♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 23 Jun 2013

Garden Playground



Hikmahnya kata amir.. amir kemain lagi .. pandai cakap budak ni, boleh dia kata ada hikmah tak pergi care4, yeahhh kat sini ada garden lah ibu .. kat care4 dia betulkan kan.. ibu kan.. kan... besarrrnya hah!!! pingsan, masuk² elok pulaklah ada playground ni .... tapi .. tapi .. macam biasalah ibu kalau nak main boleh jer.. janji amir dengar cakap .. ibu bagi .. ok.. solat dulu, makan dulu .. lepas tu barulah boleh main ... dan² setuju tau .. memang anak bertuah ...


Besar sungguhlah garden yang kat sini huhuhuhu ... berganda besar daripada yang kat care4 tu ... keroooo japlah mata ni, kalau dah semuanya amir nak main kan.. tu yang ibu saikoo dulu tu.. ibu cari akal jap camner.. amir jangan lama² kat sini kikikikiki ....






Hohohohoho ... banyak jugak dia main dalam ni.. hubby layankan jerlah ... 
memang permainan dia lebih banyak pilihan daripada kat care4 tu ...
amir main bowling siap terkangkang .. penuh emosi .. gambar tu upload lain kali eh..






Kalau nak main kat dalam ni ada 2 pilihan, buat kad macam ni .. atau nak token ... 
Kalu kad smile ni harga 2 hinggit .. tapi kira macam token jugak .. maknanya lepas main .. kene pulangkan kad ni dan dapatlah balik rm 2.00.
untuk setiap permainan ada yang 1 hinggit, ada 2 hinggit, jadi ibu bayar lah rm 5.00 termasuklah kad ni dan bolehlah amir main 3 game ade 3 hinggit dalam tu...
Tu pun tak cukup ermmmm tambah lagi 2 hinggit sebab amir nak main bowling.






Bicara Hati : Habis main game ni, mereka berurut pulak ... lepas tu barulah balik ... 












Western - Selera Orang Putih Pulak Makan Kat ' Food Court '



Tajuk tak menahan kikikiki.. korang layankan jerlahh .. tuan tanah ,asih ting tong ni .... 

Lepas dah pusing² kat Hentian SKVE tu, kami pun ingatkan nak balik jerlah .. amir pulak... kata lapar, padahal yang sebenarnya dia tak puas lagi naik kereta kikikikiki ..... tak menahan permintaan makanan ketika lapar ialah mee sizling, harulah .. kalau dia ajak pergi care4 kan.... 

Jadi panjanglah akal hubby pikir mana yang terdekat, dan mana nak tuju.. itu yang kami singgah food court giant sg. manggis tu .. hihihihi sebab tak jauh jer keluar daripada tol SKVE tu masuk kiri hala ke pekan banting .. betul kat selekoh antara nak menuju pekan banting atau olak lempik .. kat situlah Giant.

Kali pertama pergi masa balik daripada morib goldcost .. singgah kejap jer pun ... sebab amir nak makan nasi ayam .. kali ni citarasa dah berubah pulak hihihihihi ...


Tengoklah tu.. mee sizzling sampai .. tak nak pandang kamera dah ... hihihihihi .... ibu kongsi sikit dengan amir, itu pun tak habis ... banyak sangat .. amir kata kuah dia pahit hihihihihi ...;p
Harga mee sizling ni termasuk telur RM 5.90 










Hubby makan chicken chop hohohoho... licin hubby kata sedapp sangat ... 
Pada saya sos lada hitam dia pahit, sos cendawan dia sedapp .. korang tengokk tu.. sebab pertama kali kami cuba dua² sos kai mintak hihihihi ...
Harga RM 12.00
BERBALOI²LAH JUGAK.. MEMANG KENYANG SANGAT... TENGOK HUBBY MAKAN.. KALAU SAYA SORANG BELUM TENTU HABIS.. KENTANG PUN BESAR .. 











Kami order chicken chop kat sini, dia ada jual jugak menu masakkan sup², tom yam dan makan bergoreng lain... mee sizling pulak kat sebelah kaunter air .. lupa nak amik gambar.










