♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 28 Mac 2013

Lagu Kegemaran Kanak - Kanak Macam Amir



Ini sebenarnya entry tepu.. terperap dah lama dalam draft, maaflah nak kongsikan juga.. sebab ini kegemaran anak saya, hubby yang belikan .... saya kongsikan kat sini sebab saya rasa mungkin ada ibu² pun macam saya juga tercari² lagu sesuai untuk kanak².

Sejak tahun lepas bulan 9 kan amir dah mula ikut saya dari pagi naik kereta itu lah jadinya hubby belikan CD ni, saya bagi tahu hubby amir ni suka sangat menyanyi dalam kereta.... lagipun lagu² sekarang ni pada saya agak agresif dan kurang sesuai untuk usia amir.. amir pulak mudah mengikut² lagi² lagu stacy.. cepat jer dia nak menari dalam kereta tu.. kedepan.. kebelakang .... hadoilah tak terlayan saya masa drive tau.. risaulahlah.. walaupun amir ni bukanlah kategori yang lasak .. dia jenis mendengar kata juga jarang melawan cuma saya kenalah disiplinkan diri dia juga.



 Satu²nya koleksi CD yang ayah belikan untuk Amir 
Kemana² jer kami pasang bukan masa pergi sekolah pagi, boleh dikatakan setiap kali amir ada dalam kereta.. sampailah dia dah bosan dan naik hafal lirik² lagu tu kikikikiki ... ;p



Bukan amir jer teruja mula².. dengan saya² sekali menyanyi dalam kereta tu .. melayankan amir (^____^)v



Kebetulan pulak, bila sekolah.. CD ni jugaklah yang pihak sekolah gunakan tapi.. tak semua lagu.. lagu burung kak tua jer amir kata .... dengan air pasang. Siap menari² lagi amir mengayakan.... macam yang cikgu ajar... baru² ni dia belajar lagu boria kat sekolah.. tapi bila suruh menari boria dia malu² sikit....



Bicara Hati : Sebab amir dah bosan dengar CD ni, alternatif sekarang... saya pilih untuk pasang radio IKIM.FM kalau otw kepejabat.. sebab ada zikir² .. dan penyampai dia pun bercakap ok... Kalau ada mengaji pun amir ikut pagi² tu terutama surah yang mudah²...






Rabu, 27 Mac 2013

Tanda - Tanda Harinya Semakin Dekat



Ni hasil tangkapan si bujang masa balik naik kereta semalam hihihihihihi ....
Bukan main lagi teruja nampak bendera banyak macam ni.... Anak saya siap tanya.. ada apa ibu.. kenapa banyak bendera sangat ni.. nak merdeka ker?? hahahahaha... kan.. dah pulak.. nak kene terangkan.. kan dia....



Sejujurnya saya agak terkilan jika ada bendera² yang dipasang sesukahati dijalan raya, terutama dikawasan traffic light, saya bukan apa.. dibuatnya terjatuh masa ditiup angin.. hadoillaahhh.. mau pitamm lagi² kalau terkena pada penunggang motosikal, sapa nak bertanggungjawab tu .. grrrrrrr .... ini cuma pendapat peribadi saya sahaja... nak pasang biarlah kena pada tempatnya ini dah macam bersaing sapa lagi tinggi menang pulak yer.... 



Bicara Hati : Anak saya paling suka betul iklan, saya pilih mengundi.. siap mengajuk² lagi ... 



Gubahan Hantaran



Masa bertunang anak buah hubby baru² ni (opss.. tak cerita lagi eh.. sorry entry tu masih tertunggak hihihihi... ), apa pun saya kongsikan dulu saya sangat tertarik tengok 2 gubahan hantaran ni.. sangat kreatif pihak lelaki membuatnya.... 

Tapi sayang dua² pun saya tak merasa ... kepala dah peningkan... 


 Halwa buah baldu ...
Saya tak pasti orang lain panggil asam apa.. tapi saya panggil asam baldu jer.. kalau makan bukan kata tangan merah dengan gigi bibir pun merah gegegegegege.....



