♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 14 Februari 2013

Hairan Lagi Pelik



Semalam pergi kerja macam biasa takda masalah pun berlaku.... perjalanan lancar.. kereta tak banyak... Amir pun tak meragam, tekun menemani ibu sambil menikmati panorama pagi hari.

Tapi... agak kehairanan di waktu petang apabila mahu pulang kerumah daripada tempat kerja hampir 2 jam menempuh jalan sesak dengan kereta berjalan perlahan.

Ada kemalangan kah??? hati mula tertanya².... sampai kesudah masih tertanya² sebab tiada kemalangan pun dihadapan.... mungkin sebab banyak kenderaan orang masih bercuti kot.. nak balik kerumah. Bayangkan jalan jem daripada jusco bukit tinggi hala kesas kebanting, haihhh nasib baiklah dah siap² belikan amir air dan bancuh susu.... dan mujurlah jugak dia tak mengadu mahu terkencing.. kalau tak haru jugak dibuatnya.

Mood ceria dipagi hari... hari ini ayah hantar... sebab ayah masih bercuti ....
Baju jasmani untuk hari khamis....



Bicara Hati : apam, donut.. sarapan pagi ni.. alhamdulillah....



Rabu, 13 Februari 2013

Pakej Murah Pangkor Island Beach Resort Pulau Pangkor


Percutian untuk 3 hari 2 malam 
Klik gambar kalau berminat untuk kesana ....





Travel Period
• Voucher valid from 15 February - 31 May 2013
• Voucher not valid on:
Garden Wing
- 16 & 17 February 2013
Pacific Wing
- 21 February 2013
• 7 days prior reservation required and subject to availability
• Strictly not redeemable after validity date ends



Bicara Hati : Macam menarik jer.. untuk dituju... belum pernah pergi 3 beranak, tapi kalau kat sana 3 hari 2 malam nak buat apa jer.... 



Belajar Mengunting Dan Art



4 hari bercuti, penuh aktiviti dikampung sahaja... aktiviti sendiri tergendala..... mood datang kerja hari ni agak layu² huhuhuhuhuhu....

Perkembangan yang positif bila disekolah diberi peluang memegang gunting.. hasilnya seperti dibawah... mahu tergelak dibuatnya.... hasil diluar jangkaan. Tapi.. rupa apakah itu.. robot kah??? 


1st art katanya ....


Bicara Hati : Nasib baik mood amir okk pagi ni... takut jugak dah 4 hari cuti tak mahu kesekolah...






Jumaat, 8 Februari 2013

Bahang Tahun Baru Cina



Rata² dah ramai yang cuti, kita² ni yang tak kene mengena apa halnya pulak nak cuti awalkan.. huhuhuhuhu... duduklah opis jaga opis ni.... 

Sekotak limau, seplastik limau juga.. sudah selamatku bawa pulang.. sudah selamat juga ku bedal 3 beranak.. idak lupa memulang pinggan² mek sebelah dengan limau hik.. hik.. hik....  bahananya bila makan terlalu asyik kesedapan.. suara kini sudah mula² ala² serak² basah... perit ditekak mula terasa.. sepeti mahu selsema, demam dan batuk pakej semua.... nasib baiklah minggu depan cuti....

Mahu ku titipkan memori possing² di jusco dengan tema tahun baru cina, tapi.... huargggaaahhhhhh.... gambar itu hilang kesemuanya didalam kamera... mana pulak perginya.. hadoilah.... gelihati melihatkan amir yang possing pusing sana sini... ditambah mak ni.. yang mahu join jugak.. sudahnya hubby jadi kameraman bidang terjun, tapi sayang semua gambar pun takda dalam kamera ni .. ntah mana hilangnya.. ermmmmmm ... 

singa di hotel morib goldcoast pu jadilah..... layan....


Tiada perancangan untuk kemana².. hujung minggu ni sekadar memenuhi jemputan kenduri kendara.. ramai pulak yang akan melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni.... mungkin ditambah cuti yang panjangkan....  


Bicara Hati : Baca status sana sini ramai update cuti panjang ramai pergi berjalan² wahhh bestnya.... 



Khamis, 7 Februari 2013

Bahana Suke Sangat Mandi Jakuzi



Isi air dalam jakuzi pasang siap² yang bergelombang gegar² tu.. tapi bising amir kata.. amir takut huhuhuhuhuhu........

Gerun tak baca tajuk?? hihihihihi....
Kisah bila kat rumah takda jakuzi kan.. anak² (padahal anak sorang) suke nak bagi tahu anak².. menjadi teruja.. ditambah pulak ayahnya pun pakat² nak mandi sama² berendam... dah mengalahkan... umur 5 tahun.

Mula elok jer... mandi berbaju, ok lepas tu ibu jeling kat tingkat dari arah katil.. aik dah bukak baju.... jeling lagi.. aikk dah pakai seluar dalam jer.. (merujuk amir yer) jangan korang baca ingatkan sapa pulak yang pakai seluar dalam jer tu... hihihihihihi.....


