♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 30 November 2012

Baju tidur kotak - kotak

  
Penangan² bahana betul lepas ni mesti berebut² ramai yang cari baju tidur kotak² kan... sebab malam tadi nampak AA pakai dalam cerita Adam & Hawa hihihihi... (^___^)v
 
Baju ni selalu sinonim budak² sebaya amir jer pakai.. tapi amir pun takmoo pakai dah huhuhuhu... dia rimas baju berkolar ni.... Tibe² nak belikan jugak.. nak belikan untuk 2 orang hero ibu tu hahahahaha.. amacam?? okkk tak.... Kat mane nak cari ni... rasanya untuk orang dewasa payah nak jumpe.. untuk budak² senang jer....
 
Muka gatalkan.. nakal pun iyer jugak...



Bicara Hati : Awatlah bilik sempoi sangatkan takde macam bilik pengantin kikikikikiki .... ;p
 

Khamis, 29 November 2012

Masterchef I Bola Piala Suzuki I Adam & Hawa

  
   

Kisah malam semalam.. semua nak dilayankan kat tv hihihihihihi.. semuanya pun best... nasib baiklah amir tidur awal, jadi ibu dengan ayah jerlah layan tv .. tu pun dok berebut remote hahahahaha.. kalau amir tak tidur mau berebut dengan amir jugak.. sibuk nak tengok kartun.

Oleh sebab nak melayan bola punyer pasal, tangan baru nak baik ni digagah²kan diri jugak masak.. hari sebelum tu oklahh mek bagi nasi kerabu.. takkanlah mek nak bagi lauk setiap hari kan.. so semalam masak sardin jer pun hihihihihihi... makan 2 beranak sebuku roti tak sedoooo ...

Mule² sependapat elok jer tengok masterchef sekali tang pengumuman nak masuk final ditangguhkan lah pulak hahaha saboor jerlah.... ibu layan adam hawa sebab semalam episod yang best hawa dan adam dah berbaik hihihihihi..... tup² ayah kalih bola... kannn.... oklah layan kejap.. tadi masterchef oklah lagi.. ade iklan tukar bola.. ni dah kalau layankan bola jer mane ade iklan.. nasib baiklah ayah mengalah.. dapatlah tengok adam hawa jap.. kemain lagi yer AA kalu bab² menyakat ain tu menjadi jer.... yang tengok ni pun dok senggih² hihihihihihi ....
 
Ok malam ni boleh layan tanpa gangguan juga... sambil makan bihun tom yam ..... (gamba tak mau tayanglah kang masing² terliur pulak...



Bicara Hati : Bukannya pulun sangat kat tv cerita Adam Hawa mane yang sempat jer tengok pun hihihihi.. paham jer jalan cerita tu.. cuma lakonan AA tu yang selamba menjadi jer.. mencuit hati dibuatnya...







Makan ubat cacing

    
Sape yang pernah bagi anak makan ubat cacing??? korang semua bagi anak minum ubat cacing sejak umur biler yer... Saya kali terakhir masa amir umur 2 tahun memang doktor bagi .. lepas tu dah tak pergi klinik untuk check-up bulanan jadi sejak tu tak dapat bekalan ubat cacing, tibe² saya terpikir sesuatu sejak akhir² ni anak saya senang muntah waktu pagi dan kurang selera makan (takdelah kurang sangat cuma tak macam selalu seleranya) .. adekah sebab cacing ade dalam perut dia.. sebab dia pun pernah ngadu sakit perut waktu pagi..... atau sebab kami keluar rumah awal pagi dia tak biasa dia pening ....

Jangkitan cacing ni dikategorikan sebagai satu jangkitan parasit, yang mana cacing ini tadi boleh hidup dalam darah , usus dan organ tubuh manusia. Bila dah namanya parasit, cacing ni akan makan apa yang kita makan.

Bagaimana Cacing dapat masuk dalam badan?
  • Apabila termakan telur cacing yang berada dalam makanan yang tidak dimasak dengan sempurna mungkin dari gerai yang tidak berapa mengamalkan kebersihan .
  • Sekiranya tidak mengamalkan basuh tangan sebelum makan. Makan dengan tangan yang tidak bersih boleh menjadi punca kepada jangkitan cacing ini.
  • Cacing juga boleh masuk melalui kulit kaki yang terdedah.
  • Sekirangan tandas (jenis tandas duduk) yang diguna tidak bersih , terutama di tandas awam. 
  • Cacing juga boleh disebarkan dengan mudah melalui haiwan peliharaan.

Bagaimana Cacing membiak dan hidup dalam badan manusia?

Sekiranya termakan makanan yang mengandungi telur cacing, telur cacing tersebut akan menetas dalam usus kecil . Cacing tersebut akan membesar kerana mendapat zat makanan di usus sewaktu proses penghadaman berlaku. Cacing yang dewasa akan mengawan dan bunting seterusnya akan mula bergerak ke usus besar dan  rektum. Telur cacing ini akan keluar melalui najis.


