♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Fm quilling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fm quilling. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2014

Pemenang Giveaway Buku Resepi Roti

Maaf² maaf² itulah ayat pertama yang nak diucapkan ... atas kelewatan yang tidak sengajakan mengumumkan pemenang, oleh kerana masalah² yang tak dapat di elakkan... alhamdulillah tab berjaya jugak hidup .. kalau tak .. memang nayalah tak boleh nak umum pemenang, sebab takda kamera nak amik gambar .. sebab dah print screen siapa link yang paling banyak untuk giveaway hari tu.
Atas kerjasama amir cepat² suruh dia buat cabutan tau .. terus snap gambar minggu lepas, patutnya entry ni dah boleh publish hari jumaat .. tapi jumaat tu kelang kelibut lupa pulak nak autopublish entry ni ... maaf sangat² buat korang tertunggu².... kalau boleh memang nak cepat umum dan nak cepat pos sebab takut nak raya ni pos kang tak sampai pulak .. lagi naya.


Dah gulung siap².. senang si bujang nak amik hihihihi .. gigih tau pepagi saya suruh amir buat cabutan ...







Tara ... inilah pemenang bagi buku resepi roti jemariasmara.blogspot.com ... harap² cepat²lah melaporkan diri emailkan alamat kat saya .. 





Bagi 2 hadiah tambahan fm quilling pulak nama yang terpilih adalah seperti dibawah ... pemenang yang pertama ialah orang pertama menyertai giveaway ni ... memang laju betul dia join tau hihihihi .. semangat² suka saya .... 



Tahniah buat noesuhaimi ... siap buat entry lagi ... oleh kerana awak dah jadi pemenang pertama yang menyertai .. jadi saya bagi orang lain untuk hadiah link terbanyak .. sebab link awak pun antara yang terbanyak jugak .... hadiah kan sama.. 




Pemenang bagi link terbanyak adna2029.blogspot.com ......


Oleh kerana semua pemenang dah saya umumkan.. cepat² emailkan alamat korang di nowzyana@yahoo.com dengan tajuk 'pemenang giveaway masya' itu jer pun dah cukup ... 


Entry ni melekat sehingga semua pemenang melaporkan diri.. tapi kalau lambat sangat tak laporkan diri saya buat cabutan baru hihihihi .. entry baru scroll bawah yer..








Rabu, 9 Julai 2014

Tambah Koleksi FM


Bizinya ramadhan kali ni adeh ... tengahari pulak mata ni memang tak laratlah nak buka .. terus ke surau huhuhuhu .... tidur, sekejap jadilah baru segar balik.. kalau tak lagi naya waktu petang.

Ade 2 koleksi FM baru hihihihi .. Pusat Sains Negara Dan Ulang Tahun Kelahiran Amir Turn 6.








Selasa, 8 Julai 2014

Serba Sederhana Tapi Terasa Kemeriahannya



Assalamualaikum.... memenuhi permintaan anak bujang yang mahu sambut hari lahir dengan kawan²... gigihlah ibu menyiapkan goodies pada hari jumaat terakhir sebelum ramadhan, jujurnya memang nak buat goodies... tapi ibu ingat tak payahlah potong kek.. sebab amir dah potong kek kat rumahkan masa kenduri kesyukuran hari tu ..

Eh² ada yang ingatkan tajuk entry ni cerita pasal raya ker?? hahahaha .. sorry .. masya tak habis lagi cerita story mori sebelum pose camne nak masuk cerita pose atau persiapan nak raya .. hahahaha .. pasrahlah korang layankan gambar amir potong kek kat tabika ni .. kecik jer pun kek, bukan bajet tapi itulah kek pilihan amir grrrrrrr .. punya banyak pilihan kek, punya besar² kek yang ada kat kedai kek jusco tu.. kek coklat yang kecik ni jugak yang dia anak .. dengan alasan tak pernah makan .. dengan alasan tambahan tak pernah makan pau lapis warna pink macam atas kek tu... (itu buka pau lapis sayang .. itu macaron namanya) huhuhuhuhu ...;p




Berjemaahlah cikgu menyuap kat anak² murid hari tu bergilir².. sebab kek kecik tak boleh nak bahagi²kan kat pingan ... jadinya sesi suap menyuap bagus jugak jimat sikit pingan kan.







Sedikit goodies untuk kawan² amir, roti krim gardenia, air dan fm quilling yang ciut miut gambar cup cake.







inilah fm quilling tu hihihihihi .... lama dah ibu tempah memang khas untuk goodies amir ... mujurlah cha nak buatkan.. kalau tak naya jugak .. mak nak cari kan ...





Oklah itu je lah serba sederhana sambutan kat tabika.. tapi memang meriah cikgu siap wassup gambar² ni .. ibu tak pergi tadika pun... sebab jumaat tu ibu kerja ... takpa ibu takda pun amir happykan .. janji ibu dah tunaikan permintaan amir. Alhamdulillah dipermudahkan.. tahun depan jangan kata nak potong kek dengan kawan sekolah pulak.. kosalah ibu nak buat kat sekolah yer... kita sambut kita² 3 beranak sudah kat rumah.





