♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label IFTAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IFTAR. Papar semua catatan

Rabu, 23 Julai 2014

Ramadhan Kali Ini Dan Persiapan Raya 2014


Assalamualaikummm ... Banyak yang berlaku sejak akhir² ni ... fuh.. fuh.. blog pun dah lama berkulat, maaflah kalau ada yang ternanti² entry (perasan) ada yang dok lalu lalang entry sama jer kikikiki .. mesti jemukan.. meh orang lain hari ni ww saya nak bercerita.

Mood ramadhan kali ni biasa² sahaja, persiapan raya??? ermmmm tak tahulah orang lain beraya rumah baru sakan kot itu nak deko ini nak buat itu nak cat ini nak letak.. aku??? tak tahulah mana hilangnya mood ni .. mood biasa² sahaja .. tidak teruja jauh sekali beria².... mungkin kesibukkan kat opis membataskan sikitlah mood beria² tu kot... Balik rumah tu pun dah penat, hujung minggu memang takda kat rumah semedang sana sini hubby ajak berjalan ... kunun²nya cari barang nak deko.. kunun jerlah .... sudahnya baju amir yang dibeli kikikiki ..;p dan jangan tak percaya baju amir lagi banyak daripada tahun² sebelum ni.. tak caya baca entry ni sampai habis.




Sebelum tu nak mintak maaf pada kawan² yang menang giveaway hari baru sempat pos minggu ni.. jadinya lepas raya baru sampai ... maaf sangat² selain tunggu alamat minggu lepas masa pulak terhad memang tak dapat keluar huhuhu .. tu yang lambat pos.



Orang lain sibukk shopping baju raya, masya???? ko beli pasu buat apa hahahaha .. kena bantai gelak dengan mak tau ... habis dah rumah tu rasa macam kosong jer.. naklah tanam pokok bunga sikit.. alah kita pun tak pandai benarnya jaga pokok bunga, macam biasalah pilihan pertama mestilah pokok berdaun sahaja.. senang nak jaga .. ini pun pokok² bunga mak kita mintak kikikiki ...;p

Sebenarnya kan kepala ni ligat dok pikir nak buat itu .. nak buat ini .. tapi berangannn je lebih tau ... kuih raya ntah kemana, baju raya ntah kemana ... rumah berdeko ntah kemana hahahaha ... masya² ko dah kenapa sebenarnya ni ....




Dan ramadhan kali ni korang jangan tak tahu sahur memang takda nafsu nak makan, tapi masa buka ya allah nikmatnya semua nak dimakan yang ada depan mata ... paling suka kalau dapat makan roti bom cicah rendang daging seyes.. sedappnya... masak?? tidaklah beli bazar dekat opis jer... lagi satu suka makan popia goreng ... dengan popia basah.. yang ni dah macam wajib beli.. hubby mesti belikan setiap hari kat bazar kat kampung .... sedapp sangat pada tekak ni. Heran sungguh.. nasi??? tak jamah pun takpa.. lewat² sikit. Mood masak pun suam² rasa rajin masak, rasa tak sempat.. rasa penat lebih memang singgah bazar .. mujurlah hubby bukan kategori cerewet saya beli soto.. balik tanak nasi makan soto dengan nasi tu hihihihi .. apa de hal janji buka dengan kenyang.




Ishh tayang gambar makan lagi.. sorry kengkawan.. jangan marah ..... ni tak hinggat minggu kedua kot, sempatlah kami bertiga beranak buka kat luar ... kunun² saja carik kelainan dihujung minggu makan simple jer tom yam pok tek (langar pantang kejap makan tom yam), ikan bakar, kangkung goreng belacan, telur dadar kat betul² depan mardi jalan kebun ... ada restoren awanis ke hapa namanya ntah lupe... semua sedap kecuali tom yam kurang isi huhuhu .. nyesal order ...




