♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kad. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Ogos 2013

Kad Raya iSTIMEWA Tahun 2013



Terima kasih pada yang sudi memberi .. alahai .. lama dah rasanya tak dapat kad raya, Tahun ni rasa makin meriah pulak dapat kad raya .. tak banyak tapi sesekali dapat ni terasa macam istimewa pulak hihihihihihi ... lepas dapat kad raya daripada cha memang tak pikir pun akan ada kad raya lain menyusul.. tapi bila ada kawan² bagi tahu sapa berminat nak kad raya boleh emailkan pada mereka laju² lah saya emailkan .. nak join, lagi² kad raya tu macam eh² unik jugak.

Dapat kad raya daripada ina ibu pada 2 anak gadis yang comel alisha & aqilah hihihihihi sangat² unik sebab kad dia bentuk penanda buku .... ina ni antara blogger yang saya kenal awal² masa saya wujudkan blog dulu .. dan kira macam sifu sayalah jugak dalam berblog ni ... blog ina ni ada berkongsikan kisah anak², makanan dan resepi yang ringkas² serta mudah dicuba ... kalau ada yang tak kenal lagi bolehlah pergi ke blog ina  http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/




Ini tahun kedua dapat kad raya daripada eca hihihihihi .. tahun lepas dapat lepas raya, alhamdulillah tahun sampai sebelum raya .. unik pada saya kad ni sebab eca bua sendiri .. siap ada pantun lagi amboi .. pantun siap cincin disarung hati berdebar .. eh² .. dah nak disarung ke cincin tu .. hihihihihi .... blog saya ni dulu eca lah yang tolong editkan .. kalau korang berminat nak edit blog bloglah berunding dan bertanya pada eca lebih lanjut .. insyaallah eca akan layan sebaik mungkin ... jom singgah kat blog beliau http://www.ecadwinkyasha.com/



Dan ... paling istimewa kad raya tahun ni hohohohohoho.. tak hantaR email mintak pun, jauh sekali berharap dihantar kad raya .. tetiba jer .. sampai kat rumah mak kat kg ... tanjat gegirl koooooo dapat kad raya daripada MB padahal tak kerja dengan pejabat MB pun .. jauh sekali orang kuat politik .. tapi .. terkejut dapat kad raya daripada beliau ...... cantik pulak tu .. teristimewa hanya saya kongsikan di blog sahaja, aje gilerrr wehh kongsikan kat fb ade pulak yang kata saya orang kuat pakatan kang .. buat kontroversi jer.. takmooo .. takmoooo .... ;p



Cantikkan .. muka depan gambar MB, kat bahagian dalam sebelah kiri ada gambar ahli keluarga MB sangat² simple merendah diri betul ... sebab saya rasa ruang amik gambar ni macam kat pintu rumah jer... muka sebelah kanan pulak tandatangan MB (^___^)v Koranggg adooo dapat hahahahaha ... jangan jeles dan jangan salah paham pulak yer.. macam mana saya dapat kad raya daripada MB ni saya sendiri pun masih tertanya².. sebab bukan saya jer.. adik saya pun dapat jugak ....



Bicara Hati : Agak² tahun depan ada tak yang sudi bagi kad raya lagi.









Selasa, 21 Mei 2013

Kad Ucapan Untuk Cikgu Daripada Amir



Dalam entry teruja dapat crayon saya ada bagi tahu, saya nak up entry yang seterusnyakan.. sorry lambat up sebab.. sebab gambar yang buat ibu nak berubah jadi hulk tu ntah mana hilangnya daripada kamera ibu, takpa .. nanti ibu amik gambar lagi ibu tunjuk eh...

Apapun ibu terharu bila amir bagi tahu, ibu ... nanti hari guru amir nak buat kad untuk cikgu ain. Pada hal dia tak tahu pun bila hari gurunya, sebab ayah dia pun dok kata .. amir.. amir tak nak bagi cikgu hadiah ker??? amir macam blurr jer tak paham lagi .. jadi ibu dan ayah dia lah yang teruja.... kita orang teruja nak belikan hadiah jer.. tak sangka pulak amir dapat idea nak buat kad, super duber.. ensem good boy lah anak ibu ni... idea brillion kan.. kan... dan satu²nya kad yang terhasil, iyer satu²nya sahaja.. kata amir untuk cikge kelas dia.. kelassssssss cikgu tau .. dapat kad daripada amir ni.


Pertama kali amir tulis depan ibu ... Kad ni,
Berulang kali dia tanya, dia eja, siap nak tukar warna pensil crayon.. teruja sangatlah katanya... 
nasib baiklah tak tukar² kertas.. sehelai ni jer... saya pulak bagilah semangat kat dia.. nak menyiapkan kad ni



SELAMAT HARI GURU






Dalam tu .. amir tulis
SAYANG CIKGU AIN
DRPD AMIR


itu pun dia sebut nak tulis apa.. saya bagi idea.. dia tak berkenan, dia kata nak tulis sayang cikgu ibu .. macam mana nak eja ni... sebab amir baru belaja takat 2 suku huruf jer.. macam 'ba' 'ca' 'ka' 'ku' tapi .. tak sampai 'yang' 'yong' 'kang' lagi .. dia confuse nak mengeja jadi .. saya bantulah ... bila siap suka betul dia.. sampai kan tak menyabar².. kad ni dah selamat pun dia bagi kat cikgu dia.. masa hari guru 16.05.2013 hari tu... padahal sambutan hari guru kat tadika amir hari nini, hari selasa 21.05.2013.

Teruja saya tengok amir buat tau, hubby lagi jeles.. sebab dia pun tak dapat kad ucapan hari guru daripada amir kikikikiki ...;p



Bicara Hati : Balik petang tu cikgu ain cerita lah kat saya, kemain cikgu tu pun ower sukahatinya hihihihihi .. tak sangka dia kata amir nak bagi dia kad hari guru lepas makan tenghari...

Sabtu, 18 Mei 2013

Kad Hari Ibu Pertama Daripada Amir



Yeahhh dah cuti, hari ni dah hari sabtu kan.. fuh .. nama jer cuti .. tapi jadual dah bersusun penuh ni.... rasanya bulan 5 memang penuh jadual kita orang jemputan kawin hari ahad, sabtu memang kene kemas rumah siap² huhuhu .. walaupun tak mengemas sangat .. nak melepak jer ... santai².. guling² dengan amir.

Kalau minggu lepas hubby dah bagi hadiah telekung baru, entry kat sini ... kali ni saya nak publishkan kad yang amir buat dengan kawan² kat sekolah pulak .. alahai .. comelnya jer .. ayat tu.. terharu ibu dibuatnya.. lagi² masa amir bagi ni .. tak menyabar². masuk kereta bukak beg terus bagi kat ibu.. siap cium² pipi lagi.

Ini kali pertama dapat kad hari ibu daripada amir, kat sekolah memang dah beberapa kali jugaklah ada hasil kreativiti amir buat dan bawak balik rumah cuma kadang² tak sempat nak publish kat blog, yang ini saya kongsikan sebab kali pertama dapatkan.. kalau boleh nak frame.. owerr lah pulak.. simpan kat album sudah ... jangan hilang.


selamat hari ibu
you're my evertything
daripada amir


" Hari² pun hari ibu ....
Susu ibu bancuh lagi sedap ....
Semua ibu masak pun sedapp .... "

Terharu dalam usia 5 tahun mula terserlah sifat matangnya, walaupun manjanya mengalahkan budak umur setahun .... alhamdulillah di beri peluang ini, moga diberi peluang sekali lagi .. insyaallah .. amin.

*********************************************************************************














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...