yg sgt baikkkk.. sungguh pun kami kecik² selalu bergaduhh....
Salam Masya.Al-fatihah tuk Arwah adik.Semoga dia ditempatkn dlm golongan org2 yg beriman.
Kehilangan org2 yg trsyg mmg memeritkn...lama tuk menhilangkn kesedihan itu..
Tanhakn hati..semoga kenangan bersama adik akan menjadi kenangan paling manis buat masya...
sedihnya..al-fatihah utk arwah yg sebaya dgn adik. semoga rohnya dicucri rahmat, amin..
Allah lebih sayang pada arwah.. moga arwah tenang di sana.. Al-Fatihah..
Al fatihah..moga2 rohnya tenang disana..
Al fatihah utk arwah...
al fatihah....baru leh baca full story sal kematian adik ko yana...semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..amin...
al-fatihah..ciksu menangis baca nie..ingt pada arwah adik juga..
adik pergi 21mac 2012 saat hampir sambut ulangtahun ke-25 pada 3oapril..tp x sempat..29 april genap 40 hari arwah pegi..arwah adik xcident juga tp lemas sebab muka arwah sembam dalam sawah padi..
Catat Ulasan