♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 22 Februari 2013

Hadiah daripada IntaNBerliaN


Alhamdulillah hari jumaat yang penuh diceria, disulami suasana keindahan pagi yang mengembirakan... laluan kepejabat dipermudahkan... alhamdulillahh.... hantar amir awal kesekolah hari ni... mood berkobar² nak cepat sampai sekolah, tak tahulah kenapa... semacam jer.. cerianya... (memang macam tu lah dia.. pagi hari.. kadang ok.. kadang biasa².. kadang² tak ok)

Rasanya bagi yang membaca blog saya ni.. dan mengikuti entry² minggu ni pasti tahu dan kisah kurier yang buat hal tu hihihihi.. tak pasal² jadi banyak entry... sebab .. kalau semua padatkan satu entry jenuh pulak korang nak membacanyakan.... (perasan².. macamlah ada yang mengikuti dan baca.... macam syok sendiri jer.. menulis adalah hahahahahaha) 

Oklah pendekkan cerita.. saya dah dapat pun barang tu... barang tu daripada ina a.k.a IntaNBerliaN sebuah buku Ajarkan aku wahai ibu ..... sebuah buku motivasi lebih kurang dan sesuailah bagi saya ni yang dah jadi ibu... tapi yang tak jadi ibu lagi pun sesuai kot baca.. untuk ilmu juga dimasa akan datang ..... kan...

Sedang eloklah ina hadiahkan buku ni.. sebab koleksi buku² yang kat rumah, termasuklah novel semua pun dah habis baca... jadi sekarang ni.. memang takda membaca apa.. melainkan mengajar amir jerlah kat rumah tu... tu pun kalau dia tak pakat² tidur awal dengan hubby. 


Best seller .....
Ajarkan Aku Wahai IBU
(Kalau berkesempatan saya kongsikan info² dalam ni dengan kawan² kat blog)
Terima kasih sangat²ina sebab hadiahkan buku ni... terharu kejap...




ucapan ringkas ina buat saya terharu sekejap, dah siap lekat pun nota ni dalam buku tu... buat kenangan².... dan ini adalah hadiah kedua buku daripada kawan blog... yang pertama Novel Bidadari
Kira maca, hadiah hari lahirlah ni kat saya.. suprise... sebab hadiah pertama hari lahir daripada blogger.... malu dibuatnya sebab blog ina lagi femes dan semakin maju... nak banding dengan blog saya ni.. jauh beza.



Buat kawan² yang masih belum mengenali ina, jomlah rajin² singgah kerumahnya yang penuh berlian tu.. hihihihi... bertaburan tau.. sana sini ... kalau boleh ambil... memang dah kutip buat batu cincin satu hihihiihihi .. ina ni peramah orangnya.. suka baca entry² ina mengenai cara dia mendidik anak².... dan paling suka mesti bila ina kongsikan resepi yang sempoi².. sesuailah buat kami ni yang tak pandai masak...

Sekarang ni pun ina sedang anjurkan Giveaway tau.. hadiah pun meletop².. daripada sponsor.. jomlah join .... mana tahu ada rezeki klik http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2013/02/intanberlian-mega-giveaway-2013.html syarat²nya pun mudah.. rasanya masih belum terlambat nak join.. sebab hujung bulan ni baru tamat tempoh penyertaan.


Bicara Hati : Walaupun tak pernah bersua muka, tapi terasa dekat dengan kawan² blog, bila datang singgah baca entry... biar jauh dimata.. tapi dekat dihati. (^_____^)v

Khamis, 21 Februari 2013

Surat Tak Sampai

 

Selamat pagi semua.... kisah entry semalam, dimulakan dengan model peti surat, tak pasal² amir jadi model peti surat tak rela dalam gambar semalam... bukan amir tak nak pandang kamera.. sebenarnya dia baru nak berdiri saya dah amik gambar dia hahahahaha..

Bukannya apa sebenarnya tu peti surat kat kampung kat rumah mak saya, sebab ada kes budak kurier kata tak jumpe alamat rumah, sedangkan rumah mak saya kat kampung tu tepi jalan besar jer.. peti surat pun ada tulis siap² nombor lot mustahil dia orang tak nampakkan... sebab tu lah publish pulak mana pilihan korang pos atau kurier (^_____^)v

Sebenarnya seorang blogger ada mintak alamat dan nak hantar barang kat saya katanya, sejujurnya saya sendiri pun tak pasti barang atau apa yang nak sampai tapi dah dimaklumkanlah... blogger yang saya maksudkan ina a.k.a IntaNBerliaN. 

Bila ina tanya barang dah sampai belum.. saya bagi tahu belum sampai... barang tu dipos sebelum tahun baru cina lagi ... tapi sampai lepas raya cina baru saya dapat haihhh sabar jerlah dengan sevis kurier tu... 

