♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 15 Disember 2011

GooD LucK BuaT AyaH

Assalamualaikum..... Semua....

Lambat sikit update cerita hari ini, pagi² dah kene masuk mesyuarat sampailah dah nak ke tengahari ni... 2 mesyuarat pulak tu.. memang tadah telinga jerlah dengar bebelan hihihihi.....

Oklah keje memang kene buat macam biaserkan.. inikan sumber rezki.. jadi nak taknak kenelah jugak buat macam biasa.... yang penting habis mesyuarat dapat makan percuma.. jadi tak payahlah nak pening² pikir nak makan apa tengahari ni.. nak makan kat mane... layankan jer menu yang dah tersedia tu....

Hari ni.. hari kedua hubby exam.. semalam pun sama jugak exam katanya susah.. biaserlah dah tambah semester mestilah lagi susahkan... moga hubby dapat jawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang amin... Bukan apa sebenarnya bile hubby belajar ni memanglah masa kami bertiga akan terhad.. jadi kalau dapat masa bersama memang kite orang akan gunakan sebaik mungkin sebab tu selalu cakap dekat amir.. amir pun mesti belajar kat sekolah rajin² macam ayah.. nanti barulah pandai.... memang selalu bagi inspirasi kat dia... 

Keluarga kecil kami... harap daripada kecil ini akan membesarlah nanti 
-Amin-

Rabu, 14 Disember 2011

Mandi Manda Di Lostworld Tambun (^__^)v

Assalamualaikummm Semua....

Ok sambung cerita.. lepas hentian Rawang kami pun meneruskan perjalanan ke Lostworld Tambun sebab budak² pun dah tak sabar nak terjun mandi... perjalanan lebih kurang 2 jam, maklumlah tak pernah sampai lagikan.. elok lepas tol amir pulak buang air besar jadi kenelah singgah hentian lepas tol tu dulu... dah basuh barulah selesa terus sambung perjalanan tak jauh pun memang nampak signboard tu kalau lalu highway...

Bile sampai jer terus parking kereta. maklumlah hujung minggu pukul 11.00pagi kami sampai kereta pun dah penuh tau... budak² tukar baju siap² senang nani kat dalam tak payahlah nak tukar baju lagi... bagi makan, minum semua.. maklum jerlah makanan kat dalam tu semuanya mahal... kami siap seludup makanan dengan jajan² kat dalam handbeg, sebab handbeg dia tak cek.. dia cek beg yg ade isi baju jer....


 Possing dulu sebelum masukkk... besarnya kucing tu..  amir pun dah tukar baju, siap sedia untu terus terjun....... 



 Amir dengan ayah beratur nak membeli tiket opss.... tiket ker??? harga tiket jangan terkejut yer tengokk mmg mahal.. tapi main kat dalam tu memang puashati... lagipun sebelum balik boleh tebus RM10.00 Jadi harga tiket macam ada diskaunlah kiranya....

Dewasa RM 55.00
Kanak² RM 48.00

Amir pun dah kene bayar tau sebab dah melebihi ketinggian untuk PERCUMA... 
Kalau kanak² yang masih bawah 2 tahun kebanyakkannya PERCUMA.....



 Mula² beratur dengan ayah konon nak beli tiket.. sebab lama sanagt menunggu amir tengok plan pulak.. macam paham jerlah kan baca plan tu hihihihihi......



Akhirnya dapat jugak gelang ni.... jangan hilangkan tau.. orang kaunter tu siap pesan, nanti nak balik pulang dulu boleh tebus RM10.00 setiap satu.... kalau hilang bayar RM 50.00 tak berbaloiii oooooo mahal tu.....



Sakan mandi-manda.. sampai lupa nak ambil sangat gambar kat dalam tu.. tapi memang bestlah puashati sangat dapat mandi, lagipun badan basah pun boleh main indoor game tau... cume kene tukar token dulu satu oken RM2.00 token tu untuk main game yang dapat hadiah macam bear ker... ape² jerlah cenderhati...