Macam bisalah asal ramadhan jer kami mesti akan bergilir² buka rumah mak, mak mertua dan ipar duai .. ni minggu baru ni hari sabtu .. hubby nak cari barang, dah alang²keluar teruslah buka kat luar.. tapi buka kat rumah akak ipar .. kami beli soto, yong tau fu dan durian ... jadilah akak ipar masak nasi dan lauk pauk .. seyes.. amir makan berselera sangat.. dan jangan tak percaya budak tembam tu dapat puasa satu hari hari tu ... ralit berjalan agaknya .. masuk kereta tidur jer.. tu yang dia dapat tahan dahaga tak merenggek² nak buka .. chaiyok².. suka sangat sehari pun dah rasa syukur.. satu permulaan yang baik.




Ni menu buka semalam, alhamdulillah ada sedara bagi 'munjung' makanan nak raya biasalah tu ... nasi himpit dan kari ayam... aku pun apa lagi cepat²panaskan prata .. sahur pun makan prata .. hari² makan roti bom pun jemu .. makan prata kawan ni sedapp jugak hihihihi ... (^____^)v

Hubby dah bagi hint tahun ni tak munjung ker? ntahlah takda mood nak masak ... tengoklah .. ish pelik betul rasanya... tak tahulah kenapa sejak² akhir² ni asyik baca berita sedih jer.. tu yang agaknya mood nak beraya pun macam kurang, amir jangan cakaplah tak posa penuh tapi dia dah mula rasa seronoknya beraya.. memang layankan mood dia jer.. layankan dia borak... dialah banyak hiburkan hati ni.. dan soalan cepu emas dia.. ibu tak buat kuih raya untuk amir ker??? mak kawan amir dah buat dah .. ada takda tahun ni gigih buat kuih siput jer.. itu pun mak yang adun .. kita gentel² jer dengan adik. Yang lain semuanya kuih tunjuk.. itu pun kerepek.. kikikiki .....




Oleh kerana tahun ni amirrr kemahin teruja nak raya, penuh almari baju raya dia tau.. (baru dapat almarilah katanya) baju melayu jangan cakaplah.. sebab dia dah mintak awal².. amir nak semua baju yang ayah ada warna.. amir pun nak.. hohohoho pintammm makkk ko nak .... mujur sorang kalau kemboo naya ibu huhuhuhu ... tahun ni memang beli berlebih lah baju amir kata nak sama dengan warna yang ayah ada.. eh² merah lupe gantung ada kat bilik ibu ... lagipun amirkan dah mula ikut ayahnya pergi solat jumaat jadi ada baju banyak ni senanglah.. takdalah tercari² maklumlah baju amir tu merata .. kang rumah embah, kang rumah nenek ... yang kat rumah kang tinggal seluar jer... dalam banyak² ni ada warna tema baju raya kami tahun ni.. yang pasti tema ni dulu kami berdua jer.. amir masa tu dalam perut.. tak tau pun dia wujud hihihihi .. jadi pilihlah tema ni sebab hubby tak tempah baju.. jenuh jugaklah nak cari warna yang sama.. sudahnya jumpa kat GM klang, mahal ooooooo rm 52.00 pejam mata ibu bayar tau.. kalah harga baju ibu.

Lain² baju kemeja 1, t-shirt berkolar tahun ni banyak jugak saya belikan, kemeja tak berkolar satu dan baju tidur satu ... seluar macam biasa mestilah kiko 2 helai, sebab seluar beli masa nak raya jer.. tu pun kalau ada sale.. kalau takda sehelai jer kikikiki ..;p hahaha .. meriahkan baju amir.. hubby pun beli satu jer t-shirt, aku?? langsung tak beli.. ada takda blouse satu jer haha.... ;p




Oklah dah panjang sangat membebel lepas gian menulis hihihi .. meh belanja muka budak tembumm yang dah tak berapa nak tembam ni.. tulang bahu pun dah nampak sekarang tau... tu .. tu.. kemahin ngadap desrt puding roti.. siap puji melambung² kek ibu buat ni sedapp... padahal dah bagi tau puding bukan kek.