Halwa ni yang paling memikat hati.. tertarik beul sangat kreatif orang yang membuatnya.. sampaikan boleh jadi bunga digubah yer.... apalah agaknya rasa dia manis² kot..... tak sempat nak merasanya...



Ingat nak buat ww jer.. tapi biasalah jari masya ni kan.. mesti nak bercerita jugak, mesti nak bagi tahu jugak kan.. kan... ;p 




Bicara Hati : Dulu masa saya pihak hubby bagi juga halwa betik.. manis betul.. satu jerlah saya rasa.. yang lain mak bagi sedara mara...




Anak Pekan Balik Kampung



Tajuk apalah agaknya yang sesuai kan.. anak pekan, anak taman atau anak bandar hihihihihihi... yang pasti memang cucu jawa lah... (^____^)v

Entry santai .. dan autopublish sahaja ... tuan tanah kedaung ½ hari mesyuarat jom melayankan gambar² anak pekan ni .. yang baru mengenal istilah memanjat pokok setelah berusia 5 tahun hihihihihi .....

Siap mintak izin, ibu amir nak panjat boleh tak ibu ... ni macam yang kat sekolah kan.. kat sekolah amir buat boleh .. (tapi yang kat sekolah bukan pokok sayang... itu mainan jer.. ni pokok betul grrr... ) tapi saya izinkan juga atas pemerhatian.... dan pemantauan maklumlah memang amir tak pernah panjat pokok.


 Penuh keyakinan gitu.... ni siap bukak selipar .....



 Okk.. tinggi sikit... sebenarnya sepupu amir pun dok panjat jugak.. itulah makanya dia pun sibuk nak memanjat jugak huhuhuhu .....



Sudahnya takut, mintak tolong urunkan kikikikikiki ....
Memang anak pekan betul ni ... gayat agaknya dah mula tinggi.....



Rindunya suasana masa kecik² main buaian bawah pokok jambu dan nangka mak... kalau hubby nampak duduk bergayut² mahulah dia tak masuk meminang haihh hihihihi.... 



Bicara Hati : Rindu suasana sebenar kampung macam dulu².. sekarang kat kampung dah banyak sangat kilang haihh..... 






 




Selasa, 26 Mac 2013

Sarapan Pilihan , Cuti Sekolah



Entry rencam, tiada tajuk yang sesuai untuk dituju.... 

Minggu lepas hari jumaat cikgu dah beritahu minggu ni amir akan cuti sekolah, jadinya masa cuti amir akan duduk ditaska.. tapi tulah.. masa hari ahad baru² ni bila jumpa saudara mara amir ada pulak yang bertanya.. amir cuti sekolah tak duduk dengan ayah ke kat rumah... bukan tak nak bagi duduk rumah.. rasanya kat taska amir lebih seronok ada kawan² kalau kat rumah hubby pun ada kerja sekolah nak disiapkan... takut amir bosan jer.. menonton tv.


Sarapan kegemaran rakyat malaysia jugak bukan kami sahaja..... 
nasi lemak telur mata (permintaan amir) dan roti canai.... air teh tarik (dah pandai dah nak order air ni sekarang sibujang ni)


Keadaan kesihatan amir 2 hari ni agak membimbangkan, bila malam jer dia macam kesejukkan demam agaknya... panas dalam, bibir pun kemerahan... sebenarnya risau juga nak hantar ke taska, tapi .. dah pesan pada guru taska tadi ... ubat demam dah siap ku bekalkan, kalau amir panas sangat call, pagi ni pun lepas sarapan habis selambak termuntah kat singki kedai.... walaupun tak sihat amir masih teruja jer.. nak ke taska hari ni berbanding semalam siap bawak buku latihan katanya nak buat dengan kawan² abang adam dan rahman merujuk pada kawan² rapat dia kat sekolah....