Kali pertama dulu hubby ada cuba asam pedas ka sini .. tapi rasa dia kurengg sikitlah .. macam lebih belacan .. saya tak boleh langsung nak makan ...











Bicara Hati : Dah makan dah kenyang .. elok lah pulak kat sini ada garden, hadoilah layankan dia kat sana pulak.. padahal sebelah food court tu ada jer playground percuma.. tapi amir tak puas.. sebab ramai orang.. tempat pun kecik jer...

















Sabtu, 22 Jun 2013

Panorama Hujung Minggu Tanpa Arah Tuju



Bila hujung minggu kami tanpa arah tuju, pagi hubby kene pergi sekolah .. jadi macam biasalah kerja² rumah ibu kene siapkan... walaupun dah siap berkemas.. masih ada sahaja yang mahu dikemas.... kadang naik heran ... tak habis² hihihihihi ....

Sudah kemas, sudah makan , sudah tidur , sudah layan game berpuluh kali di tab, sudah jemu menonton dan melayan kartun berulangkali di tv .. maka mulalah anak bujang akan suarakan hatinya ... mahu keluar ... mahu naik kereta, mahu ronda² .. mahu tengok layang²... 

Minggu lepas jerebu tidaklah seteruk minggu ni .. jadi kami dapatlah pergi jalan².. lepas highway SKVE jer pun hihihihi .. hubby parking kat tepi hentian tol tu ... maka mulalah aksi possing²... spontan.


 Kebetulan ramai jugak yang singgah, ada kapal terbang lalu ... sukalah amir, tapi dia nak jugak tengok layang² .. kat sini mana ada.. kat dalam taman² tu adalah .. tak tahulah taman apa.. tapi kami pernahlah jugakkkk lalu kat situ... memang ramai orang main layang².. ada orang jual layang² jugak.. tapi .. ntah hari tu lalu takda pulak.. dah pindah tempat lain agaknya.





Sila jangan muntah hijau .. amir ambilkan gambar kami berdua hihihihihi .... 



Kat sini pun kita orang nak possing, dapat keluar rumah jadilah .... seronok dibuatnya, balik singgah giant baru kat sg. manggis (iyer ker.. sg. manggis).. iyer kot.. jalan yang menghala ke pekan banting tu.

Nanti sambung cerita makan² kat sana ... chicken chop dia sedapp jugak.





Bicara Hati : Hujung minggu kali ni kene balik kampung, ada doa selama sikit kat rumah mertua.. adik beradik jer pun....









Jumaat, 21 Jun 2013

Hari Floria Di Putrajaya 2013






Wahh besnya dia datang lagi .. dia datang lagi ... wahhh terujanya ..... kali ni tema bunga orkidlah pulak , mesti bestkan.. alahai.. ntah sempat pergi ntah tidak ni... tahun lepas langsung tak dapat pergi, dah lama tak pergi kali terakhir masa mair 2 tahun kot .. itu pun pergi dengan kawan².. balik kenduri kawin.

Tarikh bermula : 22.06.2013 - 30.06.2013
Tempat : Presint 2, Putrajaya




Bicara Hati : Jom layan Raja alawak dulu hihihihi ...






















Kebakaran di sana sini



Allahuakbar .. mengucap panjang dibuatnya pagi tadi .. jalan nak keluar rumah daripada sijangkang ke johan setia tu .. memang putih habis.. ramai pasang lampu.. tak nampak jalan huhuhuhuhu .... jerebu makin teruk, sudahlah beberapa hari ni tak hujan².. memang bahangnya terasa.


Ini kejadian pagi tadi yang sempat saya rakamkan, ini pun sebab berhenti kat trafiic light ... geleng kepala dibuatnya, manalah hilangnya rasa tangungjawab terhadap alam sekitar ... kalau kebakaran ni makin berleluasa nampaknya ... makin bertambah teruklah jerebu.


Gambar kebakaran makin teruklah jerebu di tempat saya .....





Pagi ni amir dah moody takmoo pergi tadika, dia tak sihat .. dia ngadu nak duduk kat taska sahaja sakit tekak.... pujuk².. alhamdulillah ok.. jangan kata amir, ibu sendiri pun tak selesa sekarang ni .. iyerlah keluar rumah awal pagi ditambah cuaca macam ni badan pun lesu dibuatnya.. kalau boleh macam nak baring sahaja.






