♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 25 April 2013

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria



Jarang join GA sekarang ... tapi macam mearik pulak GA kali ni dapat hadian brooch yang comel, manalah tahu ada rezeki kan... jom join....


Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria

30 bow brooch X 15 orang Pemenang. Sepasang bow brooch untuk 15 orang Pemenang. Harga bow brooch ini bernilai RM2.50-RM3.00 setiap satu tau..hehe.. Jadi setiap pemenang dapat 2 pasang bow brooch.


Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan.
Tarikh Tutup: 01/05/2013






Sambal Telur Peranakkan



Tajuk tak menahan dibuatnyakan.. pandai² jer saya bagi nama gitu 'sambal telur peranakkan', janganlah pulak ada yang terasa ni.. memang takda kene mengena dengan peranakkan peempuan ataupun.. bab dan nyonya.

Sebab saya namkan peranakkan.. sebab saya campurkan sambal telur ni satu telur ayam, dua telur masin yang saya buat hari tu.. hihihihihi .... seyes sedapp... hubby dah habis makan .. pun saya tak bagi tahu.. saya campurkan 2 jenis telur dalam sambal ni hihihi.. sebab hubby pun tak tanya.... berselera jer dia makan.. maknanya sedapplah tu... agak² apalah reaksi hubby kalau tahu saya campurkan 2 jenis telur dalam ni.. kan... kwang²....



Sambal telur peranakkan
1 bji telur ayam 
2 biji telur masin

Resepi asal sambal telur saya google jer.. dan saya terjumpalah resepi ni sambal telur pecah berlada cuma bezanya saya gunakan 2 jenis telur yang berlainan hihihihihi ....

Penat ibu masak untuk makan 3 orang, tapi amir lagi suka yang masak telur hancur goreng tu jugak.. letak kicap sikit huhuhuhu .. saboo jerlah... 




Bicara Hati : Tak tahu nak makan tengahari apa .. hari ni hubby hantar, jadinya tak keluar kot.. moh kita tidur kat surau sama²...










Kerusi Meja Tulis Dah Patah




Nampak tak tanda merah yang saya bulatkan tu, dah lama dah sengget rupa gitu.. eh² tak berapa nampak pulak dalam gambar ni.... amir pun naik takut nak duduk kat situ waktu belajar.. dia biasalah lagi suka menulis meniarap.. saya yang risau kalau dia sakit dada nanti ...

Sebenarnya tak perasan pun sejak bila rosaknya, sebab kerusi ni memang serbaguna betul amir gunakan.. dah pandai nak basuh pinggan sendiri sejak dua menjak sekolah ni .. sibuk nak berdiri guna kerusi ni panjat, tu belum lagi.. sibuk nak pasang suis lampu ... kami ni penjimatan sikit kat rumah tak suka pasang banyak lampu.. tapi kalau amir semua lampu nak dipasangnya termasuklah waktu tidur.. takmmoo bergelapp.. tapi dia dah tidur .. saya matikan jugak lampu tu.. sebab tak elok tidur dengan lampu terang benderangkan.


Nampaknya memang kene belikan meja baru ni... Meja ni baru je beli tahun lepas tu pun sebab ada promosi hubby belikan saya ada buat entry meja tulis serbaguna buat amir learning masa baru beli memang suka betul dia.. siap menulis mengajuk gaya hubby mengajar kikikikiki .. padahal tak pernah nampak pun hubby mengajar.



Bicara Hati : Hujung minggu ni amir ada sukaneka kat tadika, tak sabar rasanya nak tengok.. perkembangan dia dengan kawan².. tapi hubby pulak kerja erm... kita pergi berdua jerlah mir.













Rabu, 24 April 2013

Amir Moody



Jarang² interframe muka, menjaga hak eksklusif ker?? hahahahaha .. takdalah... sebenarnya banyak nak cerita pasal amir ni.. tapi nak menyusun ayat tak pandai... takut silap ayat .. orang kata banggakan anak sendiri pulak huhuhuhuhu ....

Nak pingsan rasanya pagi tadi gara² tak cukup tidur malam tadi, sejak² nak sukan hujung minggu ni.. amir asyik mengadu.. sakit kaki.. kepenatan agaknya buat latihan.

