Alhamdulillah ini jelah rezeki yang tinggal mac ni.. yang lain semuanya dah kredit sob sob sob ... syukur alhamdulillah semalam dapat cpuv baru (^______^)v
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 26 Mac 2014
Selasa, 25 Mac 2014
Isu Hangat MH370 , Takziah Buat Ahli Keluarga Mangsa Dan Krew MAS
Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.
Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
Sumber : FB Berita Semasa Di Malaysia
*******************************************************************************************************************
Moga ahli keluarga mangsa, ahli keluarga krew MAS yang terlibat tabah menghadapi dugaan ni .... akhirnya penantian dan pencarian selama 17 hari menemui jawapan, sekarang ni kita doakan moga kotak hitam ditemui ... jadi terjawablah semua persoalan yang berlaku.
Isnin, 24 Mac 2014
Perkara Utama Perlu Dilakukan Bila Cuti Sekolah ????
Macam saya ni, walaupun amir ni masih tadika.. perkara pertama yang saya akan buat bila cuti sekolah, semak beg dia.. yupsss.. semak beg dia.. pastikan ada kerja sekolah ataupun tidak... bukan apa... selalunya bila cuti sekolah mesti ada kerja sekolah bertimbun² tau... walaupun amir tadika korang jangan tak tahu gambar kat atas ni semua buku² latihan yang amir kena siapkan sepanjangggggg cuti ni, oleh kerana kami tak merancang kemana ... (atau mungkin ada perancangan last minit) jadi saya suka kalau amir boleh siapkan semua kerja² sekolah dia dulu.. barulah pikirkan nak buat benda lain.. sebab pada saya itu macam satu bonus atau ganjaran bila dia dah siapkan kerja. (ingat nak bawak pergi fun fair) jadilah.. harap dah bukaklah .. kot tutup lagi.. memang takda rezekilah.
Bicara Hati : Selamat bercuti kawan² yang turut bercuti membawa anak² berjalan.
Jumaat, 21 Mac 2014
Hadiah Bertuah Buat Blogger Yang Bertuah
Rombongan Pertama Kali Amir Ke Petrosains
Antara gambar² yang hubby wassup berasap kat tab hahahaha .. kemain teruja amir masuk sini.. hubby kata kena tiket rm 3.50 sahaja, tapi kalau korang berminat nak pergi rujuk jadual tiket masuk ke petrosains ni yer .. maklumlah minggu depan dah cuti sekolahkan.. mesti nak bawak anak² ke tempat² yang menarik.
Hubby kata kat sini lah amir paling lama, korang pun tahu dia paling minat benda² macam ni .. dapa peluang buat sendiri .. memang sakanlah dia main kat dalam tu .. hubby kata sampaikan budak² dah pergi tempat lain pun.. dia masih nak main area situ.
Cenderahati kat dalam tu boleh tahan harga dia.. hubby belikan amir baju kuning ni .. hubby pun beli jugak ... sehelai rm 39.90 baju biasa jer.. tapi sebab nak buat kenangan hubby belilah .. ni pun size besar kiranya sampai amir sekolah rendah pun boleh pakai .. ibu?? ibu nak ole² jugak.. dapat FM petrosains jer.. itu pun amir yang cakap.. ibu saja² majuk, amir tak belikan ibu baju pun.. ayah kata ibu kan suka ni.. nanti boleh lekat kat peti sejuk kikikiki .. kemain amir nak pujuk saya ... saya acah² majuk je pun ... hubby tengah mandi masa ni ... lepas mandi korang jangan tak tau.. amir terus rasmikan baju ni.
