
Bahan-bahan :-
- 5 keping roti (xperlu dibuang tepi²nya)
- 2 biji telur
- Air
- ½ tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 1 bungkus agar kering
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar marjerin (cairkan terlebih dahulu)
- 2 sudu besar coklat emulco. Pakai serbuk koko pun ok sedapp jugak (Tapi guna coklat emulco lagi cantik warna coklatnya dan rasa lagi sedap)
Cara-cara :-
1. Masukkan air, suka guna plastik agar² tu lebih mudah, kalau guna satu pek agar² jadi air pun kenelah satu pek tu jugak, masukkan gula ke dalam periuk dan didihkan
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan tambah secawan air. Kemudian masukkan dalam periuk
agar2 yg sudah mendidih tadi.
3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan dan kacau rata sampai mendidih lagi. Kacau
sehingga bawah periuk bagi mengelakkan ianya tidak berketul. Tutup api.
4. Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan lagi masukkan
coklat emulco.
5. Bila adunan telah siap, marblekan sahaja. Masukkan ke dalam peti selama sejam
sebelum dihidangkan
Cara Memarble :-
Sesenduk adunan warna asal dituang di tengah² loyang, kemudian ambil pula sesenduk
adunan warna coklat dan dituang betul² di atas adunan warna asal tadi. Lapis sehingga habis
adunan dengan mengulang step di atas, tapi jangan kacau, biarkan adunan bergerak sendiri.
Ketika memarble hendaklah cepat cos adunan nih cepat membeku. Kalau lambat jadi mcm
yg aku buat kat atas..
Bicara Hati : Tengok adunan saya tu tengah² warna kuning nampak terbonjol sikit.. sebab dah beku hihihihihi ...;p Selamat mencuba yer.. kan cuti panjang hujung minggu ni bolehlah buat.