Sebenarnya balik petang semalam lagi amir dah mengadu sakit kaki, okk saya pujuk nanti ibu urut eh sampai rumah.. puas tanya jatuh ker?/ terseliuh ker?? risaulah jugakkan... tapi amir kata .. tak jatuh.. amir penat.. amir penat.. tadi sukan.. itu jerlah jawapannya...

Mujurlah malam tadi hubby baik hati nak isi minyak kereta teruslah makan kat luar, kikiki.. saya bawak jer kereta elaun minyak kereta hubby bayar... pasal kereta saya pun tak tahu.. bayar bulan² saya bayar... lain² semua saya tak amik tahu...


 Nasibb baik pagi tadi .. mood dah ceria sikit.. tak mengadu sakit.. sempat possing² dulu dalam kereta ...



Amir tidur awal malam tadi, dalam pukul 11.30 dia terjaga.. ngadu sakit kaki.. saya urut², sapu minyak... api dia merenggek² pulak.. mata pejam.. saya tepuk² monot bam bam tu dah okk sikit.... sambung tidur .. pastu tiba² cuit saya.. ibu amir mimpi.. bila saya tanya mimpi apa... dia boleh pulak sambung tidur ... diam.. haihh sabooo jerlah mengigau ke hapa ni.. adeh.. sudahnya kaki dia saya tampal koyok salonplas ayah kat tapak kaki.. dan bahagian betis.. jam menunjukkan pukul 2.30 pagi .. okk .. lepas tu tak dengar renggekkan dah.. tidur lena sampailah pagi... 

Sekejap² terjaga amir kejutkan.. naik sakit kepala dibuatnya.. tu yang pagi tadi rasa semacam jer.. macam nak pitam... nak drive pun macam tak larat, mencucuk mata.. sakit daripada kepala tu.. tapi gagahkan jugak diri.... sebab tengok amir macam dah okk jer... tak moody, kang keluar statement dia takmoo sekolah nak duduk taska.. lagi ibu haru ...


Permintaan baru ... roti stoberi pulak.. ni hubby belikan.. selamat bawak kesekolah pagi tadi .... jambu betul anak ibu kan.. makan roti stoberi hihihihihi ... saya belikan jugak nasi lemak telur mata katanya.... padahal kat sekolah ada jer disediakan makanan.



Bicara Hati : Sekian.. yang mahu tidur awal malam ni... 

Telur Masin Buat Sendiri





Bila telur itik banyak dirumah, idea lain takda memang buat telur masin jerlah, kalau nak harap masak dadar memang tak lah.. tak rasa macam tak boleh makanlah kalau tahu telur dadar telur itik kembang tekak dibuatnya. Tak tahulah kenapa.. tapi kalau dah goreng suruh makan tak tahu .. itu telur itik barulah selamba makan kot....

Telur itik kali ni kawan opis yang bagi, kebetulan banyak .. tapi saya amik 5 jer pun.. itu pun dah cukup banyak rasanya buat kami 3 beranak ni.... sebab jarang masakkan.. takut² nanti.. telur tu busuk pulak...

Pada kawan² yang nak buat sendiri telur masin itik ni.. cuba lah cara² membuatnya klik sini, lebih mudah.. di jamin kebersihannya... sebab beli kat kedai pun mahalkan...




Bicara Hati : Dah selamat masak pun 2 biji telur ni...















Kidzania - Koleksi FM Terbaru

Sebenarnya dah agak lama jugak dapat koleksi ni, hubby yang belikan hihihihi ... sebab ada rombongan bawak budak² sekolah kat Kidzania, nak harap hubby bawak kami takdalah kan.. sebab hubby kata takut amir boring kat situ banyak aktiviti macam buat² kerja.. kalau dah sekolah rendah darjah 3 ke atas mungkin terujalah macam² boleh buat...


Cantik tak?? Tak dapat pg .. dapat FM pun jadilah buat koleksi kan... amir siap dapat baju sehelai.. 



