♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 30 Disember 2012

Home » , , , , » Hari iSTIMEWA Mak

Hari iSTIMEWA Mak


    

Hari ini hari yang sangat istimewa buat mak, setiap hari pun istimewa tapi hari ni lain sikit.. sebab hari ni ulang tahun kelahiran mak.

Tapi dihari istimewa ini anak pun ini agak kesibukkan.. mujurlah tahun ni jatuh pada hari cuti .. makanya dapatlah anak ini pulang ke kampung sungguh pun hubby ada peperiksaan akhir hari ini di tambah taska amir ada pembukaan hari persekolah walaupun sekolah amir hanya akan bermula pada 03 januari 2013. Tapi semuanya tentang amir ibu dah selesaikan dahulu dengan membayar dan mendaftar segala keperluan yang perlu hari khamis lepas... jadinya hari ni kami di kampung bersama mak.

Tiada sambutan yang terlalu meriah tapi awal bulan baru ni dah bawak mak pergi bercuti dengan kami ke Cameron Highland  dan ke Kolam Air Panas Sg. Klah seronok sangat masa tu.. lagi² amir, dia lah paling teruja dapat jalan² dengan embahnya maklumlah amir satu²nya cucu tunggal mak buat masa ni hihihihihi... insyaallah akan bertambah lagi tahun depan.

Hari ini nak masak special sikit, tak tahu lah menjadi tak hihihihi .....




Gambar kenangan kami berdua masa bercuti baru ni ...
Selamat hari lahir buat mak yang ke - 48 Tahun, Semoga mak di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik... Sayang sangat kat Mak. (^____^)v


" .... Apabila Mata IBUmu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi Allah, iaitu DOA SEORANG IBU ...."

AYAH merupakan satu satunya lelaki yang tidak pernah mengecewakan kita dan
IBU merupakan satu satunya wanita yang tak pernah patahkan hati kita sepanjang hidup kita.




Bicara Hati : Bile dah ade anak sendiri barulah aku rasa apa yang mak rasa dan risaukan padaku selama ini (^____^)v








18 ulasan:

ieja amieja berkata...

selamat panjang umo emak..moga ALLAH selalu memberikan kesihatan yg baik dan kebahagiaan disamping anak2 dikasihi,,tumpang hepi sekejap sbb akk dah x de mak lg..

UniMeOw berkata...

eh,,,baru 48tahun?muda lagi la...

smoga makcik dpnjangkan umur,dimurahkan rezeki yang halal,sentiasa sihat & sentiasa bahagia...amin....<3<3<3

Tihara berkata...

entry yg bermakna...selamat hari lahir untuk mak masya..:)

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

Kasih seorang Ibu mmg tak terbalas..sayang Ibu!:)

Nisah Idham berkata...

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, di panjangkan umur. di murahkan rezeki kepada Emak..hehhee

melihatkan raut wajah Emak tu, teringat wajah bonda di kampung.. aduhaii rindunya..

izan mama mia berkata...

hapy besday mak...(tumpang mak boleh,..mak kiter dah xder...huhhu )...mg diberikan kesihatan yg baik yer..

Ujie berkata...

48 thn? muda lagi. Masya anak sulung eh?

Happy birthday utk mak..moga bahagia dunia akhirat. :)

Nora Karim berkata...

betul tu masya.. kasih ibu sampai ke syurga... barakallahufiq buat mak masya... semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin..

♥ ROS ♥ berkata...

selamat ulangtahun untuk mak akk.. :)


**baru sempat blogwalking... sorry lama xjengukk..huhuhu

Nieyl berkata...

Selamat hari jadi tok mak akak...:)

smlm besday ayah nieyl :)

Sha Saperi berkata...

happy birthday mak cikk...moga sihat2 selalu...

eita berkata...

selamat hro lahir jugak untuk mak...
hehehe..kite xde mak..tumpng mk orng je lh..

muda lgi tu mak dia..
baya kakak ita je tu

Ema Blog berkata...

selamat hari lahir utk mak masya

Izan Ishak berkata...

selamat hari lahir buat mak masya...

# muda sangat lagi mak, sebaya dengan akak izan yg no.2 tu~~

QasehnyaRania berkata...

semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.amin

selamat hari lahir buat ibu ;)

sal ya berkata...

happy belated ye mak...

NORSHAHFEZA HAMSAN berkata...

happy belated birthday utk beliau,,semoga pnjang umurnya, murah rezeki n bahagia dsamping keluarga tersayang selamanya

Puan Kutu berkata...

selamat hari lahir makcik..:)

muda lg mak, lebih kurang sebaya mil sy..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...