♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 23 Mei 2012

Debat ptptn kat Astro Awani

   


Mood tak sihat malam tadi.. jadi takdelah nak melayan tv sangat... sampai kipas berpusing² punyerlah laju pun saya tak rasa ape.. tapi berselubung dengan selimut camne tu huhuhuhu... panadol solube dah minum... pun masih tak berpeluh².. air 100 plus dah nak habis sebotol.. aiyakk.. hari ni kerje jugak.. nasib baiklah opis mendamaikan... tak huruhara... 

Sape tengok debat ptptn malam tadi???... pade² saya tak sihat ni.... telinga ni.. masih boleh tangkap lagi ayat² rafizi pada khairi jamaludin hamboiii kemain pedas lagi yer.. saya pun bukan sokong mane²... belajar dulu pun tak amik ptptn amik kpm jadi dengar gitu² jelah.... sudahnya tak larat terus masuk bilik tidur.. tak tahu pun ape kesudahanya...
Tapi isu tu memang hangatlah jugak kat opis pagi ni.. hangat² suam² kuku gitu² jerlah.... apepun pada yang pinjam tu bayar jerlah iyer dokk.. dah nama pun hutang kenelah bayar... (^___^)v


Pagi ni juga dikejutkan dengan pemergian arwah norma.. al-fatihah buat arwah norma moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat amin... saya mule mengikuti kisah norma ni lepas menonton sekali imbas di MHI dan terus baca blog moon untuk mengetahui perkembangannya... semoga suami norma dan anaknya yang comel tu tabah menghadapi dugaan ini. sumber : moon punyer blog





Selasa, 22 Mei 2012

Serasi bersama

   

Bila sebut sahaja cinta atau hubungan percintaan pasti anda akan terbayang saat-saat indah dan manis bukan? Tapi tidak kurang juga ada yang membayangkan kesakitan dan kelukaan terhadap cinta yang tidak berkekalan dan berpanjangan.
Untuk pengetahuan anda tidak semua yang bercinta itu mempunyai personaliti dan sikap yang sama. Mungkin sekarang ini atau dahulu anda bercinta dengan seseorang, orang itu berpesonaliti begini dan anda tidak sukakannya. Tetapi jangan pula anggap orang yang anda ingin menjalinkan hubungan akan datang sama juga personalitinya.
Setiap orang ada personaliti-personalitinya tersendiri dan setiap orang berbeza-beza. Tiada yang sama. Tetapi anda harus ingat. Bukan semua manusia itu sempurna.

Jom kita ketahui apakah rahsia kasih sayang atau pesonaliti anda atau pasangan anda berdasarkan bulan kelahiran. Bagi yang tak tahu apakah bulan kelahiran pasangan atau orang anda minati itu, cepat-cepat bertanya pada si dia.

Bulan Januari

  • Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
  • Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati
  • Sukar setia pada yang satu
  • Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
  • Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya
  • Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya
  • Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
  • Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
  • Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11
  • Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini


    Bulan Ogos

    • Tidak serius dalam perhubungan
    • Mengambil mudah dalam perhubungan
    • Kesetiaan di ragui
    • Pandai memujuk pasangan
    • Suka memimpin pasangan
    • Romantik, Pengasih dan Penyayang
    • Kelam kabut dalam perhubungan
    • Sering bertukar pasangan
    • Sukar mencari pilihan yang tepat
    • Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima
    • Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan
    • Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
    • Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini

    Sumber dan untuk bulan² lain : Klik Sini
    Macam saya ceritakan sebelum ni.. kami berkahwin atas pilihan keluarga.. tapi saya rasa bersyukur dengan pilihan ini.. berkat doa ibu bapa kami bahagia sehingga hari ini.... lumrah hidup berumahtangga ade pasang surutnya.. sedangkan lidah lagi tergigit.... tak mahu lupe diri mohon petunjuk agak kebahagia ini kekal kehujung nyawa hingga ke syurga amin....
     