Sedikit Tips masa Jerebu ni .. harap membantu sangat :- 

  • Kurangkan aktiviti luar
  • Jangan Merokok/ Jangan membakar sampah sesukahati
  • Banyakkan minum air masak
  • Membasuh tangan dan muka lepas keluar dari rumah
  • Pergi klinik kalau demam teruk
  • Pastikan persekitaran rumah bersih 
  • Pakai penutup hidung keluar rumah, itu langkah selamat juga.







Bicara Hati : Bila nak ada hujan tiruan ni... 





Doa Pada Allah , Mengadu Pada Yang Maha Kuasa









Bicara Hati : Manusia mungkin boleh mendengar, boleh melihat .... tapi bolehkah dipercayai.... Berdoalah mohon pada yang maha esa, kerana dia maha mendengar, maha melihat dan mengetahui apa yang terbaik buat diri kita dan maha mengetahui yang akan berlaku dimasa hadapan pada diri kita, menangislah dihadapannya... sesungguhnya jika kita ikhlas.. allah pasti makbulkan ... bila masanya akan tiba.. redhalah pada ketentuannya.



Jangan cari redha manusia hingga Allah murka, carilah keredhaan Allah .. walaupun manusia murka 
(^___^)v

Khamis, 20 Jun 2013

Sensetif dan Peka Persekitaran



Allahuakbar cuaca jerebu kat kawasan rumah ni nampaknya makin teruk tadi tengok berita pun.. ada pulak yang membakar kawasan ni haihh.. tak cukup-cukup dengan negara jiran membakor... ditambah pulak yang membakoo kat sini.... terbakoo pulak hati dibuatnya.

Dah malam hari ni tekak pun semacam jer dah, terasa peritnya.. kering.. amir pun dah mula ngadu .. sakit tekak.. nampak bibir dia kering ... ibu dah mula sakit-sakit badan.

Tak kala azan maghrib berkumandang tadi, amir dengan muka prihatinnya tanya.. ibu tak sihat ker?? napa macam sakit.. alahai anak bertuah ni .. nampak jer kamu perubahan ibu kan... dan tagan-tangan manja itu menumpuk-numbuk lembut kat badan belakang.. lega rasanya hilang sikit rasa sakit.

Amir dari kecik dia memang berjiwa sensetif, nampak garang .. cuba tinggikan suara tegur dia.. mahula tangisan dia setaman dengar .... kalau anak dara sebab tu ibu kata dia sensetif dan peka persekitaran. belum lagi tiba hubby tengah tengok tv dan dapat sms.. bila hubby tukar seluar jer.. mesti amir yang sibuk tanya dulu.. ayah nak pergi mana.. kadang-kadang amir siap pesan.. jangan balik lambat yer... untung-untung hubby belikan kit kat.. tapi kalau 2 jam hubby keluar tak balik-balik mahulah asyik tanya bila hubby nak baik ni.. amir nak tidur.. walhal nak tidur ibu yang buatkan susu.. ibu yang peluk.. haihhhh.. mungkin pada amir bila hubby dah balik tu dia senang hati. itu jer pun.

Menu malam ni pun asam bendi rebus koboi jer.. dengan telur dadar... dah licin itu maknya okllahhh tu.... tak laratlah nak memasak rasanya, apatah lagi berdiri lama-lama... tapi mengadap laptop ni larat pulak kikikikikiki ...;p




Bicara Hati : 2 beranak dah selamat berdengkur hihihihi ....




Cheese Yang mengiurkan





Ramai yang dah mencuba, ramai yang dah merasa.. dan ramai jugak dah review sedapppp .... ni blog kisah hati yang baca ni .. blog kisah hati ni sudahnya telan air liur banyak²lah dibuatnya tau.. nampak gambar macam ni pagi² kat fb, sebab tengah makan hati rasanya tak dapat nak makan lagi grrrrrrrr ....

Terbayang²lah bilalah agaknya dapat merasakan .. kan... jadi sebab tak dapat nak jamu selera kat burger bakar abag burn ni .. saya jamu mata jerlah ... huhuhuhu....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...