Jadi bertambahlah koleksi FM yang ada tu.. bahagian bawah penuh dengan FM Abjad amir...
itu jerlah pun... kebanyakkan FM² ni ada kawan² blogger yang bagi.... 




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu hadiah daripada sabah, ada orang lupa pos hihihihi .. yang sebenarnya saya pun terlupa jugak kikikikiki ....











Pelik Tapi Benar



Entry santai² hari rabu katanya.... walaupun pagi ni macam nak pitam dibuatnya, sebab tak cukup tidur malam tadi...


Pelik tapi benar yang pertama :

 Tak sangka ada juga sambungan usb banyak pilihan macam ni.. pertama kali jumpa kat meja kawan .. masa nak pinjam komputer dia sekejap... hohohohoho.. banyaknya pilihan .... korang pernah jumpa tak?? seyes tak pernah inilah kali pertama. (eh² sambungan usb betul ker?? ntahh kita sendiri pun confius nak panggil apa.. yang pasti bukan plug)



Pelik tapi benar yang kedua :

Lepas kali pertama dapat cpuv hari tu.. berderet² dapat lagi, tapi yang lama semua pun dah kredit .. huhuhuhu .. jadilah nak beli surat kabar hujung minggu pun tak lepas.. jumlahnya kikikiki .... ni dapat lagi project breeze pop pop, tak pasti bila iklannya menari².. hari tu pernah nampak sekali kat bawah entry waktu pagi jer.. amaun pun macam dah tak bergerak² jer... terima kasih nuffnang bagi cpuv ni ... menarilah kamu seberapa lama yang kamu suka eh... janganlah cepat sangat dah kredit.










Selasa, 23 April 2013

Donut Sedap - Air Tangan Ibu


Sangat² pandai mengambil hati, terutama bila mahu kan sesuatu.. haihh anak²... permintaan hujung minggu di kampung mahukan donut .. yang ibu buat .. sedapp sangat macam hari tu ... merujuk pada entry ini

Sedangkan badan ni barulah nak berehat, melelapkan mata.. jam menunjukkan 2.30 petang, heran.. kalau kat kampung memang begitulah mata aku ni.. lepas makan, lepas solat pastinya mahu lelap.. tapi gagahkan jugaklah diri menguli tepung tu.. semua pun bahan² sudah ada.. memang fleksibel sikit kalau kat kampung ... keperluan mak semuanya lengkap.. kikikikiki .. apa lagi .. menguli lah kejap, lepas tu ku biarkan naik.. dan aku pun tidur sampai 4.30 petang baru bangun, mujurlah amir belum bangun tidur .. kalau dia bangun lebih awal haru ... di buatnya .. donut belum goreng.

Sempat amik gambar adunan yang dah siap .. buat manual gitulah rupanya ... 
Sila jangan gelakkan saya ok....
Sebab memang tak pandai buat pun.. tapi amir dan hubby suka sangat jadi .. buatlah .. dapat jugaklah 17 ketul petang ...


Masih belum pandai lagi mahu sekatakan gula halus bila menyalut donut.. begitulah rupanya...
Tu pun amir berebut² makan dengan adik bongsu saya yang kebetulan balik dari asrama.

Bahan google sahaja :
Tepung gandum suku daripada sepeket
Marjerit 1 sudu kot .. (sorry edit balik entry ni.. lupa masukkan)
Yis/ Mauripan yang telah dicampurkan air suam
Susu Tepung satu skop amir punya kikikikiki 
Garam sesudu teh
Air secukupnya untuk menguli

Campurkan semuanya dan uli menjadi doh.. jangan banyak air.. jadi lepeng tak tahu hihihihihi ... Biarkan perap sampai naik, lepas tu barulah ulikan jadi bentuk donut dan goreng.


Tersenyum lebar amir bangun tidur, terhidang donut ni tau.. gelihati dibuatnya... nasib baiklah mintak yang senang² jer.. kalau mintak ubi rebus.. haru ibu nak cari .. kat kampung dah takda tanam ubi dah ...



Bicara Hati : Tips lain nak bagi donut empuk/lembut/gebu gunakan tepung roti.. nanti donut rasa lagi sedapp macam big apple... wahh baru tahu ni.. lain kali boleh cuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...