Ini yang pertama kali saya cuba epal hijau, oren dan tambahkan sikit batang saderi seyes sedappppp...... limau tu tak masam pun .. manis.. buat secawan kongsi bertiga .. kata baru nak cubakan....
Saya rasa buat sendiri lagi memenuhi citarasa hahaha (perasan) bukan apa sebab sukati saya jer nak campur²kan buah²an ni ... setakat ni tidaklah yang pelik mana pun, gigih buat ni bukan sebab apa .. saya memang suke jus buah .. amir?? lagilah suke .. hubby?? hubby dia tak berapa nak suke.. dia lagi suke makan buah hihihihihi ... tapi saya buat jus ni dia minum jugak...
Antara yang pernah saya cuba tapi takda gambarnya ialah epal merah 2 biji, 1 biji epal hijau dan 6 biji tomato ceri, seyessssss sedapppp sangat²... lepas tu saya cuba pulak oren, halia, epal merah pun sedapp jugak.. korang kalau nak cuba agak² sendiri tau.. saya pun takda anggaran yang tepat saya main buat jer... dan alhamdulillah kene dengan tekak ni .. palingg tak menahan bila saya buat air macam dalam gambar ni .. kan hijau.. amir ingatkan air tebu... tak sempat saya jawab dia dah minum.. mujurlah dia tak luah balik.. dia telan air tu.. lepas tu baru tanya air ape ni ibu?? napa rasanya tak macam air tebu.. masam hahahaha ... ;p
Buat jus sendiri di rumah lebih terjamin kebersihannya kan .. jangan korang buat campuran yang bukan² sudah.... kang cirit beret... pulak satu hal.
Jom amalkan pemakanan yang sihat, demi kesejateraan di masa hadapan.