♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 14 Februari 2014

Resepi Kek Oren Paling Mudah Dan Sedap







Raya Cina baru ni sana sini dah dok jual buah limau .. sana sini dok bagi buah limau baik kat rumah mahupun kat opis kawwww, memang meriahlah orang kata raya cina kali ni.. tapi ang paw jer tak dapat .... penampau mau hahahahaha ....

Jadi kalau banyak sangat dah dapat limau tu janganlah buang yer .... mohlah kita buat kek oren yang senang ni, seyes senang ... bahan² pun tak susah .... pakai blender sudah.. tapi kalau gigih pukul pakai senduk kayu pun okkkeyyyy hihihihi .... (macam aku ler tue.. masa kali pertama buat)








Bahan :

2 Cawan tepung

1 Cawan mentega

1 Cawan gula

3 Biji telur

1 Biji Limau

1 Sudu kecil baking powder

½ Cawan Susu Full Cream (Tak nak pun takpa .. tapi kalau letak lagi sedap)

1 Sudu kecil esen vanila





Cara2 :

1. Pukul Mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukan telur dan esen vanila. Pukul lagi.

Langkah 1 dan 2 ni saya buat kat blender.. lepas tu curah kat bekas barulah masukkan tepung.

3. Masukan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Gaul sebati.


Kalau nak buat kaler oren/ pewarna kuning pun boleh bagi nampak menyerlah sikit, tapi saya cuma gunakan sebiji oren sahaja .. sila percaya.. kulit oren tu saya parutkan... kemudian lepas parut barulah potong dia perah jusnya.. letak sekali dalam adunan.. jangan korang piii boh bijik oren/ limau sekali sudah.. kalau ada bijik buang yer ... 
Akhir Sekali barulah masukan susu 




Lepas tu bakar aje.. saya guna pemanggang ajaib ni.. curah aje dalam pemanggang ni. lepas tu letak atas api perlahan. kene tengok selalu takut hangus.. macam saya ni tak sampai 15 ke 20 minit dah masak dah.. kalau nak garing lama sikit.. jangan hanggit sudah hahahaha ...



Senangkan .. Selamat Mencuba .... (^__^)v





Psstt ... kalau dah teringin sangat, takda limau .. sunquick pun okeyy tau.. gunalah apa jer bahan yang ada di rumah tu .. janji menjimatkan.. tak payah pening²... yang penting senang dan sedap...





Bicara Hati : Lama dapurku tak berasap sekarang ni hihihi.. sorry up pasal masak² pun dah jarang.













Rabu, 12 Februari 2014

Suprise Kek Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke - 31 Tahun



Layan gambar kek eh .. terharu .. tergaru .. tuan tanah dah kekenyangannya macam nak zzzzzzzzzzzzzzzzz jer ni .....

Terima kasih kawan² semua .. nanti ada kelapangan cerita lagi panjang lebar, yang pasti belon itu buatku nampak seperti sweet 17 kohkohkohkoh ..... >____<









Amir Dah Mula Sakit Gigi



Dalam usia 6 tahun ni amir dah mula sakit gigi, bukan sakit gigi berlubang tapi sakit gigi dah mula goyang nak patah ... walaupun gigi geraham amir banyak dah berlubang tapi.. bila saya tanya sakit tak? dia akan cakap tak???

Boleh dikatakan gigi depan amir yang atas memang dah rosak sikit .... tapi yang heran yang goyang 2 batang yang bawah huhuhuhu ... sebab dia selalu main² tolak dengan lidah agaknya..

Kalau tak silap sampai usia 6 tahun masih percuma lagi kalau buat rawatan kat klinik kerajaan, bila umur 7 tahun baru kene bayar.. tapi tulah amir ni... baru cakap jumpe doktor gigi dia dah buat muka kerut² takmoo huhuhuhu .. camnoo lah gayanya ibu nak pujuk bawak pergi klinik.

Ni gambar masa sakit mata baru ni sempat ibu snap.. elok jer... nampak gigi depan dia ...





Ni pulak gambar baru² ni masa hujung minggu kami makan kat luar .. dia sibuk dok usik gigi dia yang goyang tu.. sambil cakap.. ibu gigi amir nak patahlah .. cuak jer tau.. saya cakap jangan tolak kuat² nanti berdarah.. biarkan jer .. nanti lama² dia tercabut.. kalau sakit cakap.. nanti ibu bagi ubat... dia kata tak sakit.. cuma tak selesa jer nak makan.. apatah lagi nak berus gigi.. memang gigi depan dia tak berus.. berus gigi terus bukak rahang.

Paling ibu risau janganlah gigi tak patah lagi tetiba ada gigi nak tumbuh puak, sebab kak gigi atas tu.. bahagian gusi saya tengok ada macam gigi nak mula tumbuh.. tapi bila pegang gusi tu lembut jer.. takda macam gigi nak keluar pulak.