    Yups.. ade persamaan kan pada pasangan ideal kat atas tu.. patutlah kami walaupun tak saling mengenali sebelum ini tapi banyak persamaan dan keserasian bersama.. walaupun ade jygak macam tak betul jer.. krateria yang ditulis tu.... 
     
    Lagi satu tulisan kami pun tak jauh beza.. betullah orang kata cara kite menulis juga menunjukkan jodoh kite.. serius saya tak pernah amik pusing... tapi saya percaya semuanya mungkin kebetulan sahaja...jangan terlalu taksub mempercayainya...

    Ala² manje gitu.. hihihihihi... tak sabar nak pergi jalan² hujung minggu ni yeahhh.......
     
     
     
     

    'Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya'

        

    Sebelum terlambat saya nak joinlah segmen ni.. macam menarik jer.. untuk dikongsikan.... walaupun malu nak kongsikan pada semua sebenarnya hihihihi.. pada yang takmoo tahu cepat² klik X yer tutup hihihihihi....



    Klik bena kalau nak join...
    tamat pada 22 Mei pukul 2 petang...


    Mengimbau kenangan saat sah jadi miliknya adelah sesuatu yang yang sangat indah dan diluar jangkaan.. tapi percayalah jodoh.. ajal dan maut segalanya ketentuan Allah s.w.t....

    • Januari 2004 dirisik oleh bakal keluarga mertua.. tanpa mengetahui siapakah gerangannya yang merisik diri ini ... tapi keluarga mertua tersangatlah kukenali.. kerana adik suamiku sekarang adelah sebaya ku jengg.. jengg.. jengg...
    • Secara peribadinya walaupun saya kenal adik hubby.. tapi saya tak kenal hubby hahahaha.. boleh macam tu.. bukan sombong.. dah memang kalau saya kerumah kawan saya tu tak pernah nampak hubby.. macam mane nak kenalkan.. kan...
    • Serius sangat² terkejut seperti hampir pingsan.. hampir jerlah yer.. tak pingsan pun.. sebab macam tak percaya.. dalam usia 21 tahun waktu itu.. saya telah dirisik... ;p maklumlah jiwa muda.. berkobar² nak enjoy.. nak sambung belajar lagi... tup² ade yang masuk meminang tak keharu... dah lah tak kenal pulak tu...
    • Bakal mertua bagi tempoh 6 bulan untuk bagi kata putus terima ataupun menolak hihihi.... itu baru bab merisik... rasa menangis² xmoooo kawinnn uwarrrrrrrrrrrrrrrrrr.. saya nak sambung belajar..... kunun² alasan...
    • Seminggu sebelum tempoh yang ditetapkan tibe² dapat panggilan tepon, masa tu dah petang, saya pulak baru balik kerja.... sangatlah penat sampaikan bunyi tepon malas nak angkat.. tapi angkat jugak.. terkejut sangat dengar suara bakal tunang hihihihi.. bertanya khabar kenalkan diri.. gitu.. gini... pappp letak tepon.. terus asyik tersenyumm..... 
    • Tempoh 6 bulan yang dijanjikan pun sampai.. dalam tempoh tu doa telah ku mohon adekah benar pilihanku ini... siang malam mohon petunjuk dan juga mengambil kira pandangan keluarga akhirnya saya setuju  syaratnya saya dapat sambung belajar dan bertunang 2 tahun.. family sebelah lelaki okk jer.... abah ambil keputusan menerima pinangan itu.. lagipun saya memang takde special boyfren.. tapi.. boyfren memang ramai hihihihihi..... saya pun bersetuju.... 'aje gile...' kata peahhh kepohh.. tak kenal ko suka² nak terima buat suami... hadoiilahhh..... itu soal hidup mati wehhh.....
    • Alhamdulillahhh 06.06.2004 saya telah bertunang... opss.. lupe nak bagi tahu... orang dekat jer sekampung, tu yang abah suke noooo sangat..... dah kenal mak bapaknya... saya sebagai anak tak menolak jauh sekali membantah yang penting family bahagia..... tak bantah kunun.. yang nagis guling² tu hapenya... kalau ingat² balik memang akan gelak.. arwah adiklah paling sakan menyakat....
    • Dah sah bertunang barulah kami bedua keluar.... itu pun sebab nak hantar adik hubby (kawan saya yang sebaya saya tu balik naik bas) pg stesen bas jer pun.. saya pulak arwah adik yang temankan.. mak tak bagi arwah ikut kunun² mak nak bagi can saya keluar sengan tunang, sibuk arwah adik nak ikutt.. saya bile ingat² balik mesti nak gelak..... saya baru nak pakai tudung arwah adik dah duduk kat tangga dengan selipar nak ikut.... 
    • Yang paling nak gelak.. bile orang kampung macam pelik jer.. kereta suami ade kat rumah saya.. hantar saya pergi kerja.. balik kerja.. ape lagi hebohlah sekampung kunun² kami bercinta.. padehal dah bertunang pun.... hihihihihihi
    • Alhamdulillah tempoh 2 tahun bertunang kami mengenali hati budi... dan bercinta sakan selepas kawin, masa bertunang pun jarang nak bergaduh.. umur suami yang jauh beza.. menunujukkan sangat sikap matang buat saya jatuh cinta.... maklumlah sayakan baru 21 tahun budak² lagi... budak ke..padehal kengkawan dah beranak pinak hihihihihi.....
    • Akhirnya pada 06.06.2006 kami diijab kabulkan.... tarikh tu suami yang pilih.. semua pun hubby yang beria².. saya tak kisah sangat.. banyak family yang membantu... (^___^)v
    • Alhamdulillahh.... cepat masa berlalu bulan depan 6 tahun kami melayari bahtera rumahtangga dikurniakan seorang putera yang bam.. bamm....