Sampaikan saya cari nombor pejabat dia tau kat internet, siap telefon pengurus dia lagi.. nasib baiklah pengurus dia baik.. berbudi bahasa dan bagi terus bagi no hs kerani dia .. no hs tau.. bukan no pejabat... untuk maklumat lanjut kebetulan hari yang saya call tu pengurus dia bercuti... maklumlah ina pun risau kalau barang tu dia orang pulang balik kedia.. saya pulak dah serba salah.. rasa macam menyusahkan pulak sampai jadi macam ni. 


Bukan pos ni yer.. yang buat masalah ... ni pos biasa jer....
Semalam saya dah pos hadiah kawan²... harap sampailah dengan selamat.. jangan ada yang hilang huhuhuhuhuhu ...... 





Sebenarnya saya cadang nak amik jer.. kat tempat kurier sebab tak jauh pun daripada opis, tapi budak yang nak hantar tu bagi tahu.. dia hantar kerumah jer.. bila ku bagi tahu .. awak kata tak jumpe rumah saya.. takpalah... biar saya ambil sendiri... mustahil awal dah sampai kampung saya tak nampak peti surat tepi jalan tu.. barulah dia tergelak² saya ganti orang kak.. saya tak biasa pergi sana... (huh!!! cakap jerlah terus terang.. ni kata.. tak jumpe... buat orang risau jer) 

Tapi alhamdulillah.. akhirnya barang tu sampai jugak ke saya.. orang kata kalau dah rezeki.. insyaallah... lambat pun sampai juga.. cuma geram jugak dengan budak yang hantar tu.. dia kata ada call hs saya cari rumah mak saya tu tak jumpe²... dia call hs saya.. masalahnya saya memang tak terima panggilan dia... pun kecuali ada satu panggilan nombor yang tak dikenali tu call saya.. bila saya call balik tak di angkat.

Alamak!!! panjanglah pulak entry luahan rasa ni... (^____^)v



Bicara Hati : Nak tahu ke saya dapat apa??? nanti² saya up entry nyer yer ......




Rabu, 20 Februari 2013

Pos atau Kurier


Gambar ihsan google


Pos biasa untuk kawan²....

Kurier


Bicara Hati : Mana pilihan kawan²????  Tips untuk urusan pos dan kurier






Model Peti Surat




Selasa, 19 Februari 2013

Kenapa Tak Boleh Follow Blog



Sejak akhir² ni menghadapi masalah tak boleh nak follow blog orang ..... dulu tak boleh follow sebab takda link ... sekarang ni.. link ada.. tapi button follow takda kat bahagian atas.. jadi saya akan cari ruangan join site kemudian akan klik follow.. tapi masalahnya sejak² dua menjak akhir² ni.. tak pulak keluar perkataan follow sini.. dia akan keluar gambar macam kat bawah ni ... seolah² saya dah follow blog ni.. hakikatnya saya tak follow lagi ....


ini contoh terkini saya print skrin ... saya nak join GA yang dianjurkan.. tapi dah jadi macam ni.. tak dapatlah join ....



Kenapa jadi macam tu yer.. korang pernah tak hadapi masalah ni, kalau dah follow blog tu memanglah akan keluar macam ni.. tapi ni tak follow lagi dah kelaur macam ni.. macam mana pulak tu... 




Pengurusan Masa - Menulis Blog

  

Pengurusan masa sangat penting lagi² kalau ada kawan² yang mahu maju dalam dunia blog, dan mempunyai masa yang terhad...

Sejujurnya saya sendiri bila bekerja memang masa agak terhad nak mengadap blog ni, jadi kita kenelah bijak untuk membahagikan masa waktu bila untuk draft entry, publish dan masa untuk menjengah kawan² blog (Blog Walking).

Saya sendiri pun masih baru dalam menulis blog ni, rasanya ramai yang lebih arif, tapi tak salahkan kalau saya kongsikan sedikit tips yang ada ini ... buat kawan² yang baru mula berjinak² dengan dunia blog ni.

Macam mana nak buat sehari sampai banyak entry boleh dikongsikan... biasanya saya gunakan kaedah entry auto publish.. iaitu draft siap² dan uruskan publish mengikut kesesuaian masa yang korang nak.. caranya.. google jer... ada jer banyak tutorial yang bagi tahu hihihihihihi ....

Macam mana nak dapat idea menulis?? takda idea... sebenarnya idea banyak boleh dicipta.. cuma terpulang cara macam mana dan kategori macam mana blog korang .. jadi klasifikasikan sendiri sama ada cerita yang mahu dikongsikan info mengenai perempuan, tip, blogger atau penjagaan anak dan sebagainya...

Waktu pagi ... kalau sempat publishlah entry setiap pagi.. biasanya pengunjung suka datang waktu pagi, dan juga tengahari waktu rehat .. sebab ada yang tak keluar makan tengahari ....

Dan biasanya waktu tengahari lebih sesuai untuk blogwalkingkan.. kan... kalau nak jimat masa draft entry siap² tengahari tu.. nak boleh publish untuk esok pagi pulak ....