Tips saya kalau amir ngadu sakit gigi selalunya saya bagi scott warna oren tu.. dia macam okeyy sikit.. amir daripada dulu lagi.. nak tumbuh gigi kalau demam saya bagi minum scott oren tu dia macam okeyy sikit.



Bicara Hati : hari ni kemain awal dia bangun penuh semangat nak ketadika tau ... ibu pun seronok jugak .. sebab jarang dia happy macam ni . pelik ibu... sebab malam tadi tido awal agaknya...







Selasa, 11 Februari 2014

Sakit Mata Amir Dah Hilang



Semalam masa saya up entry mengenai amir sakit mata tu, ramai yang tanya amir dah sihat ke belum.. sebenarnya sakit mata tu jumaat lepas.. jadinya semalam dah sihat dan amir pun dah ke tadika macam biasa hihihihihi (^___^)v




 Alhamdulillah dah baik dah ... bulat dah mata amir tak kuyu dan merah lagi.



Alhamdulillah dah okeyyyyy ... aminnn.. doakan amir sihat selalu tq...





Gambar tiada kaitan saja nak tempek gambar budak bam bam ni masa usia 3 tahun, masa ni sambut bestday dia.. sila percaya yang belakang tu abang sepupu amir yang dah dah darjah 3, tapi amir lagi besar daripada abang sepupu dia masa umur 3 tahun .. sampailah sekarang .. pakai baju pun sama size kikikikiki ...;p




 Saya tak pasti selalu doktor bagi mc berapa hari, amir tak dapat mc pun masa pergi klinik tu... kebetulan esok pun dah sabtu memang tak sekolahkan.. agaknya kalau dapat mc pun mungkin 3-4 hari kot ... bergantung pada bengkak dan merah mata.



Alhamdulillah dah sembuh dah nieyl, tq yer... bertanya .... dan prihatin...




Alhamdulillah anak saya dah sembuh sepenuhnya, harap² janganlah terkena lagi.. memang sekarang ni cuaca panas sangat.. habuk dengan debu pun bnyk sana sini huhuhuhu .. jadi kalau boleh elakkan lah bermain diluar rumah .. semalam amir nak main basikal kat rumah atuk (syokk dia basikal dah bawak balik kg) tapi tullah panas yaaaa amattt pukul 6 pun masih macam pukul 3 ptg teriknya.



Bicara Hati : ibu yang tak sabar nak balik nak join amir main basikal jugak hihihi.. bestnya...










IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014



Tetiba nak join GA pulak hari ni.. sebelum terlambat, walaupun setiap tahun join tak pernah menang.. tapi sebagai tanda sokongan pada ina saya nak join jugak memeriahkan GA ina ni .. jomlah kawan² join jugak.. hadiah super duper meletopp... best² tau, rugi tak join. Klik jer dekat bena yer kalau nak join.





Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)








Isnin, 10 Februari 2014

Sakit Mata Buat Kali Kedua Sepanjang 6 Tahun







Inilah gambaran yang sempat diambil hari jumaat hari tu, hari khamis tu hantar pergi sekolah macam biasa .. tetiba adik ipar wassup cikgu tadika hantar amir balik.. amir sakit mata. Dah sudah... pagi tadi masa bangun memang susah sikit mata tu nak bukak .. banyak taik matanya,cian amir.. tapi tidaklah merah sangat .. cuma bila saya tanya amir okk ke?? dia kata okk.. x sakit .. lagipun hari khamiskan pakai baju sukan.. dia kalau bersukan ni sakit pun terus jadi baik huhuhuhu ... ;p


Wassup hubby tanya camne ni, saya nak balik ke?? ayah nak balik.. hubby kata tak payah.. nanti tengahari dia balik dia hantar pergi klinik, sebab adik ipar cakap amir tak ngadu sakit pun.. dia okk jer siap boleh main² kat rumah...


Jadi jumaat tu nak tak kenelah saya cuti, sebab amir tak boleh ke tadika, adik ipar pulak demam .. takkanlah saya nak pergi kerja dalam keadaan amir takda sapa yang nak menjaganyakan.. hari khamis tau cikgu tadika hantar amir balik pun saya rasa macam nak balik jam jam tu jugak .. inikan pulak .. kalau takda sapa nak menjaganya huhuhuhuhu ....


Alhamdulillah .. 2 hari ni dah makan ubat dia pun maik sembuh .. sebab tu lah cuti kami tak kemana.. takut sakit mata dia berjankit ke orang lain.. sebab jumaat tu .. anak adik saya pun tetiba berjankit macam nak kena sakit mata jugak huhuhu ...




Ni gambar sempat hubby wasuup tenghari tu masa bawak pergi klinik, lega hati ibu.. yang sakit mata ibu.. kaki dengan tangan .. mulut semua ok huhuhuhu.. saboo je lah kan... anak².

Ini kali kedua amir kena, kalau tak silap tahun lepas ada kene sekali jugak huhuhuhu .. masa kat sekolah lama... cuti lama jugaklah baru mula sekolah balik.



