♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 21 Februari 2014

Percubaan Minum Susu Halibs



Kebetulan kat opis ni ada kawan opis dah jadi ahli, jadinya lebih mudah kalau ade dealer kat opis ni hihihihihi .. sebelum ni pernah bagi amir minum susu yang lagi satu tu yang ada bacaan al-quran alhamdulillah memang berkesan.. saya bagi awal pagi jer selalunya ... tak mampu kooo nak bagi pagi petang siang malam.. lagipun ada limit sehari 3 kali jer boleh minum susu tu ... 3 kali bukan 3 scop kikiki.. jangan salah paham pulak.. sekali bancuh tu yang 3 scop.. tp saya 2 scop pun dah berkesan alhamdulillah... tu pun kadang saya campurkan dengan susu yang biasa.. memang jimatlah sebulan sekotak jer 500gram.


Oklah berbalik pada susu halibs ni, dia lebih murah sikit harga pasaran sekitar rm 28.00 dengan kuantiti 500gram, kalau ikutkan ada bacaan al-quran jugak tapi saya tak pastilah kebenarannya sebab dia tak nyatakan tak boleh dilangkah pada kotaknya berbanding susu yang lagi satu yang saya bagi sebelum ni memang ada dinyatakan pada ruangan kotak.



Untuk kotak yang pertama kali saya cuba ni .. saya beli di Muslim Shop Klang.


Inilah kotak susu halibs tu, kandungannya sangat baik ada kurma (sesuailah dengan amir yang tak suka kurma tapi kismis dia suka) dan kelebihan DHA dan AHA. Warna susu ni seakan² kekuningan sikit.. amir saya belikan yang perisa vanilla dia ada jugak perisa coklat.. tapi amir dia tak minat kalau susu coklat.. sebab dia lagi suka makan coklat hahaha ...



Dah habis sekotak pun saya cuba, alhamdulilah kesan positif yang saya perasan amir dah kurang pelat cakap R, alhamdulillah sesangat... susu ni sesuai untuk kanak² usia lebih 1 tahun .. tapi kita yang dewasa pun boleh jugak minum kalau nak.. takda masalah lagi bagus... Kalau tak silap saya orang mengandung pun boleh minum.. lagi bijaklah anak lahir nanti sebab ada kelebihan DHA dan AHA kan.


Yups.. amir dia memang pelat cakap R, tapi tidaklah teruk sangat .. cuma saya risau jugak kalau melarat sampai besar tak betul cakap R.. saya google sana sini semuanya bagi tips yang sama cara nak hilangkan pelat R, seyes saya tak mampu dan tak sanggup nak buat kat anak saya macam tu.. saya tak mampu ... tak sampai hati.. jadi saya pilih alternatif ni.. harap sangat membantu.. alhamdulillah memang membantu walaupun tak banyak tapi sikit² ada perubahannya.




Bicara Hati : Usahalah tanpa jemu .. demi yang terbaik untuk anak².... >_____< , orang kata susu kambing pun bagus .. tapi saya tak pernah cuba lagi bagi kat amir.




Khamis, 20 Februari 2014

Mood Malam Jumaat - Mohon Dan Berdoalah Allah Sentiasa Mendengar






Tiba² mood jadi jiwa² bila baca kata² ni.. menusuk ke kalbu rasanya ... maafkan ibu amir .. kadang² ibu selalu memarahi amir, hakikatnya ibu tahu amir mahukan perhatian .. ibu percaya suatu hari nanti bila amir dah membesar . amir dah matang .. amir akan paham apa yang ibu sedang lakukan... apa yang ibu nak sampaikan ... 

