Setelah dipikirkan sedalam²nya .. ini adalah pilihan yang terbaik buat kami dan amir, dan juga memudahkan pemantauan hihihihihi ....
Dalam bab² macam ni selalunya kami suami isteri bersidang, kalah pembentangan bajet .. lepas tu keputusan semua di amik kira ... dan yang mana terbaik itulah pilihannya, kalau tahun lepas amir belajar ditadika swasta dengan bayaran sebulan mencecah rm 300 seharian tinggal di tadika dan taska, tahun ni kami pilih tadika kemas... sebabnya .. kami dah duduk di kampung sekarang ni .. jadi ini adalah pilihan yang terbaik .. bukan soal pembayaran tapi soal keselamatan dan yang mana lebih memudahkan kami yang sebenarnya.
Amir pergi dan balik sekolah atuk yang akan amik ... harap sangat moga dipermudahkan dan amir akan lebih berdikari lepas ni .. anak sulungkan .. takmoolah manja² lagi .. manja² sesekali takpa huhuhuhu .... sementara takda adik lagi hihihihihi ...
Kerenah bangun awal pagi di kampung ni naik pesen pulak, nak berdukung .. hadoilah anakku sayang dengan berat kamu 24kg memang ibu kendong daripada belakang sahaja .. tak mampu ibu nak dukung daripada depan sayang, mata macam biasalah kalau mandi tak tutup tak sah .. tapi lepas jirus air suam .. terus celik kikikiki .. melayankan dia bercerita pulak kat bilik air tu.
Alhamdulillah hari pertama orentasi 30.12.2013 lulus dengan cemerlang siap dapat kepujian (hahahaha .. dah macam keputusan U pulak yer) lulus cemerlang maksudnya amir suka dengan tadika yang baru ni.. walaupun dia masih tak kenal kawan² lagi, pandai menyesuaikan diri dan dah tak malu².. satu kepujian sikap positif dalam diri bab sosial yang ni .. ibu uji sangat, walaupun jauh disudut hatinya masih sukekan tadika lama ... tapi nak buat macam mana .. amir kene belajar dengan kawan² baru .. nanti senang darjah 1 dengan kawan² ni jugak.
Yang paling seronoknya kali ni orentasi pada 30 haribulan tu, hubby pun teruja hihihihi .. amboi kemain ayah oberrr tau .. nak join taklimat jugak ... sebab mungkin tahun depan belum tentu dapat join masa amir darjah 1, iyerlah hubby mestilah dah sekolahkan ... takpa .. ibu pasrah akan uruskan semuanya sendirian .. janji duit hubby bagi ... sambil kenyit mata .. bolehkan .. bolehkan .. hahahaha .... bagi lebih tau .. tau .. (bajet macam hubby baca blog ni)
Sesi persekolah kat tadika kemas ni 8.00 pagi - 12 tengahari, yuran sekarang sebulan rm 25.00 sahaja .. makan 2 kali sehari .. pagi sarapan kebiasaannya di tadika coco crunch atau roti bersapu jem dan tengahari sikit sebelum balik baru bagi makan berat .. macam hari pertama sekolah 02.01.2014 amir bagi tahu dia makan mee goreng .. sedapppp sangat cikgu masak .... habis amir makan ibu .. sedapp.. amboi kemain lagi dia dok memuji.
Bermula jumaat atuk dah mule hantar amir ke tadika, jadi saya cuma cuti sehari sahaja uruskan hal amir pada 02.01.2014 tak jadi nak cuti 03.01.2014 .. so jumaat tu ibu kerja macam biasa .. walaupun ade drama merenggek² .. tapi nenek kata amir okk jer lepas saya tinggalkan dia pergi kerja, dia pergi tadika ... pun ok.. mood ceria jer .. alhamdulillah.
Amir suka sekolah kat sini .. ramai kawan² baru, moga amir belajar rajin² yer .. takmoo main jer ... takmmoo nakal², bila belajar dengar cakap cikgu .. jangan dok berbual dengan kawan² kat belakang jer ... main dengan kawan² sama².. jangan gaduh² atau cakap besar, pergi toilet cakap dengan cikgu .. jangan bukak seluar depan kawan² pingsan kawan² kang .. saje saya melawak.. itu dah macam amanat .. mesti saya pesan bile amir nak pergi tadika dan sebelum saya ke tempat kerja, daripada dulu itulah jugak yang akan saya pesan.
Bicara Hati : ibu tak merasa pergi tadika kemas ni, tapi hubby merasa kot .. mujurlah cikgu yang mengajar hubby dah bersara .. kalau tak .. mau jadi cikgu turun temurun hihihihi ..;p