♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Eternal Love ♥ ♥. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eternal Love ♥ ♥. Papar semua catatan

Ahad, 30 Disember 2012

Hari iSTIMEWA Mak


    

Hari ini hari yang sangat istimewa buat mak, setiap hari pun istimewa tapi hari ni lain sikit.. sebab hari ni ulang tahun kelahiran mak.

Tapi dihari istimewa ini anak pun ini agak kesibukkan.. mujurlah tahun ni jatuh pada hari cuti .. makanya dapatlah anak ini pulang ke kampung sungguh pun hubby ada peperiksaan akhir hari ini di tambah taska amir ada pembukaan hari persekolah walaupun sekolah amir hanya akan bermula pada 03 januari 2013. Tapi semuanya tentang amir ibu dah selesaikan dahulu dengan membayar dan mendaftar segala keperluan yang perlu hari khamis lepas... jadinya hari ni kami di kampung bersama mak.

Tiada sambutan yang terlalu meriah tapi awal bulan baru ni dah bawak mak pergi bercuti dengan kami ke Cameron Highland  dan ke Kolam Air Panas Sg. Klah seronok sangat masa tu.. lagi² amir, dia lah paling teruja dapat jalan² dengan embahnya maklumlah amir satu²nya cucu tunggal mak buat masa ni hihihihihi... insyaallah akan bertambah lagi tahun depan.

Hari ini nak masak special sikit, tak tahu lah menjadi tak hihihihi .....




Gambar kenangan kami berdua masa bercuti baru ni ...
Selamat hari lahir buat mak yang ke - 48 Tahun, Semoga mak di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik... Sayang sangat kat Mak. (^____^)v


" .... Apabila Mata IBUmu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi Allah, iaitu DOA SEORANG IBU ...."

AYAH merupakan satu satunya lelaki yang tidak pernah mengecewakan kita dan
IBU merupakan satu satunya wanita yang tak pernah patahkan hati kita sepanjang hidup kita.




Bicara Hati : Bile dah ade anak sendiri barulah aku rasa apa yang mak rasa dan risaukan padaku selama ini (^____^)v








Sabtu, 22 Disember 2012

Menarik Jalan - jalan di Cameron Highland

 


Kesejukkan tidur malam tak terkata, kami bentang tilam pakat tidur depan tv jer.. tak ketiduran dalam bilik.. hihihihihihi.....


Bangun awal siapkan sarapan, lepas sarapan siap² nak keluar sambung berjalan terus menuju ke destinasi seterusnya....


Tinjauan pertama singah ke MARDI, mardi kalau kat jalan besar memang tak perasan kalau daripada tapah lepas pekan tanah rata tu ada simpang tiga masuk kanan tak jauh tu lah Mardi (betul tak?? betul tak??? kalau salah betulkan), macam² bunga ada... kat sini pun ade ladang teh tau hihihihihi.. kalau rajin pergi lah daki.. tak larat.. takmoo daki dah... macam manelah pekerja yang memetik daun teh tu kan.. memang tekun lah setiap hari mendaki petik daun teh...


 Mane jer lah hala amir tu... 
Ntah ape yang lalu sibuk tangan semua pakat toleh kesatu arah yang amir tunjuk....



 Sempat makan strawbery coklat kat sini.. secucuk rm 2.00 kalau tak silap...
Pertama kali tengok buah macam labu air tu.. besar panjang ... ape ke namanya ntah.. lupe...



Macam² bunga ada, pokok² buah pun ada.. possing² amik gambar jer..


Sedang elok menikmati pemandangan hujanlah pulak.. nasib baiklah tak lebat.. renyai jer.. orang pun dah mule ramai.. jam menunjukkan pukul 10.15 pagi.. hahahahaha... bape cepat kami sampai rasanya pukul 8.30 kami dah masuk.. tu pun dah ade bas tau... 


Destinasi seterusnya Kea Farm, sebab mak dah kata takmau singgah tempat cactus bukan nak beli pun hihihihihi ..... kite orang okk jer....


Borong sakan kat sini.. hahahaha...
Takde maknanya nak memborong sakan...
Kite beli FM jer... 
Bonet kereta penuh dibuatnya mak borong jagung 2 plastik hahahaha....
nasib baik sampai rumah kukus jagung manis..



Destinasi terakhir penyelamat....
Semua menahan nak terkucil nasib baiklah jumpe MEIKO ni masa turun ke Simpang Pulai .....
Barulah lega.... nak teruskan perjalanan ...



Bicara Hati : Teruskan perjalanan yang seterusnya... yeahhh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...