♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 17 Mac 2013

Mini GA sempena 2nd Anniversary



Tibe-tibe malam hari ni... mood datang nak join GA pulak.... sebenarnya dah beberapa hari jugak kawan blog ajak join.. baru ni berkesempatan....



Tema GA Ceritakan KENANGAN MANIS ANDA DENGAN INSAN TERSAYANG, suami, isteri, gf,bf, family, tak kisah asalkan orang yg anda sayang. Panjang entry tak kisah, pendek ka panjang ka.



Sebenarnya banyak sangat kenangan manis buat diri saya, tapi kali ni saya nak kongsikan kenangan manis saya 3 beradik perempuan, saya 5 beradik, 3 perepuan 2 lelaki... 


Kira kenangan manis dengan familylah ni yer... dulu-dulu masa kecil2 asal raya jer.. abah mesti belikan kami 3 beradik ni kain baju kurung sama... mula-mula memang malu nak pakai tau.. bayangkanlah sampai darjah 6 kot abah buat macam tu.. bukan setakat baju.... kasut pun sama, kalau belikan beg tangan yang ala-ala pramugari tu pun semuanya sama (perasan2 macam pramugari) memang abah suka sangat buat macam tu kalau raya.. sebabnya kami ni akan join baraan family pada raya pertama.. sedara mara pun dah tahu sangat dah.. kalau dalam ramai2 tu hilang senang nak cari tak payah abah nak jerit-jerit kikikikikikiki..... itulah ayat abah selalu cakap.. sampailah kami dah sekolah menengah masing-masing punya citarasa sendiri.. abah dah tak boleh nak kata apa dah... sebab adik perempuan yang bongsu paling kuat bangkang kalau abah nak belikn kami kain seela sama hihihihi...... itu semua tinggal kenangan adik perempuan yang bongsu pun dah meninggaldunia...


Bila saya ingatkan kembali mesti saya nak tergelak... sebab lepas sekolah menengah dah bekerja.. saya pulak sibuk belikan satu family kain sama warna.. baru abah tahu.. dia takmoo pakai pilihan kami pulak hihihi.. abah-abah.. lucu dibuatnya... bila mengimbau saat macam tu... Sejak dah berkeluarga ni.. tema pelangi dibuatnya... kami 3 beranak jerlah akan sedondon...
Itu jerlah kenagan manis yang saya nak kongsikan... harap memenuhi kreteria ni.. pun join saat-saat akhir ...(^___^)v




Bicara Hati : Mood nak join GA sejak akhir-akhir ni terbatas...



Sabtu, 16 Mac 2013

Selamat Hari Lahir - Khas Buat Blogger TIHARA


Selamat hari lahir buat sahabat blogger herba tihara, antara blogger yang rapat masa mula-mula saya wujudkan blog, saya sendiri tak ingat bermula darimana saya follow.. apa yang pasti setiap kali kunjungan saya pasti akan di balas.... walaupun kunjungan saya tidak saya tinggalkan jejak (komen)

Apapun buat kak tiha saya doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua impian akak walaupun saya tahu akak suri rumah sepenuh masa.... tak semestinya tak punya impian kan.. kan.. angguk cepat...


Menu tengahari kami sekeluarga hari ni...
Kari kepala ikan jenahak, pertama kali masak penuh sekuali ... sampai takda pingan sesuai nak letak 
gegegegege ..... 
jemput kak tiha jamu mata yer... kalau dekat dah hulur bahagian sebelah (^____^)





Bicara Hati : Mek sebelah bagi laksa ... murah rezeki kami hari ni....












Jumaat, 15 Mac 2013

Renungan Di Petang Jumaat



Pantas Membaca - Belajar Membaca Gaya Amir



Hari ni saya nak kongsikan perkembangan terbaru amir, rasanya dah lama tak kongsikan perkembangan terbaru... badan amir dah susut 2kg sekarang ni berat setara serasi turun naik 20kg-22kg berbanding sebelum ke tadika sewaktu dirumah pengasuh berat amir 24kg dalam usia 4 tahun....

Banyak sebenarnya nak dikongsikan.. harap takdalah yang terskip saya nak kongsikan atau muak baca yer... saya dedikasikan kat sini sebagai kenangan dan rujukan saya juga di masa akan datang, jangan tak tahu.. amir sekarang pun dah pandai tengok blog ibu ni... tengok jerlah.. belum pandai nak membaca lagi... 

Suka bawak dia bw rumah kawan² ibu yang bercerita tentang anak².. dia pun teruja... lagi² blog murni a.k.a pn. kutu saya ambil inspirasi bagi kata² semaNgat abang aiman dah pandai membaca tau.. iye² jerlah amir tengok macam paham jerkan.... kemudian saya singgah blog ayue a.ka. ibu adam saya bagi tahu kat amir adam baru 4 tahun tau... ibu selalu bagi homework kat rumah.. main² macam aktiviti .. siap teruja amir suruh ibu buat.... memang bertambah semangat nak buat bilik khas untuk amir stady pun lepas ni.... harap tercapai impian ni.. 

Oic.. panjangnya mukadimah, berbalik pada tajuk mari belajar membaca.... sebenarnya ini buku yang saya gunakan nak mengajar amir membaca, sebab amir sendiri terjumpa buku ni.. dan dia kata sama macam kat sekolah.. jadi saya belikanlah untuk dia...

Buku ni ada 8 siri kalau tak silap, setakat ni saya baru beli 3 siri.. saya beli berasingan ikut kemampuan saya dan tahap amir mula pandai mengeja dan membaca.... ini buku yang pertama.