Itulah cerita ramadhan kali ni dan persiapan raya .. ni dah habis tapis dah .. pun panjang berjela .. kalau tak tapis.. mau lagi panjang korang nak scrolll ..... oklah mana tahu ni entry terakhir sebelum raya .. kang entry baru lepas raya baru ada kot.. jadi awal² saya menyusun 10 jari mohon kemaafan kalau ada salah silap sepanjang saya berkongsi cerita di blog ni ... yang kurang tu datangnya daripada silap saya sendiri ... maff yer.. kosong².. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN (^_____^)v















Selasa, 6 Ogos 2013

Ayam Percik Chef Ismail


Bila dapat peluang pelepasan, bila dapat peluang gantung kuali setingginya .... bila dapat peluang berjalan² diluar... rasa keseronokkan tu mengalahkan dapat pergi berjalan² ke luar negara hahahahaha ...

Memang pantang sungguhkan kalau dapat peluang yang sesekali itu, sebab biasanya hujung ramadhan dah mula mood kelaut nak memasak ... idea buntu.. idea buntu .. (^____^)v walaupun sebenarnya lagi selesa kalau dapat makan kat rumah.

Setiap tahun pun pilihan berbuka kat luar mesti kat chicken rise shop, ntah pelikkan .. kalau tak puasa tu takdalah nak makan kat situ pun .... tahun lepas pun sama, sebab kat chicken rice shop ni versi 'home style' kot hihihihihihi ...


Menu pilihan ayam percik kelantan chef ismail memang sedappp ... tak tahu tekak orang lain pada saya memang sedapp (orang tak reti buat ayam percik gitu ler..)



2 Ketul, kenyang sampai ke sahur tau ..



Hubby dah pesan awal² jangan amik banyak atau macam² nanti tak habis .. ini pun jenuh nak menghabiskan ayam 2 ketul tau ... opss.. sup tak sampai lagi.



Air sirap selasih letak serai.. ada rasa macam air gas sikit .. sedapp memang sedappp.. amir macam pelik .. sekali hambikkk esok pagi bangun 3 beranak hilang suara huhuhuhuhu .. ;p



Kalau korang berminat nak berbuka kat sini masih sempat lagi, maklumlah shopping kat luar tu bolehlah singgah sini chicken rice shop makan kan.... kami pilih Set A sahaja, tahun lepas pilih Set B ... banyak sangat.




Bicara Hati : Tuan tanah dah mula bercuti entry ini dan seterusnya kalau ada entry auto publish hihihihihi... insyaallah cuti sampai isnin depan, selasa kalau takda aral datanglah kerja.. kalau sempat bw daripada rumah sahaja masa cuti ni.





Khamis, 1 Ogos 2013

Ayam Ala Kenny Rogers Dan Tom Yam Sayur



Hujung minggu baru² ni hari ahad mak mertua nak buka kat rumah.. dah khamis .. ko tak sudah² dengan entry hujung minggu lagi eh masya hihihihihi .. jangan mara .. baru sempat update nak buat achanerkan ... 

Bila mak mertua kata nak buka rumah, saya ni mulalah mengelupur tak tentu pasal hihihihi ... pikir nak masak apa ni, jemu dah nasi ayam, jemu dah goreng² ... yang tak jemu tom yam hihihihihi .. jadi sebagai tuan rumah .. yang datang tu pasrah jerlah yer.. menu yang tuan rumah sediakan .. tak masak banyak menu pun sebab tahu nanti mesti mak mertua dengan ipar bawak lauk jugakkan .. atau juadah baazar ... jadinya saya masak tom yam sayur, ayam ala² kenny rogers dan tempe goreng jejari (tak snap pulak yang ni .. tak dan)



Tak dapat bawak mak makan kenny rogers .. dapat masak ayam ala² kenny rogers pun jadilah mak, suka betul mak .. akak ipar pulak masak siakap 3 rasa... bertambah² mak meratah ....



