♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 15 Mei 2014

Pindah Barang Di Rumah Sendiri



pfffttt puas memunggah dirumah lama kenalah pulak mengemas di rumah baru sendiri. Bukan kemas sendirian .. haru wei .. haru .. kalau kena kemas sendiri hihihihihi .... tapi kemas beramai² .. mujurlah ada adik beradik yang membantu dan jugak kawan² anak buah hubby.


Rumah yang sebelum ni pun rumah sendiri hubby beli, cuma kali ni kami pindah rumah sendiri yang buat di kampung .. nampak lebih luas dan yang penting dekat dengan family .. jadi lebih memudahkan kami menjaga orang tua .. berbanding kami duduk jauh agak risau dan rungsing memikirkan orang tua yang kesihatannya tak menentu... Perancangan allah adalah yang sebaik²nya kami tak pernah merancang untuk buat rumah seawal ini, paling cepat pun mungkin bila hubby nak pencen nanti .. tapi bila rezeki allah bagi lebih dan dipermudahkan niat alhamdulillah kami dapat buat lebih awal .. yupss mungkin rezeki kamu lebih disana saya kurang disana jadi allah bagi saya rezeki lebih disini alhamdulillahh.. alhamdulillah .. syukurrr sangat²... moga apa yang allah aturkan adalah yang terbaik buat kami sekeluaga.





Dalam kepala ni dah meligat nak deko rumah, idea macam² .. tapi fulusss lah pulak nak kena gigih ni beli sikit² .. biar nampak kemas dan cukuplah sikit² sahaja sesedap mata memandang ... sebab senang nak kemas .. sana sini blog deko saya sekodeng cari idea hahahaha .... cuma tak taulah nak ada tema ke idok ni .. ada orang kata tema vantage lah eksklusif .. ada kata buatlah tema bali .. nampak nusantara ... takda maknanya nak bertema ... memang ikut sukati hati ini jelah kang lalalalalala ...;p jani hubby kata ok.




Dalam bilik air pun dah pikir nak deko hahahaha .. padahal bilik air tetamu je pun ... sebenarnya tak puashati sangat dengan tile yang kita orang pilih ni, tapi nak buat camna dah tak larat nak serve .. jadinya amik warna ni je lah .. yang penting tak payah pening² nak sental kalau kotor nanti kikikikiki .. sebab warna coklat ala² maroon .. warna pilihan asal kami sebenarnya biru untuk bilik air ni .. sudahnya kolah pun kita orang letak tile coklat ni choii sangat tau ... tak nampak macam kolam kat kolah tu ... tapi palinggggggggggg bengang sebab toilet tetamu ni ada masalah sikit flash dia buat hal grrrrrrr ..... baru duduk dah buat hal, harap kontraktor tukar balik ... sebab iyelah untuk tetamukan... nanti kalau ada ramai tetamu nak membuang camne kalau flash rosak huhuhuhu .... >__<




Rasanya part yang akan amik masa mengemas ialah bahagian dapur, hubby dah bagi hint nak buat kabinet .. sebab bab kabinet ni memang part saya .. jadinya mungkin akan terbiar dulu buat masa ni .. sebab nak amik masa buat pilihan dan ikut bajet serta kesesuaian ikut keluasan ruang dapaur .. hahaha .. tak semengah sungguh dapur berselerak pun ko nak letak gambar eh masya .. tu sapalah yang letak gayung kat dapur gas tu ... sebenarnya dapur ada dua satu dapur basah dan dapur kering, ini dapur kering .. kalau ikutkan saya nak satu dapur jer ... tapi hubby yang cadang nak 2 dapur ni huhuhuhu .... ni sapa yang nak masak ni saya ke awak .. awak tolong siang² ikan, ayam, kambing (opss kambing lagi tersebut), sayur mayur eh kat dapur basah .. tq tq tq sambil buat muka manja kenyit mata... sapa suruh buat dapur besar² .. yang sebenarnya memudahkan jugak kalau ada sedara mara datang nak rewang kenduri nanti (opsss... tak tahulah bilanya tu).