 Nampak tak terujanya dia.. ni hari kedua.. hari pertama.. gambar 18sx tak boleh masuk sini.. kang keroooooo auntie² tengok ..;p




Bahananya bile terlalu seronok dan teruja mulalah lupa diri dua beranak tu.. mulut mak ni.. baru jer cakap... hati² amir licin.. mandi jangan suka sangat .. burrr... burr... dengar dua beranak tu mandi.. ditambah pulak dengan bunyi deruman jakuzi tu.. mula² amir takut.. lepas tu dah okk.... 


Bile dah ok pulak.. tetiba² terdengar jeritan.... sakit ayah... sakit.....
Dah mak ni yang lintang pukang turun katil, amir dah menangis.. air mata jangan cakaplah laju mengalahkan air paip yang tengah mengalir penuhkan jakuzi.




Bahana mandi jakuzi .. dapat hadiah cengkaman kat monton yang bam bam hik.. hik.. hik...

Hati² yer kawan² kalau nak bagi anak mandi jakuzi ni, sebenarnya amir memang takut bile air tu bergelombang.. tapi hubby saja pasang kejap .. tak sangka pulak jadi macam ni... nasib baik amir tak trauma, trauma keja jer.... lepas tu sambung balik mandi.


Bicara Hati : Nasib baiklah kat montot amir, kalau kat anu gegegegegege.. nauzubillah.... 

Rabu, 6 Februari 2013

Update Hadiah Buat Kawan²


 10 Hadiah Buat kawan² yang join 
Terima kasih semua.. esok baru publish nama pemenang yer... (^_____^)v

Bicara Hati : hahahahaha.. banyak taip pulak tak jadi WW

Laman Bunga Indah , Segar Dan Idaman

 
























Jangan ditanya apa nama bunga dan jenisnya.. bayangkan sahaja Alangkah indahnya dipagi hari bila dapat melihat bunga² yang berkembangan dan segar, tapi sayang dilaman rumahku tiada pokok bunga .... pokok berdaun yang ada pun boleh dibilang.








Selasa, 5 Februari 2013

Taman Tema Morib Gold Coast

 
Lepas booking bilik tidur, dah makan kerang rebus dipetang hari ... Malam harinya pulak makan malam percuma kat hotel sebab termasuk pakej (walaupun menu banyak habis huhuhuhu ), esoknya hari yang ditunggu².... mahu mandi manda di Theme Park. 

Jangan ada yang bosan baca entry² percutian ni sudah hahahaha.... ke dah meluat sebab banyak sangat entrynya baru nak publish.. walhal dah masuk bulan februari pun... kisah ni masa bulan januari.... takpalah dengan rendah diri.. saya dedikasi entry ni khas untuk kawan² yang nak tahu info percutian kesana.. disamping memori juga buat anak saya nanti.
Harga tiket Dewasa RM 35.00
Kanak - Kanak RM 20.00
Loker RM 5.00 Termasuk deposit RM 15.00, RM 10.00 akan dipulangakn bila pulangkan kunci loker kembali dengan selamat.


Pakaian dan peraturan didalam Theme Park kalau tak simpan barang kat loker pun takpa boleh jer bawak masuk tapi kenelah ada orang yang jagakan..... macam kami ni dah 3 beranak jer pergi dan semua nak mandi sakan.. jadi baiklah simpan kat loker sebab tu.. gambar² masa mandi manda takda sangat... cukuplah diabadikan dalam ingatan....



Siap sedia dengan gelang tiket masing².... ibu dan ayah patutnya boleh masuk 2 hari.. tapi dah amir punyer tiket kene beli.. tu yang kami amik keputusan masuk theme park hari sebelum nak balik jer... tu pun jenuh nak pujuk naik.. sampailah hujan turun lebat hihihihihi.. memang takda pilihan kenelah naikkan...


Amik gambar tapi tak naik pun gelongsor ni....  ramai sangat budak² yang menunggu giliran.. takpalah bagi mereka...


Kan dah kata antara orang terawal, tengokk tak ramai pun lagi.... sampai ibu suruh amik gambar dulu pun amir tak mahu... nak terus mandi jer.... (^_____^)v



Seronok amir mandi manda kat sini.. dah ini jerlah gambar yang sempat ambil, lepas tu tuan tanah kedaung nak mandi sakan dah.. hahahahaha....



Amir memang sukalah sangat², hubby melayankan jer... sampaikan tak mahu naik ke darat walhal tangan dah kecut... sampailah hujan mula² rintik dan terus lebat.. bila dah semua orang bertempiaran balik hotel, amir pun naiklah hihihihihi... ada hikmah jugak rupanya hujan turun, kalau tak memang tak naik kedaratlah jawabnya....

Lepas masuk bilik hotel, sambung lagi mandi kat jakuzi hahahahaha.. sabooo jerlah.. mak ni kan.... okk layanlah amir kat rumah takda.... kes mandi jakuzi ni lah yang jadi memorinya... jeng.. jeng... jeng.... nanti saya bagi tahu yer.. pada entry seterusnya. Memang seriau kejaplah... sekejap jerlah.. lepas tu.. tak dah hahahahahahaa... ;p



Bicara Hati : Kalau dapat peluang lagi nak pergi lagi.. sebab tak jauh dengan rumahkan... dan berbaloi²...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...