Dan lagi satu amir beli ni, amir kata nak teropong ibu, nak teropong magic katanya... apa yang magic pun saya tak tahu .. kalau teropong tu magic boleh tahu kat mana mh370 bagus jugak kikikiki ..;p
Hubby kata pergi 2 tempat sebenarnya petrosains dengan pusat sains, pergi 3 bas ... setiap bas ada 4 cikgu yang kawal .. korang tahu je lah bebudak ni.. hubby sudahnya kawal amir .. tak sempa nak kawal anak murid mereka lagi meligat tau... lagi² masa beli barang cenderahati dalam petrosains tu .. sampaikan ada yang tak amik baki, ada yang dah bayar.. datang lagi.. beli barang lagi.. macam² gelagat.. belum lagi yang bawak duit lagi banyak daripada cikgu mereka sendiri.. sebab hubby kata ada yang beli barang sampai 100 lebih.... macam² kerenah .. jadi tak banyak gambar kat pusat sains boleh amik sebab nak kawal dia orang takut jadi macam kat petrosains.
Amir??? sepatah saya tanya .. berpatah² ceritanya.. kemain memang pengalaman yang menyeronokkan buat dia.. siap cakap.. nanti nak pergi lagi... hihihihihi .... bawaklah ayah, ibu nak ikut.. ibu pun tak pernah masuk petrosains tau.. tapi klcc tu memang banyak memori zaman² muda mudi dulu hik hik hik hik ... memorinya naik train, naik putra nak sampai sana. sekarang???? mau sesat barat seyes dah lupa huhuhuhu ...
Bicara Hati : Agaknya kalau ibu yang pergi mesti amir pulak jadi pemandu pelancong ajar ibu itu ini pulak kikikiki ..;p
Khamis, 20 Mac 2014
Sotong Gula Sinonim Dengan Pulau Pangkor
Sotong gula memang sinonim dengan pangkor, seyes .. saya suka itu je kalau kengkawan tanya nak apa.. ntah tak terpikir pun nak kirim fm ke apa .. yang pasti dok bayangkan stong gula jer... tak semenggah sungguh hihihihi .... seyes kalau dapat satu bungkus tu saya sorang pun makan dah habis tak sedar... tapi.. kawan kata.. kalau kooo nampak orang tu buat mesti putus selera kooo nak makan.. choii tau.... >_____< pejam mata lelama takmoo bayangkan.
Orang kata kalau nak murah beli kat jeti tu.. jangan beli kat pangkor .. saya pun tak pasti ... tapi biasanya macam tulah .. mana² pulau memang barang harga mahal.. sebab nak bawak ke pulau kan.. naik feri hihihihihi
Rabu, 19 Mac 2014
Selamat Pengantin Baru Sepupuku
Tahniah sepupu hihihihi .. yang lelaki tu sepupu saya, bila kenduri baru ni semua kata muka amir macam sepupu saya kecik² tak tahulah tang mana samanya.. tang muka bulatt tu kot hihihihi ... kemain merah menyala² baju pengantin.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan yang penting doakan moga jodoh mereka berkekalan di dunia dan akhirat ... amin ....
Kami sekeluarga yang tak sengaja tersama tema huhuhuhu .. lupa nak tanya tema pengantin, bawak je baju yang ada.. tak sangkalah pulak sama tema dengan baju kami 3 beranak, gambar² amir tak sempat snap pun.. kalau ada pun gambar dengan pengantin kat kamera pengantin huhuhuhuhu .... jadi tak dapatlah nak abadikan kat sini.
Sila abaikan tuan tanah yang tak sedar diri tu.. kemain lagi dagu dah berlapis² ish .. ishhh.. ishhh..... saja nak tayang shawl tu.. omeyy tak.. omeyyy tak... pestime buat shawl sendiri .. glitter² lagi tau.. >____< ada orang kata nak tempah .. malunya.. saya mak budak baru belajar ;p
Bicara Hati : Rumah mak tinggal 2 bujang jer, tak tahulah bila zamannya adik² saya tu nak nikah ... ada sesapa nak isi borang?? hahaha.. meh sini meh..
Ole-ole Beli Di Petrosains
FM Petrosains dan Baju Warna Ceria
Langgan:
Catatan (Atom)