Rumah lama tu nampaknya nak tak nak kenalah sewakan jugak, bila dapat tau je kami dah pindah .. jiran semua tanya hubby dah ada penyewa ke?? berapa nak sewakan ni?? rumah dah ada kabinet dapurkan, ada econ kan, pagar automatikkan .. yupsss semuanya pun lengkap .. cuma wardrobe kabinet bilik jer kami tak sempat buat .... tempat parking tu pun luas ... sungguh hati ni rasa macam sayu sangat² nak pindah, dulu hubby ajak pindah pun ko nangis² takmoo pindah .. ni nak balik kampung pun nangis lagi .. macam² lah masya ni tau ... sapa tak sayang rumah sendiri .. kat sinilah rasanya banyak berdikari berdua dengan hubby sampai adanya amir kan.. mestilah sedih.. jiran² pun semuanya hokey .. dekat dengan padang ... senang nak riadah .. kalau bab nak berjalan jangan cakaplah .. dah banyak kemudahan sangat .. dekat dengan skve.. nak kebanting, ke shah alam pun dekat .. putrajaya lagilah dekat dah ade skve ni, lepas ni rindulah nak ke aeon bukit rimau.

Insyaallah bulan depan masuklah penyewa baru, harap sangat dia orang jagalah rumah ni macam rumah sendiri .. jangan cakap nak beli buat rumah sendiri sudahhhhhhh mau masya nangis guling² berjujuran air mata berjujai... banjir sungai klang tu.



Bicara Hati : Tak tahulah ada housewarming ke tak, ada yang sudi datang ke kalau buat ... malulah nak menjemput² ni, ruma titewww biasa² je masih kosong ... tapi insyaallah jamuan dengan adik beradik mestilah ada hihihihi ... (^_____^)v sebab dah banyak membantukan mengemas rumahkan.


















Rabu, 14 Mei 2014

Bila keinginan membuak²



Malam tadi punya cerita bila dapat peluang makan satay, hihihihi .. sebenarnya kan.. sebenarnya kan .. hati ni membuak² sangat² nak makan satay kambing ... sebenarnya .. tapi terdesir dalam hati jer .. sejak baik daripada tak sihat seminggu lalu .. sekarang ni nafsu membuak² pulak .. walaupun nasi macam masih slow nak telan lagi ... tapi menu lain macam dah ok .. lagi² kalau sup atau yang berpanggang.





3 meja 3 pinggan penuh satay ... anak beranak katanya, tapi gambar lain takda ... gambar satay jer .... tayang eh kata keinginan membuak²... tapi tak puaslah nak makan satay kambing jugak, lagi² pagi ni nampak mamatisya update .. huhuhuhu.. manalah nak cari yer ... nak buat tak reti resepi kang tak menjadi lagi haru ...
rata² area kawasan rumah kita orang ni memang susah nak jumpa satay pelik ... satay daging saya tak suka pulak liat ... jangan satay kambing ada bau kambing sangat sudah choiii tau .. kalau rasa kambing tu takpalah dah nama pun satay kambingkan. krikk .. krikk .. krikkk ...


Tulungggg bagi info pada kawan² area pelabuhan klang ni mana tau empat satay kambing yang sedap...


Kesukaan , Kegemaran Dan Sentiasa Dihati





Alhamdulillah rezeki pagi hari .... sarapan air tangan mak lagi nasi goreng kampung pedas dabommmmm disulami dengan keropok losong nyum² ... selamat sudah semuanya ku hadap sarapan pagi   >____<






Jumaat, 9 Mei 2014

Maraton Atau Jogathon



Seminggu tak mengarang entry buntu rasanya nak mula daripada mana, sudahnya kita maraton sahajalah entry² yang mahu di karang mengambil inisiatif memudahkan cerita dan merangkumi semuanya daripada segala segi ....

Marilah kita mulakan dengan edisi mengemas dirumah lama (hahahaha poyonya ayatku) edisi mengemas ni rasanya tak tahulah bermula bila .. sedang sikit² mengemas .. sudahmya penuh berkotak² .. itu baru part mengemas baju bajan sahaja dan buku²an hubby serta buku aku, mujurlah aku punya tak banyak kikikikiki .. sudah banyak yang kusedekahkan .. termasuklah majalah ... 



