♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Haiwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haiwan. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

Keterujaan Pertama Kali Pergi Kedai Haiwan Peliharaan



Ni masa amir tengah demam hari tu, saya ada beli kan dia ikan .. saja² bagi inspirasi .. kemain teruja dia.. yang harunya saya beli ikan 2 ekor ... esoknya sekor mati huhuhuhuhu ... (apehalnya lah hai tangan ni panasss sunguh) itulah hikmahnya ikan mati.. tinggal sekor.. jadinya amir nak belikan kawan ikan.. jadi saya bawaklah pergi kedai ikan ni.... Masa mula² beli saya tak bawak dia.. kira macam saya buat ala² suprise lah kat dia hihihihihi ... saya kata hadiah sebab dah baik demam dan makan ubat, masa tu demam dia memang dah okk sikit cuma demam tengah malam jer yang tak baik².. nanti sambung story tu lagi eh... kita cerita ikan dulu.




Banyak pilihan aquarium.. tapi ikan² yang ni amir teruja tengok...




Kami beli anak ikan jer.. yang seekor sehinggit kikikiki .. bukan kedekut, kat rumah takda aquarium besar.. ada balang kaca jer.. jadi kenelah padankan nak letak ikan tu... Nampak tak betapa terujanya amir, tekun dia tengok orang tu jaring ikan. Dan sepanjang perjalanan balik tu.. mulut dia tak berhenti bercerita seronoknya kalau boleh beli ikan yang besarkan ibu ... nanti kita kumpul duit beli bekas besar.. boleh letak banyak ikan.




Masa nak balik tu .. sempat lagi amir tengok hamster, ni pertama kali dia tengok kemain banyak ... dia kata .. comel, kalau ada duit nak beli jugak kikikiki .. amboi semuanya nak dibeli.. paling tak menahan bila dia tengok arnab.. dia kata .. napa kotor sangat arnab ni ibu.. (warna ala² kelabu) tauke dia tak mandikan ker? hahahahaha ... saya kata bukan tak mandikan. dia dah mandi.. tapi main dengan kawan kotorlah... lagipun bulu dia warna kelabu .. kalau putih barulah bersih ... tapi memang geram tengok anak arnab tu.. tak tanyalah pulak berapa harganya. Burung pun ada .... 



Kedai haiwan ni dekat jer dengan tadika amir dan opis saya, itu yang saya amik amir dulu baru pergi kedai ni.. dia memang teruja sesangat... sebab saya tak pernah bawak kedai haiwan macam ni .. siap ada ulat².. yang macam cacing tu.. dia tak geli pun.. dia tenung jer.. macam pelik.. saya pulak yang geli geleman nampak ulat tu berjalan².. gegegegege ...

Dan inspirasi serta aura positif balik daripada kedai haiwan ni .. amir terus berubah cita².. nak jadi doktor haiwan.. gara² nampak arnab yang kotor warna kelabu tu hahahahah.. katanya, nanti kalau jadi doktor boleh mandikan arnab .. bagi dia makan.. kalau kotor macam tu nanti dia sakitkan ibu .. kan.. memang sepanjang perjalanan balik tu cerita pasal haiwan jerlah... turun kereta sampai rumah pun.. kemain teruja terus cerita kat ayahnya....



Bicara Hati : Mujur jugak takda kucing kat kedai tu .. kalau tak mau nak jadi doktor kucing pulak .. kikikiki ... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...