Jenis- jenis cacing yang boleh hidup dalam badan manusia ialah:
  • Cacing cangkuk (hook worm)
  • Cacing gelang (round worm)
  • Cacing benang (thread worm)
  • Cacing kerambit
  • Cacing pita (tape worms)

Simptom-simptom telah dijangkiti cacing:
  • Pucat akibat kekurangan darah merah (anaemia)
  • Cepat rasa lemah dan letih akibat kekurangan zat makanan.
  • Kurang selera makan
  • Abdomen kelihatan kembung
  • Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur
  • Perkembangan fizikal (kanak-kanak) mudah terganggu

Risiko atau kesan merbahaya jangkitan cacing ialah:
  • Jangkitan cacing pita boleh menyebabkan kerosakan pada otak
  • Cacing kerambit pula boleh menyebabkan luka pada usus
  • Manakala Jangkitan cacing gelang boleh menyebabkan usus tersumbat sembelit dan kembung abdomen


Berapa kerap kanak-kanak perlu mengambil ubat cacing?

Pengambilan ubat cacing (deworming)  seharusnya diberikan samaada setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali bergantung pada situasi tertentu.



Jadi saya perlukan pandangan dan pendapatan kawan² maklumlah amir pun dah 4 tahun hahahaha.. amikew dah 2 tahun lebih maknanya dia tak pernah makan ubat cacing lepas check-up terakhir dengan klinik kerajaan dulu.... nak beli kat farmasi jer ubat cacing ape yang sesuai yer??


Bicara Hati: Yang tengah dok pikir dah tua² macam umur saya ni pun kene minum ubat cacing tak???


Rezeki jangan di tolak

 
 
   

Penyumbang suara entry semalam tanpa bicara hihihihihihi ... kes tangan baru nak baik daripada terseliuh kerana di duga.... alhamdulillah lepas berurut dan sapu param beras kencur tangan dah okkk ... khasiat param beras kencur.


Ramai yang komen entry semalam... terima kasih sangat².. walaupun saya tak sempat nak bw semua.. kalau sempat hari ni saya sambung, kisah entry semalam tu bukan amir makan batang saderi tu.. tapi amir menyanyi dalam kereta batang saderi ibu jadi mangsa dia buat 'microphone'.. penuh perasaan dia menyanyi huhuhuhu.....kadang² tu layankan jer.. dia menyanyi hilanglah jugak rasa boring dalam kereta tu.... tu belum campur lagi cerita dia kat taska .... mau takde titik ceritanya.. tapi percayalah mulut dia hanya riuh dengan ibu dan orang² yang rapat jer.. dengan orang yang dia tak kenal dia susah nak bercakap... ;p



Rezeki mek sebelah bagi nasi kerabu ....
Macam tau-tau jer.. tangan ni tak larat nak masak ....
 
 
 
 
Kenapa saya taip wonderpets suke makan batang saderi.. seyes saya tak tahu pun selama ni.. amir bagi tau barulah saya perasan.. dia layankan wonderpets dia kata kalau wonderpets berjaya tolong kawan² dia dalam kesusahan lepas tu dia makan batang saderi raikkan kikikikikiki... selama ni tengok gitu² jer.. memang tak perasan langsung sampailah amir yang bagi tau barulah saya perasan hahahahahah......


.
Adekalanya kesibukkan diri, kita akan jarang dapat berjumpa dengan jiran-jiran jauh sekali nak melepak berborak.. melainkan ade kenduri atau jemputan makan di rumah jiran-jiran.... sejak akhir² ni pun balik lambat, amir pulak dah ketadika tak duduk rumah pengasuh. Semalam mek adelah jugak cakap perihal jiran² ni.. malas nak amik pusing.. biarlah mereka.. yang penting Allah maha mengetahui (^___^)v





Bicara Hati : Tangan yang memberi dengan ikhlas lebih baik daripada yang menerima.
 

Rabu, 28 November 2012

Penyumbang suara

   




Bicara Hati : Yang baru tahu wonderpets suke makan batang saderi hihihihihihihi....







Selasa, 27 November 2012

Di duga atau dugaan

  


Sedang banyak kerja yang menanti untuk disiapkan atas meja.. masa nilah tangan sebelah kanan sakit kat bahagian siku... nak menulis pun payah.. apetah lagi nak menyuap makanan.

Kalau dah nak menyuap makanan pun payah apetah lagi nak komen blog kawan²kan... dan menaip entry pun terkial² hadoilah huhuhuhuhuhu... dugaan betul, hubby bebel.. 'tulah kerja jer.. kesihatan kenelah jaga' kan.. tak pasal kene bebel... 

Mau berurutlah.. tak tahan nak pusing stereng kereta drive pun sakit... ape sebenarnya yang jadi ni salah urat ke....




Bicara Hati : Tak larat masak jugak.... (ni bukan alasan tau... ) jom makan kat luar yer.. hubby...
 
