Oklah kedai ni lokasinya betul² bersebelah pos laju kat depan stesen keretapi klang tu ... opsss.. komuter ke?? keretapi eh??? tapi ada stau stesen keretapi je kan kat klang ni.. hah!! kat situ lah dia... kedai ni tepi jalan jer.. tapi memang susahlah nak cari parking.. kita orang pun kira rezeki jugak dapat parking dekat dengan kedai ni.
Entry ni tak berbayar yer.. saya cuma kongsikan keterujaan saya dan kawan² dapat pergi kedai ni.. maklumlah nak pergi muslim shop yang kat shah alam tu tak terpergi².. tapi ada kedai yang dekat dengan opis ni.. bolehlah kami pergi... yang penting banyak barang² muslim, dan ada jugak keperluan harian di jual kat sini ....
Makanan kesihatan banyak pilihan kat sini kebanyakkannya macam kismis doa, makanan² yang ada unsur doa .. makanan kesihatan dan ada jugak ikan pekasam.. hahahaha .. yang ni memang kita orang pun tak sangka. Kati sini pun ada jual pati delima gulsan tau.. kekacang yang ada kat mekah tu takda kat sini.. tapi kalau kurma ada.. korang nak beli kurma ada banyak pilihan kat sini ...
Tapi kami paling teruja bila jumpe pelbagai jenis susu ilham (yang ada bacaan doa), halib's dan suffy goat ada dijual kat sini.. wah... wahh.. wahh.. keterujaan berganda dibuatnya ... maklumlah amir memang minum susu ilham.. walaupun sebulan sekotak jer pun saya belikan untuk dia... tu pun saya campurkan dengan susu biasa bagi dia minum.
Hahahaha .. inilah ikan pekasam yang mengoda.. saya tak beli.. kawan saya beli .. susah nak jumpa sekarang ni kan.. jadi dia mengandung .. memang teringin sangat nak makan.. kira macam rezeki dialah ni...
Dan buat saya tambah teruja ada jual minyak batooka gold ni ... fungsi minyak ni korang boleh google yer.. dia sesuai untuk bayi dan kita² yang dewasa ni sakit selsema atau batuk.
Sebelum balik sempatlah jugak possing kat depan kedai, tapi toksah lah tengok muka kamii yang glamour tu... moh layan signboard dia.. ada jugak nombr telfon kot²lah korang berminat nak tanya barang apa lagi yang ada jualkan.
Bicara Hati : Saya beli susu halib's kat sini, alhamdulillah dah sebulan amir minum.. nanti saya kongsikan kelebihannya.
10 ulasan:
oo kat area tu ke.. mmg ssh nak cr parkir ..asyik penuh je.. rasanya dh tak sempat nak terjah kedai tuu.. masa dh makin suntuk..hihi
sy tgh cari jugak susu kambing utk anak2... online byk tp nak beli kat kedai, x jumpa g,..
dlm bnyak2 benda yg akk kongsi dlm entry ni sy pling bminat nak tau psl susu..sy tunggu entry susu tu..♡♡ and ikan pekasam yg mnggoda..hurmm..lama xmkn..sedapnya...
Singgah petang,,:)
Senang nak mmbeli apa2 klu ada kedai mcm ni, teruja pastinya lah kan... :-)
bagus ada kedai2 macam ni....kita x was2 nak beli barang2 kt sini kan...
woo beli susu kt sini ye..bagus muslim shop ni sng nk carik brang2 unsur Islam..byk pilihan..dh tu dekat dengan opis yana
bagus kalo ada kedai muslim mcm ni..kat tmpt sy ada jgk..sy selalu beli perencah nasi , sos ke mcm tu
Salam. Terima kasih kepada admin kerana sudi bagi free marketing untuk Klang Muslim Shoppe. Semoga makin murah rezeki..semakin diberkati insya'allah..
Terima Kasih.
p/s : Kalau sudi sila like fb page Klang Muslim Shoppe.
https://www.facebook.com/pages/Klang-Muslim-Shoppe/541599682555734
Sy lambat balik keje. Kena beli susu halibs untuk anak. Lepastu jumpa blog ni.kita call then mereka boleh tunggu. So Alhamdulillah dapat la juga beli susu 2 kotak.untuk persediaan :)
timekasih.
Catat Ulasan