    Gambar kawin??? ala.. nasib baik bukan syarat wajib letak untuk segmen ni.. gambar dalam pendrive takdelah pulak.. lain siaran saya letak yer.....

     so sweet gambar kami bertiga syawal yang lalu....



    Beza ais batu air mentah dan ais batu air masak

      

    Semakin parah rasanya pagi ni suara pulak dah mule serak huhuhuhu.... semalam bersin², tekak dah mule perit macam nak batuk.. tapi tak batuk pun.. cuma tekak jer tak selesa huhuhuhuhu... kuatkan semangat jugak datang kerja sebab ade kerja sikit nak kene siapkan.. kalau ikutkan hati nak MC jer huhuhuhuhu....

    Gambar lama freshh oren yang sangatlah sedappp dari KR.......


    Semalam ade makan² kat hotel, tapi tekak ni semacam jer lepas minum air freshh oren tu... terus perit semacam.. bukan saya sorang masalahnya kawan² yang lain pun same jugak.. hadoilah takkanlah hotel bagi air tak masak pulakkan.. ke.. ais batu tu dia yg guna air mentah eeeeeee....... sabar² yer... jangan salahkan makanan atau air minuman dah memang kamu nak sakit.... huhuhuhu.. itulah ayat mak kalau saya mengadu...
     
    Pernah tak kawan² terpikir ade perbezaan kiub ais yang dibuat menggunakan air mentah dan air masak... secara peribadinya tak tengok sangat pun kalau order air kat luar.. haus sangat terus jer minum hihihihi.... tapi sebenarnya rasa air mentah yang dibancuh pun kite boleh tau iyerrr dokkk...

    Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.

    contoh ais daripada air masak...

    Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.
     
    Hadoilah... punca ape sakit ni.. ais mentah ke huhuhuhu... harap janganlah berlarutan.. kalau tak esok MC jugak ni.. hujung minggu ni nak jalan² dengan keluarga mertua........ cepatlah baikkk....
     
     
     
    Sumber : Klik sini
     
     
     
     

    Isnin, 21 Mei 2012

    Dapat Rezeki dipetang hari ......