Tom yam sayur campur, masak koboi jer.. alhamdulillah bapak mertua suka.. bertambah² bapak mertua makan dengan ipar duai ... bukan sebab sedapp pun .. sebab memasing lapar .. makan berkuah macam ni sedapp ....



Ini  jerlah yang sempat di ambil gambar, macam biasalah tuan rumah bz bz tak sempat nak amik gambar ramai² tengah makan .. penuh rumah tau ... insyaallah tahun depan kita buka puasa kat rumah baru yer mak (^____^) amin .. moga dimurahkan rezeki kami .. berkat doa ibu bapa dan mertua ...




Bicara Hati : Tahun ni mak dan family saya tak dapat berbuka kat rumah saya, takpalah mak kita orang kan balik kampung buka sama² oklah tu.. sama jer....



Isnin, 15 Julai 2013

Tempat Pilihan Untuk Berbuka Puasa Dihujung Minggu



Entry ni bukan nak bagi tahu tempat² menarik untuk dikunjungi berbuka puasa dihujung minggu .. jangan salah paham pulak .. tapi ini cara kami bila hujung minggu tak kosaaaaa nak buka bertiga kat rumah hahahaha ...

Daripada awal perkahwinan dan sejak kami berpindah rumah sendiri kami suami isteri sepakat .. walaupun tidak duduk bersidang .. tapi kami amik kata kesepakatan bila hujung minggu kami jarang akan berbuka dirumah biasanya minggu yang pertama selalu akan berbuka di rumah mak saya, kemudian rumah mak hubby dan kalau ada kelapang hujung minggu seterusnya kami akan berbuka di rumah ipar duai atau besama rakan² diluar hihihihihi ... (^___^)

Sebab hari² biasa saya akan masak jadi hujung minggu walaupun saya masak, saya lebih suka balik kampung untuk berbuka dengan ahli keluarga ramai² .. lagi meriah, maknanya kalau saya masak pun saya akan balik kampung jugak hihihihihi .... ataupun saya beli bahan siap² dan masak dikampung lebih berselera nak makan.

Tahun ni kebetulan ramadhan pertama saya dah terbuka puasa dirumah mak secara tak sengaja masa amir tak sihat hari tu, jadi hujung minggu baru ni saya berbuka dirumah mertua lah pulak, patutnya kami pulang sabtu petang .. dan nak tidur semalam dirumah mertua .. tapi dah tiba² hujan selebatnya petang sabtu tu, masing² pakat tak kosaaaa nak keluar hujan² takut jalan jem jadinya kami buka puasa jerlah dirumah jugak ermmmmm ....

Alhamdulillah semalam dah selamat berbuka dirumah mertua, tak boleh ibu nak masak special sebab menu pilihan dibuat oleh amir (budak bertuah yang tak posa² lagi tu kikikiki ) menu ayam masak kicap, ayam sup, kailan ikan masin itu jerlah... tempe goreng... takda rezeki ibu nak masak siakap 3 rasa tau.. apatah lagi ayam percik .. dah amir buat keputusan muktamad nak lauk pauk ayam masak kicap dan sup ... buka tu berselera dia makan.... dengan tempe goreng ... dah macam dia pusa seharian .. padahal sebelum bali kampung sempat lagi dia makan nasi dengan telur kicap, gambar² tak kosaaaa lah nak amik .. semua pun dah lapar kan.



Bicara Hati : Seronoknya hujung minggu tengok masjid² penuh semasa terawih, agaknya ramai buat pilihan ketempat terawih jauh sikit dari rumah mahukan kelainan dihujung minggu.







Selasa, 14 Ogos 2012

Gantung kuali - Iftar di Chicken Rice Shop

 

Alhamdulillah dah 25 Ramadhan, cepatnya masa berlalu .... boleh dikatakan sepanjang berpuasa ni banyak yang kami berbuka makan kat rumah jer.. kalau kat luar rumah pun.. kat kampung jerlah hihihihihi ....


