♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Ayong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayong. Papar semua catatan

Jumaat, 26 April 2013

Tahniah Ayong


Dah lama majlis berlangsung dekat sebulan kot, tapi tak sempat nak update ceritanya, kalau makanan mau dah basi... entry intro saya ada masukkan hujung minggu kami, sebenarnya majlis tu ialah majlis pertunangan anak buah hubby, anak abang ipar yang sulung .. dengan erti kata kali cucu mertua saya yang sulung hihihihihi .. jadi menjawablah segalanya pertanya kawan² blog, ada yang ingatkan adik saya.. adik perempuan saya ada sorang jer.. dah kawin pun.. yang lagi sorang dah meninggal dunia.

Okkk.. takmoo cerita panjanglah .. jom layankan sikit².. gambar² jurukamera tak amatur ni hahahahaha.... kamera baru ni macam tak sharplah bila amik gambar.. mesti gegar huh!!! 



Bakal mak  mertua ayong yang menyarungkan cincin...




Gambar ayong dengan mama (akak ipar saya yang baju biru tu...) hihihi.. nampak muda kan.. padahal umur dah 40 lebih pun.. apalah petua kamu nampak muda eh... yang tudung coklat tu.. bakal mertua ayong.



Antara barang² hantaran pihak lelaki ....



Sebahagian barang² hantaran pihak perempuan 



 Antara wartawan² yang hadir kikikikiki .... 
gilerr glamourr jap...



Kami sekeluarga .... 
Amik gambar dengan ipar duai ... amir moody kepenatan...



Tahniah Ayong.. moga ikatan pertunangan ni hingga kejinjang pelamin dan seterusnya hingga ke syurga, selamat menepuh alam pertunangan .. dugaan dan cabaran pastinya ada dalam perhubungan .. kerana apa yang bakal di lalui untuk hidup bersama adalah lebih berat tanggungjawabnya...


Menu² pada hari itu adalah gotong royong ahli keluarga, sorry gambar² makanan tak yah tayang lah eh.. nanti korang terliur dibuatnya.. lagi² ada sagu makan dengan susu air, air koktel ... sambal goreng jawa .. fuhhh ... lupa hinggatan jap masa menjamah.

Alhamdulillah majlis bertunang dah selesai, lepas ni majlis langsungnya lah pulak yer... insyaallah moga semuanya berjalan lancar...




Bicara Hati : Saya dulu tak merasa pun majlis meriah macam ni.. bertunang pun ahli keluarga jer datang , buat malam jer pulak tu... maklumlah orang deka jer kan... kikikikikiki .... tapi datang berkereta jugak.. padahal.. tak sampai gear 3 pun dah sampai ... ;p






Isnin, 25 Mac 2013

Hujung Minggu Kami



Kepenatan, tiada istilah monday blues hari ni... siapkan kerja yang perlu.. kerana akan sambung cuti pada khamis dan jumaat ni pula....

Layan gambar ni dulu... entry panjang atau pendek akan dikongsikan kemudian.... kepenatan kerana hujung minggu baru² ni.. adalah berkaitan gambar dibawah... sampaikan petang semalam sakit kepala yang amat tak terlarat dibuatnya.. nak bercakap.. apatah lagi nak duduk lebih lama....













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...