      

    Cuaca petang ni mendamaikan ..... mood nak buat kerja dihari isnin agak kelautt. sebab dah mule² bersin nak selsema agaknya.... harap tak berlarutanlah.. tekak pun dan mula perit.... cuaca kat luar pulak masih lagi hujan.

    Dalam pada sejuk² ni.. tibe² teringatkan kudapan dipetang jumaat yang jiranku bagi huhuhuhuhu..... pertama kalinya mek sebelah bagi kuih ni... sedapppp sangat... ke.. tekak ni yang kebetulan lapar dihulurkan makanan memanglah semuanya rasa sedappkan hihihihi... amir pun makn beria²... maklumlah ibu tak pernah buat hihihihihi....
     
    Bilelah mood nak mari ni.... resepi dah google.... senang jer rupenya cara nak buat ni.. boleh cuba ni... tapi tak tahulah bile nak buatnya.... harapkan mek sebelah jerlah bagi.. pinggan mek pun dah banyak kat rumah.. tak terpulang² huhuhuhuhu.. maluuuuuu.. ;p
     
    Kuih cek mek molek
    Resepi kuih cek mek molek









    Erti sebatang lilin

      

    Malam yang mendamaikan... berselimutkan toto.. menonton tv macam biaser.... amir pun tidur awal, maklumlah siang tak tidur.. malam idurlah awalkan.. kan...
     
    Amir lena betul diulit mimpi.. saya pun masuk tidur berselimut kunun² sejuk jugak... lena sangat.. sampailah tibe² sayup² dengar suara jiran² ku.. eh² dah subuh ke... rasa macam baru lelap.. pup bukak mata.. awatnya gelappp... kat mane ni ngee~~~ raba² cari tepon dekat bantal... tengok jam baru pukul 4.30 pagi... huhuhuhu karen takde... terus bangun tanye hubby kul bape letrik takde ni.... lilin pun dah terpasang... kul 3.45 pagi.. owwhhh nampak noo tidur tak sedar apepun... dah lebih setengah jam takde elektrik baru terasa bahangnya... nasib baik amir ok jer..

    Masa² ni lahh baru mengerti erti sebatang lilin.. owhh betul² dihargai... Masa elektrik takde..nasib baiklah ade bekalan ni kat rumah.. kalau tak haru jugak....

    OMG... hubby pasang lilin lekat kat lapik gelas air minuman daripada cosway huhuhuhuhuhu....


    Sudahnya bile bergelap macam ni.. nak sambung tidur pun tak boleh.. cuba² jugak lelap.. sampailah elektrik ade balik kul 5.10 pagi huhuhuhu.....


    Jumaat, 18 Mei 2012

    Mahu Cepat Timang Anak

      

    Dulu sebelum kawin.. Orang selalu tanya bile saya nak kawin.....
    Bile saya dah kawin pulak.. Orang tanye pulak... takkan nak hidup berdua jer.. bile nak ade anak...
    Sekarang.. bile dah ade anak... Orang tanye lagi... Anak dah besar.. takkan sorang jer anak.. tak nak tambah lagi ker???? Haihhhhhhh......
    Agaknya bile saya dah tambah anak pun mesti orang tanya lagikan.. takkan nak 2 orang anak jer... huhuhuhuhu haru betullahkan... 
    Biarlah orang nak kate apepun... kan... mulut tempayan bolehlah tutuppp.. mulut orangkan.. manelah boleh nak tutupp.... (^__^)v

    Mahu cepat timang anak?? owhhh nak tergelak saya baca artikel ni.. bukan nak tergelak sebab ape.. sebab katanya cincin kahwin suburkan alat kelamin ngeee~~~

    Iyer ker.. saya pun tak pasti... tapi menurut masyarakat purba dan sains cakra India menyatakan cincin perkahwinan yang tersarung dijari individu mampu mengalirkan tenaga positif kedalam tubuh.. wowwww.....

