Sepanjang amir berusia 5 tahun ni, rasanya inilah kali pertama amir demam lambat sembuh.. lepas pergi 2 klinik swasta. Buntu saya dan hubby memikirkan demam amir yang tak kebah.. asal tengah malam lepas pukul 12 demam panas dia akan datang semula.. siap mulut membebel macam mengigau .. mata terpejam. Kadang sampai saya terduduk tengok dia... tenung muka dia... sebab tak boleh nak tidur, kain uala di basahkan.. cool fever pun sudah di tampal.
Minggu lepas hari selasa saya dengan hubby amik keputusan pergi klinik cek darah, maklumlah macam sedia maklum kawasan rumah kami tu mudah sangat suspek denggi ni ... alhamdulillah ujian darah amir normal.. malahan hb amir lebih tinggi daripada ibu 14 ok... jangan tak caya. Ibu risau jugak bila nak amik darah ni kot amir meronta².. mujurlah dia pernah ada pengalaman sebelum ni.. walaupun sebelum ni siap berbalut selimut takut dia meronta.. kali ni ibu bantu.. ibu pegang tangan dia dan tenangkan dia... alhamdulillah dipermudahkan... cuma dia menangis jugaklah... sakitkan.. jangan kata amir.. ibu pun tahu .. macam mana rasanya.. ibu pernah kene jugakkan.
Mula² ingat nak bawak pergi hospital.. tapi siang tak panas.. dia panas tengah malam, dekat klinik kesihatan tu pembantu doktor bagi tahu berat amir ni dah tak sesuai dengan ubat cair .. jadi doktor syorkan amir makan ubat demam macam panadol yang pil tu.. tapi makan separuh... sebab amir tak pandai makan ubat telan.. jadi saya kenelah cairkan ubat tu. Rata² nurse kat klinik bagi tahu ramai datang klinik kes budak demam tengah malam, waktu siang ok.. tengah malam baru mula demam.. mungkin kesan jerebu dulu.
Ubat demam, ubat batuk dan ubat titis untuk selsema.. ini ubat daripada klinik swasta hari tu.. ini klinik yang mula² siap masukkan ubat montot lagi malam tu tau... tengah malam.. dengan angin macam nak ribut hujan.. kami keluar pergi klinik 24 jam ni... jam menunjukkan pukul 1 pagi lebih.
Syukur alhamdulillah pada saya sibuk kehulu kehilir, pada mood nak makan takda.. apatah lagi nak memasak ... saya dikurniakan jiran² yang baik dan akak ipar yang tinggal berhampiran.. terima kasih kerana juadah² ini ... kami makan apa yang ada sahaja.... seyes saya tak lalu nak makan .. sampaikan mak saya kata .. kamu jangan tak makan, tak selera pun jamah sikit ... yang tak sihat amir.. jangan kamu pun tak sihat.. terngiang² ayat mak tau ... habis bubur sebekas kami makan suami isteri .. hubby yang tak suka bubur pun makan sampai habis.. dah iu jer yang adooooo
Demam akan kebah waktu lepas makan ubat dan siang, tapi malam mesti demam balik .... tu yang kami pergi klinik lagi, klinik lain pulak... barulah pergi klinik kesihatan amik darah... lepas amik darah dan makan ubat klinik kesihatan pun badan amir masih demam tengah malam telinga sejuk dan kaki ... cadangnya nak bawak pergi hospital.. tapi bila teringatkan keputusan ujian darah yang normal.. kami buat keputusan untuk pergi kedarussyifa pulak. Nanti tunggu next entry yer.. saya cerita kami ke darussyifa pulak.