♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 26 Mac 2014

Kuatkan Semangat



Percayalah apa jua yang tertulis adalah ketentuan, walau apa jua sebabnya.. kalau bukan kerana ketentuan Allah sesuatu itu takkan berlaku ... kun fa ya kun ... Percayalah mohonlah pada yang esa... rendahkanlah diri padanya ... mohonlah apa sahaja yang kita mahukan.. yakinlah Allah maha mendengar segalanya.

Sujudkanlah dahimu padanya, bertelekulah lututmu ... tadahlah tanganmu ... mengalirkanlah air matamu .. mengadulah padanya ... menangislah padanya .. moga semangat²mu akan kembali .. percayalah ada hikmahnya.

Moga ahli keluarga mangsa MH370 dikuatkan semangat dalam menghadapi ujian ini .







Cpuv Bulan Mac Sedang Rancak Berzumba



Tajuk tak menahan krikkk .... krikk .... krikkk ...



Alhamdulillah ini jelah rezeki yang tinggal mac ni.. yang lain semuanya dah kredit sob sob sob ... syukur alhamdulillah semalam dapat cpuv baru (^______^)v









Selasa, 25 Mac 2014

Isu Hangat MH370 , Takziah Buat Ahli Keluarga Mangsa Dan Krew MAS



Penggumuman PM malam tadi meruntun hati dibuatnya ... akhirnya penantian pencarian mh370 akan berakhir, sebab kali terakhir pesawat kelihatan di Selatan Lautan Hindi ... hari ni kita tunggu pengesahan untuk beberapa barang pesawat yang nampak terapung di lautan hindi .. ya allah walaupun takda ahli keluarga saya kat dalam pesawat tu .. atau kawan² saya dalam tu.. saya terasa sayu/sebak / bergenang air mata .. bila dengar perkabaran yang sedih ni .. moga ahli keluarga mereka tabah.

Disebalik kehilangan pesawat ni, ada satu yang menarik pehatian saya ... bila orang pertikaikan kewibawaan juruterbang yang bawak kapal terbang tu, haihhlah.... tak paham kenapa mesti nak pertikaikan yang bukan²... tapi bila saya baca artikel kat bawah ni .. menurut pakar dan orang yang berpengalaman dari bidang ni.. saya rasa korang pun patut baca... sebab tu saya kongsikan kat sini .... dan juruterbang bukan mudah kerjayanya, nak bawak orang .. dengan kenderaan sebesar itu .. mestilah lulus semua ujian .. mestilah bukan sebarangan orang yang boleh bawak ... jadi janganlah lemparkan tuduhan yang tidak berasas.


***********************************************************************************************************


TRUE HERO

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.








Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."





*******************************************************************************************************************




Moga ahli keluarga mangsa, ahli keluarga krew MAS yang terlibat tabah menghadapi dugaan ni .... akhirnya penantian dan pencarian selama 17 hari menemui jawapan, sekarang ni kita doakan moga kotak hitam ditemui ... jadi terjawablah semua persoalan yang berlaku.










Isnin, 24 Mac 2014

Perkara Utama Perlu Dilakukan Bila Cuti Sekolah ????



Apa yang korang pikirkan bila cuti sekolah bermula??? tuisyen anak², kasut sekolah berbasuh ke tidak... mana nak bawak anak pergi bercuti atau hantar anak² balik kampung.
Rasanya sebagai ibu bapa memang macam² idea brillion korang akan rangka program unuk anak².. tambahan lagi sekarang ni macam² kem boleh join anjuran swasta untuk anak² buat aktiviti bagi mak ayah yang sibuk tak dapat bercuti... jadi anak² tak bosanlah.


 
Macam saya ni dah terdidik daripada kecik asal cuti sekolah kita semua akan amik alih tugas mak, almaklumlah kami kan 3 beradik gadis² dulu hihihi.. bawah² kami barulah mak ada 2 bujang, jadinya semua adik beradik ada tugas tambahan masing² cuti sekolah membasuh, sapu rumah, lipat baju, angkat air, masak nasi dan lauk (yang senang bolehlah) semua pun tugas kami lakukan tanpa mengeluh .. dan mak pun akan senang hati menyiapakan tempahan menjahit (yang ni aku heran.. pasal apa aku tak reti menjahit ni) takda istilah² abah nak bawak pergi bercuti ni huhuhuhu ... iyelah dengan keadaan kami dulu kereta takda, abah ada motor jer.. balik kampung atuk pun naik bas/ teksi tau ... memorinya saat tu .. dan upah yang kami akan dapat biasanya abah belanja makan .. beli makanan kami berkumpul makan sama² ... dapat aiskrim pun dah suka sangat (jadi kalau amir dapat upah aiskrim lepas tu dia hebohh cakap dengan semua orang... korang tahu tak ikut pergai sapa tu krikk krikk krikkk)








Macam saya ni, walaupun amir ni masih tadika.. perkara pertama yang saya akan buat bila cuti sekolah, semak beg dia.. yupsss.. semak beg dia.. pastikan ada kerja sekolah ataupun tidak... bukan apa... selalunya bila cuti sekolah mesti ada kerja sekolah bertimbun² tau... walaupun amir tadika korang jangan tak tahu gambar kat atas ni semua buku² latihan yang amir kena siapkan sepanjangggggg cuti ni, oleh kerana kami tak merancang kemana ... (atau mungkin ada perancangan last minit) jadi saya suka kalau amir boleh siapkan semua kerja² sekolah dia dulu.. barulah pikirkan nak buat benda lain.. sebab pada saya itu macam satu bonus atau ganjaran bila dia dah siapkan kerja. (ingat nak bawak pergi fun fair) jadilah.. harap dah bukaklah .. kot tutup lagi.. memang takda rezekilah.





