♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Jumaat, 21 Jun 2013
Hari Floria Di Putrajaya 2013
Kebakaran di sana sini
Gambar kebakaran makin teruklah jerebu di tempat saya .....
Pagi ni amir dah moody takmoo pergi tadika, dia tak sihat .. dia ngadu nak duduk kat taska sahaja sakit tekak.... pujuk².. alhamdulillah ok.. jangan kata amir, ibu sendiri pun tak selesa sekarang ni .. iyerlah keluar rumah awal pagi ditambah cuaca macam ni badan pun lesu dibuatnya.. kalau boleh macam nak baring sahaja.
Sedikit Tips masa Jerebu ni .. harap membantu sangat :-
- Kurangkan aktiviti luar
- Jangan Merokok/ Jangan membakar sampah sesukahati
- Banyakkan minum air masak
- Membasuh tangan dan muka lepas keluar dari rumah
- Pergi klinik kalau demam teruk
- Pastikan persekitaran rumah bersih
- Pakai penutup hidung keluar rumah, itu langkah selamat juga.
Bicara Hati : Bila nak ada hujan tiruan ni...
Doa Pada Allah , Mengadu Pada Yang Maha Kuasa
Khamis, 20 Jun 2013
Sensetif dan Peka Persekitaran
Cheese Yang mengiurkan
Cara Mudah Kenal Huruf Dan Belajar Menulis
- Dengarkan lagu² A,B,C sampai Z ... rasanya lagu ABC ni memang popular ada satu versi jer.. oleh ajar dengar lagu ni dengan kerap dari umur setahun lagi.
- Bila anak dah mula dan biasa dengar huruf mesti dia lebih teruja kalau korang belikan gambar²,dan huruf².. lepas tu korang tampal kat dinding ... bagi dia cam huruf² tu... sambil menyanyi dan sambil tunjuk.
- Lepas dah pandai 2 langkah kat atas ni... mulakan pulak dengan kertas kosong dan pensil, ajar dia menulis.... anak akan menyanyi sambil menulis.
- Janganlah buat sekali sahaja.... harap anak nak berjaya yer... buat setiap hari, kalau tak boleh setiap hari .. buat bila ada masa terluang .. janji buat .... insyaallah berkesan.
- Alhamdulillah memang berkesan kaedah menyanyi sambil menulis tu .. kalau anak saya boleh.. anak korang pun mesti boleh .. sebab anak korang lebih bijak, nak korang pun mesti lebih banyak masa dengan anak²kan.....
Sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja, insyaallah.. usaha tangga kejayaan.. jadi jangan sedih² kalau anak tak kenal huruf lagi, kita sebagai ibu kene usaha cari cara penyelesaiannya..... biar lambat .. janji dia tahu .. janji lepas ni dia lebih rajin kan.
Terima kasih cikgu ain, sebab mengajar amir kenal huruf ....
Sekarang dalam usaha unuk mengajar amir belajar membaca dengan lancar, amir kalau setakat 2 suku kata dia ok.. contoh saya, buku, bola, mata, satu, tiga semua pun dia alhamdulillah dah ok... tapi bila masuk part kene jadikan dam, jam, pam, bot, tong, ting, yang dia confius nak sebut bunyi m dan t kat belakang tu... apatah lagi bunyi tong, ting dan yang tu huhuhuhu .....
Bicara Hati : Moga diterangilah hati amir untuk mudah menerima ilmu .. amin...
Rabu, 19 Jun 2013
Peria Goreng Udang Sedap Dan Tak Pahit
Sejak kali pertama masak hubby suka makan, jadi bolehlah masak lagi hihihihi..... kalau ada udang memang sedapp .. kalau dengan telur tak tahulah hubby nak makan tidak ... sebab belum pernah cuba ...
Resepi google jer.... petua kalau tak nak peria rasa pahit sangat masa dimasak, lepas kupas gaulkan dengan sedikit garam kasar.. dan biarkan.. lepas tu barulah basuh ... insyaallah tidaklah peria tu terlalu pahit .. jadi bila masak dengan udang macam ni memang sedap sangatlah ...
Lain kali nak cuba dengan sotong okk jugak kot kan... Orang kata pahit itu ubat, makanan dalaman untuk kesihatan ... mula² jer rasa pahit, kalau dah selalu okk ...
Bicara Hati : Lamanya tak makan ulam pucuk betik, pokok betik rumah mak pun dah takda achaner tu .. hahahahha.....
Uniform Saya Di Tadika
Bila ada rombongan kenelah pakai kasut, kalau tak pergi tadika pakai selipar jer haahahaha....
Ala.. jangan lah amik gambar dekat ibu .. gigi amir tak cantik, takpa... gigi tak payahlah senyum besar ibu kata... kan.. rambut dah pendek.. hensemlah anak ibu .. pantang kene puji terus cair hahahaha ....
Malam tadi macam biasalah, kalau beria nak kesatu² tempat mata amir tu payah sangat nak tutup .. semangat nak berjalan lah katakan hihihihihi ..... kadang² buat saya gelihati pulak, siap pesan.. ibu jangan lupa stokin yer.. kasut ... nanti kalau tak pakai amir tak boleh naik komuter cikgu kata..;p
Nak harapkan ibu dan ayah bawak naik komuter sampai ke kali kedua amir dapat naik komuter dengan cikgu tadika ibu tak bawak² eh, amir janganlah majuk .. pergi dengan kawan² lagi seronokkan.. nanti kita pergi sama² naik komuter yer... sayang amir ....
Bicara Hati : ibu yang lupa hari ni ada sesi fotografi kat opis, balik tengahari tadi tukar baju .. grrrrrr ... terpaksa.. arahan bos .. pasrah.
Langgan:
Catatan (Atom)