Memikirkan masa yang sangat² cemburu jadinya edisi mengemas hanya akan berlaku pada hujung minggu, okk part mengemas ni rasanya banyak jugak masuk plastik hitam .. sebab kalau boleh rasanya nak minima sangat² barang yang akan masuk dirumah baru nanti. Nak buang dah tabiat yang suka menyimpan barang² yang tidak² cukup²lah dulu 30 tahu dulu ada tabiat tu .. semua barang punnn nak sayang ape hal .. sebelum hubby berbunyi ... adalah lebih baik sedar diri ... >____<




Sudah lapang mata melihat, sesejuk hati melihat saujana kebiruan ...... kekuningan, kemerahan, kehijauan .. sudah macam tadika rumah lama bila ditinggalkan kosong kikikikiki .... baru sedar rumah meriah macam² warna penuh ceria ... owwwhhhmaaagadddd jugak .... belakang² alamari penuh binatang² ni .. oitt apakah ini??? memang rumahku mesra haiwan sungguh ... part paling geram anai² mudah sungguh hidupnya pantang dapat peluang hilang bau kami .. cepat jer nak beranak pinak di kabinet dapur grrrrrrrr ..... pitam jugak jam² tu kami suami isteri. (nanti saya stori mori eh ubat kami sembur untuk anai² ni)




Alhamdulillah inilah villa baru kami di kampung, nanti sambung stori mori eh .. ni kira macam teaser dululah hahahahaha .. lapang jer laman ..... satu pasu munga pun takda lagi ... gigihlah kang nak deko bunga kat laman sebesar lautan ni ... tu lah dulu laman sekangkang kera di komplen sekarang terimalah hadiah kunun² nak laman besarkan. Tak tahu nak mula mengemas daripada mana ... yang pasti semua kotak² pindahan hubby dah susun ikut kesesuaian bilik sebab memudahkan kami untuk mengemas.




Dalam pada kesibukkan mengemas, di duga .. di uji .. di beri ganjaran agar bersyukur padanya atas nikmat ini .. bermohon agar diberikan kesihatan yang baik .. agar semuanya pulih kembali .. paling ketara sejak tak sihat ni hilang selera makan .. yupsss nikmat makan sampai lupa hingatan hilang sekejap .. nampak menu lazat pun sudah tidak bernafsu arghhhhh .. parah sudah kalau macam ni. boleh jumpa nombor 4 kah?? kah .. kah .. kah .. kah ... (ada hati jugak tu). Rumah abang ipar kenduri baru ni .. tak berselera nak jamah nasi.




Dalam mood tak menentu hala menyepi daripada dunia siber sementara membawa haluan sendiri .. dikejutkan dengan kunjugan berduyun² ke blog picisan ini, ya allahhhh sungguh terkedu dibuatnya, saya hanya biasa² sahaja ... menulis hanya hobi sampingan, dulu sibuk mengejar uv kenapa banyak entry tapi tiada kunjungan .. sudahnya sekarang sendiri buntu ... ramai datang bertandang walaupun takda entry baru   >_____<   malu pulak rasanya ....




Setelah diselidiki .. owhh ini lah rupanya yang orang tercari².. mood nak hari raya dah dekat rupanya .. puasa pun lagi 50 hari sahaja lagi, jadi ramai yang mencuba cari resepi biskut² ... tapi blog saya cuma ada resepi popia nesum sahaja .. tak reti nak buat biskut huhuhuhu ...;p




Masih ada lagi rezeki dengan cpuv, walaupun mood nak update agak kelaut sedikit ... huhuhuhu .. alhamdulillah masih ada rezeki walaupun tak semeriah blog² lain.. jadilah biar sikit janji ada....



