♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 23 Ogos 2013

Nafsu , Akal , Hati






Khamis, 22 Ogos 2013

Hilang Semangat - Seminggu Kene Tinggal





Ni bukan kes ken tinggal dengan hubby ke hapa .. ni cuma luahan perasan jer kikikikikiki .. jangan salah paham pulak baca tajuk entry.



Malas nak taip lebih² .. dah mood sedih bersarang ni, ni pokok cili saya baru tanam nak puasa hari tu ... hari tu sebelum raya elok jer.. sekali kene tinggal balik kampung hambikkkkk kooo dah macam sengan hidup tak mau dah huhuhuhuhu ....

Mood baru nak berjinak² balik menanam ni, tapi dah jadi macam ni hilang mood balik (alasan²)

Sukanya pergi rumah orang beraya kesana huiiiiihhhhh kemain lagi meriah pokok bunga, pergi rumah sini .. huihhhhhh cantiknya gemuk². melebar pokok berdaun mereka .... ya allah malunya kengkawan sedara mara datang rumah .. rumah takda pokok meriah macam tu ... pokok kaktus pun ntah mana hahahahaha ... ;p

Marilah mengumpul minat semula, nak beli pasu barulah 2 yang besar nak tanam pokok ... nanti bolehlah laram kat rumah baru (eh².. ntah bilalah siapnya kan.. tanam dulu takpa kot)



Bicara Hati : Orang lain tanam bunga sy sibuk dengan pokok cili, kunyit, kari dan kencur .. senang nak guna masa masak kikikikiki



Kemeriahan Anak - Anak Berhari Raya



Sakan beraya tahun ni si Amir bam bam anak ibu, tahun ni dah tak boleh panggil bam bam .. sebab amir dah kurus sikit (tak puasa pun.. tapi dia dah susut sejak sekolah ni) .. tapi tu lah nampak dia macam tinggi sangat ... sampaikan dah sama tinggi, sama besar .. tak sama berat jer dengan sepupu dia yang darjah satu pakai baju warna merah tu.

Jom kita layankan gambar² amir bersuka ria dengan sepupu² masa pergi baraan, yang ni kebetulan mereka baraan kat rumah mak saya .. jadi saya amiklah gambar mereka yang teruja sangat tu.


 Amir macam biasalah memula di akan alim² miyawwww sikit ... poyo² sikit kunun²lah kan ....
Baju coklat ni mak buatkan untuk amir, cucu baru sorangkan .. sama tema dengan mak .. jadi saya pakaikanlah kat amir masa dia kata nak ikut baraan .. lupa nak belikan baju melayu lebih .. sebab baju raya tahun lepas masih muat amir pakai... tapi .. dia tak moo pakai pulak... 



 Tu dia ... dah mula dah suam² kuku mai dah .... possing² manja (baju purple abang apis 9 tahun, baju merah abang rifael 7 tahnu dan amir hujung sekali baju coklat .. iyer yang baju coklat tu baru 5 tahun sila percaya .. anak sapalah ni .. kemain besar hahahahaha ......  )



 Amir comeyyyyyyyy tak .... kalah mak ton huhuhuhuhuhu ...;p
mereka ni semua memang akrab, sampaikan amir selalu buli ... amir jer nak menang amir kan adik ... abang² kenelah mengalah hadoilah .. kesian saya tengok kadang² .... suka nooo sangat amir cakap macam tu .. kadang² kalau dah melebih memang sedaslah saya bagi kat peha tu kan.



Hoyeahhhhhhhhh amir dapat banyak duit raya ....
Tapi bukan pegang duit raya pun .. pegang CD Madagasca 3, pagi petang .. malam raya pun dia dok layan kat rumah mak saya .. sebab kat kampung takda HBO .... 




Beraya ni sebenarnya budak² jer yang rasa lebih seronok dan kemeriahannya .. kita yang dah dewasa ni .. rasa biasa² jer .... bila tengok amir seronok beronok² macam ni, ibu pun tumpang seronok .. tapi .. bila bab dia sedih, amir bosanlah ibu .. bila amir nak ade adik ni .. amir nak kawan ... hah!!! kalau ayat ni keluar cecepat ibu carik bantal selubung selimut tidur kikikikikiki ... tak mampu dah nak cari jawapan dah, tapi .. baiknya amir kalau orang lain yang bertanya .. amir duk sibuk jawab kat perut ibu dia dah ada adik ..... bijak² pandai dia kan nak sedapkan hati ibu .. nak jaga hati dia .. orang yang bertanya pulak terkejut ... iyer ker??? hah!! koooooo beriyer²lah percaya .. dah 2 tahun jawapan tu amir guna... jangan korang terpedaya. (tapi ibu yakin kata² amir satu doa .. moga doa anak yang soleh akan di makbulkan)




Bicara Hati : Kenangan beraya naik motor sampaikan jatuh motor tersondol pokok buluh sampai sekarang menjadi ingatan .. walaupun dah lama berlalu .. tapi bila berkumpul dengan kawan² mesti membahan jadi  bahan gelak.