Sakan amir mandi sampai tak nak naik dah dekat pukul 3.00petang pun masih nak mandi lagi.... bile dah ibu ni bising barulah dia nak naik makan. sebab tengok dia dah mengigil kesejukkan tapi masih jugak nak berendam lagi.... mmenu tengahari tu beli jugaklah kat dalam tu.. walaupun mahal.. dah laparkan sedapp jugak.. semua pun habis licin daripada nasi ayam, mee goreng, rmee rojak dll.. air mineral jer....

Lepas tu sambung balik berendam dah penat barulah dia nak tukar baju.. lepas tu minum susu terus tidur.... tak dapatlah nak join sesi fotografi dengan family huhuhuhu.... sebab ayah terus bawak amir ke kereta.. tak larat dah nak dokong... jadi kami tunggu jerlah family yang lain datang.. kami pun tido dulu dalam kereta hihihihihi......

Lebih kurang pukul 4.30ptg barulah kami keluar bergerak nak ke homestay... kununnya dekat ipoh.. hati macam tak sedapp jer.. nak tido kat homestay kawasan ipoh ni... patutlah hati tak senang memang rumah yang dia bagi tak best pun.... sudahnya memang kami tak tdur kat ipoh.. kami sambung perjalanan terus Ke Cameron Highland petang tu jugak.. nasib baiklah homestay tu tak bayar lagi..... nanti kite sambung cerita perjalanan kami ke Cameron Highland yer.. tungguuuuuuuuuuuuuuu


sempat possing singgah di kedai limau bali dekat simpang pulai sebelum naik ke Cameron.....
dulu kedai² ni papan jer tau.. atap nipah lagi.. sekarang dah banyak berubah.. banyak kemajuan....
baru jer berhenti kereta dah berduyun amoi² berdiri kat pintu kedai masing² sambut kite orang hihihihi......


DuLu KaWaN BAiK KiNi ADiK iPAR

Assalamualaikummm Semua.....

Selamat petang, minum apa petang ni.... kami makan pelam cicah dengan kicap nyum².. memang sedappnya hingga menilat jari.... yang sebenarnya teringin sangat nak makan nenas cicah kicap dengan cili padi letak gula sikit.. tak dapat nanas dapat pelam pun ok kot.. janji masam² hihihihihi... (^___^)v

Oklah berbalik pada tajuk tu.. hari ini hari yang istimewa buat adik ipar saya sebab ulang tahun kelahirannya. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini.. semoga dipanjang umur, dimurahkan rezki dan dikurniakan jodoh yang baik amin...

Adik ipar saya ni merangkap sahabat, kawan baik daripada kecik sampailah sekolah rendah dan sekarang ni dah jadi adik ipar pun.... cume sekolah menengah jer kami tak sama.. sebab dia sekolah agama, saya pulak sekolah menegah biasa jer.... tak sangka pulak dulu kawan kini jadi adik ipar.. jodoh pertemuan ditangan Allah kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan... ;p



Gambar ini ambil masa raya hari tu... so sweetkan.. amir dan mak cik zura.....

Kenapa blog kamu ni saya nak baca dari dashboard tak boleh... saya pun tak tahu ape masalahnya... huhuhuhu sedangkan saya dah follow kamu.. sejak tukar alamat blog ni.. memang tak boleh nak baca daripada dashboard tu... terpaksalah saya tengok daripada alamat yang ade ni hihihihi.. selamat berblog.. dunia baru yang indah untuk diceburi.. segala² boleh diluahkan disitu... (^___^)v. 




PERCUTIAN 2 HARi 1 MALAM

Assalamualaikummm Semua.....

Alhamdulillah dipanjang usia dan berdoa semoga sentiasa dimurahkan rezki amin.... cuti sekolah yang panjang bulan disember ni kemana agak²nya tempat yang sesuai bercuti.... anak pun x sekolah lagi saya ni sibuk pulak cuti sekolah nak bercuti, anak mmg x sekolah lagi.. tp suami mengajar kat sekolah hihihihi..... kire cuti sekolah barulah dia cuti panjang.... cume bulan disember ni pulak saya yang sibuk tutup akaun hujung tahunkan.. cuti memang dibekukan... huhuhuhuhu......

