♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 12 September 2013

Bidaman - Mainan Guli Amir Yang Baru


Korang pernah dengar tak nama mainan bidaman??? seyes saya tak pernah dengar .. sampailah anak buah hubby cakap ... 'amir.. abang dah ada bidaman, abang dah beli' saya siap tanya bidaman?? apa tu... hahahaha ... dah saya pulak teruja .. sebab macam pelik namanya siap berkali² saya tanya bidaman tu mainan apa??? huhuhuhu .. dan saya siap kata.. apa nama dia? apa?? bidaman ... hahahaha .. sampai macam tu sekali.. haru toi kan.

Amir kata mainan yang boleh tembak guna guli lah ibu .. owhh barulah saya tahu ... ni kebetulan pertama kali beli (hubby yang beli) saya?? kosaaaa lah melayankan dia beli mainan macam ni ... saya sempat amik gambar kotak jer.. lepas tu hubby dengan amir cantum² robot² tu .... main sama².. dah beli satu .. macam tak best hubby beli lagi satu .. yang tu lupa pulak nak amik gambar.


Anak² korang dah terjebak tak dengan fenomena ni ... saya tak tahu bila mula menular .. yang pasti raya baru ni .. sana sini budak² main bidaman ni ... saya risau jugak sebab gulikan, nasib baiklah amir dah besar jadi dia tahu guli ni untuk main macam mana.. yang jenuhnya dia tembak.. dia kutip kikikikiki .. dia jemu.. dia letaklah kat tivi.. buat perhiasan. macam dalam gambar kat sini. yang kat atas speaker tu ada 2 sebelah kana kiri kereta warna merah.



Bicara Hati : Pelik² jer kan, dulu saya main gulu yang balik kat tanah tu .. buat bulatan .. pastu baling sampai keluar... ;p






Rabu, 11 September 2013

Bila Harga Minyak Naik Apa Reaksi Pengguna ?????



Hahahahaha ... gelak jap sambil tutup mulut , tajukkk kemain poyoooonya kan .... mesti orang yang google marah tau .. tetiba baca entry eh .. ada kaitan ker??? 

Kenapa pulak takda kaitan, iyer tak.. kalau harga minyak naik .. dah tentu²lah barang pun akan naik ... harga barang² yer.. korang jangan pikir barang lain pulak .. musim² sejuk ni .. eh² senyum pulak .. iyerlah kang kot korang salah paham huhuhuhu .. haru² .... 

Oleh kerana harga barang naik, jadilah pengguna bijak ... wawahwawahhhhhhh .. kan .. mari kita bawak bekal daripada rumah .... 



 Sangat serbaguna bekas ni .. suka² .... boleh bawak macam² lepas ni... insaf jap bawak bekal .. nak beli tupperware jer pun tak mampu den .. tengah kumpul duit lagi .. nak tambah koleksi.



Terima kasih protonnnnnnnnn bagi bekas ni, sebab tu lah hubby suka hantar servis kat proton ... kalau tukar minyak hitam ke hapa ke .. atau ada masalah apa .. sebab dapat hadiah, tapi .. kalau korang sombonggg tak bertanya memang pekerja proton tu tak bagi .. jadi korang kenelah tanya .. sebab bila pelanggan tak tanya dia oranglah yang amik barang² tu. 


Eh² ni cerita hadiah ker?? cerita harga minyak naik .. hahahaha .. hentamlah labu.



Bicara Hati : Apalah ertinya harga kereta turun, harga minyak naik ... naik minyak dibuatnya ... moh ler sapu minyak angin .. pening² .. yang ni tak naik² harga kikikikiki ....;p







Bukan Rezeki Siapa - Siapa



Susulan daripada entry saya petang semalam mencari pengunjung ke 234,567 di blog nampaknya takda rezeki sapa²lah sebab takda pemenang huhuhuhuhuhu .....

