♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Baju Raya Warna Biru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baju Raya Warna Biru. Papar semua catatan

Isnin, 19 Ogos 2013

Kenangan Di Pagi Raya - Keluarga Kecil Kami


Dah masuk 12 Syawal baru hegeh² nak upload gambar family hihihihihi ... tak kisahlah kan lagipun ini kan blog peribadi .. jadinya ikut sukati tuan tanah kedaunglah bebila nak upload gambar dia beraya, sebab gambar beraya walaupun tak banyak semuanya pun punya kenangan tersendiri dan haruslah dikongsikan di blog ini sebagai tatapan akan datang .. janji uploadkan .. sebagai kenangan di blog kesayangnya ni (^_________^)v kasi senyum lebar sikit.

Sebelum ni dah kongsikan 2 keping gambarkan sebagai intro kali ni.. kongsikan lebih sikit .. jangan muntah biru kat blog ni sudah hahahaha ....

Edisi rutin, lepas ayah solat .. pastinya ada edisi pujuk memujuk amir untuk foto² gedik ni .. dia kan pemalu .. tapi dah possing kang lupa diri .. tak malu dah .. haihh memang macam tu lah dia .. baik rumah mak saya, rumah mertua, rumah embah buyut dia.... tu belum lagi ragam dia kalau ikut baraan keluarga.




Terasa cepatnya masa berlalu amir dah 5 tahun sekarang, tengok gambar ni macam dah matang sangat dia .. sampaikan ada yang tegur dah sekolah darjah satu ker?? hahahaha .. habikkkk ko tadika 5 tahun pun tak habis lagi, baru nak belajar membaca lah auntie². Muka jer nampak matang .. tapi akaiiiinya .. nakalnya .. keletahnya ... manjanya .. mengalahkan budak 3 tahun, bak kata mak cik² saya dia sorang jerkan .. manja lebihlah.





Memula kemain sopan lagi ... potret family pagi raya, baju ibu munga² tu beli kat GM Klang hihihihihi .... hubby kata macam baju kanak² riang, lagi² saya padankan dengan shawl pink tu .. nampak macam saya jauh lagi muda daripada dia (padahal memang jauh beza pun umur kami) .. tapi hubby sporting .. dia kata okkk .. cantikkk... nak sedapkan hatilah tu, sebab tak sempat cari tudung .. berkenan shawl online .. mahal kemain kat butik popular .. yang ada batu² mutiara tu .. tapi .. takkanlah nak beli shawl yang lagi mahal daripada baju kan .. sila pejam mata, batalkan niat.





Suka sangat gambar ni .. semua orang nampak happy .. ibu jangan cakaplah .. kalau amik gambar .. tak nampak semua gigi tak sah hahahahaha .... hubby kata senyuman ikhlas tu ... (^^,)





Semua gambar² ni saya setting masa .. sebab tu setiap gambar dah macam candid pun iyer .... suka gambar² amir dalam semua² gambar .. sebab nampak jujur & ikhlas sangat .. sweeett sangat .. memang macam tu lah dia .. memula jer malu lepas tu .. tak payah ajar .. tahulah dia nak possing gaya mana ....
Sorry hubby nampak kepala jer.. ibu dan makin membulattttttt dengan jayanya semua pun dah besar daripada atas sampai bawah.. tapi ayah suka kan.. kan.. angguk cepat ... berani geleng ibu cubit peha.





Gambar ni amir yang amikkan .. memula hubby pandang kamera bila amir kata ok .. amir tekan ibu .. cecepat hubby nak buat ala² kiss saya .. marah betul amir tengok gambar ni hihihihihihi .... majuk kunun²...





Alhamdulillah raya tahun ni kami terasa kemeriahannya lebih sikit, walaupun rasanya persiapan semuanya pun ala kadar .. cuma rasa kemeriahan tu sebab amir dah makin dewasa kot mudah kami nak berjalan raya, dia pun dah pandai teruja nak beraya dengan kawan² dan sepupu²... raya pertama kami ikut baraan keluarga saya, raya kedua amir ikut hubby baraan orang² lelaki dengan sepupu² dia .. memang meriahlahkan ... 






Bicara Hati : Tetiba rasa macam nak canvas semua² gambar² raya spontan ni .. potretkan kat rumah nanti ... cantik x?? gantungkan kat dinding ....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...