♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 8 Jun 2013

Home » , , , , , , , » Tahniah Buat Adik ipar

Tahniah Buat Adik ipar




Seminggu dah berlalu majlisnya, tapi hilang penat masih belum lagi ... kalau aku yang tolong sikit² pun penat lambat hilang .. apa tah lagilah keluarga mertua tu kan.

Aku tak tahu nak mula daripada mana entry ni, yang pasti kami adik beradik dan ipar duai seminggu pertama cuti persekolah memang dah mula buat sikit².. terutama akak ipar banyak sangatlah dia orang buat .. sampai aku yang penat tengok.

Sebab dah lama tak buat kenduri, memang terasalah kemeriahannya, walaupun cuma saudara mara terdekat sahaja yang dijemput .. maklumlah baru majlis bertunangkan, jomlah layankan gambar² masa majlis tu ... tapi sebab tuan tanah kedaung bizi tak tentu hala masa tu .. jadi tak banyaklah gambar dapat dikongsikan.. tapi cukuplah buat kenangan² kami.


Tahniah buat adik ipar, merangkap kawan baik daripada kecik lagi ...
(banyak yang nak dikongsikan tapi .. belum berkesempatan untuk mengarang .. terutama kenangan naik basikal pergi sekolah kene kejar anjing tu .. haihh tak cukup tanah rasanya nak kayuh basikal)



Anatara barang² daripada pihak perempuan ke pihak lelaki .....
Lebih banyak pada makanan sahaja...



Antara barang hantaran daripada pihak lelaki ..
Pertama kali jumpa hantaran span dibalut beras dalam u .. kat tempa buah tu .. unikkan... lain negeri lainlah adatnya, saya dulu .. bungkus jer... kikikiki ...



Kami² yang memeriahkan pelamin yang indah .. sebagai kenangan ....
Mak yong i'm cute tu ... dah selamat bersalin pun 04.06.2006 nasib baiklah sempat makan lauk kenduri...



Kami berkawan daripada kecik dari kiri alang, aku, fara isteri alang, dan ajaq
belakang tu dah tentulah² bakal pasangan suami isteri .. gambar bakal adik ipar saja ditutup ... dia pemalu hahahaha ... ;p



Tahniah daripada amir buat bik azu, selamat bertunang, selamat menempuh alam baru .. semoga hingga kejinjang pelamin, moga kekal hingga ke syurga ... moga semuanya baik² sahaja .. (^___^)v



Selain daripada sambal goreng jawa menu yang digemari hari tu iyalah ayam goreng berempah .. sempat jugak aku snap gambar ni pada sibuk tolong akak ipar hahahaha ..... beria² betul mereka ni hubby, abang yang sulung dan abang ipar aku yang nombor 3.




Dah lama rumah mak mertua memang takda majlis kenduri kendara kawin ni .. kali terakhir masa aku kawinlah, masa sambut menantu ... tapi majlis bertunang ni kali terakhir masa akak ipar kita yang ketiga kot dah 22 tahun dulu ... aku pun kecik lagi tau.... hihihihihi ... anak akak ipar pun dah besar .. dah boleh kawin 21 tahun tu kikikiki .. tapi tak habis belajar lagi . jangan nak gatal² sangat eh...





Bicara Hati : Sempat buat jeli kelapa malam tu .. hampir 200 bekas, alhamdulillah habis ... sebab cuaca panas sangat siang tu .. makan macam ni .. memang sejuk jerlah tekak.







15 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Bila lama tak ada kenduri macam ini memanglah seri rumah jadi lain kan. Apa lagi bila ada pelamin terasa macam kenduri kahwen dah...

Unknown berkata...

x tau pun cikgu zura 2nang tup2 ptg tu mak mertua g tau huhuhu ..sedihh x jemput pun ..apapun rongratz frenz s'moga kekal ke akhir hayat ...

Unknown berkata...

tahniah buat mereka..

terliur pulak tengok jely kelapa tuh.. mesti sedap makan di kala cuaca panas kan~

Puan Kutu berkata...

seronok baca kisah kenduri.terasa kemeriahannya...yg paling best adik ipar merangkap kawan baik.mmg terbaik.bakal pengantin pun cun je baju macam org nk nikah dah

Ibu Lala berkata...

Tahniah. Sedapnya jeli kelapa tu.

Teena Tna berkata...

Mesti meriah kan buat majlis macam ni.. Bila lah akak Teena nak kahwin ni..haha

Deq's Qienz berkata...

slmt btunang..smg kekal hingga ke jannah :)

QasehnyaRania berkata...

tahniah buat adik ipar akak.bila langsungnya :)

Nora Karim berkata...

Meriahnya majlis tunang... Mesti majlis kawin nanti lg grand.. hihi

Ruse Sulaiman berkata...

Selamat bertunang buat adik ipar. Meriah sungguh dah mcm kenduri kahwin ;)

Unknown berkata...

tahniah...moga berkekalan hingga ke syurga jodoh mereka...

cepat citer pasal kena kejar anjing tu..hehehe

Unknown berkata...

cantik smua pic...selamat pengantin baru buat mereka... =)

Fiza Rahman berkata...

Tahniah buat mereka. Semoga hubungan berkekalan hingga jinjang pelamin.

gee berkata...

tahniah maslina..

Unknown berkata...

tahniah bertambah ahli keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...