Takpa lain kali saya buat lagi, giveaway lain pulak eh... dan insyaallah ada 3 orang blogger yang bertuah di blog ini akan mendapat hadiah daripada saya hujung tahun ni wiwiwiwiwiw .. suka tak?? suka tak???? suprise..... sayang korang tunggu 3 bulan lagi eh.. penggumuman tu... sebab apa nak bagi hadiah?? sebab tanda terima kasih kat koranglah.. sentiasa menyokong blog picisan masya ni .. sayang korang .. setakat ni ada 3 hadiah jer.. doakan saya murah rezeki.. kot² saya boleh tambah lagi. Dan hadiah ni takda kene mengena pun dengan entry mencari jumlah pengunjung ni tau.. tiada kaitan langsung.. jangan salah paham pulak.



Tetiba tuan tanah nak interframe hahahahahaah .. layan, sejuk sejak 3 - 4 hari ni yer .. musim hujan sana sini ... musim mengawan² kata kawan aku hahahahaha .....







Tempat Parking Yang Tidak Sesuai


ishhhlah .. ni nak tengok tv ke.. nak tengok koleksi kereta hahahahaha ..... macam tulah kan ... minat hubby ni dari dulu .. sukalah beli kereta² mainan kontrol macam ni .. buat koleksi, bosan² dia layan .. amir lah rajin melayan .. dah bukan ayah layan anak.. anak melayankan ayah hihihihihihi ... dan jangan tak tahu .. kalau balik kampung pun kadang di bawak ... main kat kampung, tidaklah semua dia hangkut .. satu jer pun kadang².. iu pun amir yang pilih.



Kalau tahun lepas beraya dengan kereta baru, tahun ni pun sama jugak .. tu.. yang berteggek, bertonggek² tu .. (dah macam lagu wahi pulak) yang merah tu .. antara koleksi yang baru huhuhuhuhu .... di apit oleh b-idaman (nama mainan budak² sekarang... ibu baru tahu hihihihi... ) amir. 

Nampaknya koleksi makin bertambah .. kene beli almari baru ni .. yang lebih sesuai .. dulu² masa kecik amir pantang letak kereta² macam ni tau ... mesti dia amik main, kalau tak pun .. pergi rumah orang mesti dia akan tengok .. dok tenung.. nak amik takutlah tu.. kat rumah orangkan, memang dia takkan bergerak .. dia tengokk jer.. sampai dia puashati.

Tapi kalau beli almari .. sudut mana pulak nak letak, rumah pun rasa dah sarat sangat ni huhuhuhu ... tak sesuai letak almari banyak², tapi kat sini.. memang tak sesuai ... tau tempat parking, korang tahu tak.. raya hari tu.. asal bebudak datang jer.. mesti dihangkutnya buat main ... main takpa ... kalau nak amik bawak balik .. hubbyyyyy pandailah²lah yer jawab... jangan kata saya pulak yang nak sedekah... ayah yang serah diri tayang kat situ.


Bicara Hati : Sebab tak mampu nak beli yang realiti .. beli yang mainan pun .. janji original .. dah jadi sau kepuasan hubby kata.


Selasa, 10 September 2013

Mencari Pengunjung ke 234,567 Di Blog Kisah Hati



Yuhu .. yuhu ..... petang² takmoo mengantuk, meh nak bagi mood happy meh .... macam giveaway spontanlah ni .... saya harap berjayalah .. walaupun blog saya bukan kategori femes emes hihihihihi ...... tiba² rasa bermurah hati nak bagi hadiah kat kawan².. yang beruah.. ops.. pada sorang jer kawan yang bertuah sekiranya berjaya.

Tadi saya tertengok tahap pengunjung di blog saya, saya tertarik pulak nak buat giveaway spontan buat pengunjung blog saya .... pada mereka yang bertuah menjadi pengunjung ke 234, 567 silalah print screen yer.. buat entry kat blog dengan tajuk 'Mencari Pemenang Ke 234,567 Di Blog Kisah Hati' dan jangan lupa link kan entry tu kat blog saya .. sebagai bukti kawan² pengunjung yang bertuah itu .... maaf pada silent reader yang takda blog, yang ada blog di alu²kan.. ini terhad pada yang ada blog jer... sebab saya nak dia buat entrykan... wiwiwiwiwi ... bukan followerrr pun ok.. janji ada tahu anda menang dan boleh di hubungi, maksudnya link blog janganlah di tutup pulak huhuhu.. kang susah saya nak kesan.


