♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Bubur Lambuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur Lambuk. Papar semua catatan

Selasa, 5 November 2013

Kemeriahan Sambutan Maal Hijrah


Alhamdulillah rasa bersyukur sangat tahun ni masih lagi diberi kesempatan untuk merasai kemerian awal muharram bersama keluarga.

Macam biasa setiap tahun bapak mertua akan ajak anak - anak, menantu dan cucu-cucu berkumpul solat maghrib bersama baca tahlil, doa awal dan akhir tahun ... Cuma kali ni bapak ajak sekali budak-budak yang mengaji ... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Tapinya saya menantu bertuah ni.. Menantu pilihan ni datang makan jer sebab kerja hihihihi... Yaaaaampun kami bawak durian jer beli masa balik kerja.





Ni jer gambar yang sempat amik masa berkumpul makan, bubur lambuk bungkusan untuk bawak balik.... Menu malam tu banyak jugak bubur lambuk dengan bihun tom yam mak mertua masak... Akak ipar bawak kek coklat, apam balik dan bubur kacang.







Ni cucu bertuah... Masa baca tahlil dah tidur, sebab seharian dia tak tidur waktu siang... Ermmm amir-amir memang anak bertuah.. Mujurlah solat maghrib sempat jugak.. Siap iqamat lagi... Sejuk hati dan perut ibu dengar... Moga menjadi contoh yang baik sampai besar.







Moga apa yang telah berlalu biarkan ianya berlalu disitu....  Mari kita buka lembaran baru.... Salam Maal Hijrah 1435h









Selasa, 30 Julai 2013

Bubur Lambuk Percuma



Bubur lambuk ni sinonim bila bulan nak sambut hari asyura dan bulan ramadhan, saya paling suka sangat makan bubur lambuk yang banyak herba lepas tu ada isi ayam/daging, kacang tanah serta daun sup rasa macam umppphhh sangat kalau dapat makan... boleh makan berulang² kalau semua bahan² dia terasa... tapi kalau bubur lambuk jenis yang manis saya tak makan huhuhuhu ... tak reti .. sebab dah terbiasa makan yang macam ni daripada kecik.

Kat opis kalau bulan puasa mesti dapat sekurang²nya sekali .. alhamdulillah ada rezeki lagi dapat hari tu sebelum nak cuti nuzul quran memang langkah kananlah kan.. sebab macam teringin sangat² nak makan... lepas tu pulak bila dapat kat opis macam ni memang hadap soranglah ... tapi.. yang dalam mangkuk ni mek sebelah punya hihihihi .... sebab banyak sangat jadi saya bagilah mek sikit.. kalau nak harapkan kami 3 beranak jer makan .. manalah habis.



Bicara Hati : Sedapnya kalau dapat makan lagi .. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...