♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kek Batman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Batman. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

Majlis Kesyukuran Di Rumah



Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang walaupun ada sedikit kurang disana sini. Pfttt ... perancangan awal cuti 12-13 jun di tukar ke 11-12 jun sebab ipar duai dah datang rumah 11 jun, mujur bagi tau awal² sempatlah tukar masa isi borang cuti, takkanlah orang dah datang rumah kita .. kita takdakan... macam x patut jer... dan tak pasal² mc 13 jun kepenatan, sakit perut tak boleh nak jalan .. penat angkat barang² agaknya .. ipar duai pun masih di rumah masa tu .. rasa macam bersyukur sangat² sebab mereka membantu daripada mula sampai habis majlis.
Sebenarnya majlis kesyukuran lebih kepada merangkumi banyak perkara dan kebetulan pulak 12 jun 14 syaaban dan hari khamis malam jumaat 15 syaaban .. malam nisfu syaaban jadinya kami sepakat buat kenduri kesyukuran sikit sempena masuk rumah baru, petang tu sambut bestbay boy sekali, malam lepas maghrib ada bacaan yassin 3 kali adik beradik anak beranak semua dengan keluarga mertua ... abah tak dapat join pergi surau .. sebab nak jemput orang surau datang kenduri lepas isyak kat rumah dan kenduri tahlil.

Jom layankan beberapa keping gambar yang sempat di ambil masa potong kek ulang tahun kelahiran Amir.



Kek pilihan kali ni Batman, memang sesuailah dengan amir boboi kan .. kan ... kot letak princess kang haru pulak hahahahaha .... sebenarnya kek ni tempah .. dan tak berapa nak suprise sebab amir macam tau² jer saya tempah kek untuk dia .. dia ikut sekali ... dengan orang yang tolong jahitkan langsir kat rumah baru tu ... langsir simple jer.. yang penting bertutup ... sudahlah hantar lambat .. nak cepat pulak tu .. mujur di layan tau.. tq akak tukang jahit.




Sempat jugaklah deko² belakang tu ... kawan opis tolong printkan sebelum cuti hihihihi tq sangat² nadia, tolong buatkan untuk ahkak ni .... petang tu adik ipar dengan adik saya yang tolong gunting dan gantung kat dinding tu ... simple tapi amir teruja sangat².. siap letak belon lagi .. itu yang saya suka ... baju batman lama jadi pilihan .. takda baju² baru, baju dia dah lama kot dia pakai masa umur 4 tahun sampai sekarang dia pakai.. muat lagi .. berbaloi² beli mahal sikit.. warna tak mudah luntur walaupun kerap pakai dan basuh.




hahaha.. sila abaikan tangan ibu yang macam lipas kudung tak reti diam .. dengan mulut jugak yang tengah memebel sebab bebudak dah teruja nak potong kek batman tu .. dok cuit² lambang batman tu hahahaha ... gelihati betul dia buatnya .. tapi sempat senyum bila adik panggil nak snap.




Tak dapat nak feelling comey ayu .. baju pun tak sempat tukar wana kuning huhuhuhu ... mujur warna tudung kuning, sebab orang² dapur dah panggil nak mintak barang ngeh .. ngeh .. ngeh .. tak dapat nak possing sakan tau ... ini jelah gambar bertiganya .. tak berapa nak comeyy.. takpalah yang penting momen itu takkan di lupakan.. sangat² indah.




Selamat hari lahir anak ibu, moga mejadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan juara dalam segala hal ... ketua yang baik dan menjadi contoh buat adik² insyaallah aminnn ...




Majlis malam sempat snap ini selepas solat maghrib ada bacaan yassin anak beranak .. banyak gambar tak sempat nak rakam .. bizi kekdahnya wehhhhh .. sampaikan orang bungkus nasi ambeng pun tak sempat nak amik gambar .. arghhh sweet sangat² momentum tu tau .. melayankan mak cik² (adik beradik mak) dan ipar duai berborak sambil bungkus nasi ambeng langsung terlupa nak amik gambar huhuhuhu ..;p




Ni menu tengahari makan nasi ... menu petang satu pun tak sempat snap .. kuih koci tu mak mertua buat pagi tu dengan mak cik² (adik beradik mak hihihihi ) ... koci segitiga daun pisang ni memang popular di kalangan orang jawa ... kali ni buat koci pulut hitam (alahai sorrylah sesangat tak dapat nak kongsikan momentum membuatnya) sebab saya tengah bizi tolong akak ipar buat kerja huhuhuhuhu ..... yang pasti kuih koci tu sedapp sangat.



Rasa bersyukur sangat² majlis dah selesai, ramadhan pun tak lama lagi ... majlis kecik² jer kami jemput sedara mara dan orang kampung jer kenduri malam.. jiran² lama pun tak jemput .... kawan² saya pulak yang mana terdekat tu ada jugak jemput, tapi biasalah hari bekerja susah sikit nak datang ... takpa nanti kita jumpa tergeda² yer ... 

Terima kasih sangat² pada semua yang banyak membantu, maklumlah rumah baru ni .. banayk kelengkapan tak cukup lagi .. pfttt .. lepas ni buat goodies untuk tabika pulak .. insyaallah khamis depan sambut di tabika pulak... moga dipermudahkan .. maklumlah puasa dah nak dekat ni riso jugak kot tak sempat buat .. amir dah teruja nak potong kek dengan kengkawan .. saya tak berani janji lebih²...




Bicara Hati : Ada rezeki lebih kongsikanlah sedikit dengan mereka yang layak menerimanya .. insyaallah akan ada keberkatan rezeki itu di dalamnya, kerana setiap rezeki yang kita perolehi .. ada juga rezeki orang lain.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...