♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Cerita Bergambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Bergambar. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Januari 2017

Gambar Mia Ahmad Nikah



Ada ni haaaaaaaaa .... fuhhh lama sungguh tak update blog, tup² update pasal artis muahahahaha .... Mohon jangan kecam Blog saya (^______^)v. Memamng sejak akhir² ni sibuk sikit ... boleh di katakan sejak setahun nilah ... agak bz dengan komitmen kerja yang baru ... Alhamdulillah sekarang dah makin serasi. Dah berlalu 2 minggu rupanya tahun baru 2017.

Sempena hari jumaat 13.01.2017 yang mulia ni nak ucap tahniah pada Mia Ahmad (walaupun dia tak tau pun blog saya ni... jauh sekali baca kot) maklumla.. blog suam² kuku. Moga ikatan perkahwinan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi kekal hingga akhir hayat .... kenal mia berlakon dalam cerita Hati Perempuan sejak tu suka tengok muka dia.. cute je.. manja jer... dalam cerita tu berlakon okey .... paling suka adegan romantik tapi tak pegang tangan pun.. pandang mata je pun tapi dah rasa sweet,  walaupun ramai dokkk kecam kata kayu hahaha... lantak pi lahhhhhh ... suka² tengok dia berlakon itu jer ... belulahhh tahap meroyon sampai hal peribadi pun nak amik tahu.

Jom la layan gambar² pernikahan Mia Ahmad daripada ig Mia Ahmad. Walaupun diri ini tak di jemput muahahaha (ko bajet mia kenal ko hahahaha ....)



















Tahniah Mia Ahmad .. tak sabar nak tengok baju sanding esok 14.01.2017.



Bicara Hati : Ikatan perkahwinan ialah satu titik permulaan hidup baru dalam perkongsian hati dengan orang yang kita sayang, usahalah dalam perkahwinan mencari persefahaman dan cipta kebahagian dengan cara kita sendiri disamping mencari Redha Ilahi, jangan cari persamaan tapi wujudkan keserasian .. moga akan ada persefahaman antara satu sama lain.




 


Rabu, 14 Januari 2015

Throwback Disember : Edisi Kenangan Bergambar Bulan Terakhir 2014


Assalamualaikummmmm ... dah ½ bulan rupanya berlalu 2015, barulah berkesempatan nak update throwback Disember kuikuikuikui ..... Sebelum gambar² ni di peram lebih lama dan terlupa gitu jer... lebih baik abadikan kat blog .. sebab salah satu azam baru bila blog tak update akan ada entry bergambar throwback hihihihihi (^_______^)' jadi pasrahlah korang bila baca blog ni berderet² gambar je banyak... lagi² sekarang ni masa memang terhad nak update blog, tapi bw ada je masa nyelit² .. bila guna pc.

Sebenarnya banyak gambar nak upload kali ni untuk throwback disember.. tapi tu lah.. ada pulak yang dah terdelet kat tab ni.. jadinya mana yang sempat je lah upload.. lain² aktiviti semua upload kat ig hihihihihi .... 





Alhamdulillahhhh sepanjang disember tu amir masuk kelas celik jawi, hihihi sempat ayah candid masa hari terakhir balik daripada kelas celik jawi .. tahun ni .. insyaallah kat sinilah amir akan belajar sekolah agama tahun 2015, sekolah KAFA .. dekat je dengan rumah .. memudahkan atuk nak hantar... amik sekolah petang ayah amik.








Rezeki orang memberi berbudi kita berbahasa... bila dah memberi sama²lah merasa.... ni kisah anak buah sambut ulang tahun kelahiran katanya pada 7 Disember, hubby dah niat dah nak belanja anak buah yang sorang ni sebab masa hubby kena jaga exam upsr hari tu tidur rumah akak ipar dan pinjam kereta anak buah ni ... tu yang dapat rezeki elaun tu hubby belanja makan steambot ni .. sedappp wehhhh kat the captain, jalan meru je pun... kalau tak sebab nak belanja anak buah ni ... takdalah kami makan steambot kat situ huhuhuhu .. kesiaaannnnn (^____^)v nanti ada masa kita review yer ....









Bulan disember hari tu haihh musim tengkujuh betul².. sana sini hujan, mujurlah tak banjir tau .... pagi petang siang malam hujan .. rasa cam nak berselubung jer.... baju² pun tak kering².. sudahnya belilah ampaian baru .... tidaklah besra mana tapi cukuplah untuk menambah tempat ampaian ..... nak pergi dobi yang siap kering terus lipat tu tak ngeti nak guna.. tak sempat² nak menyinggah pun iya jugak .... sudahnya hubby belikan ampaian ni. 