Isnin minggu lepas saya cuti sebab pengasuh amir pun mintak cuti ade urusan nak diselesaikan.... Lama tak bawak amir jalan² mandi², oleh kerana akak² ipar semua nak bawak anak² ke Lost World, Tambun sebab dah jemu mandi kat Wetworld, Shah Alam kami pun ikutlah sekali, amirlah paling suka dapat mandi-manda.... jumpe sepupu² semua....

Awal pagi dalam pukul 6.30pagi kami dah keluar rumah, masing² muka pun masih mengantuk... kite, hubby, amir, 2 adk ipar dengan anak buah suami satu kereta dengan kami. kite 5.30pagi dah bangun, goreng naget, panaskan kuah spagethi.... bekalan memang wajib bawak perjalanan jauhkan... 2 kereta bergerak dari rumah dan berhenti dihentian Rawang untuk tunggu 1 lagi kereta akak ipar.. jadi semuanya ada 3 kereta....


sampai dekat hentian Rawang ramai sangat orang, amir dah nampak playground terus jer nak main... tengok tu.. pakai baju tido lagi hihihi.....


Ok nanti sambung cerita lagi yer... kami dah sampai dan mandi-manda di LostWorld, Tambun pulak. 


Selasa, 13 Disember 2011

Berkhatan Ramai² Secara Percuma

Assalamualaikumm Semua....

Hujung minggu baru ni dekat kampung saya ada sesi berkhatan beramai² secara percuma.... meriahkan tgk budak² macam ni... selalunya aktiviti ni masa musim cuti sekolah jer....

Dalam ramai² tu anak buah suami pun ade yang berkhatan, percumakan sapa xnak.. majlis ni sekali dengan pengedaran borang bantuan yang dapat rm 500 tu... jadi tak payahlah penduduk susah² nak beratur pergi LHDN hihihihihi... boleh ambil masa tu jer.....

 Bdk² beramai² sedang bersiram sebelum berkhatan...



Siap ade kereta bomba lagi datang siram mereka.... jadi tak payahlah nak berendam dalam sungaikan macam dulu² hihihihihihi.... ;p


Mane amir?? amirlah yang sibuk nak tengok kereta bomba ni.. tapi lepas dah sampai asyik pegang kain ibu jer takut, sebab ibu sakat dia.. soh khatan sekali .. marah betul dia masa ni.. memang xnak jalan sendri.. jalan pun asyik nak pegang seluar ibu jer... ;p


Isnin, 12 Disember 2011

Cuti Umum Tapi Kene kerja

Assalamualaikummm Semua......

Sayu rasanya hati ini... maklumlah hari inikan cuti umum dekat selangor sebab semalam ulang tahun kelahiran Sultan Selangor, ampunkan patik tuanku sebab hari ini kene kerja.... maklum jerlah hujung tahun memang banyak kerja yang nak disiapkan dekat pejabat ini.. patik ni yang menurut perintah sahaja, kalau ikutkan hati memang nak golek² jer dekat rumah... tp drpd golek² baik datang siapkan keje dekat pejabat ni.. kalau x siapkan hari ini.. esok pun kite jugak yang nak kene siapkan kan.. kan.... sebab rabu dah nak kene hantar.

Masa pergi kerja tadi amir x bangun lagi.. harap² dia x meragamlah.. sebab semalam dia dah tanya ibu keje ke x hari ni.. dah bg tau pun ibu keje.. amir kene duduk kg dengan embah hihihihihi... nasib baiklah cuti sekolah jadi ramailah yang boleh melayan dia dekat rumah mak..



Oklah selamat bercuti pada semua yang bercuti hari ini.. pada yang bekerja sama dengan saya.. selamat bekerja.. nanti kerja dah siap barulah senang hatikan... kalau tak keje x siap nak cuti pun x senang hati....

Sabtu, 10 Disember 2011

AiR TANGAN SEORANG SUAMi

Assalamualaikumm Semua......



Nasi Goreng Special


Berselera tak tengok gambar tu.... nampak macam sedapkan... ini air tangan suami saya, macam tak percaya jer ayah masak nasi goreng ni.... sedappp jugak sebab pakai perencah jerkan.... menu ape kawan² tegahari ni... mesti special jugakkan.... kan...kan...

