Am Bank (sebab renew roadtaxkan haruslah dapat .. dan paling banyak sampul am bank kikikikikiki ), bank islam, dan proton.
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Selasa, 6 Ogos 2013
Sampul Duit Raya Kami Tahun 2013
Ayam Percik Chef Ismail
2 Ketul, kenyang sampai ke sahur tau ..
Hubby dah pesan awal² jangan amik banyak atau macam² nanti tak habis .. ini pun jenuh nak menghabiskan ayam 2 ketul tau ... opss.. sup tak sampai lagi.
Air sirap selasih letak serai.. ada rasa macam air gas sikit .. sedapp memang sedappp.. amir macam pelik .. sekali hambikkk esok pagi bangun 3 beranak hilang suara huhuhuhuhu .. ;p
Kalau korang berminat nak berbuka kat sini masih sempat lagi, maklumlah shopping kat luar tu bolehlah singgah sini chicken rice shop makan kan.... kami pilih Set A sahaja, tahun lepas pilih Set B ... banyak sangat.
Bicara Hati : Tuan tanah dah mula bercuti entry ini dan seterusnya kalau ada entry auto publish hihihihihi... insyaallah cuti sampai isnin depan, selasa kalau takda aral datanglah kerja.. kalau sempat bw daripada rumah sahaja masa cuti ni.
Isnin, 5 Ogos 2013
Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Tanpa ' Buttercup '
Cornflakes
Madu
Susu Manis
Kacang Gajus (potong dua dan sangaikan dia tanpa minyak kat kuali)/ Boleh jugak gunakan kacang lain seperti kacang tanah lagi jimat ... jangan kacang hijau sudahlah itu nak buat rempeyek bolehlah.
Coklat Rice/ Gula Manik
Mangkuk kertas
Dah siap gajus tu disangaikan, meh masukkan cornflakes .. ramaskan² dia tau .. bagi hancur kecik² sikit.
Lepastu masukkan susu manis, saya selalu kalau sekotak ni .. dalam 10 sudu besar, letak sikit jer pun takpa ikut citarasa masing² .. macam saya ni takmmooo banyak sangat sebab nanti manis dan cornflakes tu jadi tak sedapp... bila di bakar bila terlebih susu.
Lepastu masukkan madu .. madu lebih takpa.. sebab nak bagi cornflakes tu likat ... dengan erti kata lain .. korang kene sebatikan masa nak gaul tu... jangan banyak sangat kang keras pulak cornflakes tu .. dah korang salahkan kita pulak.
Gaulkan dia sampai sebati kesemuanya, dan masukkan dalam cup (sorry lupa pulak nak amik gambar) dan taburkan coklat urai tu ... kan senang.. lepas tu bakarkan dia... dalam 15@20 minit agak².. jangan sampai hanggit yer...
Dan inilah hasilnya.. taraaaaa ... alhamdulilah .. siap jugak atas permintaan amir hihihiihi .. tak masuk balang dah dihadapnya... takpalah sapa lagi nak habiskan kalau bukan amirkan.
Bicara Hati : Nampaknya ini jerlah biskut yang wajib dibuat setiap tahun atas permintaan ramai, bukan amir jer suka adik² saya pun suka.... memang tak bagi orang jamu pun.
Gelombang Mood Raya Sana Sini
Ahad, 4 Ogos 2013
Agar agar Santan Versi Hijau
Sabtu, 3 Ogos 2013
Burung Puyuh Goreng Berempah
Jintan manis, jintan putih, ketumbar dan bawang putih basuh bersih dan satukan.. tumbuk dengan lumat .. saya ala² lumat .. tak lumat sangat.
Gaulkan bahan dah tumbuk tadi dengan burung puyuh, tepung gandum/tepung beras pun boleh (campur keduanya pun boleh sikit²) dan kunyit serta masukkan garam sikit.
Bila dah gaul biarkan sekejap ... kemudian panaskan minyak dan goreng.
Hasilnya.. taraaaaaaaaa super duper mengiurkan di makan masa berbuka hihihihihihi ...
Bicara Hati : Tempe pun saya suka goreng versi macam ni .. makan gitu jer, tak pun cicah dengan cili kicap.
Jumaat, 2 Ogos 2013
Bukan Pakar Bidang ini
Kali pertama goreng popia hambikk kooo dah macam rambut keli².. ada rupa meggi pun iya .. berterabur dalam kuali.. sebab tepung tak melekat lagi rasanya dekat popia tu ... kemain semangat baru gulung dah nak gorenkan.. sebab amir lah teruja sangat nak makan.
Punah Harapan
Langgan:
Catatan (Atom)