Selamat Malam Semua .... jangan pikir yang bukan² asal tajuk malam jumaat yer.. berpikirlah dari sudut positif .. insyaallah positiflah jadinya (^______^)v

















Kedai Muslim Shop Di Klang



Sebenarnya dah lama dapat tahu kedai ni, tapi baru² ni jer dapat pergi.. ini pun tak baru sangatlah .. bulan lepas rasanya hihihi.. sorry entry basi lagi .. macam biasalah blog ni kan kegemaran menulis sampingan ... jadi kenalah tunggu tuan tanah kedaung ni ada masa barulah sempaT mengarang sebab bukan penulis blog 24 jam kan.. hik.. hik.. hik.. dan bukan blogger famous pun.. takkanlah ada yang tertunggu² entry kan.. stakat biasa² jer ... tu pun dah rasa bersyukur sangat².. ada jugak yang sudi baca blog picisan ni... ada jugak iklan nak masyuk.




Oklah kedai ni lokasinya betul² bersebelah pos laju kat depan stesen keretapi klang tu ... opsss.. komuter ke?? keretapi eh??? tapi ada stau stesen keretapi je kan kat klang ni.. hah!! kat situ lah dia... kedai ni tepi jalan jer.. tapi memang susahlah nak cari parking.. kita orang pun kira rezeki jugak dapat parking dekat dengan kedai ni.

Entry ni tak berbayar yer.. saya cuma kongsikan keterujaan saya dan kawan² dapat pergi kedai ni.. maklumlah nak pergi muslim shop yang kat shah alam tu tak terpergi².. tapi ada kedai yang dekat dengan opis ni.. bolehlah kami pergi... yang penting banyak barang² muslim, dan ada jugak keperluan harian di jual kat sini ....




Makanan kesihatan banyak pilihan kat sini kebanyakkannya macam kismis doa, makanan² yang ada unsur doa .. makanan kesihatan dan ada jugak ikan pekasam.. hahahaha .. yang ni memang kita orang pun tak sangka. Kati sini pun ada jual pati delima gulsan tau.. kekacang yang ada kat mekah tu takda kat sini.. tapi kalau kurma ada.. korang nak beli kurma ada banyak pilihan kat sini ...




Tapi kami paling teruja bila jumpe pelbagai jenis susu ilham (yang ada bacaan doa), halib's dan suffy goat ada dijual kat sini.. wah... wahh.. wahh.. keterujaan berganda dibuatnya ... maklumlah amir memang minum susu ilham.. walaupun sebulan sekotak jer pun saya belikan untuk dia... tu pun saya campurkan dengan susu biasa bagi dia minum.




Hahahaha .. inilah ikan pekasam yang mengoda.. saya tak beli.. kawan saya beli .. susah nak jumpa sekarang ni kan.. jadi dia mengandung .. memang teringin sangat nak makan.. kira macam rezeki dialah ni...




Dan buat saya tambah teruja ada jual minyak batooka  gold ni ... fungsi minyak ni korang boleh google yer.. dia sesuai untuk bayi dan kita² yang dewasa ni sakit selsema atau batuk.




Sebelum balik sempatlah jugak possing kat depan kedai, tapi toksah lah tengok muka kamii yang glamour tu... moh layan signboard dia.. ada jugak nombr telfon kot²lah korang berminat nak tanya barang apa lagi yang ada jualkan.



Bicara Hati : Saya beli susu halib's kat sini, alhamdulillah dah sebulan amir minum.. nanti saya kongsikan kelebihannya.










Perut Meragam Tak Tahu Punca



Tak tahulah mana puncanya .. tak tahulah apa sebabnya daripada pagi semalam lagi sakit perut ni tak hilang² .... puas pikirkan apalah yang saya makan sampai sakit tak baik² ni .. memang mencuci perut habislah... membuang semahu²nya ... sampai naik penat asyik berulang alik ke toilet tau ...






Malam tadi hubby dah belikan ubat, dah makan pun... ingatkan pagi ni dah ok.. haihh meragam lagi .. dah lama rasanya perut tak meragam macam ni, ingatkan semalam nak pergi klinik.. lupelah pulak klinik yang dekat dengan rumah tu ada pasar malam.. langsung terus balik rumah... ingatkan makan ubat malam tadi tu dah okeyyylah.. uwarrrr tak jugak rupanya...


