♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 1 Julai 2013

Tuntut Hadiah Peperiksaan




Anak bertuah, haihh anak bertuah... ni kisah 2 minggu lepas yang masa saya bagi tahu amir tak sihat tu... bukan masa tak sihat sakit kemaluan, tapi masa dia ala² nak demam kununnya, kununnyalah masa 2 minggu lepas ...  masa tu amir memang moodyyy sangat nak pergi tadika, padahal memula elok jer kat dalam kereta.

BILA SAYA PUJUK DIA KATA, KAWAN LAIN DAPAT HADIAH .. KAWAN DAPAT HADIAH SAMPAI NOMBOR 4, AMIR NOMBOR 5 TAK DAPAT .. ALAHAI NAKA².. CEBIKK DIBUATNYA.... YANG SEBENARNYA AMIR PERIKSA DAPAT NOMBOR 4, TAPI CIKGU BAGI HADIAH UNTU PELAJAR TERBAIK 2 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN .... KWN AMIR NOMBOR 1 & 2 LELAKI, 3 PEREMPUAN, AMIR NOMBOR 4 LEPAS TU NOMBOR 5 PEREMPUAN .. JADI MEREKA SEMUA DAPAT HADIAH.. DAH AMIR TAK DAPAT AMIR MERAJUK, TAHU JERLAH BUDAK SENSETIF TU .... TU AMIR KATA DIA PERIKSA NOMBOR 5 TAKDA HADIAHHH.....


Belikan hadiah lori sampah pagi tu jugak nak pujuk dia .. tak pasal lebur duit 7.50 tau huhuhuhuhu ... kalau lebih 10.00 pikir banyak kali ibu nak belikan.. memang pujuk beli bende lain jerlah... beli ini pun saya tak bagi bawak pergi tadika, main kat kereta jer.. nasib baiklah mendengar kata.



Pagi ni pun buat peragai jugak huhuhuhu .. menangis² tak nak pergi .. mula² dia tertidur dalam kereta pagi tadi .. bila saya kejutkan dah sampai opis ibu .. tanya nak makan apa² tak, dia kata tak nak .. tapi nak balik kampung ... hadoilah.. ni mimpi apa pulaklah ni .. tak nak pergi tadika, saya pujuk pun dia menangis jugak .. tapi lama² dia diam jer... bila saya cakap kene jugak pergi tadika .. esokkan ada rombongan .. nanti amir tak tahu apa² kalau tak pergi tadika.

Pujuk ajak beli hadiah lagi pun takmoo dah muncung jer masa nak masuk ke tadika.. sampai kelas pun dah lambat 8.10 minit, nasib baiklah bos ibu tak marah masuk opis lambat.




Bicara Hati : Harap jangan esok pagi buat peragai lagi sudah....









Sudah Masuk Bulan Julai



Isnin yang biasa-biasa, mata mula lah kalau pagi isnin tak cukup tidur ni .... semalam abang sepupu bertunang, sempat jugaklah kami sekeluarga menghantarnya..... 

Hari ini sudah masuk julai rupanya, awal bulan .. awal bulan macam biasalah kesibukkan melanda diri huhuhuhuhu ..... dan sudah setengah tahun berakhir semalam, jun pastinya meninggalkan sesuatu yang indah pada setiap tahun walaupun tidaklah terlalu indah .. tapi pada aku jun biasanya bulan yang lebih daripada bulan - bulan lain (^____^)v

Tak lama lagi ramadhan pula akan menjelang insyaallah lagi 10 hari sahaja, persiapan pun ala kadar tiada yang terlalu istimewa apatah lagi bermegah yang bukan - bukan.

Sebelum aku meleret - leret dan bos panggil, sebelum aku membebel - bebel eloklah nak smabung kerja balik hihihihihi ..... nanti - nanti rehat singgah ruma korang.



Bicara Hati : Ada suprise buat kawan-kawan yang rajin komen sepanjang setengah tahun yang baru berakhir ni .. tunggu ......









Ahad, 30 Jun 2013

Bukan Kali Pertama



Bila di ingatkan, termenung sendirian .... memikirkan sakit amir sebelum ini betul ker kali pertama ... macam mana boleh jadi sampai membengkak macam tu (haissshhh ngeri kalau diingat balik) ....

Ligat memikir ... puas termenung, rasanya ini bukan kali pertama .... dan ini kali kedua. Kali pertama amir kena masa umur setahun lebih, masa baru mula belajar jalan ... iya.. baru aku ingat balik ... masa tu pergi pantai morib, dulu manalah ada tembok macam sekarang ni.. memang berpasir betul kat pantai morib tu.. dengan airnya yang keruh .. tak lalu mahu mandi rasanya ..... kunun2 saja berjalan, amir memang teruja sangat budak baru dapat kaki kan.... seronoklah.... 

