♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 11 Mac 2013

Fear Factor Yang Mengerunkan


Yeahhh gambit dah keluar hahahahaha.... ramai betul yang tak suka yer....


Okk.. itu bukan kisahnya... tapi ni fear factor episod yang baru² ni lah hai.. memang mengerunkan bila kala jengking diletakkan dimuka, sebenarnya sabtu tu ada kenduri kat kampung sebab abang sepupu nak nikah semalam.... jadinya tak dapatlah nak tengok yang pukul 9.00 malam, saya tengok ulangan pukul 12.00 tengah malam.. itu pun tertengokk ok.. tertengokk.. sebab mata tak boleh nak tidur huhuhu.. kalau kat kampung biasalahkan hamparkan toto depan tv jer.. jadi dapat lah melayankan fear factor ni...

Owhhhh seriaulah.. geli geleman dibuatnya... nampak kala jengking tu berjalan² kat muka besar pulak tu... dulu pernah sebelum ni tengok yang episod ular tu pun seriau juga.. tu belum part tikus dengan lipas lagi.... tapi kan.. kan.. kalau diberi pelunag nak juga cuba (ada hati tu hahahahaha...)

Rasanya kalau katak terlalu kat bilik air mak tu pun saya dah terjerit² kegelian, inikan pula haiwan lain... padamkan jerlah hasrat tu.... 



Bicara Hati: Kat opis sekarang ni cik ti hidup berleluasa... pantang makanan tercicir atas meja.. habis dibuatnya kenduri anak beranak... lagi² biskut atau roti. kalau dalam laci okk selamat. (^____^)v




Dapat Telinga Gajah



Minggu ni kene keluar lebih awal daripada biasa sebab hubby kene bertugas, redha jerlah.. rumah jauh pun diarahkan bertugas.... Sampai² opis memang awal, nasib baiklah amir okk jer.. tak meragam.. sebab semalam idur awal sangat tu yang mood okk jer.. pagi ni... bangun pun awal...


Kenapa tajuk entry dapat telinga gajah.. hahahaha.. bukan betul² dapat telinga gajah pun.. nak pergi ke zoo pun tak menyempat lagi ni ..... ni kes amirlah bawak balik fail komunikasi (fail² yang berisi kerja² sekolah) saya belek² kertas² kerja sekolah dia.. sekali hah!!! ada satu lagi gambar berwarna macam kat bawah ni...
memanglah cikgu mark creative kat sebelah kiri tu.. tapi ada tanda soal apa kes??? telinga gajah tu.. cikgu pun confuse kot... amir warna meriah sangat tractor ni...


Kat manalah amir dapat idea nak warna tractor macam ni...


Dalam entry Perkembangan dua bulan ditadika cikgu ada beritahu yang amir belum mahir lagi untuk memilih warna yang sesuai.. kalau mewarna orang amir akan warnakan dari kepala sampai kaki.. satu warna sahaja, kemudian saya buat entry Alien (amir kata orang sakit sebab tu warna biru) dan yang terkini fantastik (gambar badak). hahahaha.. semua pun ada cerita yang tersendiri.. saya suka godek² entry lama amir ditadika.. sebab ada jer.. yang melucukan.



Bicara Hati : Ni baru bab mewarna.. belum lagi saya kongsikan bab membaca... nanti² saya up story tu pulak...

Sabtu, 9 Mac 2013

Masak Ketam Bercili Telur

  


Hujung minggu apa yang korang selalu pikirkan???? mesti nak masak apa kan... ke... nak pergi berjalan².. hahahahaha.. kalau berjalan² oklah boleh skip daripada masak.

Hari ni saya kongsikan resepi ketam bercili dan dicampurkan telur ayam kebabommmm..... ni versi saya, jadi .. saya masak sempoi jerlah.... saya kongsikan bahan²nya sahaja... kawan² bolehlah agak² berapa banyak ketam yang nak dimasak.

Ketam lepas bersihkan korang rebuslah dulu.... agak² macam dah mendidih matikan api (saya rabus sebab nak gunakan air tu bagi rasa kemanisannya... kalau tak nak rebus pun boleh)

Cili kering
Bawang putih
Bawang Merah
Halia
Serai (ketuk pun boleh)

Semua ni korang blanderkan dan tumis.... sehingga naik bau.. barulah masukkan ketam yang telah direbus tadi bersama² sedikit air rebusan agak²lah .. air masa rebus pun saya tak guna banyak.. aras² banyak ketam gitu... 

Masukkan garam dan gula ikut rasa yang di inginkan, dah cukup rasa pecahkan telur dalam kuali tadi.. dan gaul cepat² bagi sebati dengan ketam tu.. nyum².. mudahkan.. terliur tak.... 


Ketam Cili campur telur versi saya.... (^____^)v
Makan meratah.. memang tak hinggat apalah... sedapppppp.........



Bicara Hati : Kalau nak bau² wangi sikit... racikkan daun limau purut, tapi.. macam ni pun dah terliur dibuatnya...








Jumaat, 8 Mac 2013

Lagu Khas Buat Wanita



Lirik Lagu Wanita : KRU..

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup


Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu


Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita


Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus


Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita


Gambar pagi tadi panas daripada owen hihihihihi....
Akhirnya dapat juga halfmoon corak batik ni.. labuh dan selesa sangat... (^____^)v





Bicara Hati : Tidak banyak yang kami minta sebagai wanita.. cuma hargailah kami disisi.... kami perlukan belaian dan sokongan, terima kasih hubby kerana memahami dan membimbing diri ini menjadi yang terbaik.