Tapi minggu lepas kami sempat berbuka diluar ... yang sebenarnya secara tak sengaja pun ... kami terbaca iklan kat surat khabar ade offer susu amir kat carefour .. ape lagi sepantas kilat kami pergi carefour bukit rimau .. itu jerlah pun yang dekat dengan rumah ni ... tapi dah name pun offer mestilah stok terhad .. hampa satu pek pun takde tau .. licin.. kosong jer kat bahagian susu tu ....


Dah alang² kat luar tu .. hubby ajak jerlah berbuka kat luar .. saya setuju jer ... lagilah suke tak payah nak masak²kan.. kan... ;p Amir?? lagi lah berganda² suke .. sebab dapat berjalan²... bile hubby suruh order mulelah kalut tak tahu nak order ape ... sebab tak reti nak order hihihihi... tu yang hubby soh order sy belasah jer.. nak pakej mkan 2 orang untuk set ayam percik kelantan .. hihihihi..  menu dia ok... cume crs ni kadang-kadang masin sikit huhuhuhuhu.. lagi-lagi sup.

Kami berbuka kat chicken rice shop carefour bukit rimau jer .. auuummmmm ..... yang kelakarnya tak puase takde pun nak makan kat situ .. bile nak buka boleh pulak nak makan kat situ. (^______^)v

Antara menu² yang saya order ayam percik kelantan, hari tu tertengok kat blog anje.. terliur macam sedapp jer.. memang sedapp pun.. amir punyerlah memuji² cakap sedapp.. sebab tak pedas memang selera dia lah (mentang² ibu dia tak pandai masak rendang)
tahun lepas pun iftar dengan proton kat chicken rice shop jugak tapi kat bukit tinggi. 
 
 Lepas shopping, dah makan .. haruslah berurut hihihihihi ..... dah macam acara wajib pulak... 


Bicara Hati : Semalam patutnya iftar kat hotel premium dengan kawan² opis takde rezeki nak join, tibe² bapak mertua hantar munjung makanan hihihihihi... murah rezeki gantung kuali lagi.




Selasa, 7 Ogos 2012

Selalu terjadi bile penyakit malas menyerang ....

 
Hari sabtu dari seawal pagi lepas sahur memang tak sambung tidur, terus buat kerja rumah ... dah siap ayah ajak pergi servis kereta pulak ... lepas tu shopping baju bajan amir lagi. 

Takde sakan sangat shopping pun, cadang nak belikan baju melayu amir sebab tak beli lagi .. sekali ayah tanye amir nak baju mane?? dah tentu²lah dia pilih warne kegemarannya .. hadoilah memang tak kene tema langsung tau .. ayah geleng pale .. senyum .. ibu pulak kerut dahi macam nak buntang mata tengok warne baju amir pilih huhuhuhuhuhu .. tak pasal ayah beli baju jugak kikikikiki .. beli baju jelahkan .. nak sedondon dengan amir .. ibu?? ibu tak beli lagi ... takde yang berkenan. (yang sebenarnya ibu masih tak caye.. amir pilih warne tu hahahaha) korang nanti sila jangan gelakkan warna baju kami tau .. tau.. tau... insyaallah akan disiarkan bile dah pakai raya nanti.
 
Bile dah penat shopping mopping semua, memang mood nak masak buka petang tu agak kelaut sikitlah ... walaupun mule² berkobar² .. ade takde saya masak terung goreng berlada jer ... sedang elok nak bersiap kepasar cari kuih hubby dapat call FIL nak datang rumah berbuka .. hadoilah dah masing² macam kene renjatan elektrik .. sebab memang tak masak ape pun .. kepala ligat pikir .. sudahnya hubby amik keputusan beli siakap 3 rasa kat kedai depan dengan sup ayam campur sayur .. jadi saya masak nasi jerlah ....
 