Pengurusan masa itu penting jadi takdalah orang akan kata asyik mengadap blog jer.. sampai tak siap kerjakan... buat yang baca blog ini atau terjumpa tips ni... dan tak tahu dunia blog ni juga boleh tambah pendapatan sampingan (yang tu ramai dah berjaya... macam mana caranya mestilah kene rajinkan...) google jerlah tips nak tambah pendapatan dalam dunia blog.. rasanya ramai dah kongsikan....

Kenapa saya kongsikan tips pengurusan masa ni ... sebab ada yang menegur (bukan kawan blog.. tapi orang yang takda blog/penyibuk) blog ni boleh buat entry auto publish yer... dan juga boleh buat entry luput untuk disiarkan/sticky mode... jadi janganlah kata saya asyik mengadap blog sahaja hihihihihihi.... sedangkan kerja saya tak pernah bertangguh ... 

Lagipun saya ni bukanlah blog femes emeskan.. tak payah nak jeles² sangatlah yer... 


Jom makan coklat.. takmoo emosi²... (^____^)v


Bicara Hati : Kita buat jahat orang kutuk, kita buat baik pun kena kutuk, kita tidak buat apa² pun kena kutuk juga .. jadi??? ... janganlah kita selalu bimbang orang kutuk.. biarkanlah orang itu.. sudah tiada kerjaan agaknya ... 

Keputusan Baru



Sejuknya pagi ni .. gegegegege.. selangor hujan pagi ni, tempat lain tak pastilah.. tapi kat klang ni.. gigil ooooo kesejukkan dalam opis ni ..... nasib baiklah hubby bawak kereta pagi ni.. sempatlah mata ni terlelap² dalam jem, sambil meriba amir.... 

Oleh kerana pemenang tak serah diri malam tadi, pagi² tadi lepas amir mandi dan bersiap untuk ke tadika, gigihlah ibu suruh buat cabutan.... tapi tulah.. takmoo pulak bergambar... keputusan adalah muktamad tau.. tiada pilih kasih, harap berpuashatilah .... adil dan saksama.... amir yang cabut sendiri ....


Pemenang baru ialah Nisah Idham


Harap sangat pemenang baru cepat²lah melaporkan diri yer.... tinggalkan sahaja alamat pada ruangan komen ini.. insyaallah.. takkan di siarkan ....

Tahniah buat pemenang baru .... Kalau tak melaporkan diri sehingga jumaat ni 22.02.2013.. nampaknya kenelah bua cabutan baru lagi .... (^___^)

Isnin, 18 Februari 2013

Keputusan Buat Kawan² Yang Bertuah

  

Okkk seperti yang dijanjikan... hari ni saya akan umumkan .. keputusan adalah muktamad, jadi pada yang tak menang jangan lah berkecil hati.. kalau boleh memang nak bagi semua yang komen.. tapi peruntukkan tak mencukupi ..... 

Alhamdulillah.. mendapat kerjasama yang baik daripada Amir, Hubby jadi saksi bidang terjun.. sebab matanya dah keberatan mahu lelap ..;p

Maaf buat kawan² yang ternanti².. tak berniat pun nak melenggahkan keputusan.. tapi tuntutan kerja di opis memang macam ni.. kene curi² masa barulah dapat buat entry... kat rumah manalah sempat nak online sangat,  walhal amir dah lama pun buat cabutan ...(^____^) Eh² masa bile saya buat giveaway?? jangan nak buat² terkejut.. pada yang terlepas klik sini untuk entry tersebut.


 4 Orang yang bertuah akan dapat fm yang cute² macam kat bawah ni...... 
Harap korang suka yer....





 ieja amieja, pn. kutu, fasya dan nieyl






Ok sambung lagi cabutan ada 6 keychain Penang khas buat kawan² semua.... Keychain ni memang dah lama beli.... ingat nak buat giveaway.. tak terbuat²... giveaway macam ni.. pun amik masa.. macam mana nak buat yang besar²an kan.. marah kawan² nanti kalau lamba umum dan lambat pos hihihihihihi. 






 saya disini, fiza rahman




Sila buka mata buntang² nama kawan² terpilih oleh amir.... memang anak yang baik betul, bagi kerjasama sangat² senang hati ibu.. lepas cabut.. terus ibu amik gambar... 





 cha, qasehnya rania, mrs lurve dan linda che lah







Jumlah keseluruhan 10 hadiah sahaja yang termampu.... Harap kawan² yang menang sudi²lah beri alamat dengan kadar segela.. tinggalkan alamat diruangan komen lebih mudah.. dan saya takkan publishkan.... Harap selewat² dapat berikan sebelum 18 Februari 2013, Kalau dalam tempoh tersebut tidak melapurkan diri.. saya akan suruh amir buat cabutan lagi. (^____^)v 



Entry ni akan melekat sebagai entry pertama sehingga 18.02.2013 dan sehingga ada pengumuman baru.. untuk entry baru dibahagian bawah....




Bicara Hati : Kalau ada rezeki nak buat giveaway masa hari lahir amir pulak bulan jun nanti hahahahaha.. lama lagi tu.. tapi dah merancang sekarang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...