Bicara Hati : Selamat bercuti kawan² yang turut bercuti membawa anak² berjalan.










Jumaat, 21 Mac 2014

Hadiah Bertuah Buat Blogger Yang Bertuah


Saya tak perasan yang entry ni terperam dalam draft, ingatkan dah publish ... masya² ... kemain lagi ko bizi kan .. sampai terlepas pandang entry ni .. ampun.. ampun sesangat. korang ingat tak saya pernah buat entry ni http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2014/01/semalam-yang-biasa-sahaja.html dan entry http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2014/01/hadiah-bertuah-masih-tiada-pemilik.html

Sebab saya dah memang niat.. dan hadiah pun dah ada.. jadi saya kenalah tunaikan ..... sebenarnya saya niat kalau ada pengomen ke 31, tapi sebab takda yang sudi komen lagi .. (maklumlah saya pun kadang malas nak komen juga) saya amik pengomen yanggggggg paaaalllliiinggggggg awal sekali .. bukan apa nak memudahkan kerja .. takut amir takmoo bagi kerjasama je kalau soh dia cabutkan... lagi² bila kami duduk kampung ni... memang masa terhad sikitlah .. nak buat itu ini.





inilah hadiah yang saya nak bagi tu.. apa dalamnya?? adalah.. rahsia.. tunggu sampai pada penerimanya yer.. hihihihihi >____<


Dan pemenang yang bertuah ialah sila scroll sampai bawah....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



Tahniah mama ...... mama nanti emailkan kat saya alamat tau .. nowzyana@yahoo.com .. 




Bicara Hati : Tak sangka ada rezeki menang giveaway blog yatie.. lama tak join.. masih ada rezeki menang.





Rombongan Pertama Kali Amir Ke Petrosains


Atuk tetiba tak sihat, kebetulan hubby ada rombongan sekolah hari selasa ... risau amir bosan kalau pagi pergi tadika adik ipar hantar .. petang nanti majuk² pulak kalau ayah lambat balik.. jadinya hubby amik keputusan bawak amir join sekali pergi rombongan sekolah.

Ini pertama kali amir pergi rombongan sekolah ayah, satu pengalaman baru buat amir... keterujaan dibuatnya tau ... sebelum ni hubby pernah pergi kidzania tapi tak bawak amir lagi pun takda kosong .. risau amir kecik lagi, bila dah masuk tadika ni amir lebih senang di pantau... dan berdikari ... tu yang hubby confiden nak bawak tu.





Antara gambar² yang hubby wassup berasap kat tab hahahaha .. kemain teruja amir masuk sini.. hubby kata kena tiket rm 3.50 sahaja, tapi kalau korang berminat nak pergi rujuk jadual tiket masuk ke petrosains ni yer .. maklumlah minggu depan dah cuti sekolahkan.. mesti nak bawak anak² ke tempat² yang menarik.










Hubby kata kat sini lah amir paling lama, korang pun tahu dia paling minat benda² macam ni .. dapa peluang buat sendiri .. memang sakanlah dia main kat dalam tu .. hubby kata sampaikan budak² dah pergi tempat lain pun.. dia masih nak main area situ.










Cenderahati kat dalam tu boleh tahan harga dia.. hubby belikan amir baju kuning ni .. hubby pun beli jugak ... sehelai rm 39.90 baju biasa jer.. tapi sebab nak buat kenangan hubby belilah .. ni pun size besar kiranya sampai amir sekolah rendah pun boleh pakai .. ibu?? ibu nak ole² jugak.. dapat FM petrosains jer.. itu pun amir yang cakap.. ibu saja² majuk, amir tak belikan ibu baju pun.. ayah kata ibu kan suka ni.. nanti boleh lekat kat peti sejuk kikikiki .. kemain amir nak pujuk saya ... saya acah² majuk je pun ... hubby tengah mandi masa ni ... lepas mandi korang jangan tak tau.. amir terus rasmikan baju ni.









