♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Basikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Basikal. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mac 2015

Minggu Ujian Sebelum Bercuti



Pejam celik .. pejam celik melayankan kerenah amir sekolah rupanya dah nak bercuti sekolah penggal yang pertama ... sepantas itu masa berlalu ... sehingga banyak momen² yang tak sempat kuabadikan di blog.

Melayankan kerenahnya yang ada pasang surut bila mahu ke sekolah sudah cukup buatkan ibu rasa mau nangis, mau ketawa dan adakalanya mau pitam jugak bila balik melihatkan baju bajannya sudah rupa pergi ke belukar ... iye.. kebelukar .. kotor sana sini ... memang begitu agaknya anak lelaki.. teringat pulak zaman sekolah dulu .. bila kawan² lelaki ku begitu ... sekarang punya anak sendiri yang bersekolah barulah aku tahu macam mana payahnya mahu mencuci (takpa dah jumpa penyelesaiannya muehehehehe ) 



Semalam ada mesyuarat PIBG disekolah, cukuplah hubby yang pergi sebagai wakil ... sekadar untuk mengetahui perkembangan .... 

Hari ini pula amir ada ujian, iye sepanjang minggu ini ada ujian ... harap sangat di tenangkan hatinya bila menjawab ujian² tu ... pagi petang ada ujian penilaian ... mujur jugak amir sudah baik demam .. alhamdulillah hikmah yang tak terhingga. Ibu doakan amir jawab dengan baikkk .. 





Bicara Hati : Ibu yang rasa syukur sangat amir dah pandai baca jawi, ejaan jawi sekarang ni banyak berubahkan .... 







Isnin, 1 September 2014

Amir Pandai Kayuh Basikal Tanpa Roda Kecil


Assalamualaikummmmm ... lama peram entry ni daripada minggu lepas gara² tak boleh upload gambar .. hihihihi .... oleh kerana semangat ibu yang membuak² hari ni cuti .. ibu nak jugak publish entry ni hihihiihi ..... istimewa sangat² dan secara rasminya pada 25 Ogos 2014 bersamaa hari isnin 29 Syawal amir dah pandai kayuh basikal tanpa roda kecil kanan kiri .... yeahhhh berganda² happy ibu dia.. yang gelihatinya nenek yang ajar amir .. gigih nenek pegang belakang basikal tu melayankan kerenah amir ... hubby baru je betulkan basikal ni .. terus dia semangat nak kayuh tak nak beroda....












Akhirnya , amboi kemahin lajukan... dah terror sikit tu ... gigih ni pun sebab ada sambutan kemerdekaan kat tabika kena bawak dan kayuh basikal hihihihi .... tapi ibu suka sangat semangat amir ni sebab gigih belajar, walaupun tak confiden sangat, takpa ... walaupun ibu bukan yang pertama nampak .. tapi ibu bangga sebab ibu baru nak turun kereta amir dah berlari8 bagi tahu dan kongsikan kegembiraan dengan ibu yang amir dah pandai .. sayangggggg amir .. good job, nanti ... kita boleh geng kayuh basikal sama².. ibu nak beli basikal lah ... macam best jer kayuh basikal ni.




Bicara Hati : Dulu gigih kot kayuh basikal yang ada palang kat tengah tu .. sudahlah besar.. semata8 nak pandai kayuh basikal.. rasanya dah darjah 3 kot kikiki ....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...