Bila saya cerita dekat kawan opis ... perut meragam, tak tahu mana punca .. dia bagi tahu agaknya saya tak tahan makan sos kopok terengganu baru ni.. iyerlah baru ingat.. 2 hari sudah saya makan kopok lekor kat opis ni, masalahnya semua orang pun makan... dia orang elok jer ..... selalu makan sos kopok okeyy jer.. kali ni pulak meragam,  sos tu kawan bawak dalam botol .. banyak cuka sangat agaknya huhuhuhuhu .. tu lah lahap sangat makan ... sekarang tanggunglah sendiri kelesuan asyik ke toilet.. pasrah je lah...



Bicara Hati : Kelangkelibut pagi tadi ... melayan perut, melayan ragam amir .. sudahnya tab ibu tertinggal kat rumah huhuhuhu ..;p hari ni tak boleh nak wassup².. berasapppp sudah sob.. sob.. sob... 







Rabu, 19 Februari 2014

Jahit Nama Pada Apron Amir


Bila cikgu dah bagi apron untuk dijahit nama, mulalah mak ni tak berapa nak kreatif memikirkan idea brillion yang sesuai nak buat kat apron tu.... dulu kat sekolah adalah jugak belajar menjahit ni .. tapi dah lama di tinggalkan ... memang belajar takat belajar je lah.. tak tekun nak praktiskan.. apatah lagi nak suruh belajar menjahit baju .. ntah bilalah agaknya hati ini nak terbuka...

Orang kata kalau tak minat menjahit ni memang payah, saya pulak bukan tak minat.. keingginan membuak².. tapi nak mulakan tak reti kikikikiki ;p



Sudahnya ini jerlah yang mampu ibu jahit kat apron amir.. walaupun kat sekolah cikgu panggil hazim, hihihihihi .... ingatkan nak sambung lagi.. tak terdaya omak eh... ini pun terkial² nak menjahit tau.





Sempat amik gambar ni masa belum berjahit lagi.. masa mula² dapat apron ni hai tu.... tapi bila dah basuh macam lunturlah pulak.. alah baru sekali jer pun ... dah luntur warnanya camna nak tunggu setahun ni.




Bicara Hati : Belajar tadika kemas, kan sinonim jahit menjahit ni.. tapi mak ni tak pernah nak ikut aktiviti kemas pun  >_____<









Sikap Yang Sangat Mulia




RENUNG²KAN.. DAN SELAMAT BERAMAL .... SEMUA (^____^)v


Salam Hari Rabu









Selasa, 18 Februari 2014

Gigi Amir Tercabut Akhirnya



Jumaat baru ni .. rasa hati ibu berdebar² semacam jer kat opis, tak tahulah kenapa.. yang pasti kalau boleh nak balik cepat.. itu jerlah...

Buat kerja pun macam serba tak kene jer dibuatnya, hormon dah macam tak stabil pulak ngehhh.. ngehh.. yang sebenarnya tak sabar nak cuti hari sabtu tu.. nak golek² kat rumah .... nak bersantai berehat sepuasnya .. walaupun tahu memang hujung minggu takda istilah bercuti sepenuhnya sekarang ni.

Bila ibu sampai rumah.. nampak amir dah duduk kat pangkin dengan embah.. kemain sukanya dia.. tak tahulah apa yang disukannya sangat.. bila saya parking jer matikan enjin kereta terus dia bukak pintu kereta .. tak sabar² nak bagi tahu.. ' ibu gigi amir dah tercabut ibu ' erkkkkk .. terkdeu ibu kejap.. camna boleh cabut ni.. tadi amir makan cekodok... dia tertanggal.. allahuakbar semudah itu.. punye lah lama goyang.. dengan makan cekodok embah buat dia tercabut yer...



Inilah gigi amir yang tercabut tu.. buat pertama kalinya, dia kata tak sakit pun.. takda darah.. nanti boleh tak kita pergi jumpe doktor ibu tampal gigi tu balik?? gegegegeg .. mana boleh sayangku.. kalau dah tercabut gigi kene buang ... kalau boleh tambal.. itu hanya untuk gigi berlubang sahaja.