Bila dah berseronok sampai tak mahu balik ... sudahnya jenuh jugak pujuk pada menangis masukkan jugak dalam kereta .. mujurlah tak lama merajuknya, bila balik rumah tiba sambung menangis balik .. dah sudahh .. panik kejap.. madikan pun nangis ... (teringat mak pesan maghrib2 jangan berjalan) huhuhuhu .. takkan sebab itu kot... masa tu mulalah singkat pikiran tauu.. bila nak pakaikan pampers barulah berasa yang kemaluan mair ni merah dan mula berair kat bahagian hujung.... dengan dia melalak2.. saya pulak menelek2 apalah yang tak kene dengan kemaluan amir ni, rupanya amir kene hama dari pasir kat pantai morib tadi ... bawak pergi rumah orang yang selalu urutkan amir masa kecik dia bagilah ubat jeli... alhamdulillah amir tak menangis lagi dah....

Dah 4 tahun berlalu amir kene balik barulah aku teringat balik yang amir pernah kene dulu huhuhuhuhu ....




Bicara Hati : Korang rasa kalau kene khatan baik ker??? hama/tungau ni memang tak akan hinggap lagi ....







Sabtu, 29 Jun 2013

Keriuhan Dihujung Minggu



Hubby awal pagi sudah basuh kereta sementara matahari belum nak berapa tinggi, kereta sudah berdebu mengalahkan 2 minggu tidak berbasuh kesan jerebu... memang berdebu habis....

Saya macam biasalah hujung minggu dari depan sampai belakang, dari belakang sampai depan mengemas.. sudahnya masih jugak ada sahaja yang tidak kena.... (tidak dapat ku bayangkan andai punya rumah lebih luas)

Amir??? fuhhhh ... seawal pagi sudah mandi .... memang begitulah dia, sudah terbiasa sekolah atau tidak pasti akan mandi awal kecuali angin tak berapa nak baik ... jangan kata mandi .. masuk bilik air untuk basuh muka pun liattttt .....

Bila pintu pagar terbentang luas, hubby .. basuh kereta wahh.. wahhh .. wahhhh .. ada sahaja yang berderuuu mahu kerumah, sayup2 memanggil nama amir .. mahu masuk rumah .. sedangkan rumah baru mahu dikemas, keriuhan terasa seperti punya anak lebih 3 orang .... dan ibu hampir pingsan bila.. ada yang main tanah liat lekapppp dilantai huarrrrrgggghhhhhh ...... maknanya sesi mengemop akan berlangsung lepas ini, hendak marah lebih2 pun mereka belum paham. itu belum lagi pakat kusyen .. mahu buat pondok2.... kereta mainan, lori, sudah bersepahan .... sarapan ku hidang untuk hubby mujurlah mereka belum jamah secara jemaah ... mungkin bukan selera mereka .... 

Mood dah siap mengemas dapur ni seperti tidak mahu masak, sudah suci sudah bersih... sudah berkemas sayang pula mahu letak kuali didapur... tapi .. kalau tak masak.. kelaparan mahu makan apa pulak ... huhuhuhuhu .... 



Bicara Hati : Masya .. masya .. jangan merenggut, kamu kena belajar merasai keriuhan ini ... 








Jumaat, 28 Jun 2013

Amalan Agar Murah Rezeki



Perkongsian dihari jumaat, insyaalahhh .... jika dilakukan dengan ikhlas .... dan jangan lupa untuk murahkan hati dengan bersedekah .. insyallah rezeki akan lebih murah insyaallah amin...







Khamis, 27 Jun 2013

Semakin Sihat Berkat Doa Semua



Alhamdulillah hari ni seharian menjaga amir kat rumah (kira seharianlah yer.. walapun sempat pergi belanja barang dapur, kemas & mop rumah dari dapur sampai depan ... jerebu habukk ya allah mengalahkan sebulan tak sapu rumah dan ke Floria hihihihihi.....),  amir dah pulih boleh dikatakan sepenuhnya pulih, entry pagi tadi entry autopublish sebab saya pun tak berapa nak sihat jugak lepas jerebu ni.... terima kasih kawan2 yg mendoakan amir cepat sihat dan tips2 yang diberikan... sangat-sangat saya hargai, maklumlah blog baru nak maju ... selama ni takda sapa baca pun syok sendiri jer.. menulis, 52 komen masuk sehari untuk hari ni sahaja... dan tak sempat nak bw ... buat saya saya rasa terharu pu;ak... saya akan gigih jejak balik semua orang bila ada kelapangan yer.....