Bicara Hati : Tips orang kata kalau nak cepat baik bagi air susu ibu yang menyusukan anak .. titik kat mata anak yang kene sakit mata tu.. insyaallah cepat baik, amir tak sempat buat pun.. sebab adik saya dah kurang susu nya .. anak adik pun dah mula minum susu formula dah usia sembilan bulan ni.






Bank Negara Kerja Dihujung Minggu Rupanya


Bila hujung minggu masing² sibuk dengan kerjaan dirumah, baik ibu, baik ayah .. baik amir hahahaha .. daripada pagi ada jer kerjaan yang nak diselesaikan ... naik heran rasanya rumah ni , manalah datangnya sawang ni.. sedangkan rumah bertutup rapi, manalah datangnya habuk ni.. sedangkan luar umah iada lori yang lalu .. lori sampah iyelah ... musykil².

Dah kenapa tajuk tak menahan pasal bank negara tu, hihihihi.. ceritanya macam ni.. bila amir dah siap buat kerja rumah ... dia tetiba amik tabung ayah dia lepas tu ... dia bukak di tuangnya duit tu dalam bekas lego dia .. dah tu di tuangnya pulak dalam raga, atas surat kabar ..... daripada dapur dengar memang bising sikit.. dok tuang sana.. dok tuang sini.. alahai .. anak²... macam banyak noo duitnya tu yer.... 

sempat jugaklah ibu snap gambarnya tu hihihihihi .... amik gambar tanpa dia sedar ni, kalau perasan mau buat muka peachhhh tak sudah²...




Koranggg bayangkan dia main benda ni sabtu dengan ahad baru ni.. asal bangun tidur terus main duit macam ni tau... saboo jerlah berdesing² bunyinya.. saya yang risau jiran² dengar apalah dia orang pikirkan...



Tak kemana pun hujung minggu, banyak masa habiskan kat rumah .. kalau keluar pun cari barang ke tesco bukit tinggi wahh dah bertukar jadi tesco extra yer.. makin besar makin lebih komersial .. ada medan selera baru kat situ.. tapi belum bukak lagi.. masih dalam proses .. kedai mamak kat siru pun dah diubahsuai .. kedai lebih selesa... ada ruang berecon dengan ruang santai diluar.




Bicara Hati : Hubby memang ajar anak² menabung daripada kecik, duit syilling semua masuk tabung .. berjimat katanya .. mendidik anak .. supaya mudah terpupuk daripada kecik.






Jumaat, 7 Februari 2014

Fenomena Tudung Bawal Aidijuma



Rasanya orang lain dah berkodi² beli buat koleksi kikikiki .. siap ada dah pre love jual balik bagai ... saya jer yang tak pernah membeli, kalau online ni memang nak beli sendiri tu tidaklah .. tapiii kalau ada kawan² yang ajak membeli dan berkenan saya tumpang jer huhuhuhu .. orang takda online banking macam tulah ... sob .. sobbb .. sobb ...

Tapi kan baru² ni kat opis saya ni ada kawan yang jual tudung aidijuma ni, wahhhhh ... (@@) buntang mata kejap koooooo .... nak pergi butik membeli tu memang takda sapa lah nak layan, hubby .. memanglah kalau di ajak shoping kan ... kalau ada kawan opis pergi mengajak .. memang panjanglah langkah tu ... tu yang sampai ke butik shawl popular selalu kat shah alam tu kikikiki ..;p

Orang kata fenomena bawal ni dah kembali dengan corak dan pilihan yang terkini dengan aidijuma ni, memula tu .. ishhhlah dah kenapa meriahnya corak bunga² dia ... (tapi tu dululah) sekarang ni rasa macam makin menarik pulak.. tidaklah oberrrrrr sangat corak tu ... tapi mengoda .. mengoda ... tak mampu tutup >____<




Berjaya rembat 2 tudung yang tengah meletop² ni hihihihihi ... white label jer... beli dengan kawan² dapat murah satu rm 13 hinggit sahaja tapi saya amik dua dia bagi lagi murah diskaun katanya .. oklah tu .. anggap beli untuk hadiah bestday sendiri hahahahaha ...;p walaupun kalau pergi butik boleh dapat lagi murah... tapiii kalau koooo mampu nak beratur sampai pagar korang pergilah kikikiki ;p saya tak sanggup, kawan saya ni pun kira beruntung dia beli sekodi jual dengan kengkawan opis.. jadi rezeki kamilah.



Tudung aidijuma ni boleh digayakan macam shawl corak dia .. itu yang rasa macam tertarik sikit .. bolehlah ubah suai sikit gaya bila nak pakai kan.. kan... nak tengok masya pakai??? owhhh selfie kat instagram sudah ... kot kat sini poyo pulak.. asyik nak interframe muka tuan tanah hahahaha ...




Bicara Hati : Bila pakai bawal hubby tengok tak berkelip² nampak isteri macam jauh lagi muda agaknya hahahaha ..;p















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...