♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Jeli Kelapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jeli Kelapa. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Jun 2013

Tahniah Buat Adik ipar




Seminggu dah berlalu majlisnya, tapi hilang penat masih belum lagi ... kalau aku yang tolong sikit² pun penat lambat hilang .. apa tah lagilah keluarga mertua tu kan.

Aku tak tahu nak mula daripada mana entry ni, yang pasti kami adik beradik dan ipar duai seminggu pertama cuti persekolah memang dah mula buat sikit².. terutama akak ipar banyak sangatlah dia orang buat .. sampai aku yang penat tengok.

Sebab dah lama tak buat kenduri, memang terasalah kemeriahannya, walaupun cuma saudara mara terdekat sahaja yang dijemput .. maklumlah baru majlis bertunangkan, jomlah layankan gambar² masa majlis tu ... tapi sebab tuan tanah kedaung bizi tak tentu hala masa tu .. jadi tak banyaklah gambar dapat dikongsikan.. tapi cukuplah buat kenangan² kami.


Tahniah buat adik ipar, merangkap kawan baik daripada kecik lagi ...
(banyak yang nak dikongsikan tapi .. belum berkesempatan untuk mengarang .. terutama kenangan naik basikal pergi sekolah kene kejar anjing tu .. haihh tak cukup tanah rasanya nak kayuh basikal)



Anatara barang² daripada pihak perempuan ke pihak lelaki .....
Lebih banyak pada makanan sahaja...



Antara barang hantaran daripada pihak lelaki ..
Pertama kali jumpa hantaran span dibalut beras dalam u .. kat tempa buah tu .. unikkan... lain negeri lainlah adatnya, saya dulu .. bungkus jer... kikikiki ...



Kami² yang memeriahkan pelamin yang indah .. sebagai kenangan ....
Mak yong i'm cute tu ... dah selamat bersalin pun 04.06.2006 nasib baiklah sempat makan lauk kenduri...



Kami berkawan daripada kecik dari kiri alang, aku, fara isteri alang, dan ajaq
belakang tu dah tentulah² bakal pasangan suami isteri .. gambar bakal adik ipar saja ditutup ... dia pemalu hahahaha ... ;p



Tahniah daripada amir buat bik azu, selamat bertunang, selamat menempuh alam baru .. semoga hingga kejinjang pelamin, moga kekal hingga ke syurga ... moga semuanya baik² sahaja .. (^___^)v



Selain daripada sambal goreng jawa menu yang digemari hari tu iyalah ayam goreng berempah .. sempat jugak aku snap gambar ni pada sibuk tolong akak ipar hahahaha ..... beria² betul mereka ni hubby, abang yang sulung dan abang ipar aku yang nombor 3.




Dah lama rumah mak mertua memang takda majlis kenduri kendara kawin ni .. kali terakhir masa aku kawinlah, masa sambut menantu ... tapi majlis bertunang ni kali terakhir masa akak ipar kita yang ketiga kot dah 22 tahun dulu ... aku pun kecik lagi tau.... hihihihihi ... anak akak ipar pun dah besar .. dah boleh kawin 21 tahun tu kikikiki .. tapi tak habis belajar lagi . jangan nak gatal² sangat eh...





Bicara Hati : Sempat buat jeli kelapa malam tu .. hampir 200 bekas, alhamdulillah habis ... sebab cuaca panas sangat siang tu .. makan macam ni .. memang sejuk jerlah tekak.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...