Dia ade 2 pilihan jugak jenis tiup macam ni.. dan tiup yang panjang tu.. yang panjang selalu kena gunting hujung dia.. kalau rajin nak melakar kat tangan oklah.. saya suka pakai kat kuku jer.. tak suka corak² kat tangan. Yang penting harga sama rm 1.90 sahaja.
Ni sempat saya pakai kat opis, sekejap jer pun tak sampai 10 minit hahahahah.. memang merah.. kalau lagi lama.. mau hitam agaknya... cantikkan (perasan)... sorry pada yang tak suka tengok orang jari berinai ni.. saya tutup muka opssss.... jangan marah >___<
Sape kata pakai inai ni gedik, masya jer pepandai letak tajuk gedik santai ... sebenarnya jari kita kalau pakai inai ni lagi elok kuku .. tak taulah betul tak.. tapi orang² zaman dulu kata macam tulah.. lagi² kalau kuku kaki ... saya pun tak tahu apa yang eloknya.. tapi mungkin ada maksud tersirat dari segi kesihatan kalau pakai inai daun.. ni inai tiup saya tak tahulah pulak kikikiki ...
Murah .. yang penting merah, nanti nak syorkan adik ipar pakai inai ni lah masa kawin jimat masa dan tenaga.. tak payah petik daun inai nak tumbuk .. pengantin pun takdalah mengelat buat kerja hantaran kikikikiki ...;p