♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 31 Disember 2012

Home » , , , , » Hari Terakhir

Hari Terakhir

  


Monday blues #$%^&???? owhhhh takda maknanya.... dengan kerja yang tak bersurut² atas meja ni... tapi sempat BW kejap hahahahaha...... Terapi minda haruslah baca perkembangan kawan² dulu kan.. amik mood sebelum mulakan kerja....

Cepatnya masa berlalu sekarang ni ... Awal muharram telah menginjak ke Safar, hari ni 31 Disember 2012 esok dah 01 Januari 2013.

Impian tahun baru , tiada impian lain melainkan impianku yang satu itu... hihihihihi... sengih sambil kelip² mata.   Segala usaha telah dilakukan melainkan kini hanya redha dan percaya pada ketentuannya.


Penyeri baru dimejaku... 
Bolehlah ku bebel² dengan kamu nanti ...
So sweet .....
Payah betul nak diambil gambarnya ...


Ramai yang bercuti hari ni kan, ada yang hantar anak ke sekolah untuk pendaftaran baru, ada yang memang cuti untuk habiskan cuti tahun yang ada.. jadilah aku sebagai penjaga opis hihihihihi ... ;p

Apa yang korang tengah buat pulak, berkemas ke.. buang sampah sarap kat meja?? hihihihi ... tu agenda kita akhir bulan satu nanti baru boleh buat.. sekarang tak boleh.. nanti tersalah buang tak pasal jer... Kalau duduk rumah mesti bestkan cari ilman ubah ruang.. adalah mood sikit dalam rumah hihihihihi....



Bicara Hati : Tak pernah meraikkan untuk sambutan tahun baru, selalu duduk rumah jer.. layankan tv lepas tu kalau mata tak mengantuk lagi dapatlah tengok bunga api jiran² taman seberang pasang.. kalau mengantuk tak sedar apa pun...







15 ulasan:

AdaM Hawa berkata...

jangan lupa bg makan ikan tu ea.. hehehe.. baik lepak depan tv je.. dari berpusu2 ke tempat yg ramai orang.. hehehe

Kakzakie berkata...

Kakak pun agak sibuk juga hari ini. Esok di Johor sebenarnya kerja tapi kakak cuti nak hantar anak balik asrama.

Cantik pokok atas meja tu. Mood 2013 ye hihi... selamat tahun baru juga dari kakak:)

Falsya berkata...

hari nie ramai yg cuti..lengang je jalan..arinie kite half day tau..comp bg..hehehehee

izan mama mia berkata...

mlm nie sure bising ngan mercun..

Norhaizan hakim berkata...

Kirim salam kat pokok comel tu...Hari ni kak zan duduk rumah jer...en suami cuti tapi pepegi hari dah kuar dengan anak bujangnya...memancing!

Tihara berkata...

dah hampir tahun 2013...insha Allah semuga semua impian akan tertunai..aamiin :)

lia berkata...

he3 gaya payah nk amik gmbr pokok tu mcm dia gerak2 lak kui3

slmt sambut thn 2013 dan semoga thn dpn lebih baik dari tahun ini, amin....

Izan Ishak berkata...

dah akhir thn 2012 rupanya. diam tak diam esok dah thn baru kan. keje kalau dok umah ni mmg tak pernah abislah masya. jom kemas umah!

Ema Blog berkata...

saya pun tgh kerja ni..hehehe

QasehnyaRania berkata...

background baru yer ;)

selamat tahun baru..bebel yg baik2 aje tau dgn si`dia`..hihi

sal ya berkata...

suka jugak letak pokok2 mcm ni. terapi minda nih.

KHAIRUL AMRAN berkata...

Esok cuti..

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

samelah,,tak pernah nk sambut2 tahun baru ni,,sbb malas nk kuo bersesak2,baik kt rumah,,dpt denga bunge api dr umah pon jadila=)

Puan Kutu berkata...

apakah impian nan satu itu?utk beri amir adikkah?kelip2 mata jugak..haha

UniMeOw berkata...

comel la penyeri meja tuuuu....

slamat tahun baru kak..(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...