Berzikir² mahukan ganjaran sebab berjaya dapat nombor 1 dalam tadika, mula ada keberanian bila di pentas ... mula pandai bergaul dengan kawan².. sudah pandai kamu yaaa mahukan ganjaran.. anak²... berkali² hubby berkira² ... berkali² jugaklah memujuk hati .. sudahnya tercapailah jugak impian amir itu .. mahukan basikal baru. Jangan tak tahu ayahnya satu klang pusing cari kedai basikal .. sampailah terjumpa kilang basikal di klang ... dengan harga mampu milik barulah ayahnya belikan .. sudahnya oleh kerana harga kilang .. bukan sahaja amir yang dapat basikal baru .. sekali dengan hubby terjebak beli basikal baru mueheheheheh ... (^_____^)v






Seminggu masuk kelas celik jawi, cikgu tadika buat reunion .. hamboi kemahin .. cikgu dah rindu anak² muridlah tu .. hihihihi .... cikgu janji nak belanja KFC Punya seronok budak² ni dapat berkumpul semula .. sampai ada yang tanya esok ada datang sekolah lagi ke cikgu makan KFC ... hihihihihi ...;p





25 Disember yessss....... setiap tahun kita orang akan peruntukkan masa untuk bbq dengan kengkawan geng suke² 83 hihihihihi .... masa ni lah nak gosip²... karok² tidak ler... sore tu kalau sedapp takpa .. ni setakat panggil hujan abaikan ... muehehehehe .... lagipun sesekali jumpa.. dah tentulah masa terhad yang ada tu digunakan sebaik mungkin untuk borak² hihihihi .... 







Bulan disember baru ni .. ulang tahun kelahiran mak .. alhamdulillah mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik .... harap sangat moga mak sentiasa sihat hendaknya.. dan mengecapi nikmat bahagia dalam usia 50 tahun ni... aloh² awet muda sungguh mak kitew kan .... dah kenapa gambar kita orang kemahin halus mulus kulit tu.... bukan sebab 360 kamera perfect yer... (tab kt tak berapa nak cangih pun) teknik pencahayaan barangkali .....








Bicara Hati : Syukur amir tak meragam dah masuk darjah 1, nanti sambung stori pasal amir pulak.














Jumaat, 26 Disember 2014

Throwback NOVEMBER - Random Cerita Bergambar Sebagai Kenangan




Assalamualaikum .... Gambar banyak tapi tak sempat transfer huhuhuhu ... adalah sikit kat tab ni, jadi kongsikanlah kat blog sebagai kenangan terindah ... takdalah terkilan kang kot hilang.

Bulan sebelas baru ni rumah mertua ada buat kenduri ... meraikan ahli baru dalam keluarga .. alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.. selepas melalui perlbagai liku dan dugaan .... di duga dan di uji .. hanya mereka yang terpilih sahaja yang akan di pilih .. percaya ... percayalah ... kerana pastinya ada hikmah yang tersembunyi.




Sorry gambar kat tab banyak gegar, tapi nak jugak kongsikan kat blog, ni masa majlis nikah ... sebenarnya semua orang pakai t-shirt merah ... tapi aku sempat tukar baju hahahaha.. badan dah berpeluh tiak kot .... 




Ni pulak masa majlis bertandang kerumah lelaki .... cantik sangat baju dia orangkan.... di tambah dengan cuaca panas hohohoiiiii bertambah berpinar mata tengok.





Balik daripada menghantar pengantin tu elok jer kami melepak kat aeon big bukit tinggi .. memasing nak luruskan pinggang kuikuikuikui ... penat hohoiiii .. masa bulan november jadual kita orang memang penuh .. bukan takat hari minggu ... hari biasa pun ada jer nak buat.. rumah pun dah macam tongkang pecah ....





Pada² sibuk tu.. sempat jugaklah kami ke MAHA , Dan buat pertama kalinya aku ke MAHA tu ... memang padat orang wehhhhh ... amir pulak meragam.. nak naik bas.. orang kemain ramai .. cuaca mendung huhuhuhu .... kesian kat dia.. tak dapat naik bas mengamuk².. tidaklah sampai guling².. tapi muncung boleh letak baju kot huhuhuhu ..... sudahnya sempat pg kat iks dengan kawasan buah² tu jer ...





Penutup November tu .. Pengantin dah sepakat nak belanja kami semua adik beradik, jadinya semua pun berkumpullah kat kedai pilihan pengantin ... Alhamdulillah .... kenyang.. santaklah perut .. sekali sambut ulangtahun kelahiran mak mertua pada 30 November tu ... tapi kita orang sambut lambat sikitlah ... sebab pengantin buat makan² ni 2 Disember kalau tak silap. Apapun semua dah selesai.. syukur dengan rezeki yang allah bagi .. moga adik ipar akan lebih dimurahkan rezeki .. alhamdulillahhh dengar kabar tahun depan ada ahli baru .. wah² ... berjaya jugak bawak hasil daripada krabi wakakakaka (ops... tergelak besoo pulak)






Hobi baru amir .. hobi ni hobi lama .. tapi dah lama di lupakan.. dek kesibukkan ibu dia yang tak sempat nak melayan hihihihi .. beli lagi 3 ekor ikan baru huhuhu .... tu dia tak menyabar² asyiklah dok pegang lepas beli tu ... sampailah kerumah sibuk dok bercakap dengan ikan ... hubby letakkan dalam balang aquarum kecik.. letak kat depan meja belajar dia ... sukalah dia .. sambil buat kerja.. sambil layan ikan² tu .. siap ada nama lagi ...





Oklah dah banyak sangat gambar throwback tu .. nanti ada kesempatan kongsikan lagi .... jom layan kudap² buah² kering cosway ni .. sambil buat kerja .. pfttt .. rehat pun serupa tak rehat .. gitulah kalau hujung tahun ni .... 






Bicara Hati : Lepas ni kalau rajin nak buat throwback setiap hujun bulan ... saja letak gambar² kat sini sebagai kenangan, sebab tak sempat kadang² nak mengarang.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...