Sekali akak ipar pun buka pose kat rumah jugak .. memang meriah rumah masa tu .. juadah jangan cakaplah penuh kat rumah tu .. sampaikan rasa macam tak cukup pinggan mangkuk, ape lagi bukak kotaklah hihihi cari mangkuk², jug air .. nasib baik pinggan cukup ..;p
 
Amirlah yang paling seronok hari tu .. sebab ramai orang kat rumah, dia main dengan abang sepupunya .. sampai soh makan pun takmo..dan siap bocorkan rahsia .. dah beli baju raya warne ape .. nasib tak mintak soh pakaikan malam tu huhuhuhuhu ....
 
Terima kasih sangat² pada akak ipar yang tolong basuhkan pinggan hihihihihi..... nasib baiklah FIL datang bawak lauk pauk jugakk, akak ipar lagi beli macam² .. gambar makanan memang tak amik.. tuan rumah kelangkelibut keluarg masuk tak dan nak snap .... ;p

 
Bicara Hati : Lepas semua orang dah balik, amir ajak kawan² dia/ anak² jiran yang kebetulan main bunga api kat luar masuk rumah pulak tegok movie mr. bean hadoilah saboo jer ibu ni kan jam menunjukkan pukul 10.00malam ok.....


 

Rabu, 14 September 2011

Chicken Rice Shop Menu Berbuka Memang Besttttt.....

Assalamualaikum semua...... lame tak muncul... saya ada jer... jalan² tengok blog kawan² tapi takde mood jer nak taip blog sendiri hihihihih.....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin masih belum terlambat lagikan..... Hampir² terlupe dibuatnyer sampai dah raya pun hihihi... sebab dah janji kenelah tunaikan mengenai sambungan entry ini IFTAR hihihihi... maklum jerlah bile puase tu selalu badan letih nak taip kat blog pun dah takde mood ... bile nak dekat² raya pulak sibuk shopping sana sini... selagi tak raya selagi tulah sibuk shopping...

Ok kite kongsi skit gambar² mase pergi berbuka puasa tu...

 Kalau makan di CRS mestilah menu ayam kan... memang sedappp walaupun masin skit....



 Budak kepochi.. tumpahkan air nasib baik x kena baju amir hihihi.. kesian kat mak ayah dia mmg susah nak makan sbb baby ni aktif sangat² hihihihihihi.......



 Menu² lain yang ade.. amir paling suke air koktel tu... siap berulang² bertambah² dah macam taknak berhenti .....


 Air Milo hihihihihi... special kes utk amirlah sape lagi...  beli dekat² kawasan situ juga.....



 Wahhhhh... dah kenyang dapatlah hadiah lah pulak.. ni yang besttttt ni......



Pertama kali buka puase dekat sini ok jugak.. orang belanjakan semua nak dijamah walaupun dah kenyang


Terima Kasih pada proton, cawangan jenjarom- Banting kerana belanja kami berbuka puasa ... tahun depan jemputlah kami lagi.... hihihihihi...... (*____^)v

Isnin, 15 Ogos 2011

I F T A R

Assalamualaikummm semua........ muahhh.. muahhh.. muahhh... hahahaha.. siap bg kiss pulak.. puase² ni....

Bukan ape seronok sangat²lah katekan ... walaupun berlaku minggu lepas tp nak kongsi juga dengan kawan-kawan semua.... bulan puase ni bile petang jer mesti terfikir² nak masak menu ape... utk dibuat berbuka puase dah naik pening kadang² sampai tak tahu nak masak menu ape.. hari khamis minggu lepas... dah tak payah nak pening² sebab ade orang nak belanje kami berbuka yeahhhhhhhhhhhhhhhh seronoknye tak payahlah masak hari tu kikikikikiki........

Masukkan skit pict orang yang belanja kami tu hihihihi...... nak tau dia orang belanja kami dekat mana.. makan menu ape tungguuuuuuu entry yang seterusnya yer......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...