Hari ni hubby kene servis kereta sebab tu lah hantar kami²... dan jarang rasanya berpeluang sarapan sama² diluarkan... itu yang mood amir macam okk jer.. pagi ni... tak berhenti² bertanya itu ini... 



Bicara Hati : Mengelak ke persidangan, minggu depan patut ke johor ku tolak juga .. yang pasti esok tak boleh menolak harus pergi meeting sebab khamis dan jumaat dah mula cuti ...







Pantas Membaca - Buku 2



Selepas katam buku pantas membaca 1, Misi seterusnya ialah buku 2 pulak... amir memang teruja... saya pulak kekangan masa nak mengajar... tapi demi anak dan azam mesti tekadkan jugak sementara mood amir tengah okk ni... ialah kat opis memang dah tentu² lah nak menyiapkan kerja opiskan yang tak pernah berkesudahan.... petang balik.. teruslah kedapur nak masak, tu pun mujur hubby diet nasi.. jadi tak perlu nak masak beria.. masak nasi unuk amir jer.. kalau hubby nak nasi goreng saya masakkan lah sikit...

Ok .. misi buku kedua ni lebih meriah sikit.. dah banyak suku kata.... amir dah memang terujalah walaupun lidah dia kadang² tergeliat nak menyebut... tapi.. lagi tabiklah bila hubby ajar.. sebab amir lebih cepat ingatnya... mungkin sebab hubby kan dah memang cii² cikgu.. mak ni.. tak bapa sangat.. cikgu untuk amir jerlah pun kat rumah... 
Cover Buku Pantas Membaca 2


Ni muka surat pertama ...
Bila suruh amir baca memang ok.. tapi bila mengeja ok.. tapi tak bunyi² pulak.. dia macam confuse tau.. sebab kat sekolah amir kata tak mengeja pun.. saya takut dia menghafal jer kalau tak mengeja ni...



Semakin ok... teruskan dengan muka surat yang seterusnya ....
Dalam buku 2 ni banyak suku kata yang menggunakan huruf a, i dan u


Pada kawan² yang bertanya kat mana saya beli buku ni saya beli dekat pasaraya dekat dengan pejabat saya sahaja, bukan dekat kedai mph atau popular... saya sendiri tak pasti buku ni ada jual atau tidak di pasaraya lain... pasaraya yang dekat dengan pejabat ni pun ala² macam my mydin memang bukak awal.. cuma dia pasaraya mini biasa jerlah.. Saya beli pun ikut kemampuan saya satu buku RM 4.50 sahaja .... 



Bicara Hati : Amir dah ada buku cerita nabi yusuf, lain kali story mengenai buku nabi pulak eh...





Isnin, 25 Mac 2013

Hujung Minggu Kami



Kepenatan, tiada istilah monday blues hari ni... siapkan kerja yang perlu.. kerana akan sambung cuti pada khamis dan jumaat ni pula....

Layan gambar ni dulu... entry panjang atau pendek akan dikongsikan kemudian.... kepenatan kerana hujung minggu baru² ni.. adalah berkaitan gambar dibawah... sampaikan petang semalam sakit kepala yang amat tak terlarat dibuatnya.. nak bercakap.. apatah lagi nak duduk lebih lama....













Jumaat, 22 Mac 2013

Nikmat HIDUP




Hidup itu indah jikalau kita tahu menghargainya .... Bahagia takkan datang jika tidak mencarinya....  
Kerana Kebahagian itu adalah nikmat yang harus disyukuri sentiasa Amin ....

Pandanglah dari sisi yang terbaik apabila melihat sesuatu kebaikkan, pasti punya rahmat dan hikmah yang terindah disebaliknya ... janganlah memandang dari satu sudut yang negatif .... 

Lihatlah apa yang berlaku dan berfikirlah diluar kotak pemikiran yang berbeza agar kita memiliki fikiran yang lebih baik dimasa sekarang dan akan datang insyaallah.....

Selamat bercuti dihujung minggu .. hargailah hari² cuti bersama insan² yang disayangi.. selagi mereka masih ada di sisi (^____^)v



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...