♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 3 Januari 2013

Bila Sesi Persekolahan Bermula .....

  


Sejak sekolah mula ni, jadual bangun pagi pun akan mula berubah.. ditambah pulak amir dah mula kesekolah tadika hari ni.... 


Semalam ok lagi.. walaupun rutin macam biasalah bile mula sekolah hubby akan amik alih buat sarapan hihihihihi... kerjasama itu penting kan ayahhh kan.. kan... jangan nak banyak songeh apa hubby masak untuk sarapan bawak jer bekal tak kiralah pau kukus segera, nugget goreng ataupun roti sapu kaya .... takda maknanya pagi² nak semeja bersarapan... sambil bersiap tangan ni memang mencapai jer.. apa yang ada atas meja tu .... hihihihihihi ... terima kasih ayah .. sangat² menghargainya (itulah satu² azamku setiap tahun yang takkan menjadi kenyataan untuk menyiapkan sarapan awal pagi waktu bekerja sejak dah ada anak ni) Tapi Tapi.. kalau terbangun awal sangat pagi tu saya masaklah lauk siap² hihihihi.. tengahari hubby balik boleh masak nasi.


Okk.. sebab hubby dah buat sarapan, tugas saya pulak akan kejutkan amir.. mandikan dia dan siapkan dia untuk ke tadika, tapi tu lah.. bile mak ni yang mengejutkan mengeliatnya mengalahkan ape jer... kalau dah lambat memang masukkan dalam kereta jer mandikan kat opis (nasib baiklah tadika dekat dengan opis anak oiiii) kalau tak mau lah mak ni jadi hulk pagi² atau tarzan.. allahuakbar.

Payahnya nak suruh possing sebelum masuk tadika...
Malu katanya.. tengoklah tu.. macam² pesenlah dia ... tutup muka ...


Oleh kerana dah hantar amir ke tadika bermula tahun lepas, jadi tahun ni alhamdulillah dah takda masalah sangat.... amir pun ok.. kemain eksyen lagi dengan beg beroda dia tu... semangat berkobar²...
Pesanan ibu macam biasalah ... dalam kereta tu kan... bukan apa, takut jugak kot² amir meragam nanti kan.. jadi kenelah bagi tahu awal² hari ni dah mule sekolah....


Doakan semoga anak² kita diterangi hatinya dan mudah menuntut ilmu ..
Moga Doa anak pandai belajar ...
Amin...





Bicara Hati : Terlalu pantas masa berlalu... Amir dan pun 5 Tahun, macam² ragam dan kerenahnya yang perlu ditangani makin dewasa ni.... 




Inspirasi Baru

  


Dalam entry Hari Terakhir ada ku serta gambar pasu berair yang ada pokok berdaun disitu, saja sebagai inspirasi di tahun baru .. dan kebetulan kawan satu opis yang hadiahkan hihihihihihihi... tq ana.

Kalau sekali pandang memang tak perasan yang sebenarnya dalam pasu bukan sahaja ada pokok berdaun yang sebenarnya ada seekor ikan berwarna oren hihihihihihi .. tak tahulah hidupnya sampai bile sebab kita ni bukan pandai sangat pun membela ikan tapi ntah tu lah hobi baru sejak akhir² ni sejak mak bagi ikan puyu tempoh hari (alamak!! lupe nak buat entry tu) ikan tu pun semua dah mati gegegegegege.. mau tak mati ... amir dok melayan ikan tu siap bagi makan roti .. dah tu bulan 12 kan banyak cuti kejap² balik kampung ditambah kami pergi bercuti, ditambah pulak aku kerja tak menentu hala baliknya lewat petang .. sudahnya ikan tu terbiar huhuhuhuhu....


Harap ikan ni hidup lama lah sikit ada juga teman nak ku bebelkan hihihihihihi ....
Jangan ko mati sudah gegegegege....




Nampak tak ikan tu?? haihh memang payah nak diamik gambar .. malu kununnya... tu dia bagi ekor jer.. saboo jerlah kan...