    Tenaga positif itu mengalir menerusi jari dan merangsang charka svathisthana yang bertanggungjawab terhadap sistem genital. Rangsangan tersebut efektif dalam menyuburkan alat kelamin.

    Pemakaian cincin kahwin selama empat jam sehari juga berupaya meningkatkan tenaga seksual dan membantu pasangan untuk memiliki cahaya mata.

    Selain itu pakar perubatan tradisional dan alternatif menjelaskan pemakaian cincin kahwin juga dapat memperbaiki sistem saraf tubuh dan mencegah keradangan.

    Sumber : Majalah Harmoni
    Suke sangat tengok muka² manis pengantin baru ni kan...
    Semoga mereka kekal keakhir hayat.. Amin....


    Semuakan kuasa Allah s.w.t. yang penting kite berusaha... Insyaallah akan dikabulkan... Saya sendiri pun tak pasti sejauh mana kebenarannya.. Tibe² terpikir.. hadoillahhh saya memang tak suke pakai barang kemas macam cincin, gelang, rantai.... subang sebab rasa rimas lagi² kat rumah... cincin tunang pun ikut mood pakai.. patutlah saya susah nak lekat kot kikikiki... ;p

    7 cara kawal perilaku anak di pusat membeli belah

      

    Cepatnya masa berlalu.... dah hari jumaat... esok cutii yeahhhhh..... ape nak buat bile cuti... tengah bulan macam ni takde maknenya nak shoppingkan.... duit semua sudah bolosss.... ;p

    Hari ni saya nak kongsikan sikit 7 tips atau cara nak jaga kelakuan anak kalau pergi ke pusat membeli belah (^___^)v
      • Sebelum memulakan perjalanan atau pun meninggalkan rumah, pastikan si kecil diberi makan secukupnya..... Sikecil biasanya tak akan meragam bila dah kenyang....
      • Pastikan berbincang dengan anak sebelum keluar dan menerangkan tujuan kite pergi pusat membeli belah, dan kite mestilah bercakap dengan nada lembut supaya si kecil lebih mudah menerima penenrangan kite.. kan.. kan...
      • Berikan mereka satu tanggungjawab seperti menjaga adik yang lebih kecil, secara tak langsung anak akan lebih matang dan rasa bertanggungjawab dengan pesanan yang diberikan... 
      •  Biarkan suasana gembira berlangsung sepanjang keluar bersama... Elakkan memarahi mereka kerana bimbang mood mereka berubah dan mule meragam jadi nak shopping pun dah tak seronok...
      • Biarkan anak juga turut memilih sendiri barang yang mereka mahukan, jangan menghalang idea mereka supaya mereka berasa seronok.... kalau tak sesuai atau tak perlu beli.. cakaplah dengan lembut dan berhemah.. pasti mereka pun faham...
      • Kite juga mestilah peka dan perihati.. bagi anak yang tak pakai pampers.. pastikan bertanya pada anak mahu ketandas atau pun mahu minum atau makan  kalau rasa dah lama sangat kite kat dalam pusat membeli belah tu.. Elakkan daripada mereka merasa terpinggir dan akan melakukan aktiviti di luar kawalan dan pengawasan serta menduga kesabaran kite ditempat awam...
      • Berikan pujian pada anak bile pulang kerumah bile anak berjaya menunjukkan tingkah lakuyang baik sepanjang shopping, dengan pujian pastinya anak kite akan rasa dihargai....

    Saya pun selalu jugak buat macam ni dekat amir.. sebelum keluar rumah mesti pesan amir xmoo merenggek tau pergi kenduri, lepas kenduri ibu nak singgah beli barang sikit.. amir takmoo mintak mainan tau.. mainan dah banyak kat rumah.... alhamdulillah.. amir tak meragam.. tapi.. kalau terlupe pesan merenggek²lah jugak.. cuba belum tahap guling² jer....


     Gambar lama jalan² kat jusco dengan abang apis.. abang sepupu amir..


     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...