♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 29 November 2013

Home » , , , , , , » Gambar Kenangan Amir Dengan Kawan ² Di Tadika Al-Hufaz

Gambar Kenangan Amir Dengan Kawan ² Di Tadika Al-Hufaz


Kalau ikutkan minggu ni minggu terakhir amir ditadika al-hufaz, sekolah memang dah mule bercuti.. cumanya amir masih lagi di taska sehingga akhir november, maksudnya hari ni hari terakhir amir kat tadika.

Muka dia nak akhir² kat taska ni susah nak cakap.. teruja ker, sedih ker, tak tahulah macam tak beremosi sangat jer.. ke.. tak berapa nak paham lagi ke.. camne tu... nanti dah lama tak pergi tadika mulalah dia sebut rindu agaknya... sebab bila saya terangkan nanti amir tak sekolah kat sini lagi.. dia cuma tanya kenapa?? ala.. nanti amir seklah mana? amir tak kenal kawan.. nanti amir takda kawan.. itu jerlah jawapan dia... 

Sebagai kenangan² meh nak letak gambar amir dengan kawan² kat tadika hari tu... nak framekan tak sempat cari frame lagi... jadi saya abadikan dekat blog dulu.




Gambar keseluruhan dengan kawan² tadika 4,5 dan 6 tahun.. termasuklah pengetua dan guru² tadika serta taska... sorry sila sikit .. sebab snap gambar ni..





Gambar amir dengan kawan² kelas 5 tahun dan cikgu ain... amboi kemain lebar amir senyum yang berdiri kat baris tengah no 1 daripada belah kanan ... dan setiap satu dia akan sebut nama kawan² dia... boleh dikatakan semuanya dia suka .. dia asyiklah dok puji² kawan dia baik.. kawan dia pandai.. ada jer ceritanya rahman pandai sebab dia tuisyen, syafaiq pandai sebab cikgu ain garang ... toreq tak duduk taska.. ibu dia tak kerja... dia balik tengahari.. (yang ni selalu dia petikai kenapa saya tak boleh amik dia waktu tengahari) qairena ada adik.. adik dia comel sangat ibu.. dannnnnnn macam² lagilah cerita dia.. kadang tu ada yang berulang kali dia cerita.. memang bertabahlah saya dengar sambil melayankan bawak kereta... nanti saya rindu takda sapa nak membebel lagi balik kerja.. dah takda peneman .. amirlah peneman saya drive sepanjang tahun ni.






Meh fokus sikit gambar amir dengan kawan² yang ramai² tu... bila saya tanya napa buat muka serius.. kawan semua pun serius orang amik gambar suruh buat muka macam tu ... pandailah dia menjawab tau...


ini jerlah gambar² say kongsikan, gambar lawatan takda.. bila saya mintak kat cikgu dia.. cikgu dia kata tak cuci pun.. ermmm ingat nak beli saja buat kenangan... dah tak jual nak buat camna... banyak jugaklah rombongan dia dengan kawan².. tak boleh nak simpan.. 

Pagi tadi dah cakap minggu depan amir duduk dengan ayah kat rumah tau.. nanti tahun depan dah tak jumpa kawan² ni dah.. tetiba dia buat muka pulak.. selalu tanya takda pulak buat muka.. dia buat muka ... sedih agaknya, sebab kat taska ni dia banyak berdikari .. mestilah dia rindu... tapi kalau amir tak pergi tadika kemas.. mungkin kat sini amir kat sekolah nanti.. satu harapan saya biarlah dia dapat ke tadika kemas.. nak bagi pengalaman baru.. suasana baru.. kawan² baru.. yang akan sama² ke sekolah nanti.




Bicara Hati : Rindunya zaman kanak² dulu...










11 ulasan:

Kakzakie berkata...

Sebelum tahu kedudukan amir dalam gambar kakak dok telek satu-atu mana satulah Amir... Bila dah tahu oh ye.. oklah tu:)

Lebih kurang bila dah pakai uniform sepasang.

Rizziela berkata...

seronok kan? lepas ni ada 1 tahun lagi sebelum ke sekolah rendah

QasehnyaRania berkata...

As-salam
Kalau ke tadika kemas ok jugak
akak tak try apply pra sekolah ke?

Nafira usof berkata...

My Anis pon dapat gambar2 tadika dia. banyak jugak. gambar ramai2, gambar dia pegang sijil, gambar atas pentas dan gambar sambut birthday. semua pon belom beli frem lagi. ingat nak frem kan jugak gambar2 dia.

Nurul berkata...

Amir br nak cuti yer... Betul tu Masya, bila tengok gambar budak2 ni sekolah, tringat plak zaman kanak2 dulu... ^_^

Sha Saperi berkata...

amir sebaya anak aku yang sulong rupanya...hhihihihihi...

Zee Suhaini berkata...

memang masya, mesti amir akan sebutnya pasni nak gi sekolah..anak zee tu hari2 cakap nak gi sekolah..taknak gi umah pengasuh..

Fiza Rahman berkata...

Sedih jer bila tgk gambar tadika anak kan. Dorang yg last skolah, ibu plak yg touching kan.

mama lieyna berkata...

Comel ajer amir :-)
Ye la, tetiba terkenang zaman tadika dulu2x.. rindu sgt dgn kawan2 kan.. amir pun pasti rindu...

Puan Kutu berkata...

kenapa tak sekolahkan amir terus kt situ?6tahun nti rasanya kena lebih fokus,kebanyakan tadika kemas cikgu kurang fokus..ye la dah namanya pun kerajaan kan..yg berbayar ni lain sikit..pada sy hantar kemas masa umo 4 5taun ok la buat permulaan..

bukan maksud sy tadika kemas tak bagus,ikut cikgu jugaklah..klu cikgu ok takpe la..yg penting kita ibu kt rumah ni kena rajin pantau anak kan..

Deqla Manjew berkata...

hikhik.. comei jer bebudak smua.. teringat plak masa kecik2 dulu.. tp gmbr smua ntah ke mana.. haha.. x canggih mcm sekrg kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...