Ape aktiviti hujung minggu yang menarik?? banyak sebenarnya boleh buatkan.. tapi dah kalau kereta takde... ape pun aktiviti cuma kat dalam rumah jerlah hihihihihi....
Selalunya hujung minggu kalau tak balik kampung dan hubby ade kelas, saya bangun pagi mestilah kemas rumah macam biaser dari basuh baju, menyapu, kemas peti sejuk, lipat baju yang mengunung dan sampailah mop lantai (kalau rajin dengan tempat parking kerete sekali saya basuh dan mop kikikiki)..... kadang² anak bujang tu rajinlah jugak nak menolong.. menolong tambahkan sepah² pun dialah jugak huhuhuhu..... kalau lagi rajin dengan tingkap² sekali saya lap hihihihihi...
Pergi pasaraya segi depan rumah jer... belanja dapur sikit².. hari sabtu plastik tak disediakan haruslah bawak beg serbaguna dari rumahkan.... dah kalau pergi 2 beranak naik motor jer.... takdelah nak membeli sangat cukuplah untuk menambah stok sahaja....
siang ikan.. beli banyak dan pilih yang segar² mata masih putih.. tahan lamalah sikitkan... silap² stok sebulan kikikikiki... beli jugak ayam sekor (potong kecik² siap²) dengan udang sikit....
Dan haruslah siap² dibungkus didalam plastik 2 ekor setiap satu plastik untuk sekali masak cukuplah buat kami 3 beranak.... nak beli tupperware tak mampu.. tipuware baru jer banyak yang dibuang dengan hubby kalau dia rajin mengemas itulah jadinya huhuhuhu.... alamak!!! lupe nak amik gambar ayam dengan udang.. ;p
Kalau ibu² yang ade anak kecik sibuklah buat puri macam cha, cik mot dan fieza, saya pun sibuklah juga buat puri dewasa hihihihihi... blander bawang merah+bawang putih+halia (stok untuk masak sup, sardin atau ayam kicap semua² menu kegemaran amir) kemudian blander bawang merah+bawang putih+cili kering semua saya simpan dalam stok tipuware saya dan masukkan dalam peti sejuk... senang balik kerja nak masakkan.. kan.. jimatlah masa dan tenaga.. dan jimat uwang juga.... sebab saya lebih selesa makan dirumah dari keluar.. tapi kadang² makan luar dan bungkus juga hihihihihi....
Hari ahad pulak.. makan free yeahh.. (tapi minggu ni takde jemputan so duduk rumah.. mkn tdo.. bgn mkn tdo) kalau tak jemputan sana sini.. kadang² tak menang kaki nak berjalan tau huhuhuhu.... haruslah pergikan kalau jemputan kawan² yang rapat.. atau sedara mara, masa ni lah pun nak berjumpenya... kalau tak jangan haraplah....
Sekarang ni dah macam trend kalau pergi mane² jemputan haruslah ade menyanyi² macam ni.. dan juga celoteh DJ, kalau takde macam buhsan sikitkan... ;p sementara nak tunggu pengantin sanding tu..
Sempat amik gambar pelamin jer.. pengantinnya lama kemain lagi nak bersanding dengar khabarnya pukul 3 baru sanding.. x sanggup menunggu ade jemputan lain juga huhuhuhu.....
Ok sambung buat sambal belacan pulak satu tupperware kecik stok memang simpan dalam peti sejuk.. senang nak makan ambil jer... siap sambal kicap juga...hadoilah memang terlebih rajin sudah.. stok untuk sebulan.. kadang² nak masuk 3 minggu kalau dah tak habis² bawaklah balik kampung hihihihihihi.....
Upah kalau tolong ibu .. ayah belikan ais blanded dengan cendawan goreng kat pasar malam jer.....
Bicara Hati : Hujung minggu memasing jiran² ade hal, kesian amir takde kawan nak main basikal same².... ibu lah yang kene layan sudahnya.. main badminton (korang paham² je lah.. kalau main dengan amir tu.....)