Pulih pada saya sebab dah tak bengkak lagi, saya rendamkan amir ... suruh dia mandi ala-ala jakuzi tu.. sukalah dia berendam... lepas tu saya sapu jeli.. kering jeli .. bagi minyak gamat.. ubat doktor bekalkan semua makan.. kecuali krim saya tak pakaikan sebab saya guna geli aloe vera saya dan minyak gamat. Alhamdulillah ... bacakan selawat ... susut bengkak dan melecet kesan .. doktor seluk tu ... malam ni nak bagi ubat siap cakap.. dah tak sakit.. dah tak sakit.. tak nak makan ubatttttt pahit .... ibu bagi jugak, walaupun dia tunjuk protes....

Insyaallah esok amir bolehlah pergi tadika macam biasa, dah bagi tahu dah .. esok ibu nak pergi taklimat kat KLCC.. hadoilah .... takda yang dekat ke nak pergi taklimat ... sampai nak ke KLCC sana tu .. nasib baiklah kene mengena dengan Petronas ... kalau tak ... mau mengelat takmoo pergi kikikikiki ..... (jangan ada yang kene tinggal lagi sudah huhuhuhuhu ...)



Gambar tak kene mengena, saja nak letak ... kami sempat ke floria petang tadi, pada saya tak sihat tu pun... gigih senyum.... ni dah nak balik pun... panas oooooooo ... entry panjang up kemudian yer.... (tak sangka dapat beli baju sedondon supermannnnnnn )











Nasihat Doktor mengenai sakit amir



Kat opis rasa macam dah tak betul jer hari selasa tu bila hubby bagi tahu amir sakit lagi kat kemaluan dia, kalau boleh jam² tu jugak nak balik rumah .. haihh.. sabar kan hati jugak sampai ke petang, tapi dah masa balik terus cepat² tak toleh kanan kiri dah ...

Dalam pukul 6.00 petang dah sampai klinik area jenjarom betul² lepas petronas klinik ni ... ya allah orang tak ramai tapi nak menunggu mengalahkan beli pisang goreng atau beli burger ... nasib baiklah amir tak meragam ... dalam kereta dah pujuk siap².... jangan nangis doktor nak pegang nak cek jer.. nak tengokk.... bukan dalam kereta dari rumah lagi dah pujuk .. sebab amir dah takut sikit bila suruh pergi jumpe doktor... bukan amir jer takut ibu pun takut jugak sebenarnya.



Klinik Mesra, jenjarom tapi tidaklah semesra mana .. bolehlah ...



Bila masuk bilik doktor jer, doktor bagi salam.. eh² islam rupanya.. muka macam cina ... terus bagi tahu sakit amir, doktor cek ... siap seluk guna kapas telingga yang halus baby punya tu... amir dah menjeritlah masa tu... tapi doktor cakap tak ada apa², mungkin ada jangkitan kuman... atau hama .. nanti suruh buat kat rumah lagi ... selain itu doktor bagi tahu ni kes biasa budak lelaki baya amir, owhh baru tahu .. saya selalu risaukan angin pasang jer... rupanya jangkitan hama pun mudah .. nampaknya kenelah lebih prihatin lagi ... doktor bagi ubat sapu, antibiotik, tahan sakit semuanya 4 jenis ubat kot .. rm 70.00 owhhh.. mujurlah hubby baru gajikan. (^____^)v 

Harap sangat semuanya okk selepas ni ... kalau tak okk jugak ibu akan bawak pergi jumpa pakar, hari ini ibu pulak cuti .. selepas 3 hari dengan ayah dan kebetulan ayah cuti, walaupun tadika dah bukak hari ni tapi ibu risaukan keselamatan amir kalau main dengan kawan² kat tadika, jadinya .. ibu rasa lebih selamat kalau amir dengan ibu.

Lepas balik klinik nak pujuk amir kita orang bawak dia makan kat giant banting tu, cian amir jalan kengkang²... dia kata sakit doktor tu buat ... tapi bila tanya kencing sakit tak?? dia kata tak pulak ... mana saya tak pening nak konklusikan sakit dia... 




Bicara Hati : Diuji, di duga moga segala berjaya diharungi ...




Rabu, 26 Jun 2013

Penawar Penyakit - Air Kelapa Muda & Air Limau Nipis



Saya jumpa gambar ni kat fb dan beberapa blog kawan jadi saya kongsikan info ni buat diri jugak kat blog kisah hati saya, selain air kelapa muda dan air limau nipis.. air kembang semangkuk dan air bali pun bagus jugak ....

== PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT AKIBAT JEREBU ==


Banyakkan minum air kelapa dan air limau nipis ketika bencana ini. 
Air kelapa mengandungi oksigen mudah larut menembusi sel.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...