Bicara Hati : Boleh bela ikan ke kat opis ni? jangan kata aku bela nyamuk sudah huhuhuhuhu ...;p

Rabu, 2 Januari 2013

Sedehana - Dengan ingatan tulus ikhlas

  


Hari istimewa mak


Kek pilihan mereka berdua buat Embah
Amir muka tak puashati ....



Bicara Hati : Walaupun adik faiezah tak dapat balik kami² sahaja dah cukup meriah, janji mak seronok ....



Rezeki 2012

    


Masti ramai yang bercuti hari ni kan, jalan pun dah mula jem gegegege... amir esok baru lah mula sekolah insyaallah ibu yang hantar, tapi... ibu tak dapat cuti.. nasib baiklah taska amir dekat jer.. tadika dan taska pun ditempat yang sama.... huhuhuhuhuhu....

Alhamdulillahh.. berbalik pada tajuk rezeki 2012, memang rezekilah namanya kan sapa yang ada buat pelaburan ASB ni, tapi kami tak join pun yang dengan bank tu.. buat pelaburan sendiri jer... ada lebih masukkan.. tak ada lebih tak adalah menyimpan hihihihihi.. mengorek lagi adalah ...;p

Hari ni dah boleh update ker??? macam banyak sangatlah menyimpannya hihihihihi... adalah sikit² rezeki anak² tekak kan... jadilah daripada takda langsung.


Agihan ASB 2012 ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber :  BERNAMA]


Bicara Hati : Mesti ramai orangkan nak update kan silap² offline kat ASB tu hihihihihi ....

Selasa, 1 Januari 2013

Semangat Tahun Baru 2013

 

  


Isnin, 31 Disember 2012

Top Commenters Di Blog Herba Tihara

  


Alhamdulillah sementara menanti detik 1 Januari 2013, entry terakhir ini pemberi semangat lagi untuk meneruskan menulis blog, maklumlah nak mengarang ayat kadang rasanya masih lintang pukang ... lebih suke berjalan² meronda ke rumah jiran² tetangga ... walaupun ada jiran yang tak sudi menerima kunjungan (follow saya tapi tak dapat follow balik sebab tiada link untuk masuk blognya kembali) maaf yer .. saya bukan sombong.

Tak kala meniti detik menuju tahun baru, terpanalah pada satu blog yang memang setiap hari akan ku kunjungi, ralit membaca terpana sebentar bila terpapar sebagai 5 orang Top Commenters Blog Penutup Tirai 2012 di Herba Tihara, sungguh pun ditempat terakhir nyata ada rasa syahdu disitu kerana telah jarang meninggalkan komen disana hihihihihi... tapi masih masuk senarai terima kasih kak tihara.


Penghargaan juga buat Top Commenters Blog Penutup Tirai

Kenapa blog beliau mesti saya kunjungi setiap hari???
Kerana saya suka dengan cara kak tiha menulis pada entry² di blognya, selain daripada itu beliau rajin juga buat GA (cuma aku yang tak berkesempatan nak join). 

Banyak entry² diblognya mengandungi unsur² keagamaan, kata semangat buat diri, kisah bunga² yang memang menjadi kesukaan tuan blog sampaikan ada bunga tu yang tak pernah ku dengari jauh sekali ku lihat ... walaupun tajuk blognya perkataan herba tapi jarang pula tuan tanah menulis tentang herba hihihihihihi ...(^___^)v

Minat menonton kami yang sama suka menonton drama korea, walaupun adakalanya aku culas maklumlah bergantung pada byond HD sahaja ada masa sempatlah maraton ku tonton tak sempat tonton bacalah review yang kak tihara buat hihihihihihi...

Terima kasih kak sebab akan buat entry khas buat semua pemenang yang tersenarai (^____^)v



Eh² rupanya kak tiha pun penyumbang terbanyak URL nya diblog saya sepanjang saya menulis hihihihihihi ....
Maaf nak print daripada nuffnang tapi tak boleh bukak lah pulak kat opis hari ni tak tahu kenapa huhuhuhuhu.. jadi saya print screen daripada stast blog sahaja.
Malunya nak tunjuk sebab tak ramai pun yang datang ke blog saya ni ... huhuhuhuhu...