Rabu, 21 Ogos 2013

Lagak Anak Orang Bandar / Pekan



Kalau sebelum ni amir kemain lah semangat lagi nak kereta idaman dia yang bumbung boleh bukak, bila raya ketiga kami balik kampung embah / buyut amir sebelah abah dia teruja dapat naik tractor macam ni .. hahahahaha ... sebab kawasan rumah embah kan sawah .. jadi memang adalah jentera macam ni, tapi yang ni bukan kat rumah embah .. rumah kawan abah kita orang singgah kejap.

Korang yang selalu baca blog ni pun tahu amir memang fanatik denangan kenderaan² macam ni .. apatah lagi kalau jumpe depan mata .. memang peluang dia lah nak naikkan .. kan .. janganlah kooo nak kata tak boleh mahu muncung tu kang sedepaaaaaa dibuatnya.

Gambar banyak jugak saya amik tapi banyak gegar sebab saya amik jauh .. daripada atas rumah yang ni okk  sikit, sorrylah nak kongsikan kat blog jugak sebab ibu pun teruja jugak hahahaha .. amir ada keberanian nak naik bende ni... kemain lagi dia siap pegang stereng tu .. macam iyer²lah nak bawak kan... tu adik bongsu saya tak pasal² kene temankan dia ... main kat situ ..

Lama jugaklah dia dok atas tu .. sampaikan kita orang panggil soh minum dan makan kuih pun dia tak layan... risau jugak kot takmoo balik lagi haru kan.



Bicara Hati : Menagntuknya petang ni .... tak sabar nak balik rumah.










Kereta Idaman Amir



Raya kali ni (wehhh banyaknya entry raya kooooo hahahaha.. pedulik .. selagi ada idea, selagi ada cerita semua nak kongsikan .. raya kan sebulan)

okkk... raya kali ni .. amir kemain teruja lah sesangat dapat tahu abang sepupu dia tukar cat kereta dan buat kereta yang boleh bukak bumbung tu .... sebelum ni kat kereta adik ipar, memang dia admire betullah .... kalau dapat  tahu adik ipar saya datang mestilah dia nak balik kampung jugak semata² nak naik kereta tu... pusing satu kampung.

Ni masa raya baru ni dah tak heran dah kat ibu dengan ayah dia .. dah kia orang ni macam pengantin baru bedua naik motor.. sebab amir sibuk naik kereta sepupu dia, dia beraya dengan sepupu² dia masa raya kedua tu lepas baraan lelaki, dia naik kereta pulak .. bagus jugak .. sejak dah sekolah ni pandai dia berdikari .. walaupun nak susu masih cari ibu, nak tidur .. pandai mintak ibu peluk haihhh anak²... tapi masa gembira / dengan sepupu² lupa kan ibu jer ... sampaikan suruh makan pun takmooooo .. tapi abang sepupu makan dia ikut, adik ipar suap .. nganga jer mulut tu.


Inilah kereta idaman amir tu .. korang jangan tak tau .. asal naik kereta kita orang jer, mestia dia tanya .. bila ayah nak buat kereta macam abag zani (merujuk abang sepupu dia) .. bestlah kereta tu .. macam²lah dia dok puji pasal kereta tu.



Penuh dalam kereta tu dengan akak ipar dan mak mertua, di tambah lagi dengan budak² ni .. kalau keluar kepala jer dah macam sebaya hihihihihi .. padahal memasing jauh beza umur.




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu jumaat sabtu cuti .. yeahhh nak sambung beraya .. jadual dah penuh sampai 1 september.








Rojak Sedapnya Menjilat Sudu




Permulaan / Pembuka selera rojak campur macam ni .. takda mee pun dah menjilat sudu tau , kalau ada lagilah .. mahu bukan jilat sudu .. bersandar terus hihihihihi kekenyangan.

Ni menu semalam, adalah makan² sikit kat opis ni ... dah namanya makan free ko .. jangan nak banyak songgeh .. apa yang terhidang hadap sahaja .... ni baru intro .. banyak lagi menu tau ... tapi yang ini pun dah kekenyang camner .. nak makan yang lain pulak .. nafsu² .. silalah kawal diri masya wehhhhhh .... bukan takut gemukkk tapi .. utamakan kesihatan .. sebab kalau ikut nafsu sangat perut sendatttt wehhhhhh ... 