 Dalam dia lebih pada pengenalan hurup... yang kelakarnya saya tanya amir kenapa 'e' ni ada dua mir, amir kata yang ni bunyinya 'e' - a  contoh epal, lagi 'e' - e contoh emak....
Dah sudah.. ini bukan ibu yang ajar.. amir yang mengajar ibu balik.. kata amir.. cikgu ajar macam tu kat sekolah....


Masa mula² beli naik rabak buku ni diusung kesana kemari.. bawak dalam kereta, kang keluar kan dari kereta.. pendek kata.. mana² pergi dia bawaklah.... teruja sangat....


Alhamdulillah setakat ni semua huruf amir dah kenal, dulu huruf payah sikit dia nak ingat.. amir lebih cepat mengingat dan menganal nombor berbanding huruf sebab nombor tak banyak ku 0-9 sahaja.

Kalau boleh biarlah amir umur 6 tahun nanti dia dah pandai membaca, ni pun dia baru kenal huruf.. kadang masih terkial² nak bunyikan sesuatu.. walaupun dia dah pandai mengeja sebab dah mengenal huruf dan bunyi.... perlahan² ibu akan usahakan.. rasanya cikgu sekolah un banyak membantu.



Bicara Hati : Beberapa hari ni amir mula menyanyi lagu nama² nabi.. ibu lupa pulak versi ibu belajar dulu.. bila amir suruh sambung... dah ibu sengih jer.... hihihihihihi.. nampaknya kene cari buku cerita nabi jugak lepas ni.. amir kata cikgu cerita nabi yusuf hensem kan ibu.. ramai orang suka dia.. gegegege.. pulak dah....








Khamis, 14 Mac 2013

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.


Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan

Semoga kita semua dapat mencontohi Baginda.
InsyaALLAH



Bicara Hati : Sesuatu yang diimpikan tidak akan menjadi kenyataan kalau kita tidak berusaha... sebuah kebahagian perlulah dicari bukan.. datang dengan sendiri.






Langkawi - Buah tangan kawan sepejabat



Semakin hari semakin buntu memikirkan tajuk entry, itu baru part tajuk belum lagi part nak mengarang entry.... gambar² memang banyak dalam draft tu dah upload.. idea nak menulis jer.. kelaut sikit... nampaknya blog ni makin banyaklah entry tertunggak lepas ni....

Oklah dalam entry bicara hati ni saya ada bagi tahu patutnya ke Langkawi, tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan saya tak pergi.. alhamdulillah big boss memahami.

Kebetulan kawan saya yang pergi tu lelaki, jadi saya kirilah kat dia beli barang sikit.. dah saya tak dapat pergi.. hahaha.. ade hati nak mengirim juga tu... nasib baiklah kawan u okk jer... tau.... 


 Beg plastik warna biru hasil shopping kat sana katanya.....



Hasil rembatannya yang pertama Pemangang Ajaib
yang ini memang saya kirim siap bagi RM 50.00 kat dia... walaupun saya tahu harganya tak sampai RM 40.00 pun sebab dah serve² kat google pun...


 Kawan saya ni sinonimlah peminat keychain.. pergi mana² mesti beli bagi kawan² seopis.... 
Tak padan dengan lelakinya.. bab² beli cenderahati tak pernah kalah dengan perempuan hihihihihihi .....



Dan yang paling best sekodi coklat dihamparkan bagi kat kawan².... apa lagi... saya masukkan balang siap² buat stok kudapan dipetang hari..... terima kasih kawan... (^___^)v



Baru² ni tengok Romantika Shiela Rusli sekeluarga pergi Langkawi seronoknya merekakan.... eh² dah pulak masuk cerita retis hihihihihi...... Sendiri nak pergi tak tahulah bilekan.. dengar cerita kawan² jerlah...



Bicara Hati : Rehat nanti nak hantar bekas susu amir tertinggallah pulak dalam kereta pagi tadi.




Trauma Bunyi Siren


Rasanya entry ni pernah buat dulu.. tapi situasinya berbeza.. masa tu baru mula² bawak kereta dan sorang diri masa drive. Situasi kali ni memandu dah berdua dengan amir, dengan memandu kereta mpv ni mencabarlah jugak tau .... (bak kata kawan saya .. mana kepalanya pemandu kereta tak nampak pun)

Saya ni seriuslah kategori seriau sikit kalau bunyi siren ni.... asal dengar jer bunyi siren polis, bomba, ambulans ke.. memanglah mulalah tercari² kat belah mana datangnya bunyi tu..... kecuali van jenazah.. sebab takde siren kalau lalu saya bagi laluan jer.. tu pun meremang bulu roma....

Kalau dah saya panik, amir lagilah.. ibu.. tepilah ibu.. tepilah.. ambulans tu nak lalu.. haihh.. anak² sabarr jerlah dibuatnya tau.... kadang² tu rasa dah ketepi dah.. tu pun macam tak muat lagi mereka nak lalu.... kadang yang geram lepas ambulans dengan bomba lalu.. ada pulak yang ambil kesempatan follow belakang tu.... kalau motor takpalah.. ini kereta ... kadang pikir positif jerlah.. saudara mereka agaknya...

Pernah sekali tu saya tercari² manalah datang bunyi siren ni.. rupenya dari haluan sebelah bertentangan saya hahahahaha.. itulah mengelabah jer tak tentu pasal kan...


Amir pun dah mula suka ekspost sekarang ni.. mesra kamera.. ikut sapalah tu....




Bicara Hati : Korang pun trauma tak???






Rabu, 13 Mac 2013

Sujud Di Malam Hari









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...