Maraton sahaja entry ini ... opss lupa nak upload pict anak buah kawin baru ni, satu²nya cucu sulung perempuan belah mertua baru sahaja kawin .. tambah ahli keluarga baru .... memang seminggu ni bizi sebab tu tak mengarang entry .. mood tengah kelau mabukknya .. bukan mengandung, dah jangan korang komen kang kata tahniah masya... memang masya block korang grrrrrrrr ...;p




Bicara Hati : Mood ke laut sebab nak ke pantai timur agaknya minggu depan ngeh .. ngeh .. ngeh .. ;p








Jumaat, 2 Mei 2014

Roti Sarang Lebah Dengan Sos Gula Perang Yang Sedap



Saya rasa bahana pengaruh blog lagi dasyat daripada pengaruh rakan sebaya atau rakan sepejabat .. hahahaha .. terjebak² .. lagi² bab memasak, nak kata pandai sangat tu tidaklah .. setakat untuk makan anak beranak bolehlah... tapi bila kawan² tayang gambar menu masakan .. seyes tergoda .. mak tergoda tak tahan .. huhuhuhu ... apatah lagi bahan² nya senang .. cuma gigih tak gigihlah nak menguli sahaja.

Ni baru bab masak, belum bab deko lagi haru .. kepala ni dah meligat nak deko macam².. tapi semuanya terbantut sudahnya.. tengok je lah meroyan blog kawan² yang deko cantik² kikikiki.

Oklah berbalik pada roti sarang lebah ni, roti yang tengah glamour .. dan famos amos ni .. perghhhh .. patutlah ramai kata sedapp .. seyes memang sedapp.. tapi tak tahulah tang mana dapat nama sarang lebah tu ... yang saya buat ni dah tak rupa sarang dah lebah .. tembam² cam tuan yang mengulinya ... cam sarang apa jer .. tebuan kot hahahaha ...;p Amik pengajaran daripada kali pertama menguli doh roti, kali rasanya ada perubahan sikit .. walaupun resepi berlainan.

Resepi asal sepenuhnya saya ambil daripada blog ina aka intan berlian .. dan ada jugak saya ubah mengikut barang² yang ada dirumah selagi tak terlalu derhaka dan menjadi hihihihi    >____<





Saya tulis bahan yang saya gunakan, sukatan sama dengan blog ina, cuma ada di ubah suai mengikut kesedapan tangan menguli hihihihi ...



Tepung roti
Muripan
Marjerin Dicairkan
Gula 
Garam
Air Secukupnya










Saya uli semua adunan tu menjadi doh .. tak lama pun saya uli sebab tak gigih lagipun pakai tepung roti selalunya menjadi .. saya biarkan sampai doh naik .. kemudian saya tumbuk tengah dia dan uli lagi ... dan biarkan naik lagi .. tak lama pun dalam ½ jam jugaklah saya buat tu .. dengan erti kata lain 1 jam jer saya perap roti ni .. dia cepat naik tau.. mungkin sebab muripan tu saya gunakan sebungkus kikikiki .. dasyat tak .. kosa nak gunakan separuh.











Amir yang paling teruja nak tolong, anak saya yang bertuah lagi baik dan ringgan tulang ni kalau bab makan dia sanggup tunggu walaupun jam menunjukkan 10.30 malam baru semua roti ni masak... dan esok nak kesekolah.




Tengok tu .. rajinkan.. semangat dia nak letak badam .. saya gunakan badam jer.. dah itu jer yang ada kat rumah... masa sebelum letak badam tu saya dah biarkan roti ni naik dulu... amir buat yang untuk ayah yer ibu .. mesti ayah suka .. amboi kemahin lagi ... nak ayah puji lah tu hik hik hik hik.











Inilah rupa roti yang dah siap letak badam, mengiurkan sangat ... adunan saya ni dapatlah 2 loyang, satu untuk rumah dan satu lagi untuk hubby bawak kesekolah .. saya risau jugak kot tak sedap .. iyelah nak jamu tekak orangkan, sudahlah pertama kali buat .. nak bagi orang rasa pulak ;p









Ini pulak bahan sos gula perang yang saya gunakan, sebenarnya agak derhaka disini sebab ada 2 adunan sebenarnya dua² adunan sos yang berbeza hihihihi ...