Keterujaan seorang anak gigi baru patah satu.. semua orang nak dikabarnya yang giginya dah patah.. dah sudahh.... habis adegan rumah embah.. sambung pulak kat rumah atuk (belah ayah) .... Saya risaukan kalau amir kene ejek dengan kengkawan jer nanti .. tapi saya bagi semangat kat dia.. kalau ada kawan ejek.. cakap nanti gigi amir tumbuhlah .. jangan nangis tau.. sudahlah si anak baru nak suaikan diri ke tadika ... jagan dia buat perangai sudah.

Malam minggunya pulak bila kami 3 beranak dirumah sambil layan fear factor, hubby melayankan amir main gusti² katanya .. bila iklan.. ntah macam mana tetiba .. gigi amir terkene siku ayah... serta merta gigi yang sebelah yang dah goyang tu patah jugak... adehhhhhhhhh .... hilang kehenseman amir tau... yang pasti darah keluar .. tapi amir kata tak sakit... ibu yang ngilu tau.




huhuhu ... senyum paksa rela pasrah .. ibu soh amik gambar .... tak hensem dah gigi dia takda.. sekarang ni asal nak brcakap jer.. mesti nak tutup mulut... malu letuu agaknya.... >____<


Korang rasa normal ker?? gigi anak² dah mula patah usia 6 tahun ni .. risau jugak.. nak kata kurang kalsiumm amir masih minum susu .. nak kata tak berus gigi.. berus .. gigi geraham amir pun dah mula berlubang.. gigi yang sebelah atas tu pun dah goyang....

Hari tu baru cerita gigi amir goyangkan.. tak sangka pulak nak tercabut secepat ini .... semalam pun amir cuti sekolah gusi belakang gigi geraham bengkak... bergenang² air mata dia tau.. bila saya pegang badan dia pun macam panas nak demam... agaknya masih terkejut gigi 2 batang tercabut.

Ada hikmah jugak masa gigi amir goyang hari tu.. dia dah macam takmoo hisap susu dengan botollll.. wahh petanda awal ni bolehlah lepas ni minum susu awal pagi jer dalam cawan.. nak tidur tak payah hisap susu lagi.



Bicara Hati : Risau kalau amir ngadu gusi sakit ... atau gigi sakit...










Bebola inti Keju Ala Kfc


Cheezy Ball ala2 KFC itu nama glamour amournya .... tapi bahasa melayunya lebih kurang bebola dalam isi keju hihihihihihi ... resepi ni saya jumpe kat fb blog .. jadi saya kongsikan kat sini .. sebab saya nak cuba .. nak cuba.. tapi belm cuba lagi.. ingatkan nak buat hujung minggu baru ni .. tapi saya pulak macam tak berapa nak sihat.. langsung kesudah tak membuatnya padahal barang dah ada.






Bahan:

Kentang- 4 biji
Tepung- 2 cawan
Mozarella cheese- potong dadu (Cheddar pn boleh-parut lbih baik)
Telur- 1 biji
Garam- 1 sudu kecil
Lada Hitam- 1 sudu kecil (tumbuk)
Perasa (ikut suka, maggie, masala)
Breadcrum


Cara2:

1. Rebus kentang sampai empuk, lepas tu lenyek sampai hancur.
2. Masukkan garam, lada hitam, perasa. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung. Kalau lembik tambah lagi sampai tak lekat kat tangan.
4. Bulat² kan adunan tadi sama saiz.
5. Leperkan adunan tadi & masukkan cheese. Tutup & bulat²kan semula.
6. Celup ball tadi dalam telur & golek atas Serbuk Roti.
7. Goreng guna api yg kecil je supaya cheese dalam ball cair.


Serbuk Roti tu boleh buat sendiri kalau rajin... bakar roti sampai garing kekuningan kemudian blander sampai halus... 



Bicara Hati : Boleh buat utk frozen sekali, jadi lebih mudah bila nak makan barulah goreng .. letak kat pembeku ... 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...