Bicara Hati : Ibu dulu tak merasa pun potong kek macam ni dengan kengkawan huhuhuhu ... :(









Isnin, 30 Jun 2014

Hadiah FM Quilling Buat Yang Bertuah



Jun berlalu dengan indahnya, alhamdulillah julai pun dah kembali .. dimulakan dengan hari baru .. bulan baru .. 2 ramadhan .. selamat berpuasa buat kawan² yang saya kasihi .. dan keluarga saya yang sentiasa dihati .. moga ramadhan kali ini sangat bererti buat kami.

Terima kasih pada kawan² yang sudi join giveaway simple saya - Saya Nak Buku Resepi Roti .. ada 13 orang penyertaan semuanya yang memberi link sehingga 27 Jun 2014 pada jam 12.00 tengah malam. Okkk .. saya usaha pengumumannya secepat mungkin minggu ni .. insyaallah .. sabar yer... harap amir pun bagi kerjasama jugak nak buat cabutan .. satu je pun.. insyaallah dia okkk. 2 hadiah tambahan bagi penyertaan yang pertama dah ada .. jeng .. jeng.. nampak tak.. sapa komen paling pantas tu .. hahaha dah terang lagikan bersuluh disitu pemenangnya, cuma link url paling banyak pun dah ada.. nanti saya bagi tau yer.. sapa yang terpilih. Hadiah fm quilling seperti dibawah .. cantikkkk tak?? cantikkan .. special order daripada adik cantik manis .. lagi tangan berseni syasya orencantik.blogspot.com
kalau korang berminat boleh order dengan cha .. korang bagi tau je nak macam mana special quilling art untuk kad hari lahir pun ada ... kad raya dah tak sempat kot nak order .. jangan korang tanya dia dia merapik² sudah .. selagi pasal art quilling ni pasti cha layan.



2 hadiah fm buat giveaway.
3 hadiah fm buat pengomen terbanyak sepanjang jun 2014 di blog masya .... entry pun tak banyak bulan ni .. tapi rasa terharu masih ada yang sudi komen.



3 orang yang bertuah rajin komen di blog masya sepanjang jun 2014, cecepat emailkan alamat kat saya yer... nowzyana@yahoo.com ... maaflah kalau boleh nak bagi semua .. tapi setakat ni 3 jer yang mampu .. yang lain jangan terasa yer .. insyaallah ada rezeki yang lain.



Bicara Hati : Bznya akhir bulan, entry indah bulan jun masih ada lagi nak kongsikan walaupun dah masuk julai kikikiki .... 





Khamis, 13 Mac 2014

Mana Nak Order Quilling Art Yang Cantik









Simple tapi sangat² cantik dan kreatif .. itulah yang boleh ku gambarkan, aku?? nak buat .. ermmmm alamatnya terseliuhlah jari tangan nak ku quill kikikikiki .... ;p




Alasan² ... nak menjahit pun tak terjahit²... apatah lagi potong kain, ntah tak tahu mana hilangnya skill tu semua .. sejak asyik pegang kalkulator kot ... tu yang tetiba minat ni hilang ... hilang gitu jer ...... bukan tak minat, tapi tak di mulakan .. lepas tu pulak ... sibuk .. sibuk .. sibuk ... sudahnya .. langsung tak menjadi. Bila nak mulakan balik .. takda pulak yang nak bagi semangat .... tu kelauttt jer ... ehem.. ehem.. tapi baru ni dah potong kain buat shawl hik hik hik ... nanti story mory lain kali eh.




Cantikkan corak bunga ni, ni kawan saya buat .. dulu dia satu opis sekarang dah kerja tempat lain ... jujurnya saya minat sangat² quilling² macam ni ... sebab tu lah saya order super duper FM Comel² khas buat pembaca blog saya ... pada yang dah dapat tu tahniah yer... pada yang belum dapat lagi.. insyaallah adalah rezeki tu.. saya tempah khas memang untuk 2014 sahaja.











Alhamdulillah ini yang saya tempah .. khas untuk pembaca blog saya (cam ramai no yang baca blog suam² neslo ni), tapi saya order daripada rakan alam maya .... sebab rakan alam nyata saya tu bizi huhuhuhu .... takmoo layan ... cantik tak?? cantik tak???? ni semua khassss untuk pembaca blog saya.. sepanjang 2014 saya akan berikan.. setakat ni dah bagi 3 orang ... 




Mana saya order quilling fm yang cantik² ni?? hah!! korang mesti teruja kalau tengok blog art dia.. super duper cantik².. korang request lah nak macam mana pun.. mesti di layan punya .. tapi harga berbaloi²lah dengan apa yang korang nak kan.... tuan yang yang tangan kreatif punya 3 askar ni ialah cha si hijau cantik atau pun blog art dia orencantik.blogspot.com












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...