Jom mengira detik.. bermula sekarang sehingga ada pemenang .. melaporkan diri .. moga² esok pagi .. saya bukak blog dah ada pemenangnya.
SEMOGA BERJAYA ..... (^__^)


Hadiah??? hadiah apa masya .. opsss.. mestilah ada hadiah ..... suprise.. sebab dia spontankan... yang pasti akan ada satu hadiah buat yang bertuah itu.... kalau ada 2 pengunjung serentak macam mana??? hah!! boleh ker??? okkkk .. akan dipertimbangkan 2 hadiah .. tapi yang pertama melaporkan diri menjadi keutamaan.




Bicara Hati : Harap adalah pemenang, takdooo .. takpa... wiwiwiwiwi ....








Laksa - Makanan Kegemaran Baru




Citarasa dah mula ke arah kematangan, anak orang lain setahun pun dah makan laksa... tapi amir ni.. dia tak reti makan laksa dengan kuah ... dia akan makan mee laksa jer.. memang dari dia kecik .. sampailah raya baru² ni .. dah bila pergi open house sana buat laksa, open house sini buat laksa.. lepas tu dia tengok saya makan macam sedaapppp jer.. jadi dia pun nak cubalah hihihihi ... tapi kalau sup² memang dia makan daripada kecik lagi .. seawal setahun dia dah makan.

Bila saya kata cuba dulu .. tak pedas, saya letakkan kuah dan telur rebus ... dia makan dengan penuh selera ... sampai cakap sedapp lah ibu .. sedappppnya .... kan.. ibu dah kata sedappp .... terus dia suka.

Yang ni gambar masa akak ipar buat open house lepas tu saya bawaklah balik sikit kat rumah sebab amir suka.. 2 hari jugaklah dia makan laksa ni ... sedappp, jangan dia soh ibu masak sudahlah ... ibu bukan tak reti masak.. tapi tak reti nak masak laksa sikit² hahaha.. sekali masak mesti nak banyak .. banyak maksudnya ikan sekilo macam tulah .. tapi sekarang ada laksa modenkan .. pakai sardin dalam tin jer.. tak pernah lah pulak saya cuba.. sebab selalu pakai ikan kembung jer hihihihihi .... hubby tak berapa suka laksa sangat, kan dah cerita citarasa kami berbeza... tapi dia makan jugak.. bukan tak makan langsung.



Bicara Hati : Suka sangat citarasa amir yang tak memilih bab makan ni ... semalam masak lempeng cicah telur, dah siap masak amir kata nak nasi dengan sambal telur .. saboo jerlah.. nasi jugak yang dicarinya.






Vacum Buat Hal



Raya baru² ni, eh² nak cerita pasal raya lagi ker?? hahahaha.. gasaklah masya .. nak cerita jugak .... walaupun raya dah habiskan, ni kira beberapa hari nak raya lah macam tu, hubby kemain rajin kalau nak raya tau .. daripada menyapu .. buang sawang kipas, sawang siling, pasang langsir dan vacum² ni hubby memang rajin.. alhamdulillah .. sejukk hati isteri tak payah cakap hubby memang akan buat... dan hasilnya selalu hubby kemas rumah memang jarang mengecewakan hati mesti bersih punya. hihihihihihi .....

Dah 6 tahun duduk kat rumah sekarang, dah 6 tahun jugaklah usia vakum kami kat rumah tu .. tup² raya tahun ni dia buat hal lah pulak .. mujurlah hubby dah habis vakum, dan mujurlah jugak kat rumah takda karpet mulu² geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tu kan hihihihihihihi .... haihh sadis betullah.