Rasanya inilah kali kedua dia masak sepangjang 5 tahun kami berkahwin, kali pertama masa mengandungkan amir.. masa tu tak larat sangat nak masak lepas tu kami lapar.. nak keluar pulak tak larat nak bersiap, maka suami pun masaklah sayur bening (masak rebus jer bening tu bahasa jawa...) masak bening kentang campur suun.. suun penuh dalam tu dah macam makan bihun pun iyer jugakk.. mase tu laparkan makan jerlah tanpa banyak cakap...

Seronoknya dalam hati inikan kalau balik kerja makanan dah terhidang atas meja terus hadap makan.... nasi goreng ini sedap jugak walaupun ade rasa garam tak hancur masih lagi boleh dimakan sampai 2 pinggan saya tambah.. suami gelak jer.. mesti dalam hati dia cakap lapar betul isterinya ni.. mau tak lapar.. kat opis dahlah banyak kerja.. jangan kata nak makan.. nak bukak blog jeling² pun tak sempat huhuhuhu......

Terimah kasih ayah masak nasi goreng special ni.. speciallah pada saya sebab bukan senang nak merasa air tangan seorang suamikan... mmmuahhh.. mmuuuahhh... ;p

SUPRiES BUAT MAK MERTUA (^___^)v

Assalamualaikummm Semua.....

Sebenarnya dah lama draft cerita ni.. cume tak berkesempatan nak publish sebab kesibukkan yang terlampau dipejabat ni hahahaha... sampaikan hari ini hari sabtu pun kene datang kerja hihihihi.... nasib baik perasan bende ni masih kat darft kalau tak dah basilah nak publishkan ;p.. jom layan...

Ok imbas kembali pada cerita disini pada asalnya rancangan memang nak makan dekat luar, tp atas sebab² yang tak dapat dielakkan rancang bertukar kembali menjamu selera dirumah mak dengan bapak mertua ... yang penting menu malam tu order jer jadi kami takdelah sibuk nak memasak dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.... semua pun happy.. yang penting suprise menjadi memang mak tak tau apepun.. dan sesangatlah terkejut bile kami adik-beradik balik hihihihihi... ;p sesekali bile kite mengembirakan hati insan² yang disayangi pastinya jauh disudut hati akan rasa bersyukur kerana masih diberi nikmat utk merasainya.


 Dimulakan dengan sesi meniup lilin.. eh² kenapa pulak amir ade kat tgh² tu haihh.... pantang btl dia kan.. semua bestday org dia pun sibuk nak tiup lilin dengan potong kek hihihihihi... ;p


 sementara menunggu makan yang ditempah khas sampai... atok pun melayan cucu makan durian, tengok amir tu bukan main berselera lagi.. padehal bukanlah peminat tegar pun.. itu jerlah sebiji dia makan dengan penuh berselera hihihihi..... kami beli durian dekat pasar malam depan tu jer.. tu pun sebab amir merenggek² nak makan durian.


 nyumm... nyumm.... mertabak menu kegemaranku..... suruh habiskan 2 keping pun xpe.. ishhh buruk perangaikan...


 Ok semua menu dah sampai... bersungguh² amir baca doa makan malam tu.. alhamdulillah sejuk perut ibu sekarang amir dah pandai baca doa makan.....


 Edit² sikit coretan malam tu.. kek semua pun sedapppppp.... sehingga menjilat jari kekenyangan dengan menu yang banyak tak terhabis kami makan.....


 sambutan sekali dengan bestday anak buah faiel sebab sama tarikh dengan mak mertua....
apehalnyalah pulak amir ddk tengah tu nak potong kek jugak.. layankan jerlah...
kang menangis pulak jenuh nak pujuk... ;p




Amir bagi abang faiel hadiah.... abg apis pun tunggu giliran nak dapat hadiah ker duduk belakang tu hihihi... 
(^___^)v
ade rezki lebih suami bagi hadiah jugak dekat anak buah yang lain bagi baju angy bird yang macam amir pakai tu.... anak buah yang kecik² jerlah yang besra tak mampulah pingsan kalau nak bg 9 orang hahahaha 


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar selamat panjang umur tahun depan boleh raikkan bersama lagi.... semoga mak dan semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki serta hidup kami diberkati amin ;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...