Okkk hari ni sambung puasa, takda maknanya nak sarapan pagi kikikiki .. semalam dah macam² masuk perut kan kan kan ..... marilah rehatkan perut tu.

Eh² ni nak cerita pasal rojak ker??? nak membebel .. bantailah kira entry rojaklah ni walaupun orang kata hari ni .. hari tanpa kata² .. nak membebel jugak.



Bicara Hati : Masih terasa lagi kesedapan rojak semalam.






Selasa, 20 Ogos 2013

Malam Raya Kedua Di Rumah Mertua



Sebab malam raya tak dapat join kat rumah mertua, jadi malam raya kedua lepas baraan petang tu siap.. rumah mak dah siap berkemas.. saya pun pergilah rumah mertua pulak ... tapi tak dapatlah tidur malam tu kat rumah mertua huhuhuhuhu .. amir nak tidur rumah embah dia jugak, cucu kesayangan embah betul ni.

Malam kedua tu semua ipar duai tidur rumah mak mertua, sebab esoknya nak join baraan orang lelaki.... takpalah ada hikmah jugak kami tak tidur situ .. nanti berasak² amir jugak yang tak selesa huhuhuhu ...... jadinya malam tu amir main bunga amir dan tengok sepupu² main mercun jerlah kat rumah mertua.... sekejap jer pun, bila nampak ibu bukak laptop update blog.. terus dia pun sibuk nak guna jugak.


Bebudak sibuk main bunga api, cucu mertua semuanya baru 10 orang sahaja .. amir yang ke 10 huhuhuhuhu .... kira meiahlah jugak yang kecik² ada 3 orangkan .. yang lain dah sekolah menengah dan sambung belajar kat IPT.



Nampak tak amir anak bertuah tu ... orang lain sibuk borak, sibuk main bunga api .... Dia sibuk nak layankan you tube Sabooo jelah........ yang sebenarnya dia penat pun iyer jugak, nak tidur tu ...



Petang habis join baraan tu sempatlah pergi rumah abang ipar dan rumah sedara hubby yang dekat², Sampai pukul 11 lebih jugaklah melayan berborak ni, walaupun badan penat seharian dah jin baraankan .... mujurlah amir sempat tidur siang tu, jadinya waktu tidur dia takdalah tejejas.. kalau tak mahu pukul 8 dah tidur.





Bicara Hati : Begitulah gaya orang kampung dekat ni, dua² hati orang tua pun kene jaga tau .. sapa kata senang huhuhuhuhu ..... cuma kami ni suami isteri jenis tak berkira jer .. pandailah²kan nak seimbangkan dan adil.








Koyok - Pelekat Hilangkan Sakit Sendi Badan



Penat beraya sana sini .. sakan makan juadah sana sini ... naik lengguh² badan duduk lama dalam kereta sebab jem huhuhuhuhu .... Amir alhamdulillah sihat, sebab saya dah bagi dia minum meal shake sekarang hihihihihi .... (opsss saya tak kongsikan lagi cerita tu .. nanti eh .. saya kongsikan) kadang tu dia merenggek lengguh kaki saya tampalkan koyok jugak kikikikiki ..;p

Jadi mehlah kita tampal koyok beramai² hahahahah .. laris kat kedai raya² .. ramai pakat² beli koyok.


Koyok yang ni baru kot, saya beli yang besar khas untuk hubby .. masa nak pakai saya potong 4 .. besar wehhhh tu yang potong tu .... itu pun sekali pakai saya tampal 2 jer ... hubby dia jer .. oklah tu kot hilang lengguh.





Yang ni .. yang ni pilihan saya .. nak tidur letak kat dua² kaki .. tambal kat betis dan badan belakang... memang esok pagi bangun segar bugarlah .... (^___^)v kalau korang tak nak makan panadol atau makan suplimen bolehlah pakai koyok macam saya ni ... tapi .. kalau korang rasa eeeeee sakit nak bukak nanti, baik korang tak payah pakai .. tapi pada saya masa bukak tak sakit pun ... sebab amir pun okk.. tak kan korang tak boleh tahan sakit kot kan. Malu haihhh ....



Bicara Hati : Alhamdulillah ramadhan kami begitu diuji, syawal kali ni semuanya pun dah sihat seperti biasa ... moga² sampai akhirnyalah begitu hendaknya amin ...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...