Selamat Hari Wanita - Doa Untuk Ibu



Salam pagi jumaat .... moga kita semua dilindungi... dirahmati dan diberi keberkatan hidup didalam kehidupan seharian.... (^^,)



Selamat hari wanita buat rakan² diluar sana, percayalah hari² tanpa wanita disisi adalah hari² yang tidak sempurna dan lengkap.... terutama ibu.. ibu adalah inspirasi dalam kehidupan seharian kita, dari kecil membesar dan mendidik kita agar menjadi insan yang berguna... segalanya bermula daripada seorang wanita.. yang bergelar ibu...

Berdoalah setiap hari buat mereka, ibu dan bapa.. tanpa mereka juga kita tidak akan ada didunia ini... moga mereka sentiasa dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik ... 


Bicara Hati : Mood ceria² sahaja.. melaram dengan shawl baru ...



Khamis, 7 Mac 2013

Sakit Tekak Minum Buah Oren Segar

  



Cuaca panas sangat kat luar sekarang ni, dah mula musim nak kemarau agaknya.. kalau tengahari kawan² opis ajak keluar memanglah rasa berat hati sangat... sebab tu masa sarapan terus amik makanan yang berat² senang tengahari tak perlu nak keluar....

Sekarang ni tekak dah mula rasa perit².. tanda² awal nak batuk, atau selsema.. jadi jomlah kita sama² minum air oren... fruit 10 ni.. bukan apa.. untuk tambah vitamin c dalam badan juga, lagipun yang ni tiada pewarna tiruan ataupun tanpa pengawet.

Amir pun dah mengadu sakit tekak juga malam tadi... risau saya... cepat² bagi minum scoot warna oren tu... cikgu taska pun bagi tahu kat taska sekarang budak² ramai yang demam.. senang berjangkit...

Kalau kat kampung mak saya suka bagi budak² ni (merujuk anak akak sepupu saya juga) minum sesudu madu... sebab budak² ni tak boleh diberi ubat batuk.. nanti tau² terlentok kat lantai... tertidur...



Bicara Hati : Mencegah lebih baik daripada dah melaratkan...

Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak



Bila anak dah makin membesar satu cabaran buat diri .... mencabar diri untuk membesarkan amanah Allah, jika salah didikkan ibu bapalah yang akan dipersalahkan..... kerana anak² adalah cermin ibu bapanya...

Sejauh mana pun anak itu berjaya.. sejauh mana pun langkah mereka mengejar ilmu.. percayalah.. didikan yang pertama dan terbaik adalah bermula daripada rumah, melihat contoh kedua ibu bapanya sendiri. (itulah yang saya dan hubby selalu ingatkan dalam diri)

Sebelum tidur saya akan pastikan saya berbual dengan anak saya.. saya akan pastikan apa jua yang dilakukan disekolah ditadika atau bermain dengan kawan² diluar akan diceritakan pada saya, saya akan menasihati dia kalau dia ada bercakap kasar dengan kawan² (kerana anak saya akan mengulang ayat yang digunakan kita berbual dengan kawan²nya).. selalu pesan pada anak supaya tidak sombong atau bangga diri bila bercakap.

Bila anak dah tidur, perlahan² saya akan bacakan surah al-fatihah, ayat kursi dan surah al-insyirah dan dihembuskan diubun²nya.... hembuskan sahaja.. jangan sesekali cium anak sewaktu tidur.. kerana dikuatiri jiwa anak akan memberontak (pernah terbaca tak pasti kat mana.. sebab bila kita cium anak masa tidur.. anak akan lebih nakal.. )

Waktu beriadah dengan anak² pun kita boleh nasihatkan anak² sebab masa ni lah.. emosi anak sedang terangsang.. lagi² bila diberi pujian.. jiwa mereka akan lebih berkobar².. untuk melakukan sesuatu...

9 cara diatas bolehlah diamalkan dengan sebaiknya.. semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak²... bila saya dah jadi ibu ni.. hai saya selalu membayang inikah perasaan mak dan abah saya selama ni... macam ni ke.. sebab mereka melarang berbuat sesuatu yang mereka tidak suka...


Bicara Hati : Yakinlah bahawa doa seorang ibu adalah sangat mustajab, jadi berdoalah mohon pada allah agar² anak² kita sentiasa diberi rahmat dan dilindungi daripada anasir jahat.






Menang Giveaway 3rd Anniversary Dari Sabah

  


Alhamdulillah dimurahkan rezeki lagi, untuk kemenangan yang kedua.... tak sangka menang hihihihihi .... menang kali ni daripada blog ieda pulak sempena 3rd anniversary beliau.... seronoknya tengok gambar² ieda bercuti di kundasang... (bilelah dapat pergi sana agaknya)... tak dapat pergi dapat ole² daripada sabah pun okk jugakkan.. kira beri semangat juga tu.. kumpul duit mana tahu satu hari boleh sampai sana.


Ni gambar print skrin daripada blog eida, sebab kat sana tak boleh suka suki nak copy hihihihi.. no.. no.. no.. kata tuan tanah.... Senarai Pemenang Keseluruhan


Bicara Hati : Mak tepon malam tadi kata ada sampul pos laju sampai, tak pasti hadiah daripada sapa.... hujung minggu balik kampung baru ambil.... sebab saya tunggu 2 sampul ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...