♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 26 Ogos 2014

Home » , , , , , , , » Sambutan Jamuan Hari Raya Di Tabika Amir

Sambutan Jamuan Hari Raya Di Tabika Amir



Assalamualaikum .. aci redahlah yer, ni kira tahun terakhir amir kat tabika.. tahun depan dah darjah satu dan kali pertama ibu dengan ayah berpeluang dengan ibu bapa lain hadir jamuan hari raya di tabika amir, haruslah ibu abadikan kat blog .... sebagai bukti kehadiran kami serba pepel ... amir siap majuk² sebab dia nak bersampin dan bersongkok bagai ... ada hadiah untuk pakaian tercantik... siap dapat hamper, tapi dah bukan rezeki kami .. sebab kami balik awal ..... dan nak cepat sampin dengan songkok kat rumah embah ... ayah kosa nak berhenti .. sebab dah mula gerimis... mujurlah amir tak majuk sangat.



Sebagai tanda kenangan sebelum balik ... kami sekeluarga amik gambar depan tabika .... pipi ibu dah bagai di pam² penuh kolagen hihihihi ... nak buat camna dah sana sini makan je kerjanya open house.




Antara menu² yang sempat snap, itu pun lepas dah semua amik makanan ... takda kerja betul ibu amir ni kan ... sebenarnya bab menu ni tabika dah tetapkan kena bawak apa.. kami kena bawak lemang .. tidaklah wehh nak masak .. beli 2 batang jer ... sebab ada jugak orang lain yang kena bawak lemang .. alhamdulillah menu lemang antara yang habis awal. Menu² pun banyak pilihan .. pandai pulak cikgu amir ni bahagi² menu ... rezeki jugaklah penuh meja .. kami baak kuih raya jugak.




Dah makan² tu adalah jugak sesi possing² .. mana yang sempat je lah saya join ... amir soh amik gambar dengan kawan takmoo.. asyiklah berlari sana sini main dengan kengkawan jer ... alasannya amir tak hensem hari ni ... saboo je lah tau .....



Moga kemeriahan sambutan hari raya ni mengeratkan lagi silaturahim sesama ibu bapa kanak² di tabika, sebenarnya ... sejak nak peralihan kuasa mb ni .. isu tabika ni salah satu yang di bangkitkan .. ya aallah moga anak² dan tabika ni di lindungi ... susah nak cerita sebenarnya, tapi bila kuasa dijari .. bila kuasa politik lebih daripada hak anak² dan tempat anak² belajar menjadi pertikaian ... saya kadang jadi geram di buatnya ... moga allah melindungi hak kami .... moga anak² ini tidak terabai pelajaran .. moga cikgu terus kuat mempertahankan hak anak didiknya... eh² masya ni ober pulak ni cerita jamuan raya ke.. cerita politik kikikiki .. dah membebel pulak dia.




Bicara Hati : Alhamdulillah hari ni last syawal, tapi cerita syawal tak habis lg ni adehhh .. masa²... tak sempat nak karang entry.









10 ulasan:

Zee Suhaini berkata...

takpe la amir..camtu pon dah ensem abis...hihiii..

Nad MamaZN berkata...

jamuan raya zakwan kt skolah, makpak xdpt join pun huhu..teringin gak nak kenal2 ngan makpak lain gak kan.. hmmm

lieyalatif berkata...

betul tu masya....aktviti mcm ni laa merapatkan silaturahim antara cikug dan parents kan...kalo tak kite pun tak kenal cikug2 yg selama ni jaga n mendidik anak kite....

same mcm kat skolah rendah miamija mknn ditetapkan tuk bawak ape..senang gak mcm tu...takde laa byk yg bawak nugget ajek heheheehehe

LYAfrina berkata...

cepat kan msa berlalu..dh penghujung syawal pon kita..

asya aritu celebrate kat sekolah dia.. mmg ibubapa x dpt join..yelah..sekolah pra kan kat sek kebangsaan.. dia org smua bkumpul kt dewan..

Kakzakie berkata...

Sana-sini jamuan raya termasuk kanak-kanak tadika pun buat juga kan. Mereka lagi cute sebab comel-comel bila berbaju kurung dan baju melayu...

mamaarifakeem berkata...

Waah meriah..syok nampaknya tu...
Tahun ni tk dpt join majlis raya kt tadika arif.. rugi pulak rasa, ada urusan masa majlis tu..huhu..

Nieyl berkata...

Bagus aktiviti mcnie..
kena buat setiap tahun kan..supaya kite lebih kenal mak2 ayah2 anak2 kita berkawan..:)

Falsya berkata...

amir dh darjah satu tahun dpn????..beso dh anak bujang...hehe

Nora Karim berkata...

wah... tahun depan amir dah darjah satu... lagi mencabar tau!! huhuhu

seronok tgk menu jamuan raya tu... bihun goreng tu mengancam betul.. hihihi

Fiza Rahman berkata...

Meriahnya. Betul tu. Dpt mengeratkan hubungan parents dan cikgu².

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...