Sos Pertama :-
Gula Perang
Marjerin
Susu




Sos Kedua :-
Gula Melaka
Marjerin
Susu




Walaupun saya gunakan satu gula perang dan satu gula melaka tapi cara masak keduanya sama sahaja, cuma saya gunakan 2 gula yang berbeza setiap sos hik hik hik .. kalau korang nak cuba kelainan campurkanlah dua² gula .. tak tahulah sedapp ke tidak. Mula² cairkan marjerin, lepas tu masukkan gula .. kacau gula sampai sebati pelankan api tau.. nanti dia meletup² lepas tu barulah masukkan susu sampai mendidih .. barulah matikan api .. masukkan asen vanilla kalau ade.. saya akda jadi bahan yang ada je lah saya gunakan.







Bila roti dah masak dalam 20 minit bakar dengan suhu 160 darjah jadi korang angkat roti dan boleh teruskan letak sos gula perang atas tu .. seyes .. mengujakan ... seyes mengiurkan, nampak tak sebelah kanan tu dah hilang sebelum sempat ibu amir amik kamera nak snap .. kerjaan amirlah tu .. seriau ibu .. takut terkena loyang panas.. memang tak sabar betul dia nak merasa roti sarang lebah ni hihihihihi ....


Dan setiap kali dia ngap, dia akan puji sedapppnya roti ni ibu .. sedappnya .. sampai nak tergelak² saya dengan mak dibuatnya. Kembang hidung ibu dibuatnya anak puji gitu ... mak saya pun kata sedap ... lain kali bleh buat lagi.






Bicara Hati : Ada kesempatan nak buat roti sosej pulak, amir dah buat permintaan .. amboi kemain lagi dia kan buat permintann macam ibu pandai sangat.

















Khamis, 1 Mei 2014

Poco Popcorn Sedap Dan Manis




Ape korang ingat poco tu tarian jer ker, ni poco popcorn pun ada tau hihihihi .. seyes unik namanya .. rasanya unik sebab popcorn ni cuma lebih di komersialkan. Kalau tak silap dia pakej beli 4 bekas sekali rm 25 .. ini kawan saya yang beli .. saya rasa jer hihihihi .... selera mak yong kat opis ni lain macam .. jadi yang bukan mak yong ni dapat tempias jugak merasa hihihihi ..... Setiap bekas ada rasa yang berbeza² .. macam saya rasa yang classic ni .. dia biasa jer cuma manis sikit karemel tu kat tekak ni .. tapi yang pasti tidak memutuskan selera nak merasanya .. dah sekali ngap .. ngap lagi hahahaha .... 

Masya kalau bab makan jarang menolak walaupun dah kenyang mesti ambil sikit nak rasa .. kang hilang nikmat merasa susah oooooo

Oklah kalau korang berminat boleh bukak fb dia https://www.facebook.com/pocogourmetpopcorn apa² hal nak tanya .. tanyalah dia orang manalah tahu kot ada yang teringin nak merasakan ..... saya sekadar berkongsi info.



Bicara Hati : Selamat bercuti Hari Buruh dan salam 1 rejab selamat berpuasa.





















Rabu, 30 April 2014

Kiss Me




Suka hisap gula² ni ... korang jangan pikir yang bukan² bila tajuk ' kiss me ' hahahaha .. giler nak kiss sebarangan. Gula² ni ada macam² perisa .. tapi suka yang 2 ni sebab cherry dan blackcurrant terbaikkkk berangin jer..... sesuailah sangat kalau tengah sakit tekak .. tak sakit pun boleh jer hadap.










Saya Yang Macam Comel jer ....



Tak sangka pulak ada kreteria macam ni ... hihihihi ... korang kategori mane?? macam cantik jer .. macam comel jer .. hahahaha .... cepat² ukur.



Takda nak tayang muka tuan tanah yang macam comel pun.. cuma nak kongsikan info ni sahaja ... jangan marah ... kot² ada yang ingatkan saya letak gambar.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...