Sebagai penghargaan saya pun nak bagi akak hadiah juga... harap kak tiha sudi tinggalkan alamat dan emailkan ke saya di nowzyana@yahoo.com
hadiahnya suprise lahhh.... mane boleh bagi tahu dulu kan.



Bicara Hati : Jom berkenalan dengan kak tihara pemilik Bolg Herba Tihara



Hari Terakhir

  


Monday blues #$%^&???? owhhhh takda maknanya.... dengan kerja yang tak bersurut² atas meja ni... tapi sempat BW kejap hahahahaha...... Terapi minda haruslah baca perkembangan kawan² dulu kan.. amik mood sebelum mulakan kerja....

Cepatnya masa berlalu sekarang ni ... Awal muharram telah menginjak ke Safar, hari ni 31 Disember 2012 esok dah 01 Januari 2013.

Impian tahun baru , tiada impian lain melainkan impianku yang satu itu... hihihihihi... sengih sambil kelip² mata.   Segala usaha telah dilakukan melainkan kini hanya redha dan percaya pada ketentuannya.


Penyeri baru dimejaku... 
Bolehlah ku bebel² dengan kamu nanti ...
So sweet .....
Payah betul nak diambil gambarnya ...


Ramai yang bercuti hari ni kan, ada yang hantar anak ke sekolah untuk pendaftaran baru, ada yang memang cuti untuk habiskan cuti tahun yang ada.. jadilah aku sebagai penjaga opis hihihihihi ... ;p

Apa yang korang tengah buat pulak, berkemas ke.. buang sampah sarap kat meja?? hihihihi ... tu agenda kita akhir bulan satu nanti baru boleh buat.. sekarang tak boleh.. nanti tersalah buang tak pasal jer... Kalau duduk rumah mesti bestkan cari ilman ubah ruang.. adalah mood sikit dalam rumah hihihihihi....



Bicara Hati : Tak pernah meraikkan untuk sambutan tahun baru, selalu duduk rumah jer.. layankan tv lepas tu kalau mata tak mengantuk lagi dapatlah tengok bunga api jiran² taman seberang pasang.. kalau mengantuk tak sedar apa pun...







Ahad, 30 Disember 2012

Hari iSTIMEWA Mak


    

Hari ini hari yang sangat istimewa buat mak, setiap hari pun istimewa tapi hari ni lain sikit.. sebab hari ni ulang tahun kelahiran mak.

Tapi dihari istimewa ini anak pun ini agak kesibukkan.. mujurlah tahun ni jatuh pada hari cuti .. makanya dapatlah anak ini pulang ke kampung sungguh pun hubby ada peperiksaan akhir hari ini di tambah taska amir ada pembukaan hari persekolah walaupun sekolah amir hanya akan bermula pada 03 januari 2013. Tapi semuanya tentang amir ibu dah selesaikan dahulu dengan membayar dan mendaftar segala keperluan yang perlu hari khamis lepas... jadinya hari ni kami di kampung bersama mak.

Tiada sambutan yang terlalu meriah tapi awal bulan baru ni dah bawak mak pergi bercuti dengan kami ke Cameron Highland  dan ke Kolam Air Panas Sg. Klah seronok sangat masa tu.. lagi² amir, dia lah paling teruja dapat jalan² dengan embahnya maklumlah amir satu²nya cucu tunggal mak buat masa ni hihihihihi... insyaallah akan bertambah lagi tahun depan.

Hari ini nak masak special sikit, tak tahu lah menjadi tak hihihihi .....




Gambar kenangan kami berdua masa bercuti baru ni ...
Selamat hari lahir buat mak yang ke - 48 Tahun, Semoga mak di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik... Sayang sangat kat Mak. (^____^)v


" .... Apabila Mata IBUmu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi Allah, iaitu DOA SEORANG IBU ...."

AYAH merupakan satu satunya lelaki yang tidak pernah mengecewakan kita dan
IBU merupakan satu satunya wanita yang tak pernah patahkan hati kita sepanjang hidup kita.




Bicara Hati : Bile dah ade anak sendiri barulah aku rasa apa yang mak rasa dan risaukan padaku selama ini (^____^)v








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...