 
 
 
 

Isnin, 26 November 2012

Zikir Terapi Diri , Jiwa dan Minda Positif

   
 
 
 
Bile drive pergi kerja sekarang dah tak bosan, tak kiralah pergi atau balik.. sebab saya dah bertemankan sibujang saya.... kalau pergi tu agak kesunyian sikit sebab angin tak tentu hala amir kadang dia masih tidur jer kat kereta sepanjang perjalanan.... kalau petang balik mulut tu riuh jer.. macam² yang dibualkan... tapi percayalah itu bile kami berdua jer.. kalau kat sekolah amir tak banyak cakap pun cikgu kata (haihhh malu tak perhabih)

Sejak amir pergi dan balik naik kereta yang sama dengan ibu ni.. saya dah jarang on radio no 1 atau radio hot² untuk didengar.... sebab amir cepatlah melayankan lagu² ni tau... bayangkan dia boleh hafal lirik lagu muara hati, najwa, jamal dan lain-lain lagi.. penuh perasaan dia menyanyi .... jadi sekarang saya dah beralih arah pada radio ikim.fm pagi² selalu ade zikir² dan teka-teki.. nasib baiklah amir okk jer.. sebab zikir² tu pun selalu dia dengar kat sekolah tadika sebelum mula kelas... balik pun same... saya pasang ikim.fm.. tapi bile naik kereta dengan ayah ayah akan tukar canel sinar.fm sesuai untuk seisi keluarga hubby kata huhuhuhuhu.. kecuali perjalanan kami tu waktu nak hampir maghrib barulah ayah tukar ikim.fm.

Buka tv nak maghrib lepas azan sekarang ade zikir terapi diri daripada hafiz hamidun.. sedapp jer.. dengar dihalwa telinga ni.... paling suke.. amir dah mule ringan mulut nak ikut... (bukanlah ibu ni mengokong tak bagi dengar muzik tapi ade had²nya tapi.. kalau boleh ibu nak terapkan nilai kerohanian yang lebih pada amir) sebab lelakikan bakal jadi pemimpin keluarga.... tapi kalau angin tak tentu hala dia datang haihhla... soh solat maghrib sama² pun takmoo.. duduk jerlah kat sejadah tu... tak pun lepas rakaat pertama sujud tak bangun² hahaha... ade jer ragamnya.... kami tak pernah paksa pun.. tapi kalau angin baik dia datang.. al-fatihah tu lagi kuat dia baca daripada ayah atau atuk yang tengah imamkan solat huhuhuhu ......


 
 CD ni dah jual kat pasaran tak???
ke kene beli online....
kalau ade nak belilah.. boleh pasang masa bawak kereta .....


Bicara Hati : Perlahan-lahan amalkan zikir ni lama kelamaan akan jadi sebati dalam diri.... moga diri sentiasa dilindungi. Amin....




Sabtu, 24 November 2012

Terima kasih hubby

  


Bile mendapat arahan bekerja dihari sabtu... hati memang akan jadi berat hati.. sebab sejak amir lahir memang dah kurangkan kerja dihari sabtu atau cuti umum.. sedaya upaya akan siapkan kerja waktu opis.. dan akan cuba 'back up' masa rehat.... selagi mampu... dan terdaya....

Bile ade yang urgent gagahkanlah diri juga huhuhuhu... terima kasih sangat² pada hubby kerana sangat²lah memahami situasi ku kini terutama dihujung tahun (padehal masa nilah hubby cuti sekolah), hari ni hubby takde kelas.. jadi hubby amik alih jaga amir kat rumah ... sejujurnya amir dah 3 tahun hubby dah okk skit kalau ditinggalkan berdua dengan amir.. alhamdulillahh.. amir pun tak banyak ragam....

Pesanan amir bile ibu bagi tau malam tadi ibu nak kerja hari ni.. ibu masakkan lauk sardin tau.. amir nak makan nanti dengan nasi ibu masak sardin sedaplah.... memang mulut manis.. ade jer nak amik hati ibu kan.

Sejak sekolah ni amir dah mule berdikari... dah pandai makan sendiri tanpa bersuap, dah mule pandai pakai dan bukak baju sendiri bile nak mandi.... (anak orang lain mungkin lagi awal dari amir dah pandai buat semua tu kan...) takpelah itu anak orang lain.. tapi ibu bersyukur sangat amir dah pandai berdikari macam ni.. walaupun usia dia dah 4 tahun... tapi kalau datang hangin dia.. nak makan bersuap jugak lagi....

Muka amir ceria pagi ni bile ibu nak pergi kerja sebab abang sepupu dia sampai.. alamatnya berkubanglah 2 orang tu.. kat depan laman rumah mandi kolam...



Bicara Hati : Lumrah hidup berumahtangga mestilah bertolak ansur, yang penting saling hormat menghormati dan menghargai antara satu sama lain....
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...