Bile hari raya jer .. semua orang pun sibuk melaram kan.... bergaya sakan ntah macam hape jer.. kalau pakai bedak tu mengalahkan tepung gomak (tu sayalah tu .. masa kecik² dulu.. dah besar dah ade anak ni takde maknenya .. baru nak pakai baju pun anak dah terjerit² nak itu ini huhuhuhuhuhuhu.....)
Pernah tak korang terpikir sebenarnya alat kosmetik dan barang mekap yang kite gunakan tu ade masanya tamat tempoh tau .. cuma tak tertera macam makan jer ..
Jangka hayat alat kosmetik penting kalau tak tahu barang yang kite gunakan tu dah tamat tempoh boleh memudaratkan kesan buruk kepada kulit kita.
Lipstik
Mampu bertahan sehingga 2 tahun selagi tak berbau atau cair.
Pensel Bibir
Hasil lakaran yang baik dapat diberikan oleh alat ini dalam tempoh 2 tahun.
Bedak Asas
Bedak yang berasaskan air boleh bertahan sehingga setahun, manakala yang berasaskan minyak pula baik digunakan sehingga 1 tahun 6 bulan.
Bedak Debu
Kesan sapuan yang baik serta sempurna boleh diperoleh dari bedak yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh pengeluaran.
Penyamar noda
Gunakan dalam jangka masa 12 bulan sahaja tetapi kalau strukturnya dah mula padal dan menempel bila disapu dikawasan mata maknanya dah rosaklah tu.
Penggaris Mata / Pembayang Mata
Sebaik-baiknya digunakan dalam tempoh 2 tahun.
Maskara
Maskara yang melebihi 3 bulan pengeluaran sebaik-baiknya tidak digunakan.
Pencuci & pelembab wajah
Sekurang-kurangnya bertahan dalam tempoh setahun. Pastikan anda menjaga kebersihan produk. Jangan sekali-kali memasukkan jari pada tiub atau balangnya. Guna kapas agar kandungannya tidak tercemar.
Berus
Berus yang berkualiti akan bertahan dalam tempoh yang lama. Cuci dengan pencuci wajah yang lembut dan biarkannya kering. Cuci berus solek sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali.
Gambar² semua ihsan google sana sini . kecuali pencuci muka dan eyeshadow
Bicara Hati :
Ini jer koleksi eyeshadow yang saya ade dapat masa hantaran dulu dah 6 tahun erkkk dah tamat tempoh lah yer.. alaaa... sayang nak buang huhuhuhu...... nak beli baru eeemmm pikir dulu lah sebab jarang guna kan...