♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Cameron Highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cameron Highland. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Disember 2012

Menarik Jalan - jalan di Cameron Highland

 


Kesejukkan tidur malam tak terkata, kami bentang tilam pakat tidur depan tv jer.. tak ketiduran dalam bilik.. hihihihihihi.....


Bangun awal siapkan sarapan, lepas sarapan siap² nak keluar sambung berjalan terus menuju ke destinasi seterusnya....


Tinjauan pertama singah ke MARDI, mardi kalau kat jalan besar memang tak perasan kalau daripada tapah lepas pekan tanah rata tu ada simpang tiga masuk kanan tak jauh tu lah Mardi (betul tak?? betul tak??? kalau salah betulkan), macam² bunga ada... kat sini pun ade ladang teh tau hihihihihi.. kalau rajin pergi lah daki.. tak larat.. takmoo daki dah... macam manelah pekerja yang memetik daun teh tu kan.. memang tekun lah setiap hari mendaki petik daun teh...


 Mane jer lah hala amir tu... 
Ntah ape yang lalu sibuk tangan semua pakat toleh kesatu arah yang amir tunjuk....



 Sempat makan strawbery coklat kat sini.. secucuk rm 2.00 kalau tak silap...
Pertama kali tengok buah macam labu air tu.. besar panjang ... ape ke namanya ntah.. lupe...



Macam² bunga ada, pokok² buah pun ada.. possing² amik gambar jer..


Sedang elok menikmati pemandangan hujanlah pulak.. nasib baiklah tak lebat.. renyai jer.. orang pun dah mule ramai.. jam menunjukkan pukul 10.15 pagi.. hahahahaha... bape cepat kami sampai rasanya pukul 8.30 kami dah masuk.. tu pun dah ade bas tau... 


Destinasi seterusnya Kea Farm, sebab mak dah kata takmau singgah tempat cactus bukan nak beli pun hihihihihi ..... kite orang okk jer....


Borong sakan kat sini.. hahahaha...
Takde maknanya nak memborong sakan...
Kite beli FM jer... 
Bonet kereta penuh dibuatnya mak borong jagung 2 plastik hahahaha....
nasib baik sampai rumah kukus jagung manis..



Destinasi terakhir penyelamat....
Semua menahan nak terkucil nasib baiklah jumpe MEIKO ni masa turun ke Simpang Pulai .....
Barulah lega.... nak teruskan perjalanan ...



Bicara Hati : Teruskan perjalanan yang seterusnya... yeahhh 

Khamis, 20 Disember 2012

Destinasi cinta pertama : Ladang Teh BOH

  
Sambung balik kisah semalam lepas kami dah berehat dan teruskan perjalanan ke Tanah Rata pulak, 
Sentiasa terbayang² keindahan ladang teh (mengigau jer tak.. termimpi² jer) ... maklumlah pergi cameron yang dulu tak dapat singgah satu ladang teh pun huhuhuhu, hubby punyerlah nak tunaikan permintaan isteri ni sampai² ke Tanah Rata jer jumpe singboard Ladang Teh Boh teruslah di terjahnya... memule tak perasan ingatkan hubby nak kemana.. jalan makin lama makin kecik.. pusing sana.. berliku sana .. berliku sini ... memanglah curam nak naik kepuncak tau.... siap ade papan tanda kat kawasan selikuh sila bunyikan hon menandakan ada kereta lain nak lalu.. bagi elakkan bertembung.
Pemandangan yang sangat indah ....
Dah mulelah dok terbayangkan Ladang teh boh macam kat cerita ombak rindu tapi rupenya yang kami pergi ni bukan ladang teh tu.. yang tu kat sungai palas.. lepas kea farm kalau tak salah (kalau salah bagi tahu yer...). Alaaa.... takpelah tak dapat pergi yang kat situ pun yang ni pun dah okk ladang teh boh jugakk hahahahaha.... (padehal bancuh teh O suke teh lipton). Nak cerita lebih² pun tak tahu sangat.. tempat yang ni biasa² jer.. ade jugak kilang dan kedai tea macam cafe bolehlah minum dan nak beli ole² untuk dibawa balik semua pun Teh Boh.
Masing² dah pancit daki separuh puncak jer... hihihihihi ....
Tapi saya, amir, abah dan anak² buah hubby sampai puncak yeahhh...

Keterujaan terasa dibuatnya... sekali sampai puncak alamak!!! kene naik tanggalah pulak menyusur ke ladang teh tu... Tak sangka ramai jugak orang.. tapi agak ngerilah juga nak mendaki bejalan ni lagi² masa berselisih.. dah lama tak mendaki lah katekan.. dah tak pasal amir takmoo naik sendiri mintak dukung pulak.. hubby pancit, atuk sambung amik alih hihihihihi... sampai jugaklah kat puncak tu... angin sepoi² terasa.... kat puncak takde apepun... tapi dapat tengoklah pemandangan ladang teh yang cantik menghijau.


  
Abah mendaki dengan penuh bergaya.. anak ni gayat nak amik gambar .. sudahnya gambar jadi gini hihihihihihi .... cantik juga...





Bicara Hati : Lepas keladang ni kami singah kawasan madu lebah, tapi saya tak turun dah mule gerimis amir pulak ngadu dah lapar .. dia penat katanya.. jadi.. kami dua beranak dalam kereta jer...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...