Tak amik pot sangat kot vakum tu rosak, dia rosak kat bahagian sambungan tu terputus, jangan tanya macam mana jadi .. jangan tanya.. saya tak tahuuuuuuuuuuuuuuuu .. tapi muka hubby macam sedih sikitlah .. sebab vakum tu banyak berjasakan, balik kampung pun kadang kami bawak.. ada yang nak guna.. dan masa raya tu sempatlah jugak mata ni dok usha² vakum... usha jerlah ... belinya tak tahulah bile kan kikikikiki ...;p siap cakap kat hubby nanti kalau ada rezeki nak beli vakum macam yang kat tempat basuh kereta tu lah ... (melampau tak .. selera naga betulkan)

Sekali kan.. sekali kan... tak sempat pun nak cerita pasal vakum yang rosak kat blog, hubby buat supriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ... balik² kerja tup² kemain besar ada kotak kat sebelah pintu hahahahahahaha ... reaksi aku?? ntah terkesima kot ... apa yang besar sangat kotak ni .. nak senyum pun macam iyer² nak senyum tak jadi hahahahaha ...


Hubby dah beli vakum baru hihihihihihihihi ....... 3 dalam 1 katanya, ntah apa yang 3 dalam 1 pun saya tak tahu.. tak cuba pun guna lagi, beria hubby bukak kotak tu ...



 Hubby dah terjebak beli online .... beli online vakum ni tau gegegegege ... tu yang tak sangka tu.. hubby kata ade offfer kat Lazada tu dia beli, offer² pun rege masih 100 lebih jugak .. tapi masih berbaloilah termasuk harga pos tak sampai 180.00 pun wiwiwiwiwi ..... berbanding kami nak cari serve dari satu kedai ke satu kedaikan .... wawawawahhhhh hubby dah terjebak membeli barang online ... ni barang yang ke - 3 @ 4 kalau tak silap sebelum² ni dia ada jugak beli yang lain .. ;p semuanya pun kat Lazada jer hubby beli.



Dan anakku yang bertuah ini dengan sesuka hatinya .. dengan berjayanya telah memasukkan diri kedalam kotak vakum itu tanpa rasa bersalah huhuhuhuhu .. dan mendeko² kreativiti di situ .. alahai .. anak²... kotak ni ibu nak letak vakum sayang ... lama nak gunakan kotak ni yang, nasib baiklah kamu conteng jer... kalau gunting kotak ... nampaknya vakum tak berisi dalam kotaklah jawabnya.



Ok.. cukuplah tu edisi vakum punyal hal, dan dapat vakum baru .. hubby kata ada orang tu.. dia tak belikan hadiah .. jadi dia beli hadiah sendiri hahahahaha .. ayah ni ada² jerlahkan... bukan vakum ni .. dia ada beli barang lain jugak selain vakum ni kat lazada tu.... dia kata beli hadiah hari lahir sendiri.. alahai ... sebak jap dengar walaupun saya tahu hubby bergurau jer.



Bicara Hati : Ala... lupa nak amik gambar vakum lama, ade jer kat rumah tu.. duduk dediam atas almari hihihihihi....










Isnin, 9 September 2013

Nasi Goreng Makan Hati





Dah tengahari rupanya, cepatnya masa... cepatnya ½ hari berlalu .... naik kerooo (juling) mata melihatkan nombor² menyemak gaji ni huhuhuhuhu ..... 

Jom jamu mata kejap, orang kata tak elok makan hati .. makan hati ayam ke.. lembu ke.. kerbau ke .. sesekali okkkk kot .. jangan selalu .. pagi tadi kemain laparnya .. inilah sarapan pagi tadi .. merangkap sampai dah tenghari ni tak habis².. memang kenyang sampai malam lah jawabnya hihihihihihihi .. makan nasi goreng makan hati ni.

Apa menu tenghari korang, tetiba terbayang sedappnya .. kalau dapat makan kotiaw goreng, sedapppnya kalau dapat tom yam seafood huhuhuhuhu ..... 



Bicara Hati : 2 hari cuti musim sejukk jer.. kikikikikiki .... hujan sana sini siang malam kat selangor ni.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...