♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Jamuan Raya Ditabika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jamuan Raya Ditabika. Papar semua catatan

Selasa, 26 Ogos 2014

Sambutan Jamuan Hari Raya Di Tabika Amir



Assalamualaikum .. aci redahlah yer, ni kira tahun terakhir amir kat tabika.. tahun depan dah darjah satu dan kali pertama ibu dengan ayah berpeluang dengan ibu bapa lain hadir jamuan hari raya di tabika amir, haruslah ibu abadikan kat blog .... sebagai bukti kehadiran kami serba pepel ... amir siap majuk² sebab dia nak bersampin dan bersongkok bagai ... ada hadiah untuk pakaian tercantik... siap dapat hamper, tapi dah bukan rezeki kami .. sebab kami balik awal ..... dan nak cepat sampin dengan songkok kat rumah embah ... ayah kosa nak berhenti .. sebab dah mula gerimis... mujurlah amir tak majuk sangat.



Sebagai tanda kenangan sebelum balik ... kami sekeluarga amik gambar depan tabika .... pipi ibu dah bagai di pam² penuh kolagen hihihihi ... nak buat camna dah sana sini makan je kerjanya open house.




Antara menu² yang sempat snap, itu pun lepas dah semua amik makanan ... takda kerja betul ibu amir ni kan ... sebenarnya bab menu ni tabika dah tetapkan kena bawak apa.. kami kena bawak lemang .. tidaklah wehh nak masak .. beli 2 batang jer ... sebab ada jugak orang lain yang kena bawak lemang .. alhamdulillah menu lemang antara yang habis awal. Menu² pun banyak pilihan .. pandai pulak cikgu amir ni bahagi² menu ... rezeki jugaklah penuh meja .. kami baak kuih raya jugak.




Dah makan² tu adalah jugak sesi possing² .. mana yang sempat je lah saya join ... amir soh amik gambar dengan kawan takmoo.. asyiklah berlari sana sini main dengan kengkawan jer ... alasannya amir tak hensem hari ni ... saboo je lah tau .....



Moga kemeriahan sambutan hari raya ni mengeratkan lagi silaturahim sesama ibu bapa kanak² di tabika, sebenarnya ... sejak nak peralihan kuasa mb ni .. isu tabika ni salah satu yang di bangkitkan .. ya aallah moga anak² dan tabika ni di lindungi ... susah nak cerita sebenarnya, tapi bila kuasa dijari .. bila kuasa politik lebih daripada hak anak² dan tempat anak² belajar menjadi pertikaian ... saya kadang jadi geram di buatnya ... moga allah melindungi hak kami .... moga anak² ini tidak terabai pelajaran .. moga cikgu terus kuat mempertahankan hak anak didiknya... eh² masya ni ober pulak ni cerita jamuan raya ke.. cerita politik kikikiki .. dah membebel pulak dia.




Bicara Hati : Alhamdulillah hari ni last syawal, tapi cerita syawal tak habis lg ni adehhh .. masa²... tak sempat nak karang entry.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...