Sorry nak tayang jugak ni gambar hadiah pertama hari lahir amir, ayah belikan amir lori hahahaha .. memang sesuai sangatlah dengan size amir tu .. yang debab dan gebusss masa ni... tak boleh belikan yang kecik².. nanti dia bawak .. mengundur habis tergolek² kebelakang terlentang.
Ni hadiah daripada atuk masa amir nak masuk umur 3 tahun kalau tak silap, lagi beberapa bulan atuk dah belikan basikal .. tapi amir takut nak kayuh .. dia naik jer.. umur 3 tahun lebih barulah dia pandai kayuh dengan jayanya penuh pusingan kat kaki tu.. kalau tak asyiklah disorong² sahaja dengan kaki.
Pertama kali amir jejakkan kaki kepantai ... muka teruja, takut semua pun ada hihihihi ... tapi mula² jerlah.. lepas tu takmoo balik pulak.... balik terus demam² tau huhuhuhu .....
Ayah belikan amir hadiah basikal baru masa umur 4 tahun, amir ngadu basikal atuk belikan susah nak kayuh .. saboo jerlah.. habis di canang kat semua orang ayah belikan basikal baru kat nilai kakakakaka .. memang tak boleh simpan rahsia betul ini budak.
Sekarang pulak dah 5 tahun ni, amir ngadu .. amir tak pandai lagi kayuh basikal tanpa roda kecik .. iyerlah sekarang dah jarang main basikal petang² cian amir ... kawan² semua dah pandai kayuh tanpa roda katanya, dia malu .. tak pandai lagi .. pulakk dah.. rasa macam bersalah pulak, nanti kita belajar yer mir .. cian amir .. selalu saya pujuk dia.
Alhamdulillah dah 5 tahun, amir akhirnya dah mula ke tadika .. teruja sangat dia dapat ke tadika .. dapat kawan².. suka betul dia.... dan tadi ibu dan ayah baru jer pulang daripada tadika amir untuk perjumpaan hari ibu bapa amibil report kad, ibu tak terlalu mengharap yang besar².. tapi amir dah pandai membaca dan menunjukkan minat belajar itu dah buat ibu terharu .. satu perkembangan yang baik buat amir dari segi tumbesaran amir sekarang.