Dan lagi satu amir beli ni, amir kata nak teropong ibu, nak teropong magic katanya... apa yang magic pun saya tak tahu .. kalau teropong tu magic boleh tahu kat mana mh370 bagus jugak kikikiki ..;p





Hubby kata pergi 2 tempat sebenarnya petrosains dengan pusat sains, pergi 3 bas ... setiap bas ada 4 cikgu yang kawal .. korang tahu je lah bebudak ni.. hubby sudahnya kawal amir .. tak sempa nak kawal anak murid mereka lagi meligat tau... lagi² masa beli barang cenderahati dalam petrosains tu .. sampaikan ada yang tak amik baki, ada yang dah bayar.. datang lagi.. beli barang lagi.. macam² gelagat.. belum lagi yang bawak duit lagi banyak daripada cikgu mereka sendiri.. sebab hubby kata ada yang beli barang sampai 100 lebih.... macam² kerenah .. jadi tak banyak gambar kat pusat sains boleh amik sebab nak kawal dia orang takut jadi macam kat petrosains. 


Amir??? sepatah saya tanya .. berpatah² ceritanya.. kemain memang pengalaman yang menyeronokkan buat dia.. siap cakap.. nanti nak pergi lagi... hihihihihi .... bawaklah ayah, ibu nak ikut.. ibu pun tak pernah masuk petrosains tau.. tapi klcc tu memang banyak memori zaman² muda mudi dulu hik hik hik hik ... memorinya naik train, naik putra nak sampai sana. sekarang???? mau sesat barat seyes dah lupa huhuhuhu ...






Bicara Hati : Agaknya kalau ibu yang pergi mesti amir pulak jadi pemandu pelancong ajar ibu itu ini pulak kikikiki ..;p











Khamis, 20 Mac 2014

Sotong Gula Sinonim Dengan Pulau Pangkor


Dah lama tak jejak, bila dapat peluang opis ada kerja kesana.. saya pulak tak dapat pergi ermmmmm ... bukan rezeki agaknya, jadinya kawan² yang pergi tu.. seronoklah korang eh .. dapat hilangkan stress kat opis ni hihihihihihi ....


Sotong gula memang sinonim dengan pangkor, seyes .. saya suka itu je kalau kengkawan tanya nak apa.. ntah tak terpikir pun nak kirim fm ke apa .. yang pasti dok bayangkan stong gula jer... tak semenggah sungguh hihihihi .... seyes kalau dapat satu bungkus tu saya sorang pun makan dah habis tak sedar... tapi.. kawan kata.. kalau kooo nampak orang tu buat mesti putus selera kooo nak makan.. choii tau.... >_____< pejam mata lelama takmoo bayangkan.

Orang kata kalau nak murah beli kat jeti tu.. jangan beli kat pangkor .. saya pun tak pasti ... tapi biasanya macam tulah .. mana² pulau memang barang harga mahal.. sebab nak bawak ke pulau kan.. naik feri hihihihihi























Rabu, 19 Mac 2014

Selamat Pengantin Baru Sepupuku


Hujung minggu baru hebohhh dok takda air, dengan jerebunya yang tak berapa nak hilang ... tetiba takdir allah petang sabtu tu hujan lebat .. ributtttt tau kat area selangor ni.. termasuklah kat rumah sepupu saya yang buat majlis kawin.. dengan jemputan yang tengah ramai kat khemah.. memang memasing lintang pukanglah larikkkkk ....

Sepupu saya ni kira belah abahlah.. adik beradik dengan abah satu mak satu bapak, almaklumlah abah ada adik beradik tiri jugak... dan ni kali pertama sepupu kawin.. kira anak sulung mak cik saya ... terasalah kemeriahannya sikit sebab sedara mara abah semua daripada perak datang ... tak cukup kaki tangan kooo nak buat kerja nasib baiklah mak cik upah orang ala² water mengemas huhuhuhu .. kat kampungkan ... rewang hanya untuk masak² sahaja .. bab kemas² kat khemah mak cik upahkan orang.. kami?? sepupu² ni tolong apa yang patut jer ... saya bab makan² kat meja pengantin kikikiki .. mujur tak perlu berhias bagai, lepas masak .. masuk pinggan sahaja dan balut plastik.



Tahniah sepupu hihihihi .. yang lelaki tu sepupu saya, bila kenduri baru ni semua kata muka amir macam sepupu saya kecik² tak tahulah tang mana samanya.. tang muka bulatt tu kot hihihihi ... kemain merah menyala² baju pengantin.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan yang penting doakan moga jodoh mereka berkekalan di dunia dan akhirat ... amin .... 


Kami sekeluarga yang tak sengaja tersama tema huhuhuhu .. lupa nak tanya tema pengantin, bawak je baju yang ada.. tak sangkalah pulak sama tema dengan baju kami 3 beranak, gambar² amir tak sempat snap pun.. kalau ada pun gambar dengan pengantin kat kamera pengantin huhuhuhuhu .... jadi tak dapatlah nak abadikan kat sini.

Sila abaikan tuan tanah yang tak sedar diri tu.. kemain lagi dagu dah berlapis² ish .. ishhh.. ishhh..... saja nak tayang shawl tu.. omeyy tak.. omeyyy tak... pestime buat shawl sendiri .. glitter² lagi tau.. >____< ada orang kata nak tempah .. malunya.. saya mak budak baru belajar ;p




Bicara Hati : Rumah mak tinggal 2 bujang jer, tak tahulah bila zamannya adik² saya tu nak nikah ... ada sesapa nak isi borang?? hahaha.. meh sini meh.. 





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...